yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, January 31, 2011

kun fa ya kun, banjir maha dahsyat.






masya allah.

speechless.
nak taip entri ini pon rasa hati dan jiwa entah kemana..
terasa kosong sebab mengenangkan dugaan yang melanda kami sefamili.


^___^


oh yea, seperti yang kalian sedia maklum, kami sefamily sedang berkampung di pusat pemindahan banjir, sekolah keb kg melayu kluang.
sekolah lama momma!

memang semalam dalam sejarah, qies titon berhimpit himpot dalam bilik darjah hanya beralaskan kain nipis.shian my yayang..tapi alhamdulillah ada saja insan yang menyayanginya, terus ada bantuan kemanusiaan sebaik tau qies kat sini.

terima kasih uncle fir, toto inilah yang buat qies selesa tido walau sebenarnya keadaan kat sini sangat serba kekurangan :(


hujan turun tanpa henti since hari sabtu.
pukul 8 malam semalam, air mula memasuki umah atok nenek qies separas buku lali, memang kelaut lah suasana umah kami memunggah itu ini utk diselamatkan.awalnya seme takmo pinda, nak stay kat umah atas je.tapi bile air dah mule ke paras lutut pasukan penyelamat mule mengerah kami berpindah.especially kami ibu-ibu yang ada anak kecil didahulukan.kesian qies,tgh sedap tido berbedung selimut momma dukung dia ke tempat pemindahan sementara.paling sadis, baby faheem yang baru berumor sebulan,ibu dia yang blom habes pantang dgn kain batik segala berpindah.

sampai aje di pusat pemindahan sementara, seme org kampung diarahkan berpindah ke pusat pemindahan di dewan kg melayu.dan bermulaaah babak tragis lagi menyayat hati.

huwaa nak citer pon sedih okay.sangat syedih.
sebab bebetul macam citer titanik kekalutan tu.bayangkan momma kena panjat trak askar yg tinggi tu,sebelum tu abg2 askar lah yang bawak qies naik atas.lepastu giliran baby faheem, lagi sangat sedey.sian sgt dgn gelap hujan2 naik trak tuu.dalam trak both momma & mama lina sebak tak bole blah punye sbb syedih terkenangkan our baby face situation mencemaskan macam nie.terfikir macam tula our parents handle situation mcm nie time kami kecik-kecik dulu.insaf betul!


tapi qies & faheem mmg sgt baik sepanjang dlm trak tu langsung tak meragam.tido nyenyak sangat..tapi perjalanan sgt mencabar sbb banyak jalan yang terputus sbb dinaiki air yang hanya kenderaan berat je bole lalu.sepanjang jalan jugak kalimah 'lailahaila anta inni kuntu minalzolimin' kami lafazkan.

syukur, kami selamat sampai ke pusat pemindahan.oh yea dewan kg melayu fullhouse dgn mangsa banjir org kampung melayu so kami kena g skola.lagi 1 masalaah, almost seme bilik penuh! dahla that time mendukung qies yang syiok titon..bayangkan betapa hazabnya! momma cari jugak bilik then dapat kat tingkat 3.tapi lantai semata-mata takde tikar.mama bentangkan kain utk alaskan qies,sayuuuuuu hati tgk qies tdo macam tu.then barula ankel fir datang bwk bantuan kemanusiaan utk ninina kesayangan dia.rata-rata tempat kat kluang ni kena banjir..
kat tgh bandar pon naik air sekaki!

dan malam tadi kami sefamily, berhimpit himpitla bersama atas tikar nipis yang diberikan percuma.
takpelaa, susah senang sama-sama.kepulangan kami bercuti kali nie mmg besar ertinya.utk sama merasai kepayahan atok & nenek ninina rupenya.

*sigh*


dan syukur sepanjang disini qies behaved jee,tak meragam & cranky.
seakan memahami kesusahan di sini.
gud girl anak poppa!


dan biarkan ini bercerita,


masya allah, inilah umah atok & nenek qies.air sampai ke paras bumbung.

barang kat dalam dia?
usah difikirkan! nyawa seme org dah selamat,syukur alhamdulilah!




macam lautan!
sejarah 2006 berulang kembali..





si kecil yang masih belum mengerti apa-apa enak diulit mimpi di pusat pemindahan.
sejukkkkkk besh tdo!





faheem smile aje.siaan faheem baru 1bulan dah merasa banjir..


*kasi anak-anak kelahiran KL merasa susah*





sian budak budak nie seme..tapi derang tetap nyenyak zzzzz..




kenduri nasi kawah!






budak budak tak kira, kat mana je bole tdo..lagu huja hujan gini..sorgaaa!




petang semalam, farra & farah gumbira tgk air, jakun kat putrajaya mana ade macam ni..hihihihi.





alahaaaai sianya si ibu pantangg..pengalaman terhebat betul ni..




air dah mule masuk dapur umah atok nenek.percubaan menyelamatkan brg dgn pelampung..





alahaaai faheem titon atas mejaa...




snap from tgkat 3 SKKM, putih kabus tak nampak lgsg view bdr kluang!



apa bole buat, segalanya ketentuan ilahi..



momma tido tido ayam je malam tadi, 1 jam je lena.susah hati :(



dear papa, please dun wori too much bout us okay papa.
.kami seme selamat kat sini.cume biasalah tak berapa selesa.nak balek putrajaya pon tak bole lagi sebab banyak jalan still ditutup.tengokla esok lusa.lagipun tak senang hati nak tinggalkan atok ngan nenek qies dalam situasi tak besh macam skrg :(

insya allah, esok surut lah kot banjir..nie pon nampak dah tak hujan.
hope biarlah jangan hujan lagi.


kengkawan semua, terima kasih atas kata-kata semangat & doa.
biar apapun, semuanya ini ujian dari ALLAH kan..
harus redha..


*updated*



jumlah mangsa banjir terkini!


dan suda kebusanan tahap dewa dalam bilik darjah, makanya misi mengukur skool momma..
nasib baik D90 & lappy momma dapat diselamatkan, keja si bibik-bibiks tu laa.gendong bag laptop seme, momma busy gendong qies.



cucu sorga atok.

atok kata takpela banjir asal dapat tgk muke cucu kesayangan diye..
sonok jugak berkumpul gini..
tak sangke betul kepulangan anak cucu,rupenya nak 'bercuti' gini..

cobaaan..!



mak ngah kan teacher,sesuai sangatlaah dok skola.
kami adik beradik seme ex SKKM!




** terharu gile, atok qies semalam sanggup naik bot meredah banjir balek umah kami semata-mata nak selamatkan gambar konvo kami adek beradik yang tergantung kat dinding. demi nak selamatkan sentimental value anak-anak kesayangan dia.mana sangka banjir sampai sedalam ini.tskk.

Thursday, January 27, 2011

lunch outing with momma,mommy & ibu





beware : lotsa peektures in this entry.look at your own risk :P




ini adalah aktiviti kami weken baru nie.
hari ahad yang lepas.
bila papa takde, makanya aktiviti bersama mak-mak angkat qies pon cargas laah kan..
ala dok pun berjiran..so senang kami nak hangout meronggeng sesama..qies pon dah besar so senang ckit nak bawak jenjalan :)

outing? photoshoot? lunch?
momma,mommy, ibu?

yeszaa, 3 in bebeh!

hari ahad lepas, mommy ori & ibu rinie ajak momma ngan qies g lunch kat putrajaya wetland yang indah itu.yes sangat indah panoramanya..sangat sesuai bersantai seisi keluarga.ada foodcourt, ada lakeside yang nyaman.bila makan wah semakin berselera sbb angin tiup nyaman jez.

untuk kaki-kaki pancing sekalian alam, u all bole fishing jugak kat sini.rasanya ada macam-macam ativiti kat sini.bila malam-malam bole karaoke lagi.ada tempat nak piknik seme, ada gazebo nak rest,oh memang bestlah! cube try test datang dulu baru tau..


kompem datang sekali, rase nak datang lagi.



dan bila pegi tempat cuns-cuns macam nie haruslaa eh wajiblah ada aktiviti berfotogedix =P
rugi tak bawak tripod aritu, kalau tak bole amik peek momma,mommy & ibu ala-ala charlies angle *bluwek*.so banyaknya amik gambar si syomel momma ajela.ala macam tak biasa..





her happy face, relaxing at gazebo :)



dan sebelum nak berpotoshoot amik angin cuci mata bagai, harusla mengisi pewot yang dah berdendang sayang dulu..






lotsa variety of food here.ikan keli cili api pon ada! my peberet tuu..

cik ninina, tak lepas tgn mommy ori dia, budak manja :)






sebelum melantaklicious, kasi pose kat semua feminat dolu :P
hahaha, bukan senang ni nak masuk belog pemes amos *larikkkkkkk*

kuikuikuikui.


* ala kasi can laa mommy & ibu nak enterprame pulak,hihihi*




hari tu, qies eksaited tgk air, dia tak berapa nak mamam..tengok ni muke dia...



qies nanakkkkkk mamam lahhh!


tapi, papa sile jangan marah bile lihat ini,


.

.



oh my gucci, si baby sirap!
kalau tak kasi, menjerit seantero foodcourt dgr.grr

*nak buat camana pa. kan mama dari zaman pregnant hantu sirap,hihihi*



lepas dah lunch, lelepak gazebo pulaaak.ada tempat duduk yang comfy.siap ade tu tido baring sakan kat situ.




ewah comfynya anak momma! :)



dan bermulalah photoshoot si tecik...





mommy & ibu : art director of the day.

deranglaa soh qies pose macam-macam..






oloh olohh anak syapelah gorjes sangat nieeeeeeee?
gaya tangan tak menahan :)

*opss, tak bole tahan, nak jugak puji anak sendiri,hihihi*
mak enon, u syadap!





mommy & ibu : qies cepat lompat qiessssssss!

qies : okay,qies lompat!

haha meniru je gaya dia tau..dah pandai...





baju syomel pressie from mommy & ibu.terbaek dari padang tu..
mommy & ibu baru dari sana..ole ole dari jauh tuu..

qies rasmikan terus pakai g photoshooot..

skirt pulak poney yang antie lynn mama auni kasi.
kasut peberet tu antie nur kasi :)

qies pakai seme hadiah!






okay art director pon nak enterprame jugaaaaak :P





arghhhhh beri hot laaaah! cecepat mommy ori pimpin qies bwk g tempat redup..
qies kan puteri lilin,ekeekeke.






lepak-lepak kat atas meja kat tempat redup pulak!





baru muke ada senyummmmmm :))

*cair*




okay, pakai topi pulak baru vogi da vass,


catwalk si betis tembun,ngeee :P



btw, mana aci momma asik behind the scene jeeeeee..
nak jugaaaaaak enterprame sini!




cecewaaaaaaah blank & white mode.ala-ala klasik gituuu..




dan sebelum balek, gigih set timer letak D90 kat atas palang signboard demi nak bergambar berempat.hahaha.tobat lenkali kena bawak tripod jugakkk.siap ngan remote control seme wajib bawakkk.hihihi..



dan hasilnyaaaaaaaaa...



qies with momma, mommy & ibu! :)

alaaaaa syg betul takde bonda.kalau tak agi cuns!




dan lepas aje photoshoot session we all zass g mydin precint diplomatik nak beli barang masak ckit, si model tecik momma ni apalagi mengepow..


.









.


haih peberet qies dulu kini selamanya :)


actually ada beratus jugak gambar photoshoot qies, tapi nantila eh.
mama kalau dah tekan shutter memang tak hengat donia,ekekeke.
tak larat nak resize sesatu, entry next lah pulak.


so sempena cuti-cuti public holiday next week, g lah terjah tempat menarek tertarek ini.
ewah macam iklan discovery putrajaya plak.hik hiks :P



papa sayang,

sure bertambah-tambah rindu bila tengok aksi anak kesayangan papa kan?
teeeehee-hee-hee.

we miss u too papa, kapal oh kapal cepat pulangkan cinta hati kami.
dah 5 days dah tade coverage.
windunyaaaa !





can't wait meet my gossip gurl =P

can't wait nak jupe derang nie seme..
esok insya allah kami reramai nak alik kluang :)
adek badik ai 4 adalah gegal, sorg kat PD, 2 kat putrajaya, sorang kat kluang ituu, maklang.
memang family kami meriah femfuan..
cucu pon dah 4 gegal, ayiel the only 1 boboi.


mak ngah kat putrajaya, almost every week jupe.
dia suke gegomol cik ninina..

ninina pon bile jupe kak farra dia ya rabbi melompat lompat sukee!
tak padan beza umo 6 tahun okay :D

tapi bile poppa ada, mak ngah kata nak nampak batang idong kami pon susah, ehehe.
jangan majuk eh mak ngah, biasalah bila papa ade kejanya asik nak ukur jalan je :P
nak jupe papa pon 3 bulan sekali kan..so harus qada aktiviti meronggeng sefamily..
ngeee...







momma wif ninina wif makcu.

eh tak bleh link nama makcu, sbb makcu takde belog :P


* see moke ninina ada iras makcu kan?*






inilah bibik momma ninina bile poppa is away :P
hahaha.





lagi-lagi gegal in da family!



amboi anak momma belek bunga peranten nampak!






oloh manje mak ngah!




eh chop! to all belog reader mak ngah..
hurry hurry 4 day left, give away farra 7 years birthday.


cepat-cepat sila join giveaaway di entri ini.
hadiah very the tertarek menarek, lepas makan kepci & mekdi 3 orang tuuu.hihihi.
mak ngah ninina siap dah bagi hint lagi kat entry latest.

cekidaout!


weee cant wait nak balek kluang, kumpul beramai-ramaiiiiiii..
syiok bile sekali sekala adek badik jupe, riuh sekampung rumah tuu.yang berebut biliknya, makan ramai-ramai bersila kat lantai seme.ehhee.

bila dah besar-besar berfamily gini jupe, sonokkkkk!


kena pulak mak abah kita yang masak, peh sup kerang pon rase sedaaaap giles okay!
*terbau bau dah nie*



eh pak uteh baleeeeeeek tak coti raya cina ni?
rindu nak polok syiom ayiel la!
jomlaah balek kluang, kenduri cukur jambul si faheem hari sabtu nie..



u all seme cuti hari wilayah & CNY kemana jeee?





Wednesday, January 26, 2011

tentang si kesayangan yang semakin bijak






doa ibu dah tentunya yang paling makbul kan :)

so mari kita doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita.
cakap yang baik-baik utk mereka.
yang penting kita didik sebaiknya..
mereka kan ibarat kain putih, kitalah sebagai papa & mama harus mencorakkan mereka..

doa anak yang soleh..
inilah bekalan kita di akhirat nanti.
mudah-mudahan bila mereka dah besar nanti jadik anak yang soleh solehah..




^_____^





penyejuk hati poppa & momma



oh atas permintaan ramai yang nak tengok keletah qies secara real, mari sini momma tempek video qies.oh aksinya sgt mencuit hati..dah pandai dengar azan, ikot sama azan kat tv.

bila dengar je azan, automatik dari mode hyper terus behaved tu.
see anak-anak kecil pon tau hormatkan azan :)





video


kumat kamit mult syomel diye ikot laungan azan :)
gud gal, anak yang solehah..






mama happy sangat sebab ada qies yang bijak & cerdik ni..

dari hari ke hari ada aje akal baru qies..
sekarang ni dah mule faham arahan mama, kadang mama kata give mama your bottle, terus dia amik botol kasi mama :)

bila dah abes menyusu cepat2 dia amik tgn mama,nak pass botol dia.
clever..








bila papa call, waaah kemain mulut babbling babbling tanda eksaited :)
macaaaam pahaaaaaam jez papa yang call.ehehe.







mamam kegemaran nasik lauk telur kicap hancur.hari-hari pon boleh :)

kalau tgh mamam siap ada sound efek, aummmmmm!
hahahaa kelakar betulla anak papa mama ni..




perangai terbaru cik ninina sekarang ni suke sangatlah panjat kusi & meja.seriau mama bile diye buat aksi stunt.dah macam boboi dahhh.
memang kena 100% attention.
memang sangat macam-macam..



tapi apepun, mama happy.
sebab itu tandanya anak papa & mama ni sihat & bijak kan :)


aaaaih cant wait to meet u my yayang..

momma mish u!








dedikasi buat bee syg : sedetik lebih




buat bee yang huney rindu..


rasanya dah lama tak menulis entri tentang kita.
maafkan huney, kerana terlalu obses dgn buah cinta kita yang seorang itu..
asik bercerita tentang dia aje kan :)


dia kan segala-galanya.
kesayangan kita berdua.
pengikat kasih kita, harta kita paling bernilai dunia akhirat.
rasanya sejak kelahiran dia,hidup kita terasa lengkap kan bee..
syukur alhamdulilah..


sebelum huney melelapkan mata malam ini, huney nak buat entri ini utk bee..
untuk kekasih hati huney dunia akhirat..

tadi huney terdengar lagu ini, nyanyian penyanyi kegemaran no 1 huney.
lagu nie besh sangat, huney dedikasikan khas buat insan yang teramat huney sayangi.

nanti bila-bile bee dengar eh.
sweet sangat lirik dia, mewakili isihati wifey kesayangan bee ni :)



yatekhram forever





Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...







kamu, kekasih hati dunia akhirat..





i love us..i really miss us.



hope bee baik-baik aje kat tetengah laut itu eh :)
tunaikan tanggungjawap dgn sebaik mungkin okay bee..

doa huney tak penah putus buat suami yang huney sayangi nie,tiap masa memikirkan belahan jiwa huney.mudah-mudahan ALLAH sentiasa melindungi kesayangan kami.
bila rasa sedih, jangan risau ye..tuhan sentiasa bersama kita.


insya-ALLAH.
sampai kita bertemu lagi.
we will always wait for you.


we love & miss u so much poppa..!




okay layan lagu feeling ini..



sedetik lebih :)



** happy wedding anniversary our BFF ena & ayo ke 4 hari ini.how time flies kan..
means yat & ekhram pon dah 4 tahun bersama, kami kan berkenalan di hari bahagia mereka berdua :)

Tuesday, January 25, 2011

ALLAH ada rancangan lebih baik utk kita

mood momma tengah tak berapa cantik nie.

^_____^


dah taip panjang panjang pastu save kat draft.tadi macam nak cerita pasal keja,tapi hmm takyahla.sensitif issue la pulak nanti.lately selalu membelenggu fikiran.ala takdelah berat mana..

papa qies kata buat cool je huney, hubby kan ada.
jangan semak kepala fikir pasal keja..jaga je qies baek baek..


thanks bee, for always support ur huney.


tapi hmm..
tetap ada sedikit ralat dihati.biasalah kita human..






momma kata bagi tempoh bertenang eh :)






yup, momma not so happy, tapi hmm takpela..


ALLAH ada rancangan yang lebey baik utk kita...
mama percaya rezeki qies sentiasa ada..mungkin kalau takde dekat mama, tapi ada dekat papa.
INSYA ALLAH.



eh eh tamau u all berteka teki tentang apa, teruskan berkerja ye semua.
biar apapun, mari kita niatkan dalam hati keja kita sebagai satu ibadah :)



peace pis kacang pis!



notakaki : big congrats to geng meja bolat, ankel azuan for promotion.wah pasni kak elin bole ajak kami makan-makan besar lagilaaa :P












Sunday, January 23, 2011

KLCC, i'm fallin love

ewah title as always memang tak boleh blah :P

yes i am proud to be malaysian.
kat sini pon dah macam-macam ada.nak bangunan pencakar langit? tak yah g jejauh kat sini pon ada..sakit tengkuk nak mendongak okay.

tapi view KLCC adalah sememangnya marbles.kalau malam-malam lagi cun ngan lampu lampu berkerlipan.wah harus satu hari nanti ajak papa qies g shoot malam-malam kat sini.tunggula dah ada lens panjang yang diidamkan nanti.hehe.

*wish list 2011 nie tau,ngee*


so entry kali ini adalah momen warna warni pengembaraan cik ninina & sekutunya ke KLCC.this is pestime momma bawak qies ke sini.ke tempat dating poppa & momma-nya satu ketika dahulu.yea inilah tempat first date we all, dah takde tempat lain yg agi menarek papa nak bawak.lol.bersaksikan menara bekembar KLCC itu, papa proposed mama.hehe.tipu jeee.mana ada propose kat KLCC, ingat citer industan ke? jenjalan sekali sekala sambil mengepow papa tu adalah.hua hua hua.pau kuih pau :P



so, untuk kenangan terindah qies di masa hadapan, mari momma tempek momen kita :)




qies & maklang in front of beautiful twin tower :)


*hengat senang nak amik full angle KLCC? seb baik momma tak berguling-guling laah :P*
kat situ punyela ramai potogeraper, memasing bwk senapang panjang woo..




oh yea, semalam jugak pestime qies naik train.wah eksaited kemain dia bile train tu berjalan laju.lagi laju dari papa bawak car :P





qies tengah layan naik ERL..

utk babies free saja.for adults dari putrajaya ke KL sentral tiket rm 9.50 ye kawan-kawan.
lepastu amikla PUTRA LRT ke KLCC.tiket 2.20 kalau tak silap.

actually momma pon dah lama tak naik train,rasenya since pregnant.
tapi siyes naik tren lagi bagus kalu nak jenjalan KL sbb pantas & tuntas.

bole cek kat website ERL for more info :)



okay kita dah sampai...


mak lang is the bibiks of the day.muehehhee.tapi bibiks vogi da vass..
kami bertiga pinky pinky theme.


sekali kannnnnnnn...



aiyaaaaaaak..



deco CNY kat suria KLCC pon pink karer dah :P

qies behaved je dari dalam ERL syiok titon sampaila ke KLCC.dia tatawu tu momma bawak dia g KLCC.seb baek bawak stroller, kalau tak harus patah bahu momma nak mendukung dia yang bambam tu.sebab qies memang kaki tido bila dlm kenderaan berakon.hehe.



dah sampai KLCC haruslaa nak g terjah butik-butik baby yang pemes amos, saja nak tengok kot ada yang menarek bole rembat for tuan puteri intan payung sorang tuu.sekarang kan tengah CNY sales.




cuci mata je kat baby GAP.tunggu poppa balek nanti lah, bleh qies pow papa,haha :D



oh kat sini banyak yang menarek.dan sales bole tahan jugak..plan nak cari baju lengan panjang for qies..




besar outlet poney kat sini,banyak choice!




dan hasil terapi semalam, cam biasa asal sopeng je barang qies.asal barang qies je sopeng.baju bajan momma suda dilupakan sama sekali.mmg macam nila kot mak-mak kan?



hasil tangkapan kat poney.oh semenya item yang sales..
suke la corak polkadot tu, qies tak penah ada lagi.
kalau gaji momma dah masuk harus tambah 2-3 helai lagi tuu.*evil grin*

nie sesopeng ngan hasil duhet nuffnang jek.hoho.

avent pon sales kat parkson tu, 20%.berbaloi baloi if beli seme nie time sales :)

btw, anyone tau kat mana ada jual botol momma?
rase nak try for qies.ada tgk kat google aritu, cam cute je.



and poppa sile jeles tgk ini,




.







.






duta syomels F1 :P

*kwang kwang kwang*




kalau dah namanya momma, mana sah kalau ukur mall tak ke baby room.harus tukar mami pokok si qies & buat syusyu lemak manis berkrim utk diye.

kami pegi babyroom kat isetan, memang sgt besh.ada bilik utk BF seme.changing room seme terbaek.bersih & selesa.

tak caya tengok,



siap maklang camwhore laaa :P
*bajet artis,ehehehe*





dah puas mengukur mall, masanya untuk bawak anakanda sorang nie main-main kat taman luar KLCC pulak :)

macam biasalah, kalau dah guling guling kat rmput tu sure lah tgh berpotogedix.modelnya tak lain tak bukan cik ninina & maklang laah.




beshnya lepak lepak kat sini...

poppa lenkali bole kita bawak qies g sini lagi,macam-macam ado..pool pon ada.
qies mmg beri the eksaited laa.






qies yang eksen nak turun bukit sendiri tapi dihalang oleh bibiknya :P






oloh oloh manjenya si syomel momma tuuu ngan mak lang :)








maklang feeling artis jap :P

kena ngorat hokay, ankel fir jgn jeles.kuikuikui.




i liokee this moments, macam ala-ala kasih ibu..cewah!


padahalnya tgh pujuk qies yang cranky tak sabar nak terjun pool.HAHA.




okay cerita & gambar qies mandi kat pool KLCC kat next entry okay.sabar dolu :)




tetiba ada 3 orang makhluk nak join kami petang itu..orangnya tak lain tak bukan..




papa shah & konco konconya.

qies nampak je papa shah terus mintak dukung.dia ingat poppa dia kot :P






dan kami sefamily meneruskan aktiviti cuci mata..hahaah ayat.



dalam pada tu, tiap jam sempat update our aktiviti kat poppa qies.kebetulan kapal tgh anchor kat KSB.
takmo poppa risaukan kami.




wajah yang kami rindui di skrin E72 ku yang bercalar balar hasil keja seni qiestina.hadoyaii..
sempat videocall papa, qies babling itu ini.qies pegi tgk fish besar kat kedai steak house kg baru..nanti papa alik bole kita ke sana lagi.



dan after this banyak lagi moments yang momma nak share kan :)

just wait yaaa.inipun menaip sambil dibantu oleh anak kesayangan poppa.aduiyaii.si dia ini semakin bijak dan cerdik sekarang ini.sangat menuntut perhatian 1001% dari mommanya sekrang ini.mama terimpress sekejap tadi bila dia bisik bisik kat tepi telinga dia panggil 'momma..momma..momma'.

adohai anakku.kamu buat mama cair.
dengan suara manja dia,gelak senyum dia.


suka sangat bile mama layankan dia, nyanyikan lagu twinkle twinkle little star utk dia :)
senyum sampai bercahaya-cahaya mata dia.

dan qies macam nak bagi tahu seme orang, she's already big gurl.tak caya tengok nie..





plisss saya tamau jalan pegang tgn, saya nak jalan sendiri!

eheheh tgk muke dia, cheeky kan :)


indah kan menyaksikan perkembangan zuriat kita yang dikandung 9 bulan itu?
terlupa terus saat mabok mengandong -maha-terok-hanya-tuhan-yang tahu-hazabnya tu.
yes terlupa dan sgt berbaloi baloi.


momma love u so much my eryssa qiestina.

eh tetiba terlarik tajuk KLCC :P

dadadadada!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails