yatekhram jr pwetty pwincess

Sunday, March 31, 2013

31.3.13





Tarikh yang cantik.Banyak No 3.Saya suka no 3.Motip?  sebab saya anak ketiga.
Tapi saya tak suka ada orang ke tiga atau jadi orang ketiga okay! Never ever.heheks.


# Dah tak payah nak buat spekulasi bebukan lah.Takde kena mengena pun dengan hidup saya, atau sesiapa yang hidup mahupun mati.Makcik-makcik enon tak payah nak stalk sangat lah ye :P

-_-


Blog saya ini macam taman permainan.
Tempat melepas rasa dan anganan.
Biarpun ada yang rasa macam merapu dan syok sendiri melayan perasaan.
medium  yang ada jangan kita sia-siakan.

Tak gitewww..?






Semalam adalah kenangan.
Hari ini adalah harapan.
Esok adalah impian dan masa depan.
Biar kita tak tau apa yang kita lalui di sepanjang jalan dan berapa banyak hentian.
Teruskan perjalanan.

Hadapi semua dengan senyuman :))
Kerana kita masih ada kasih sayang Tuhan!

Monday, March 25, 2013

Buat baik dibalas baik, janji Allah tu benar belaka.





Dalam hidup ini, bila kita selalu berbuat baik banyak benda baik yang kita boleh dapat.Omputeh kata what u give u get back.Kadang kita rasa simple je sesuatu benda tu, macam semalam momma ada sharekan status ni kat fb.The thing make me smiles the whole day :)

^_^

Dia punya feeling tu macam miracle, angau-angau semacam.Janji Allah tu benar.Kalau hari ini kita lakukan kebaikan tak kira pada sesiapa pun jua, malah pada apa je makhluk Allah e.g kucen pasti Allah balas dengan kebaikkan-nya.Cepat atau lambat je.Kucen yang tengah lapar tu doakan kita bila kita bagi dia makan minum dengan hati yang ikhlas.Betapa gembiranya dia.Kita je yang tak tau.ini bukti kasih sayang dan rahmat tuhan pada kita semua.Sekarang ni Allah bagi pape balasan baik ke buruk cash je.Takde dah nak installment bagai :P


This is sharing kat fb semalam tentang cerita yang sweet :)

*sile enlarge kalau nak baca, hehe.* Tak sangka dekat 100 likes disitu,Means ramai betul my fb friends sukakan kebaikan dan berbuat baik.Alhamdulillah, kawan momma semuanya memang baik-baik belaka.I'm grateful & feel blessed! I loff you guys beri-beri mucho :))



Siapa kata berfesbuk lebih banyak keburukkan? me totally not agreed.Tengokla apa yang kita selalu postkan.Bak kata Prof Muhaya post kita kat fb menggambarkan siapa kita.Kalau asik emo-emo marah-marah maki hamun meroyan dopolohpatjam *opsss* tu tandanya jiwa berkeladak.Mari kita reset minda untuk share benda yang baik dan posotif je,pahala pun dapat :)


Maka mulai hari ini dan seterusnya mari kita tanamkan azam untuk selalu berbuat baik. Tak kira pada bangsa agama apepun.Kitakan 1 Malaysia.Tak rugi sesen pun buat baik kat orang.Like seriyesly.Kadang kita hanya bagi senyuman kat orang, kita sebarkan salam buat sesiapa pun then bila orang sambut salam dan senyuman kita tak pasal-pasal orang tu dah jadik kawan baik kita hari ini.Mudah kan..? Momma rasa pengalaman macam ni, dulu kat sekolah orang ingat momma ni sombong, maklum pengawas laa, student tekun belajar laa.Then bila momma yang approach derang dah tau betapa potpetpet nya momma ni, sekarang BFF dunia akhirat :) hehehe.Kan kan Bonda Eyta? hekheks.


Tak susah mana nak buat kebaikkan berbanding kejahatan..Bila kita buat baik raaaamai orang kenang dan sayang kita.Teringat ceramah Ustaz Kazim elias, dia kata dengan hanya sebarkan salam dia sangat dikenali dimana-mana.Dapat kawan baru.Bila dah ramai kawan tu senang nak deal apa-apa urusan.Pegi hospital ada kawan, pegi kedai ada kawan..kadang sampai tol pun pekerja tol bayarkan.hehehe.Itula untungnya peramah dan berbuat baik.Cube buat muke ketat dan hati busuk penuh hasad dengki? lalat pun tak mau dekat kot :P
Larikkkk...sebab nampak aura negatif even muke cun/encem gile.ekekekeke.


Momma teringat suatu peristiwa masa kerja HR kilang,staff memang semua rapat dan senang berkerjasama dengan momma.(Menurut kata mereka ai ni sempoi dan tak strict macam HR lain.hehe.Ntahla ;P) .

Ok, ada seorang operator ni kesiaaan sangat dia kesempitan duit.taulah gaji keja operator kilang berapa je. Bila dah kesesakan tu nak beli susu anak pun takde.Anaknye pulak sakit.Sebak dengar :( Momma pinjamkan dulu duit even masatu tengah sesak jugak, tetengah bulan.Tapi kita niat ikhlass nak bantu orang. Kita ni momma orang, kita tahu perasaan dia macam mana lagi kalau libatkan anak-anak memang cukup sensitip.2-3 hari lepastu tetibe ada seorang blog reader kata nak advertise iklan kat blog dan dia nak bayar sekian sekian amaun.*banyak juga*.Alhamdulillah, Allah is great! See, bila kita beri pertolongan, Allah gerakkan hati orang lain  beri pertolongan pada kita dengan cara yang cukup sempurna.Ekslusip.Antara kita realise ke tak aje.Bahagia betul hidup dengan memberi ni rupanya :)


Momma rasakan kebenaran janji Allah bila kita berbuat kebaikkan ni.

Ini hanya perkongsian pengalaman, untuk sama-sama kita perbaiki diri, koreksi mana-mana yang patut.Kita ini manusia tiada yang sempurna tapi sentiasa bole memperbaiki kekurangan.Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.Mudah-mudahan Allah sentiasa bagi kita hidayah untuk berbuat kebaikan selalu.Biar orang buat jahat kat kita, kita jangan sekali. In Sha Allah..



Sebarkan aura positif dengan senyuman dan salam :)
Bahagia dan membahagiakan.


Assalamualaikum.
^_^


P/s : am feeling so happy sebab blog readers dah ramaaaai sangat jadik kawan momma qies, share the ups and down.Happy and sad.*u know who u are*.Eeven kenal di alam maya saja tapi ikatan kita lebih dari sahabat yang jupa tiap hari.Thank you guys, saya terhutang budi sangat dengan kalian.U guys make me realise so much good thing in our life compare to bad ones.hehe.


Friday, March 22, 2013

instagram mania!

sekarang kan zaman instagram! hehe.ramai gile da ada instag kot.dulu dulu retis je banyak guna application ni.so momma qies pun bajet retis jugek ni *lol*


errk.actually suke style editing pix dia.mantop! liokesssss to the bits.


ok darling darling semua, if nak follow sila add mommaqiestina.


okbaiii ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 20, 2013

20.03.2013, Thank yu Allah :)






..Saya meminta kekuatan, tetapi Allah memberikan saya kesulitan yang membuatkan saya kuat”

— Salahudin Al-Ayubi.






“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”





Hidup ini sebenarnya sangat indah, namun keindahan itu akan dirasai apabila segala-galanya adalah kerana Allah.

Apabila Allah dijadikan matlamat, sudah pasti setiap perkara yang dilakukan akan menjadi hebat dan tepat.











Hidup itu pahit, hidup itu getir, hidup itu perih mengiris

Namun anda tidak sendiri, anda masih punya Allah yang selalu menemani anda dalam kesendirian anda, dalam perih, getir dan luka.

" Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang orang yang beriman (QS. Ali-Imran : 139)







Kita bangun setiap pagi, dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudia Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang.. JANGAN BERSEDIH.. Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan,ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Yang penting jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.


 Kenapa perlu rasa sedih untuk 1 hal, sedangkan kita ada sejuta sebab untuk tersenyum :)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman



Published with Blogger-droid v2.0.4

Kekuatan terulung.






Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 18, 2013

Gorgeous weekend with outing, movies & photoshoot.





Assalamualaikum Isnin :)

Hihi no no monday blues, weekend fully with families activities.Weekend kali ni makcu qies balik bercuti dari Poli so the 4 girls (maklang, makcu, qies & me) kuar together-gether.Hmm untung ramai adik badik pompuan, we share the same interest.Derang suka movies, suke makan, suka fashion,suke mekap, suka plesssing (photoshoot) dan secara tak langsung kakak derang yang dah 3 series ni pun feeling muda remaja macam adik-adik.heheks.Tu sebab muke pun bajet macam 21 :P *lol*


Ala kasila can nak perasan jap -- :P


Orang kata busy dan membusykan diri dengan sesuatu yang kita suka tu memang best theraphy tau.Tak kira terapi stress kerja ke, stress dengan someone ke,  apa-apa lah.For me, i always rewards myself dengan cara macamtu.Toksah nak kusut-kusut sangat fikir problem yang kita tengah face, sebaiknya mengadu direct pada DIA.Mesti rasa lega sangat lepastu.then buat la pape activity yang buat kita happy and feel release like outing dengan kawan-kawan/families! Oleh sebab saya memang suka photography, saya suka shoot momen-momen yang sweet, momen-momen yang priceless.Bila kita tgk hasilnya cun, tu macam kepuasan untuk diri sendiri.

Bila nak start up photography biz..? Errr blum terfikir lagi untuk serius.Kita target one by one dulu.For the time being it just hobby.Adik-adik ada juga rekmen suh ceburi bidang ni secara serius, maybe derang nampak bakat tu ada.Tapi nantilaaah ek.One fine day In Sha Allah.


So ini antara momen hujung minggu kami disini,




kekuatan momma, yang selalu buat momma gembira :)
I loff u beary strong yayang.




sabtu kiteorang tgk lawak ker der 2.Phewww siyes sangat best lawakkk giles.Memang nak putus urat gelak.
Qies pestime jupe bf makcu, Uncle min tapi dah kamceng macam ape dah :)




The siblings.Haish nilah geng gado dan geng share everything :)
without them sunyi sepi donia ku.hikhiks.Alaaa bilela nak kurus balik macam derang, nak pakai baju peplum jugekk! :P



manja ashaaam maklang ni :)



menemani makcu berkarok.Hmm memang lah hobby no 1 dia.sebaik sora tu sedap macam retisss :P




eksaited tgk makcu nyanyi! dia pun nyanyi sekali cukup cukup sudah.hehe.








Ewah-ewah manjanyeee dia dengan uncle min tuuu.melting taaaaauu hati uncle min tu,jeles makcu :P
qies dengan sesapa pun dia manja especially guy,  budak baik senang jaga sorang ni mesra alam macam momma & siblings.hehe.







makan-makan kat gazebo tasik kluang.Oh tempat ni lovely & nyaman sekali.tepi tasik kaaaan.Ada karok jugee open air gituu.sesuai la family/couple nak bersantai memalam sambil makan :)





Photoshoot lovebirds katanya eh makcu :P
layan jela ye min si kaki plesing sorang tu.


anyonyoooo janggut uncle min jugak pujaan qies :)
*pasrah*





suke sangat diaaa..!!



pose faveret qies tiap kali! haha layankan aje.

Okbai dah habis shutter speed momma, Choyyy!! :P


Thank you guys for our superb weekends! Lainkali kita ronggeng agi yeh sayang-sayangku semua.



Sekian cerita hujung minggu kiteorang.Kat Kluang ni memanglah tak sehappening kat KL sana tapi it's okay tempat jatuh lagikan dikenang, tempat sendiri lagi syok! Yang penting insan-insan tersayang lagi terpenting sentiasa disisi bagi support yang tak berbelah bahagi dan semua orang saaaaaaaaayang qies dengan momma.Hoyeeeah.

Till next entryyyy :D


Friday, March 15, 2013

Cuti Cuti Terapi : A Famosa Melaka





Dah lama tak berterapi dengan geng momma angkat qies, harituuu *hehe ni entry tertunggak baru ada mood nak blogkan*.

Momma pegi dengan bff sejak UPM,  Mimmy Awal.Kiteorang  pergi bercoti ke A Famosa Melaka.
Tengah-tengah antara Johor & KL gittew.

Dah lama plan nak bawak qies ke sini, baru tertunai.
Alhamdulillah sampai jugakkk..
+_+


Memang syiok sebab kat sana ada Safari, Ada cowboy town, ada waterworld dan kami check in kat D Savoy Condominium.So far rate untuk 1 night dalam 470, ada 2 bedroom yang besar, ada hall yang luas bole bentang toto bagai, ada dapur dan toilet yang oklah siap bath tub bagai.Senang citer kalau nak masuk 10 orang pun bole sebab spacious:)

Next time memang highly reccomended this place untuk bercoti-coti.



Let's the pictures tell the story..











shaalalallalaa berlari lari riang anak momma :)






harus amikkk buat kenangan gitu.







Camwhoringg! hehe model syomel momma tuuuu layan kan je plesing :P














View the condo.santekkk kannn..!




 
Tima kasih mimmy awal! muahhhh qies  rinduuu mimmy.













  1. Seronok sangat dia jupe swimmning pool! memang tak dapek laaa nak sekejap.






Tak puas berendam kat pool, mandi kat bath tub bilik hotel pulak.hadoyaii.





Drama queen momma ni..












Qies si pecinta haiwannn ni suka sangatlaaa dapat pegi safari/zoo :)
Tima kasih momma mas yang bagi baju sheksi & ada aircond ni.hehehe.










Feeling feeling bercoti :P












Lain kali kita plan bercoti lagi yeh mimmy awal & mommy mada :)
Syok sangatttt pegi terapi dengan u all.hehe.Tak puasss..Qies pun seronok bangattt..



Dan bersambunglah di episode terapi yang seterusnya..Banyak lagi peektures nak share.
^_^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails