yatekhram jr pwetty pwincess

Sunday, September 30, 2012

sebab ku kasihi dia

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, September 16, 2012

Coti coti mesia a famosa resort

Salam semua :)


Qies bersiaran dari d savor condo,a famosa resort melaka ni.coti straight 3 hari,hari mesia.makanya momma wif bff momma si mummy angkat qies decide nak pegi cuti2 mesia.dah lama plan ni br menjadi.


Sgt comfy place,so much fun.sgt recommend.will updates later.fenats nakbrecharging dulu,esok nak ukur safari.nunite!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, September 6, 2012

3 Tahun yang tak mudah tapi cukup Indah :)






Alhamdulillah, 5 Sept 2012 menjelma lagi.


Momma terlewat sehari, takpe eh yayang.It's better late than never.Momma nak bila qies besar nanti dan baca belog ini qies tau betapa momma sangat sayangkan qies.Hope yayang paham momma teramat-amat busy kije, lebih lagi minggu buat gaji ini.Momma memang tak cukup kaki tangan.momma kena pastikan semua staff momma dapat gaji sharp on time.Dah berhari-hari momma pulang lewat demi tugasan.Beginilah ibu bekerjaya.

Tapi percayalah, momma tak penah lupa saat indah di tarikh ini.Mana mungkin sayang momma lupa tarikh kelahiran satu-satunya puteri kesayangan momma.Orang lain mungkin boleh lupa tapi tidak momma yang melahirkan kamu ini.Momma yang bertarung nyawa berjuang untuk memastikan kamu selamat melihat dunia :)
Momma yang pertama kali menyentuh kamu yang yang comel, yang lembut, yang fragile seberat 3.15 kg itu.
Semua kenangan kamu momma abadikan disini sayang.


Sayang buah hati momma, mungkin kata-kata momma ini agak klise.
Tapi momma sesungguhnya sangat bersyukur sebab Allah SWT anugerahkan momma anugerah terhebat seperti kamu.Momma tak dapat nyatakan betapa bersyukurnya momma ada kamu.Kamu yang buat hari-hari momma terisi dan lengkap.Kamu yang menyempurnakan hidup ini.Kamu yang terindah dalam hidup momma!


Kamu mengajar momma nilai kasih sayang..
Kamu mengajar momma ertinya sabar..
Kamu mengajar momma ertinya sebuah kehidupan.
Kamu mengajar momma ertinya kekuatan dan ketabahan.Segalanya kerana kamu.
Bila mana momma selalu mengutamakan kamu lebih dari apapun.
Betapa momma sayang kamu, hanya Allah yang tahu.






you are my soul, my heart my sunshines.my everything.



Percayalah sayang, disetiap saat kehidupan kamu ada doa momma menyertai kamu.
Semoga doa dan harapan momma untuk melihat kamu berjaya dunia akhirat termakbul.Moga kamu jadi ahli syurga dan saham kami di akhirat nanti.


Ya Allah permudahkanlah tiap urusanku membesarkan khalifah kesayanganku ini.
Jadikan dia cemerlang di dunia & akhirat.Jadikan dia penyejuk hatiku selalu.Jadikan dia kebanggaanku selalu.Jadikan dia insan berakhlak mulia.Murahkanlah rezeki-nya dan sihatkanlah dia selalu.Semoga dia terus tersenyum bahagia.
Amin Ya Rabbal Alamin..


Selamat ulangtahun ketiga puteri kesayanganku Eryssa Qiestina.
Semoga Allah rahmati-mu sayang.

Momma loves you, unconditionally.Lillahi Taala.
*haihss, sambil lap airmata terharu*


* Terima kasih semua atas doa-doa & hadiah teristimewa buat qies :)



Saturday, September 1, 2012

Sneak Preview | Our princess 3rd Birthday Bash





Dear Eryssa qiestina,

Alhamdulillah, usia puteri kesayangan momma dah masuk 3 tahun.Tak penah rasa lelah membesar dan mendidik kamu.Sesungguhnya Momma mengasihi kamu tanpa syarat.Momma bersyukur rezeki qies sentiasa ada, kali ini ada rezeki lebih utk raikan bersama teman-teman. betul orang kata tiap anak yang lahir dia pembawa rezeki.Setakat ini qies tak penah susahkan momma, biar kadang-kadang notty tapi qies lah penawar duka lara, penghibur hari momma, penguat semangat momma.Segala-galanya buat momma.Nyawa momma satu-satunya *buat masa ini*.


Ulangtahun qies 5 sept ini, tapi memandangkan semalam hari cuti merdeka dan momma cuti straight 3 hari maka momma ambil kesempatan buat Doa selamat sempena birthday Qies.Sekali dengan open house raya sekali.Momma invite kawan-kawan terdekat, officemates & jiran-jiran.So sorry pada yang tak diinvite tu, memang tak jemput ramai-ramai.Jangan kecik hati ye :)


Lebih kurang 150 tetamu membanjiri teratak kediaman kami,cuaca pun elok je semalam.Deretan kereta parking kat tepi jalan, wah memang dah macam kenduri kawen sungguh.huhu.Mungkin sebab kemeriahan Syawal masih terasa.Semua ambil kesempatan untuk ziarah & mengeratkan silaturrahim.sangat terharu sebab kawan qies dari KL Adam & Rizq pun sudi datang dari jauh untuk raikan qies.

:)


Kami sekeluarga rewang masak makanan untuk tetamu, pheww dah macam kenduri kawen maklang dah :P heheh. Buat kenduri kat kg memang meriah.Atok & nenek sangat super busy dengan memasak ketupatnya, lauk pauknya.Allah je mampu balas budi baik semua.Tima kasih kat makngah sebab bermurah hati sponsor kanopi, Paklong yang sponsor air batu & tembikai seguni dan bantuan maklang & makcu qies mendeco-deco dan mengemas tak berenti-renti.hiks.Semuanya sayangkan qies kan..Bertuah sangat anak momma ni.


Momma share dulu antara momen terindah ulangtahun puteri kesayangan momma,




eksaited birthday girl dengan her cousins :)

Kalau ada kakak farra, kakak Dilla & kakak qistina dia memang good mood la dia.Qies memang suka kakak, dia tak suka adik.hihihi.





Candy buffet table.
All deco's DIY sepenuh kasih sayang from momma.Amik masa seminggu juga nak siapkan material, balik je dari opis terus momma mengadap lappy,printer, gam,gunting, reben segala mak nenek nak buat semua ni.hehe.gigih demi pwincess kesayangan.Kalau nak upah party planner memang momma tak mampu :P



kegembiraan si budak tigatawon :)
Tahun ni momma buat tema merah angry bird & pink.Hope yayang momma dah besar nanti suka tengok semua ni.




Semuanya untuk kegembiraan buah hati kesayangan momma :)
Hope semua ini akan jadi kenangan terindah.




lovely kanopi rent from Cikgu juriah.TQ soooo much makngah sebab sponsor ni utk pawtay Qies.sangat berbaloi sebab tetamu selesa nak makan & beramah mesra :)
bole buat backdrop seme...Banner tu momma tempah kat BFF paklang to be Qies.sangat syomel.



menu penuh kasih sayang dari Atok Mohtar & family :)
+_+

memang macam-macam ade ketupat, kuah lodeh, sambal udang, soto ayam, mee goreng, ayam goreng kepci, kuih 4 jenis, koktail buah campur, apam polkadot order online anty Izma, Muffin choc, karipap pusing, jambu batu, tembikai & bermacam-macam lagi,Sape yang tak datang mmg rugi.hee.*ayat utk pak uteh ajib,kukuikuikui)



Bersambung lagi di episod seterusnya..
Jeng jeng jeng.Haha.bikin saspen.


* Lagi 4 hari baru qies 3 tahun, tapi momma yang melahirkan ini tak sabar nak share kegembiraan Qies untuk tatapan feminats setia.Eceh :P*



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails