yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, May 23, 2014

Hikmah tersirat di sebalik ketentuan ilahi.





Assalamualaikum and hyeee semua :)

Entri pertama untuk bulan Mei.Ahaks :P 





Teman sejati momma selalu selamanya.
Teman pengganti? belum lagi. masih dalam rahsia Allah :))

*jangantanyaboleh?*

memang sekarang ni 1 entry untuk 2-3 bulan kot.motip, sekarang lagi senang momma nak share dekat instagram, fb or whatsapp.Guna handphone sambil golek-golek je :P Nak bukak lappy tu memang hari-hari, tapi nak menaip kat belog tu alahai super malas betul.Kesian semua dah rindu, teheheeee.

Sekarang memang sibuk sangat dengan kerja, kalau kat office tu macam tangan octapus.meeting sana sini berjam-jam, dengan attend macam-macam hal, dengan segala mak nenek audit, nak interview orang bagai, dengan nak melayan calls, email, whatsapp dari staff, belum masa nak presentation dan buat report.phewww.Almaklumlah kije seorang HR ni, super busy sangat.But alhamdulillah, i'm blessed.Dalam kesibukkan tu dapat juga mengubat hati yang duka lara.Ecehcehceh.puiii.

Seriyesly, sibuk tu pun macam pengubat.Lebih baik busy kalau tak lagi teringat hal-hal yang tak perlu dikenang.Cuma bab stress kerja  tu kat memana pun tak boleh lari.Hadap jelah.Cari rezeki mana ada yang senang, petik petik dapat.Memang tak la kan.Allah nak kita usaha, doa dan bertawakal.


cerita weekend lepas, momma kena handle career fair so momma angkut qies sekali.sebaik buat kat hotel so sejukkk dan comfy, qies behaved je teman momma work, dengan aman momma interview candidates.

Bila sampai rumah, si cantik manis sorang ni lah konker sepenuh masa momma.Dia dah nak masuk 5 tahun, alaaahaaai sangat-sangat bijak dan banyak akal.Bila momma balik rumah je, mesti dia buat presentation, dengan kije skool dia.Dengan hobby melukis dia, ai tell yu my qiestina very the creative girl! Dah lukis, dia kaler, lepastu tampal.Impress sangat. Ini bukan nak up anak sendiri ke apa, tapi memang realiti.Bab-bab berseni, memang A.Memang sah ikot macam momma dia, suka sangat bab-bab kreatif.Heheh.Weekend ni qies selected utk colouring contest.

Sesungguhnya bagi seorang ibu, anak lah penawar duka lara  penguat semangat bintang dan bulan :)
^_^
Qies memang hari-hari without fail buat hati momma berbunga-bunga.Tersenyum dan ketawa dengan keletah dia yang ala-ala ratu lawak tu.Bersyukur sangat momma, sekurang-kurangnya Allah anugerahkan eryssa qiestina sebagai peneman momma dunia akhirat.



momma sayang dia ketat ketat, to the moon & back!
Bila balik kije, dapat tengok muka dia pun dah melting.Hilang semua fenats.



Oh yea, bulan ini momma baru meraikan hari lahir yang ke 23.Ahahahha.Silalah terbalikkan angka ittewww.
Muka muda remaja lagi kan? hikss hiksss.Terima kasih buat semua yang wish dan mendoakan saya.Semoga termakbul doa-doa kalian itu. Deep sangat kata-kata korang tu.Ai tauu ramaaaaaaaai sangat sayang saya dan qies.I Heart it so much! terus doakan saya dan qies yeee semua.


Pertama kali diraikan oleh rakan rakan sejabatan (HR) di kampeni gergasi tempat mencari rezeki.
Hello anonymous, tempat saya kije ni memang 'gergasi giant sangat'.Plant seluas 84 hektar, jalan kaki memang tak larat occay! Tak caya maila datanglah interview dengan saya.Huehuehue.




sambut hari lahir dan qies sambut hari ibu untuk momma dia yang sejati lagi mithali (lah sangat) ini :)
Thanks my lil yayang, tecik tecik pandai dah pakat-pakat sama makcu nak sepraiskan momma.Mana datang bakat suka sepraistu if bukan dari momma awak kan.hehe.






Terbaru dari momma dan qies , fresh from handphone hari ini.ahaks :P
#prayformommaandqies


Alhamdulillah, kehidupan semakin semakin baik selepas diuji dengan berat.Allah itu maha kasih, maha penyayang, dia tak pernah terus biarkan hamba-nya bersedih.Kadangkala dia bagi kita ujian sebagai salah satu sentuhan kasih sayang dia. Dia nak tunjuk something much better dia dah sediakan untuk kita.Syukur, untuk kita jadi lebih baik, meninggikan darjat dan beroleh pahala dari kesabaran itu.In sha Allah..

*Deep*
Petikan dari buku motivasi kegemaran momma 'rawatlah hati' by Ustazah Robiah Khamzah.
Bila tengah down, baca banyak kali ayat tu terus datang semangat.


Saya nak kongsikan tips, bila kita rasa tengah down sangaaaaat tak kira sebab apa pun,  kadang rasa sempit gila dada nak bernafas pun  rasa susah.Ai feel it many times sebab kusut sangat fikir berjuta masalah. Caranya ialah banyakkan membaca surah Al Insyirah (Alam nashrah)..Baca 3 kali raup ke muka, sapu kat dada dan belakang badan.In sha Allah lepas tu rasa lapang je fikiran, tenang yang susah nak describe macam mana.Baca dan yakin sungguh-sungguh Allah sebaik-baik penolong.Sebab dalam ayat 6 tu maksudnya 'Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan'.

Ayat tulah yang momma pegang.
Percaya kesusahan takkan selamanya.
Pahit akan manis akhirnya.
Tiada duka yang abadi.
Padamu ku bersujud.
Cinta sesungguhnya.

Eh semua dah macam tajuk lagu ;p

Buat semua yang tengah bersedih, La tahzan innallaha maana.
sabarlah, Allah selalu bersama kita.Istighfar banyak-banyak.

Buat yang tengah gembira dan bahagia, bersyukurlah :)
Kebahagiaan semua datang dari DIA yang memiliki segalanya.Termasuk hati kita dia yang bolak balikkan.

Bangkitlah  dan buatlah segalanya kerana Allah.Dia yang tak pernah tinggalkan kita.Dia yang selalu mendengar doa-doa kita biar bisu tanpa suara,

Indeed, everything happen fo a reason.
-_______-




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails