Assalamualaikum sayang sayangku semuaaa :)
Aahhaha finally finally after a month ai am back.wehuuuu! Told ya i kan type busy gile gaban memang takdan la nak belog semua ni.Tapi kalau bab kat instagram tu laju je.Motip, guna hanphone anywhere everywhere je boleh updates kan.Kalau belog ni harusla kena bukak lappy semua.Heheh.Alasan ada logika kan?
Ini pun bolehla nak berbelog sebab momma tengah long leave, yeaa long leave ai told yu.momma kena utilisekan annual leave 2 minggu, if ai tak amik kena forfeited.Wuuu sangat rugi disitu.kenotlah kan.Inilah sejarah sepanjang 8 tahun momma kije tak sempat nak amik cuti tahun, sampai kena extend 1 months untuk habiskan.Busy tak busy lah punya kije kat tempat momma keja ni.Huntungla busy kan, at least tak memikir hal-hal remeh temeh sesedih semua rite? Count on our blessing.Ada orang takde kije pun, sian tanam anggur saja.Ok kalau betul buah anggur, ini habuk je kot.So bersyukurlah if kita ada kerja, rezeki dari Allah harus disyukuri.
^_^
Syukur alhamdulillah sepanjang 2 minggu ni macam-macam momma boleh uruskan.Masa yang panjang untuk relax dan berchilss chilss menenangkan fikiran dari kesibukkan kerja dunia yang tak habis-habis.Momma manage bawa qies pegi vacation kat Pahang, Putrajaya, KL,Selangor dengan sahabat-sahabat dunia akhirat momma yang juga mak-mak angkat kesayangan qies. lama dah plan dengan derang semua nak pegi bercuti tapi tula momma free, derang tak free, derang free momma tak free.Macam tula kan hidup wanita bekerjaya macam kami.Ahaks :P
Alhamdulilah dapat juga bercuti sesama akhinya.Allah has a perfect plan for us.Hujung-hujung tahun baru dapat.Bila lagi kan nak bawa si kecik momma ni pegi cuti-cuti terapi.Momma asik busy kije have to spend quality time dengan qies jugak.Qies pun buhsan i asik stay kat umah je.Kena bawak dia kuar jalan-jalan baru berkembang sel sel otak dia yang tengah belajar macam-macam hal tu.Ehehe.Almaklumlah anak momma dah 5 years old dah kan.Mulut memang sesaat tak reti diam, ade saja soklan cepumas dia.Kadang macam burung kakak tua pun ada, suka mengajuk.Penat momma nak jawap.But as momma tak boleh busan layan ragam si anak dia just nak perhatian dan kasih sayang :) Dan qies sangat beruntung sebab surrounded with ramai betul mak-mak/pak-pak angkat yang sayangkan dia.Yang tak jemu layan dia.Blessed sesangat.Allah itu maha Adil :)
Qiestina bila datang badmood dia kadang sangat pendiam.Susah betul orang nak dengar suara dia.Amik masa nak warming .Tapi bila dah bersuara petah kemain sampai mak-mak angkat dia gelar qies cikjoyah.Hahaha.lawak gile.Itula kan buah hati semua.
Dan inilah antara momen yang sempat momma rakamkan sempena percutian hujung tahun qies dengan momma.momma rasa kena share jugak dekat sini sebab belog ini memang momma buat khas untuk puteri momma, rakaman terindah untuk masa depan.Dari qies dalam womb lagi kan momma coretkan semua momen qies :)
Biarkan gambar berbicara, eceh!
The latest momma and qies, nothing berubah pun.Just the two of us :)
Setelah sekian lama momma tinggal campus life, sempat menjejak tempat kenangan terindah.Hmm Kolej 14 ku sayang tempat blaja demi segulung ijazah..Dah banyak berubah.Dah ada banyak facilities dalam tu.Yelah tahun dah berlalu.Harusla kan.momen je tak berubah.
Sempat kami had a luncheon kat sini.Tapi kan kedai tomyam fav momma dengan teh ais fav dah takde :(
qies bersight seeing around kolej kediaman momma dulu! Cam tak caya momma datang sini balik dengan my junior :P
Dan malam tu kami berdinner bertiga kat Ayer 8, Putrajaya.
Alumni BBA UPM Batch 2002-2005, sahabat selamanya.
Momma Diela & Mimmy Awal je yang available, geng lain busy sokmo macam PM.Takpela bertiga pun dah kecoh sesangat! :)
Sepanjang lebih seminggu bercuti kami stay 'penthouse' sahabat dunia akhirat momma, Nawal.Qies called her mimmy awal dari baby lagi.Sebab qies dah ada Ibu, Mummy, Bonda, mummy semua complete.
qies wif her Ibu Rinie & Mommy Ori. Jalan-jalan shopping at KL.Berchilss chilss dengan mak-mak angkat yang selalu take care qies since qies dalam womb momma lagi.
Bestfriends forever :)
Qies doakan Ibu,Mummy & Mimmy semua dapat jodoh yang terbaik, dapat bagi qies kawan-kawan main yang syomel.qies dah ready sangat jadi flower girls u olss semua.Momma and qies bersyukur sangat punya kalian yang sentiasa disisi suka duka, pahit manis kita harungi sesama.walau qies dah jauh kat kluang, no hal still selalu keep in taching kat whatsapp semua.Bagi semangat dan gelak ketawa dari kejauhan.Dan sentiasa ada dalam Doa.Tu yang paling penting.
Itulah nilai sahabat sejati kan :)
Sebab qies dok ngan mek kelate, qies pun suka sangat makan nasi biru ni.
Blaja-blaja jadi oghe kelate ye :)
Kami sempat ke Bukit tinggi Pahang.Saja nak bersejuk-sejuk sambil bersight seeing.Takla sejuk, tapi tempat ni memang cantik nak jalan-jalan photoshoot.Then ada animals farm semua.Nantilah momma belogkan full story about bukit Tinggi yeh.Banyak sangat pix nak share.How eksaitedness qies kat sana.Seronok betul dia dapat tengok fish, swans, rabbit, deer segala.
Happy sangat anak momma bercuti :)
Lagi kami sempat kemana? Haruslaaa kedai roncit rasmi qies satu ketika dulu..
Ahahaha tu dia :P
Setahun lebih dah tak jejak kesini.Tempat permainan qies dulu.
Yeah finally qies dapat kasut idaman dia kat lovely lace, siang malam request.Tapi lovelylace memang takde kat Kluang.
belanja selfie 1! Heheh.Sempat agi camwhore.
Seronot sangat qies jalan-jalan je seminggu dengan momma.Badan pun naik bambam.Senang hati ada momma jaga dia fulltime :)
BerJJCM merata-rata.Putrajaya-bangi-KL.Mana yang sedap semua kami terjah.paling tak boleh lupa haruslah nasi lemak Ramlah kat precint 8 Putrajaya yang marbeles tu! Kalau ada kat kluang ni gemok ai :P
Moke notty anak momma dengan mak-mak kesayangan nyaa :) ahahaha.
Lepas rindu main kat park bawah apartment mimmy Awal.Dah dok umah atok mana ada park macam ni kan :p
Qies sempat ke Birthday bash Party Adam kat PJ.Bersama sahabat yang tak pernah putus bagi semangat thru bitter & sweet memories :)
Thanks Mummy Dina & Mama Mas yang awesome as usual.Nantilah ai full belogkan bout Adam's Birthday Bash.Banyak sangat pix gojes kita anak beranak.Hehe.Well u know me camera addicted :P Tapi sekarang da tak angkut D90 sebab malas berat-berat handbag mak nanti tak vogue.Kamera HP je sudah.hihi.Pakai samsung ai pun dah cun-cun je pix semua kan.Yang penting dalam photograper kena ada skilss yang mantop.Gitu! :P Tak boleh blah ayat tu.
Dan dalam masa yang sama bercuti hari tu, momma sempat bagi qies dating dengan Papa dunia akhirat dia. Momma mohon semua jangan ada prejudis dan provoke ye.Momma dah mula terbuka nak share tentang ini lepas 2 tahun kot.it's not that easy nak reveal semua ni.Dulu memang momma tak ready, rasa hurt sangat sebab nak melalui saat saat sukar dan sedih hanya Allah yang tahu.But now dah mula accept ini semua qada qadar Allah :) Dah berlapang dada dan back to normal.Alhamdulillah datang kekuatan itu tak lain dari Allah SWT sebaik-baik pelindung dan perancang.
Ada hikmahnya-In Sha Allah.
Belog ini catatan terindah qies, momma nak qies tahu qies tetap ada Papa & Mama macam orang lain, yang sayang dia tanpa syarat.Qies terlalu kecil untuk fahami semua ini tapi sampai masa nanti qies akan faham insha Allah..Takde sesiapa yang salah dalam hal ni, bukan Momma bukan Papa bukan qies tapi semuanya Allah dah tuliskan rezeki jodoh ajal maut.Kita mampu merancang je Allah tentukan semuanya ini.
Apapun, Papa & Mama nak qies tahu kami sayang qies sampai Jannah.Even momma & Papa dah tak bersama, kami tetap maintain profesional demi qies, tetap sahabat sampai bila-bila demi qies.Just for the sake of qies happiness.Our own flesh and blood.Yang berakhirnya jodoh, namun ikatan kasih sayang antara anak dan ayah ibu takkan terputus selamanya.In sha Allah. Kalian semua tolong doakan yang terbaik ye.Nak doa-doa kalian yang tulus.That it.*momma okay dun worry*
Past is past, move on :)
Allah lagi tahu apa yang terbaik atas semua ketentuan-Nya.
Redha, pasti ada rewards akhirnya.
Allahumma Ameen.
Dan momma happy sebab qies happy sangat jumpa Papa dia.Schweeet momen qies dengan Papa dia.Anak manja seorang harusla kan.Qies dah 4 bulan tak jumpa Papa, Papa dia sailing.Reaksi qies? nampak je Papa terus minta dukung dan bermanja.Terharu momma tau tengok scene tu.hehe.Anak momma drama queen sangat.
si muka kopipes :)
Happy main suap-suap makan dengan Papa :)
Daughter & Papa holding hand together :)
Ok dah nanti korang taching pulak share lelebih.Haha.Entri ni just nak share kegembiraan qies bercuti dengan momma.Bukan nak sesedih.In sha Allah, nanti ada masa momma belogkan lagi kisah pengembaraan qies sepanjang bercuti tu.Tengok pada masa ye.
Isnin momma dah back to work after long leave.Pheww confirm bertimbun kije atas meja.Baru fikir jea dah stress.Aahaha Choyy..Sabar jelah.Masa dah time untuk mengasapkan dapur.Qies pun dah balik dari skool asik panggil momma je ni.Maklum momma feeling surirumah 2 minggu kan..
sampai jumpa lagi di lain entri.Till we meet again.
In sha Allah.Moga Allah permudahkan semua urusan kita.Jadikan segalanya lebih dekatkan kita pada-Nya.Dan sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.Count on our blessing!
^__^
** tergelak bila orang ingat momma amik cuti nak kawen lagi ke sebab 2 minggu cuti lama sangat.kuikukuikui.Semua rahsia Allah.