yatekhram jr pwetty pwincess

Sunday, October 4, 2015

You never walk alone :)






Assalamualaikum :)

Selamat berhujung minggu semua.Momma qiestina is back.Tehee.Tersenyum ai baca-baca komen dari previous entry, ada yang whatsapp/pm personal. sekian lama belog berabok diperam sampai jadi pekasam. Paling win komen ai am Ibu berdikari yang cheerful katanya :P

^_^

Biasa hari minggu macam ni rutin tetap sibuk juga sebab seawal 5.30 pagi dah bangun siapkan air panas, ironkan baju skool, buat sket light breakfast, kejutkan qies, mandikan dia nak pegi pre skool, solat berjemaah dengan si kecik yang setia jadi makmum momma tu dan lepastu zass hantar dia pegi  skool..Kalau weekdays harus lagi busy sebab momma work.Kena pandai-pandailah adjust masa nak buat seribu satu benda dalam satu masa.For me alhamdulillah family banyak bantu uruskan qies bila momma keluar bekerja. Syukur i am surrounded with blessed familia and friends. Dari dulu lagi, sejak belum kawen sampailah tak kawen ni mereka lah kekuatan.Tima kasih kat mak abah yang tak pernah gagal selalu disisi  momma & qies walau apapun situasi kami.Family kami memang win bab berkasih sayang bantu membantu ni, Alhamdulillah kekalkanlah ia  ke jannah Ya Rabb :)

Qies pun dah besar ni pandai dah berdikari nak mandi pakai baju sendiri, cuma makan minum dia la kena preparekan lagi.Bila momma sampai umah dah lewat petang tula masa sejam 2 jumpa dia untuk momma tanya macam mana kat skool, pelajaran dia, ajarkan buat kerja skool semua.Masa tulah quality time untuk anak.Dalam keadaan yang penat lelah baru balik kerja tu just layankan je.Kadang tu momma penat sangat memang kesian tak terlayan juga. Mata mak ni pun dah sama kuyu dengan dia.Kena pulak qies memang timing dia tido sharp 8 malam.Siang dah all out main tanpa henti dengan cousin dia si caca tu.Budak-budak tengah melasak biasalah.Memang challenging.Sabar tu kena extra.

Momma every day berdoa dapat berikan yang terbaik untuk qies.
Tak kira  both pendidikan dunia dan akhirat.Dalam takde insan yang bergelar suami yang tolong uruskan anak ni, hope Allah sentiasa mempermudahkan segala-galanya. Allahumma Ameen.



buah hati -- moments syawal baru nak share.hehe.


Milestone qiestina dah masuk 6 tahun ni -- Dah pandai membaca, menulis, mengeja.At 1st agak slow skit qies nak catch up.But momma memang puji la pra sekolah kat sekolah kebangsaan ni memang teacher dia ajar bebetul.Betul-betul dedicated teacher. Bukan banyak main macam kindy.Sukatan pelajaran pun agak tough, kadang momma yang dah tua ni pun confius nak jawap soalan buku dia.Haha.Vokal berganding? u all penah dengar? umur 33 tahun ni hah pestime dengar, gigih momma google hokay demi anakanda.Padahal dulu BM SPM A1 kot.kuikuikui :P

Kerja skool qies memang banyak.Everyday nilah cikgu disiplin qies, paling garang tapi paling qies sayang.Everyday without fail cek buku-buku dia sebelum tido.memang mencabar tugasan ibu bekerjaya,Both penting, kerja dan anak.Kat opis ofkos memerah otak dengan assignment, kat rumah kena tukar peranan jadi ibu mithali.Kena siapkan A-Z untuk anak.

This lately, ramai juga yang tanya macam mana nak handle anak sengsorang.Macam mana i manage my life as a single mummy.Macam yang saya share dalam previous entry, saya pun sebenarnya takde resepi khas untuk itu.Saya just redah je berbekalkan doa tanpa henti, saya minta pada Allah tiap hari permudahkanlah semuanya. Saya yakin Allah maha mendengar, tak mungkin dia tinggalkan saya walau sesaatpun.Dalam apa-apa hal pun berdoa tu penting.Back to our creator.Ujian hebat untuk orang yang hebat!

Definitely, stress semua kita tak bole lari, ujian hidup memang menekan jiwa raga.saya pun admit kadang jiwa kacau. *sapa ada dalam kasut saya mesti faham*.Tapi takdelah berlarut larut, saya amik masa untuk bertenang.Sehari dua then back to normal.Maybe orang selalu nampak saya ni jenis happy go lucky-- suka hiburkan orang dan dengan cara tu hati saya terhibur sekali :)






Apa yang diaturkan Tuhan tulah yang terbaik untuk kita buat masa ini.Saya selalu pegang ayat ini,

"selepas kesusahan akan ada kemudahan'
ALLAH  janji dalam surah al insyirah.2 kali ALLAH ulang.

Saya pegang peluk ketat-ketat ayat ini.Dan sememangnya janji DIA benar belaka.Hari demi hari life saya semakin baik.Alhamdulillah.

Boleh jadi kita membenci sesuatu, sedangkan inilah yang terbaik untuk kita.--Pun antara ayat yang selalu saya pegang.

Sejujurnya bila Allah datangkan ujian, ia lebih mematangkan.Saya lebih hampir dengan DIA.Dulu mungkin banyak lagha, solat hujung hujung waktu, kadang miss terus tanpa rasa bersalah.But alhamdulillah dengan ujian ini banyak hikmah positif.Sebaik-baik pergantungan kita hanya pada yang maha esa.Kaya itu ujian, susah itu ujian, berpasangan itu ujian takde pasangan pun ujian.Yang penting Ujian itu tanda Allah sayang :)

Momma harap dengan perkongsian tak seberapa ini dapatlah memberi manfaat.Ada ramai juga kawan/geng alam maya pun tengah bergelumang dengan masalah lebih  kurang serupa. Saya minta maaf sangat tak sempat nak reply pm satu persatu..memang takde masa sangat nak beronline.Sometimes rasa down perlu kawan untuk share isihati.I feel u babe.Hanya yang mengalami kan memahami.But trust me, rasa ini tak diberikan sia-sia.


You never walk alone -- Indeed Allah with us!


Okbai nak main masak-masak dengan qies, dia baru balik skool dah request nak makan puding buah momma homemade. Antara our fav activity bila weekend.Untunglah ada anak dara kan, tehee geng gusip momma geng mekap semuanya lah :P Sangat beruntung momma ada peneman setia yang kepoci hiburkan hari-hari momma :)



my happy pills.


Selamat hari indah semuanya :)



Saturday, September 26, 2015

Sempurna oleh waktu.





Assalamualaikum semua.

It's been a year kot momma tak coretkan apa-apa disini.Bebetul berhabuk blog kesayangan untuk qies ni.Niat hati dah lama nak updates,  everyday cuba, tapi kekangan masa sangat tak mengizinkan nak bukak laptop semata-mata nak blogging. Dengan kerja, dengan jaga anak, dengan jaga parents, dengan busy with siblings & friends, siyesly life fully occupied. Terkejar kejar tak sempat nak buat semua benda sendiri. Hari ini sabtu and momma memang amik cuti 2 weeks dalam school holiday period ni semata-mata nak spend time dengan anakanda dan sebab super busy menguruskan majlis wedding adinda bongsu.Kesian dekat qies this couple months momma dia asik busy kije kadang balik malam,kadag weekend masuk office demi mencari rezeki. Kadang sayu hati ini bila balik umah qies dah tido.kurang kasih sayang betul anakanda :( Tu yang bila semua dah selesai assignment penting momma take 2 weeks leave terus -- syurgaa! bergumpal gumpal time sampai lebam.

Eh, chop.Bila momma tengok kat blogger friends punya blog pun dah semakin sepi.Kenapa eh? Adakah sekarang sindrom updates ke instagram/fb je? Teheeee.By the way u guys if nak tengok updates ceritera qies everyday momma updates kat Instagram sana.
Just follow : mommaqiestina ,nanti saya approvekan.Tak boleh setting public ramai stalker :P Bahaha.Bajet retis.
^_^

Bercerita kehidupan terkini sebenarnya takde apa yang menarik.Masih berstatus 'ibu berdikari' pada si kecil Eryssa Qiestina.Diam tak diam dekat 3 tahun dah single rider membesarkan qies.Alhamdulillah terima kasih Allah SWT atas segalanya, terus dipermudahkan urusan. Hari yang gelap kini sudah terang.*eh tapi now macam jerebu*

To be honest memang tak mudah memegang status yang banyak perempuan takut nak hadapi ini.Tapi momma positif atas segalanya.Ini ketentuan dari DIA, momma percaya percaturanya tak pernah tersilap.At first dulu jujurnya mix feeling selalu je stress, sedih tak tentu hala dan kadangkala hilang keyakinan diri. Nak fokus pada kerja pun susah, telan nasi pun rasa  pahit.Selalu terfikir kenapa mengapa semuanya terjadi.Paling sakit bila fikir tanggapan orang :( Masatu airmata jela peneman setia.Kadang rasa takmo bangun nak tido terus, tanak jumpa sesiapa pun.Depressed hanya Allah yang tahu.But betul omputeh kata beginning always the hardest.Time will heals everything. Amik nafas dalam-dalam, Just move on..hadapi dengan senyuman. Allah ada, luahkan segalanya padanya.Dan kembali padanya adalah jalan yang paling baik,Kau akan dapat ketenangan yang tak pernah kau rasa.believe me.Kalau nak menangis, just nangis je.Tak yah tahan-tahan.lepastu sure lega.Ujian didatangkan ada hikmahnya yang akal terbatas kita tak dapat nak hadam.

As time passes by, bersedih tak boleh mendatangkan apa-apa.Sedih jangan panjang. Rasa sakit jangan dilayan sangat.Cuba ubati.Masa jadi wife pun dah terbiasa berdikari sorang-sorang menguruskan qies dan segalanya sebab kerjaya papa qies berbulan-bulan tinggalkan family.Dah terbiasa redha menghadapi sebarang kemungkinan,Dah terbiasa tabah mungkin.Nampak, ada pelajaran dari tuhan atas segala yang dia rencanakan.


Kini momma tak mahu lagi menoleh ke belakang.momma ada amanah penting membesarkan eryssa qiestina yang tengah bijak menilai itu ini.Yes, dia baru masuk 6 tahun baru-baru ini.Akal bertambah, kesabaran teruji dan melihat dia membesar di depan mata memberi nafas baru.Dia bawa seribu warna warni untuk hidup ini.Kesibukkan momma kat tempat kerja pun salah satu sebab segala duka lara terubat.Everyday handle tugasan penting, dealing dengan top management dan pekerja, memang takde masa free nak fikir hal personal yang remeh temeh. Kawan-kawan pulak semua awesome, selalu buat momma gelak ketawa tersenyum. Alhamdulillah Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Dah mula nampak hikmah atas apa yang terjadi.Cepat atau lambat je! :)

Tima kasih buat semua readers dan followers belog momma yang penuh setia bagi sokongan moral, selalu pm kat fb, selalu whatsapp personal tanya perkembangan diri ( badan je mengembang, ahaks)
I'm truly blessed surrounded with all of you.Masih ada a few bestriends dari seafarers club dulu yang masih sangat rapat sampai sekarang, eventho i'm no longer seafarers wifey.Jalinan silaturrahim tu kekal.Syukur saya ada kamu kamu sekalian  (u know who u are) yang tak penah putus bagi saya semangat, doakan saya dan qies sampai saya ketahap kuat macam hari ini.Macam mana boleh cepat bangkit? I definitely takde specific tips pun.Just ikut flow je, redah je.Jalan terus even laluan tu bengkang bengkok, kadang ada lopak, ada bendul, ada macam-macam halangan.Trust Allah SWT, He is the best planner.This lately momma dapat banyak mesej dari kawan-kawan yang dilanda masalah yang lebih kurang sama.Sabarlah hati, dunia ini memang tempat kita diuji.Kat syurga nanti balasan bagi orang yang sabar :) *chils okay* Life too short kot.

Relationship dengan papa qies pun okay, still kawan demi qies.even iklim tu  agak berjerebu but it's okay asalkan dia tahu tanggungjawap dia pada anak kami satu-satunya. Yang penting anak happy.Dia pun dah happily married with the one yang dia sayang.Maka kita doakan untuk kebahagiaan dia.Dah tertulis jodoh kami tak panjang, bukan salah momma & papa. Tade sesiapa pun yang salah.momma harap qies akan faham kenyataan ini satu hari nanti.Semoga nanti qies cepat dapat adik,hehe.Sebab nak harapkan momma yang bagi adik kat qies ntahla jalan nya jerebu sangat ni.Tak nampak lagi apa-apa.Haha.Kita pun tak tau apa rancangan tuhan untuk kita di masa depan.Just doa yang terbaik.Kita ikut arus je, moga ada bahagia menanti yang tengah disiapkan maha pencipta.


Cerita pasal bahagia, makcu qies baru je menamatkan zaman daranya 18 Sept yang lepas.Alhamdulillah dia yang paling muda kawen dalam family kami, baru 23 tahun.Jodoh sampai awal.Am so happy adik dah menemui tulang rusuknya selama ini, kawan baik dari sekolah lagi.Kisah cinta derang pun ala ala novel juga, kalau jual kompem best seller macam kisah akak dia ni :P haha.Kenal dari tahun 2008, clash sambung balik, sama-sama september baby baik gaduh--baik akhirnya kalau dah jodoh tak kemana.Indah aturan tuhan kan!
Syukurlah, segalanya dipermudahkan. Jom momma belanja sket momen bahagia adik, untuk hari paling indah ni momma sempatlah shoot sket momen makcu qies,




abaikan photographer terlampau itu siap berinai bagai amik berkat :P



*kalau nak momma shootkan gojes camni mohon pm, ahaha sempat lagi promote :P)



Jodoh berdua begitulah takdir :)
syomel la tu pengantin remaja.hehe.Dah halal.Semoga bahagia milikmu adik.Ingat pernikahan itu penyatuan dua insan dengan seribu perbezaan, semoga sentiasa sabar melayari bahtera ini.Semoga bahagia sampai ke jannah.


Semua solemnisation moments yang terindah.
Reception nanti share kat netx entry k.Adik memang wish nak wedding dia ala-ala garden putih bersih sesucinya cinta pada min.Eceh.gedik nau bunyiknya.hehe.Sepanjang tempoh nak buat persiapan tu, memang inilah orangnya yang paling busy uruskan seribu satu hal wedding dia.mujur ada pengalaman 'wedding' dulu kan jadi senang semuanya.Best dan penat okay.

Syukurlah wedding si bongsu dah selesai.last wedding in family.5 beradik momma dah menemui kebahagiaan yang dicari,bahagia dengan pasangan masing-masing.Momma is tumpang bahagia adik beradik momma, tumpang gomol gomol baby comel derang  :)



Dan momma percaya bahagia momma sekarang dengan qies si cantik manis momma yang just turn 6 years old.Okay let's the peektures tell the story,




kegembiraan seorang princess blow her 6th birthday candles! Alhamdulillah niat momma cuma nak qies happy dengan zaman riang ria kanak-kanak.Nanti qies dah besar dah boleh baca belog momma ni sure qies happy.Hehe.




Meriah sangat birthday party qies sekali harung dengan wedding reception makcu dia.Kebetulan lahir september kan.Jalan sekali.Tetamu pun ya rabbi ramai yang amat datang dgn pressie, duhet raya untuk qies pun ada. Minta maaf pada yang tak diinvite, almalumlah busy mak peranten mungkin terlepas pandang.Tima kasih semua, moga Allah murahkan rezeki kalian :)





Cerita teaser wedding makcu sudah, birthday party qies sudah.Maka sekianlah updates ringkas untuk hari ini.Insha Allah ada masa nanti  momma updates lagi ngomelan panjang-panjang sket.Mungkin bila dah bertemu jodoh baru : P Upates terus lovey dovey. Hahaha verangan-nya..Ayat tak boleh blah.Apapun, mohon doakan yang terbaik yea semua. lagipun ada lagi ke orang nak baca kisah tak sempurna ini?*lol*

Buat semua mohon doakan agar segala urusan dipermudahkan.Baik urusan kerja, keluarga, besarkan budak syomels menggode gode buah hati  kesayangan ramai ini dan terhindar dari perkara perkara negatif. Agar segalanya berada on track, diberkati tiap langkah hidup ini dan moga segala kesedihan pegi main jauh-jauh jangan pernah datang lagi.Kalau difikirkan, takde orang deny nak life yang happy tenang aman sempurna.Sapalah dalam hidup ini tanak bahagia dengan insan-insan tersayang kan.Hidup berkeluarga tu memang ultimate dream setiap orang.Fitrah.Everyone wish macam tu.

my humble advise to geng senasib yang banyak berkongsi rasa, usah selalu meratap pada takdir. keep going strong. Allah takkan ubah nasib andai kita yang tak ubah diri kita.Never lose hope heart. Allah knows what best for us.Allah menguji pada hamba-hambanya yang disayangi. Kita dalam perhatian DIA.Jadi jangan bersedih, bangkit dan move on cecepat okay.Moga perkongsian ini dapat buat kita sama-sama terus melangkah dengan senyuman.Keep calm and smiles :) Semoga esok ada pelangi indah untuk kita!


Maka tembak doamu sekencangnya, pada tepat waktu Allah akan perkenankan.


Till we meet again.muah ciked :P *hugss*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails