Assalamualaikum :)
Syukur alhamdulillah ALLAH swt masih memanjangkan usia kita, menemukan kita sekali lagi dengan bulan penuh keberkatan kali ini..
Terima Kasih Allah.
Moga Allah sihatkan tubuh badan kita.Semoga ramadan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua, sama-sama menambah amalan, koreksi diri, istiqamah melakukan segala amalan yang baik dan meninggalkan larangan-Nya.Semoga ramadan menjadi akademi terbaik untuk kita berubah dan terus berubah ke jalan menuju syurga Allah.Mana yang selama ni tak solat, marilah bersolat seikhlas hati.Mana yang selama ni tak sempurna menutup aurat kita perbaiki diri sama-sama.Sesungguhnya Allah masih sayang kita, diberikan peluang menemui ramadan sekali lagi.Andainya ini ramadan kita yang terakhir...
Sama-sama kita renungkan.
Dikesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf buat semua andainya ada kekhilafan dimana-mana, sesungguhnya yang baik datang dari-Nya dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.semoga ramadan ini menyucikan hati-hati kita, mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin dan terus berkasih sayang kerana DIA semata-mata.
Selamat berpuasa, jangan puasa setakat menahan lapar dahaga sahaja. Bukan puasa setakat mengikut adat.Puasa segala-galanya yeh!
*pesanan buat diri sendiri juga*Puasa bulan Ibadah, bukan bulan juadah! hehe.Nie ustaz kata tau.
jangan buat benda yang batalkan posyer okeh!
*pesanan dari baby ramadan 2009*
:DD