yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, August 25, 2014

It's just a matter of time.






Assalamualaikum  :)

Last entry may 2014, ini dah hujung Ogos 2014 baru ada entry baru.Memang 3 bulan sekali baru nak updates blog kot :P Kuikuikui.Berhabuk gile kot belog kesayangan ai.Kesiaaan betul terabai sesungguhnya ini belog since ada instagram ni, asik updates kat sana je.Motip tak payah fikir 888 perkataan nak taip.Just guna ayat 'let's the picture do the talking' je sudeyyy.Lagipun sejak ada smartphone kemalasan maha teramat nak bukak lappy.Blogging guna handphone adalah tidak syiok okels.


Ini pun tetiba terbuka hati nak updates sebab raaaaaaaaaamai-nya lah hai tanya. Dan sambil berbisnes iklan kat belog.Alhamdulillah rezeki Allah bagi dari pelbagai sudut.Tadi baru je ada feminats kipas susah mati since qies dalam perut lagi bagi whatsapp  'kak yat bila nak updates belog? saya ikut belog akak since baby qies dalam womb akak lagi..saya asik scroll lelaju entry lelama kak yat sebab rindu nak baca ngomelan akak yang sempoi dan best itu '

*Hugs to u know who u are :) *

Baiklah.

baiklah.


untuk tidak menghampakan semua yang ternanti-nanti entry baru saya, marilah kita mengomel sekarang.Tapi beware sebab momma qiestina bila dah start ngomel ya rabbi panjang berjela-jela nanti.Bahaha! :P
*sambil lepuk muka sendiri, ngee*


Actually takde cerita menarik sangat nak dikongsikan.Life masih tak berapa stabil lagi sebab soal hati dan perasaan memang sukar nak dimengertikan.Kejap rasa kuat sangat, kejap rasa lemah balik.Kadang manjang ke laut je mood.Tahun ni asik nanes-senyum-nanes balik je.Kadang depress dengan personal life, kadang stress ya amat dengan kerja.Kadang happy happy chilsss je taknak fikir semua yang sesedih, hadapi semua dengan senyuman. Lagi momma ada tanggungjawap berat membesarkan Eryssa Qiestina.Tak boleh layan sangat perasaan.Nanti semua benda tak jalan.Dah macamtulah.Kejap okay kejap tak okay.But Alhamdulillah still survive till now.


^_^

Well, ada benda yang kita boleh share dan ada benda yang tak boleh share untuk menjaga hati banyak pihak kot.Iyalah tak semua orang gembira dengan kebahagiaan yang kita ada dan tak semua orang berduka dengan kesedihan yang kita rasa.Vice versa.That why saya prefer silent mode.Berdiam kadangkala yang terbaik.Untuk bertenang dan mencari sedikit ruang untuk bernafas seperti biasa.

Kata kawan;
Orang yang banyak ketawa adalah orang yang paling sensitif jiwanya.

Kata aku;
Mungkin ada benarnya.
Kerana orang yang banyak ketawa.
Banyak menyimpan apa yang sebenarnya dia rasa.
Disebalik bunga-bunga ria dan senyum tawanya.


Dia ketawa,
Seolah-olah,
Dia punya segalanya.

Dia senyum,
Seolah-olah,
Dia tiada masalah.

Tapi,
Dalam tawanya,
Dalam senyumnya,
Hanya Allah yang tahu apa dia rasa.

Seberat apa pun dugaan,
Sebesar apa pun ujian,
Tersenyumlah. 



ni ayat kopipes dari belog aku islam.
Memang tepat sekali.


Orang tengok kita happy happy je :)
Tapi Allah je yang tahu dalam hati. Kalau boleh nak elak tunjuk sangat lara hati tu sebab past is past.Let bygone be bygone.Masa silam tak perlu dikenang-kenang.Kalau tak sampai bila pun tak move on.Cakap je dah  move on bagai sebenarnya tak pun.Iya bercakap memang mudah.Berat mata memandang berat lagi si bahu yang memikul ini.Sesekali cuba masuk dalam kasut saya, cuba tengok muat ke tak? Hmm macam tulah lebih kurang analoginya.

Selalu saya dapat soalan 'yat macam mana bole sekuat ini? setabah ini.. macam mana boleh face difficult time macam ni? macam mana boleh hadap semua ni..U never reveal and show your sadness..U are the strongest person i ever meet etc'

Allahu rabbi.


Sebenarnya semua ini hanya perlukan masa.


Baru 2 tahun berlalu kisah sedih itu.Tak bebetul fully recover pun hati ini.Hanya Allah pengubat semua ini.Tipsnya takde lain, kembali pada Dia.Teringat kata-kata ustaz masa saya pegi kaunseling kat pejabat agama dulu, Allah yang bagi kita masalah, Allah juga yang mampu selesaikan.Dia cuma rindu nak dengar suara kita berdoa sungguh-sungguh.Allah sedang berbicara dengan kita bila kita diberikan 'hadiah' yang namanya ujian.Dalam hadiah yang terbalut kemas itu  ada kasih sayang DIA.Terkesan sangat pesanan Ustaz tu.sampai sekarang saya ingat.

'Biarlah if satu dunia pun membenci kita tapi ingat Allah sayang kita' :)

*Deep*


This lately kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 dan tragedi MH17.Saya faham betapa peritnya nak hadapi sebuah kehilangan.Semua orang kalau boleh nak bahagia sampai jannah dengan orang yang tersayang.Besarkan anak sama-sama, lalui kehidupan sama-sama, kongsi susah senang.Dan suddenly bila terjadi perpisahan, for sure kesedihan itu hanya Allah yang tahu.Deeply sad.Buat semua yang sedang diuji dengan soal ini, bertabahlah.Kita masih ada Allah yang selalu bersama kita.Kadang kita terlalu bersedih kerana perancangan kita tak menjadi, tapi yakinlah Allah sebaik baik perancang.

Kita masih ada nyawa,sihat belaka, ada rezeki yang tak pernah putus, ada family yang baik, ada sahabat setia dan selalu dipermudahkan semua urusan.Maka nikmat mana yang kita nak dustakan?


Kadang tu Saya tak nafikan selalu terselit rasa rendah diri dan down dalam hati.Lagi muda-muda macam ni dah pegang 'status' yang semua orang takut.Takut sesangat.Nak fikir pun dah takut.Tapi siapalah kita nak melawan ketentuan DIA? Dia maha tahu apa yang terbaik untuk kita.Harapnya orang-orang diluar sana tak prejudis pada status ini, sebab saya cuma nak teruskan hidup penuh dengan dan bahagia macam orang lain.nak besarkan satu-satunya puteri kesayangan saya dengan cara yang paling sempurna biarpun hidup kami tak sesempurna orang lain.Kalau boleh momma tak nak qies terkesan langsung dengan 'ujian Allah' ini.Qies anak yang kuat.Dan one fine day bila qies dah mula mengerti harap momma boleh terangkan semuanya dan qies bole accept qada qadar ini dengan rasional.Dengan hati yang lapang.Momma yakin qies kuat.Sebab tu Allah uji qies dan momma.Dia kan takkan bebani hamba-nya melebihi kemampuan.Dan momma Papa tetap sayangkan qies walau apa pun keadaan kami.Walaupun tak sama macam dulu.

:)


Alhamdulilah, Allah dah beri apa yang kita perlu.Biar dia tak beri apa yang kita mahu sebab aturan dia lagi terbaikAkal kita ni terbatas dan tak boleh fikir lagi hikmahnya sekarang..DIA tak pernah kejam.Saya terus sangka baik dan yakin akan ada indah pada akhirnya nanti.Yakin.Tembak dengan doa sekencangnya.Tanpa jemu dan berhenti berharap.Kuat dan terus kuat melangkah! Fighting.Takde orang lain bole tolong diri sendiri melainkan bila jatuh kena kuatkan untuk bangun kembali.Jatuh-bangun-jatuh dan bangun lagi.wake up momma!

This lately jugak momma selalu ditemukan dengan kawan-kawan senasib yang baik-baik.Indeed, Allah plan it perfectly.Allah tarik 1 perkara dan dalam masa yang sama dia gantikan dengan beribu ribu nikmat lagi.Betul, bila kita redha melepaskan sesuatu, Allah akan ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik.Janji Allah kan pasti!



Terima pilihan Allah dengan redha. Kerana kita tidak tahu hikmahnya. Boleh jadi kesulitan itu baik daripada kemudahan.


See panjang tak luahan perasaan :P
Kan dah kata, once momma qiestina dah berbelog nanti korang sesedih sesama.Momma tamau orang ingat momma menagih simpati, just nak rasa empati agar semua mengerti.Dan nak doa-doa kalian.Terus bagi momma endless semangat.Tu je.

.Meh sapa nak kasi saya pinjam bahu?


Dah, dah.Kita masih di musim syawal kot.
Hari untuk bergembira dan meraikan kemenangan selepas sebulan kita berpuasa.Raya kali ini meriah sambutan-nya di kampung sebab adik beradik semua berkumpul turn Kluang kali ni.Last year dah turn in laws kan.Fair gitteww.so inilah antara momen raya kami, dah share kat instag & fesbuk pun.Tapi nak share gak kat sini :D









Our big happy family.Mereka Inilah kekuatan terulung saya :)
tahun ni kami sefamily bertema tiffany blue & soft pink.




my my pweety girls.Maklang & makcu!

maklang & paklang beraya 2.5 orang tahun ni.can see the babybump?



 makcu & boyfie with syomel syomel cucu syurga club :)


Happy family paklong, makngah & pak uteh.




wif my kesayangans :)





always wif my 2 fav girls.antie sejati qies.


memang kesayangan manja paklang dia! fatherly sungguh.teduhan kasih sayang qies :))
Terima kasih paklang sbb selalu layan qies macam anak sendiri.









The cuteness unloaded pwincess! kembar siam sangat.walau anak momma yang sejati cuma seorang tapi buat preparation macam anak 2! sebab they are so close.baju wajib sama.takpe ada rezeki setiap kalian :)
momma/ mak uda loves yu both.



Dan ini kisah raya kami anak beranak, Raya ini masih berdua.qies dengan momma.Momma dengan qies.loving together kan.heheh.


sweetie dusty pinkish theme! semua tahun ni kaler pastel, ai tak suka terang-terang.hati lembut kheenn :P
beli kain then tampal lace bagi gojes.











Tiffany blue lagi :)






 Anugerah terindah.





qies lately suka kopipes style momma, nak pakai shawl :)
Anak solehah.




kesayangan momma dunia akhirat.




Love you to the moon & back yayang momma.
Mini yat :)



 my faveret syawal 2014 pix! :))

qies wif momma
^_^


momma paling suke momen ni sbb si princess kesayangan berbaju sedondon momma, bershawl gitewww.sangat very the yat junior kan anak dara ai :D

Inilah dia teman setia momma, geng plesing momma,  geng sesopeng, geng bervacation, geng selfie selfie,*qies pandai dah asik nak take picture* makmum momma solat berjemaah, tempat meluahkan kasih sayang, my forever BFF's dan buah hati kesayangan momma.I'm so blessed to have you in my life sayang.Momma doa momma dapat jaga qies dengan baik, dapat besarkan qies dengan cara paling sempurna dan dapat didik qies sebaik yang mungkin.Allahumma Ameen.


last but not at least, terus doakan kami ye :)
Doakan next year kami dapat beraya bertiga one happy family .ahakss,sempat lagi doakan bab tu :P
Takpe kan, doa yang baik-baik.Allah bersama persangkaan hamba-nya.

Okbai sambung lagi next entry 3 bulan lagi.Bahahaha!
Nite sayang-sayangku.Mata dah kelat gila ni esok banyak ya amat meeting & assignment menanti.

mwahsss.

20 comments:

shirin saadon said...

insyaAllah yat..dgn niat yg baik inshaa Allah doa itu pasti dimakbulkannya.. amin!! take care and have fun watching your little princess growing up. motherhood journey is indeed priceless :) *hugs*

Ina said...

Ehehe tak tahan ok tang last but not least tu. Tapi insyaAllah amin!!! Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Allah tahu apa yang terbaik.

Nway syahdu jugak dgn ayat2 kat atas tu.ini kisah kami raya anak beranak yg pakai baju pink tu huhu. Stay strong mama yatt!

PS - Lamaa xsembang :D

iduraz said...

Yeay..u mmg kuat sis..x semua orang setabah kamu..semoga kebahagiaan akan berpanjangan buat momma n qies..

Unknown said...

yakin akan ada indah pada akhirnya nanti *pelukkuatkuat*

Aishah Usof said...

As salam momma..touching sungguh tengok qies..growing so fast..comelnyer dia..sesungguhnye betul kata awak tu..Allah terbaik perancang segala kejadian..in sya allah..pe yang Dia rancang terbaik untuk kita..saya doakan awak dan qies kuat mengharungi segala rintangan/ujian mendatang.
Bile ada doa dan semangat dari yang tersayang..in sya allah kita lebih kuat. Dont worry..pasti ada yang lebih baik pasni :)
pada si comel qies, aunty harap qies kuat bile baca luahan momma ni..semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Hopefully Qies jaga momma sampai akhir hayat..bahagia bersama..Untuk Momma Yat, yes..ur doing right sehingga sekarang. Memang u nampak kuat..tapi berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul..take care n stay tough. Saya berdoa tahun depan u all bertiga pula ;)

Eyzamiel said...

Comelnya Qies pakai tudung.. cantik la tema awak tahun ni.. sweet jer..

Nurulaizanhusin said...

Yat. Ezan tahu Yat kuat. Jangan risau setiap dugaan itu Allah gandakan dengan kegembiraan...insyaAllah

p/s> Yat cantiknya baju raya. si kecik pun bukan main melaram ek hehe

stay strong sis

-ur silent reader-

Suliana said...

Amiin.... :-)

Kausar Amin said...

qies comel sangat pakai shawl subhanallah! i dont know what happened to u sorry sbb blogwalk and saw this entry. tapi dari pembacaan saya awk mmg seorang yg sgt kuat :) May Allah bless...
Salam kenal ye yat..Jemput ke blog saya ya :)

Momma Qiestina said...

Hehe afgan kata jodoh pasti bertemu 😍😍😍 Allahumma Ameen!

Doakan yang terbaik utk qies yeh.yang penting her happiness.

Momma Qiestina said...

Thanks kak shirin..

Allahumma Ameen! Doakan yat n qies bertemu sinar bahagia ye.

Momma Qiestina said...

Kekuatan dtg dr Allah.sebaik baik tempat bergantung.moga Allah jaga.

Sayang kamu! Thanks.

Momma Qiestina said...

Jue..polok polokkkk! Allahumma Ameen.

Momma Qiestina said...

Hi ibu alya salam kenal ;)

Thanks for kinds words n endless support.Terus doakan sy n qies bertemu bahagia ye!

Doakan sy terus dikurniakan jekuatan utk menjaga khalifah kecil saya biar tanpa suami dcc ;)

Hugsss!

Momma Qiestina said...

Hihihi thanks dear.tiffany blue n dusty pink trending skrg ni ;))

Thanks anty..qies kata.

Momma Qiestina said...

Ezan..

Doakan selepas hujan ada mentari kan terus menyinari ;)

Baju raya vogi da vass.heheh.

Momma Qiestina said...

Allahumma Ameen.

Momma Qiestina said...

Salam kenal ;))
Alhamdulillah qies anugerah terindah dan kekuatan sy.

Doakan sy terus kuat meniti esok ye.

@e_da said...

semoga mommy dan Qies kuat semangat.. kita sama2 berbelog time2 qies nak lahir coz anak kita sebaya... semoga allah gantikan yg lebih baik tuk yat dan qies nanti insyaallah....

Unknown said...

alahai..comel sangat mommy & Qies.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails