yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, April 9, 2016

One step closer, Alhamdulillah.




Assalamualaikum :)

It's been long time kan saya tak mengomel kat ruangan kesayangan saya ni.
Anyone rindu momma qies? cepat angkat tangan! kalau tak tamau updates la :P 
Tehee.Sebenarnya lama nak mengomel tapi itulah time constraint.busy sangat dengan kerja dan mengurus anakanda.

Alhamdulillah syukur pada Allah masih disini meneruskan perjuangan yang belum selesai.Perkembangan terkini? Hoho, badan semakin mengembang pipi semakin pau kot.*lol*

Okay okay pliss serius yat.
^_^

Seperti yang baru direvealkan di FB & Instagram, Alhamdulillah syukur saya baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan seseorang  istimewa yang 'dihantar' oleh yang maha Esa untuk menemani momma & qies.

Saya tau raaaaamai sangat kena seprais dengan saya.Even my familia and his family pun kena seprais.Semua nak tau tentang cerita bila kisah kami bermula.Semua like omaigod omaigod  Alhamdulillah finally.habes semorang kena seprais termasuk our family/our kilangmate  yang tak dengar pun kami bercinta tup tup announce nak tunang and getting married soon.Tehee!

Semua ayat ala ala 
"meh rasa nak polok polok ko yat, u deserve all happiness "-- cia cia cia ciaaa bila kami announce.Bahahaha! :P
*terharu  rasa nak tears*

Sejujurnya lepas melalui fasa-fasa 'kejatuhan" 4 tahun lalu saya tak memikirkan soal pengganti Papa qies secara serius..momma is  too busy move on with life.mengubati hati giteww. Tak mudah seorang ibu berdikari macam saya ni nak simply accept sesapa dan berkahwin lagi. Saya fokus pada qies, gigih siang malam bekerja cari rezeki untuk besarkan qies yang masih terlalu kecil.Yes kehidupan harus diteruskan.Ramai kawan-kawan and ofkos cakap i am still young, long way to go.Kena cari pengganti Papa untuk qies.but saya senyum je and selalu minta semua orang doakan yang terbaik untuk  saya :)
Dan yea saya sendiri tak pernah berhenti berdoa moga akhirnya ada bahagia untuk saya dan qies.Saya yakin Allah tak pernah menguji saya dengan ujian berat tanpa hikmah disebaliknya.Saya yakin selepas hujan ribut petir pasti ada pelangi. Saya yakin kesedihan saya akan ada senyuman. Semua akan indah pada akhirnya.

Allah maha adil dan maha penyayang.

Akhirnya berkat doa disetiap sujud, berkat kesabaran, Allah menghadiahkan si dia ini dalam kehidupan saya dan qies.It's all unexpected but i am so blessed finally i met him.Dia lelaki yang akhirnya mencuri hati momma dan qies dengan keikhlasan dan ketulusan hatinya. Dia tunjukkan kesungguhan nak jaga momma dan qies. kami rakan sekerja di kilang tempat saya bekerja.Kami selalu bertembung di surau, kebetulan dia imam muda disitu.Cuma tak pernah bertegur sapa.Masing masing malu (tapi mahu hahhaha). Dia pendiam dan pemalu, karektor saya pula peramah tapi eerrr saya pun segan bab-bab ni. Siyesly when it comes to hati dan perasaan saya takkan mulakan dulu. Masih berpegang guy kena approach girl la kan, baru gentleman.Kalau dia tak mulakan mmg sampai ke sudah tak kenal kot.

Perkenalan kami diaturkan oleh sahabat-sahabat baik kami yang tak putus nak tengok saya bahagia.Dan dia bahagia.So sweet okey Bff kiteorang semua. Siap create whatsapp grup khas #raikan cinta zaineyat. Dalam diam macam-macam plan derang nak satukan kami.kelaka gila kalau ingat kami kena prank je! Hehe.so notty adik-adiku semua tu.Siyesly our relationship no dating dating, kalau keluar mesti ditemani segerombolan BFF or our family.hehe.  Insha Allah niat kami nak bercinta selepas nikah.Masing masing pun dah 3 series, bukan zaman muda remaja lagi nak couple bagai.Rasanya masa untuk membina semula keluarga yang sakinah mawadah warahmah dah sampai. Seru dah tiba. Kita plan Allah plan, sebaik baik perancangan itu dari yang maha Esa.


Alhamdulillah syukur pada Allah perkenalan singkat  ini, tak sangka finally kawan tempat kerja rupanya bakal suami saya.He proposed me dan terus mengikat kami ke tali pertunangan pada 26 mac yang lalu. Mungkin jodoh berdua (tiba tiba lagu hafiz hamidun berkumandang sambil taip entri ini). Berkat restu ayah ibu kami, berkat doa semua, Segalanya dipermudahkan yang maha Esa.Dia tunjukkan kesungguhan nak jaga momma dan qies.That make momma melting.Bukan acah acah je! 

So many ucapan tahniah semenjak saya officially announce happy news.semua tazabaaaar nak tengok saya bahagia kembali dengan kisah lovey dovey ye? Alhamdulillah. Taksangka once saya post our 1st pix together masa E-day  tudiaaaa beratus komen dan likes. dah macam retis, hehe.Speechless sekejap incik zaine okay.Dan berpuluh juga yang PM yang whatsapp semuanya mengucapkan tahniah buat saya dan incik tunang Syukur, we are so blessed.Kami sangat bersyukur atas anugerah dari Allah ini.Kami minta maaf tak sempat nak reply semuanya tapi really appreciate doa-doa dari kamu semua yang tumpang senyum happy untuk kami bertiga :)



Kenalkan bakal Daddy untuk qies, dan in sha Allah  bakal suami yang terbaik untuk saya dunia dan akhirat sampai ke Jannah-- incik zaine :)
Si dia masih berstatus bujang dan usianya sebaya saya -- forever 24 :P Eh tambah 10.kukuikkui.
Muka memang awet muda gittew. Acah acah budak lepas Universiti.haha. Err incik tunang saya macam rupa sapa? cer teka.Tak kisahla yang penting apa yang buat saya tertarik dengan pakcik sorang ni  is his ketulusan hatinya menerima saya yang berpakej ada handbeg sesyomel eryssa qiestina dengan seadanya.Dan kata-kata nasihat dari dialah penyejuk hati penguat semangat. yang tak pernah jemu ajak saya ke arah kebaikkan dan terus kuat harungi kehidupan. Yang selalu disisi tanpa jemu. Dan yang terpaling win Incik zaine orang kluang johor (always my doa nak dapat org dekat) dan rumah dia tersangatlah dekat dari rumah my parents.Drive 2 minit sajork. Jalan hari-hari saya drive pegi kedai beli eskrem bawa qies  rupanya ada jodoh saya disitu. Definitely, Allah itu sebaik baik perancang,Dia susunkan segalanya ini terindah, kemas dan teratur untuk kami.Memang tak sangka.

It's chemistry between us.
Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar.
Jodoh dan rezeki itu sememangnya rahsia Allah.Cuma kita perlu sabar, doa, usaha dan tawakal.Allah pasti berikan tepat waktu.Jangan pernah berhenti berdoa :)



saya sayang awak lillahi taala :)
Eh syg sayang abang. *mohonjangankecam*
-- selalu saya shoot pix orang je, kali ni kami dishootkan.Antara persamaan kami, sama sama minat bidang photography.
Moga kasih sayang kita kekal bahagia sampai ke Jannah Allah.


Ayah dan ibu kami, berkat restu dan doa mereka semuanya ini :)
Atok & nenek qies super duper happy bila saya nyatakan hasrat incik zaine, derang memang looking forward nak tengok saya getting married.



our matchmaker projek matchmaker # raikan cinta zaineyat
Budak budak bertuah ni lah punca segalanya! Tak jemu jemu support kak yat & abg zaine bersama. tehee.Thank you adik adiku semua u all do very good job :)
ada beberapa orang lagi tak dapat datang masa e-day kami.Insha Allah bridesmaid masa akadnikah nanti.


The adik adik yang paling happy with this happy news -- sakan makcu  maklang verangan itu ini for wedding.i am last in the family kan :)
Paklang n pakcu dah ada geng.



macam tak pecaya saya bertunang! 
Terima kasih Allah bagi peluang, dulu tak rasa bertunang.
*syukur*
-- hantaran saya buat sendiri 7 dulang tema soft brown n cream and dia balas 5 dulang tema putih & royal blue.kami sama sama suka kaler pastel.



MUA masa e-day is makcu qies! dia yang paling happy bila dapat tau kakak dia dah jumpa pengganti.Terus eksaited nak mekapkan nak pakaikan shawl kibar-kibar semua.hahah!  siap verangan tu nak baby saing saing nanti :p


meh throwback saat pertama qies jumpa Daddy, at maulidul rasul event kat kilang tempat kami kerja.Momma is organizer event and Daddy is emcee,bergabung meletup kat majlis taman syurga. momma melting tengok budak dua ketul ni. as usual qies cepat manja dan cope :)
momma harap dapat sempurnakan life qies bila ada Daddy.


Alhamdulillah daddy yang penyayang in process.




momma so blessed having both of you in my life.
 For me kebahagiaan qies is priority.
syukur qies sayang sangat Daddy dia.
Terima kasih ya Rabb.



Niat kami nak membina masjid bersama, nak sama sama cari redha Allah. Our relationship goals hingga ke Jannah.Mohon doakan niat suci  kami berdua dipermudahkan. 

Insha Allah majlis pernikahan kami dalam beberapa bulan lagi. Nanti kami announcekan lagi tarikh rasmi majlis. Save the dates.For the time being, both of us memang super duper busy uruskan majlis penyatuan dua keluarga besar. Sederhana tapi meriah dan berkah. Moga Allah mudahkan segalanya.Hanya dengan izinmu ya Allah.


"Ya Allah make it ease for us.Allahumma Yassir wal
a tuassir rabbi thamim bil khair."

Till then, ada free time saya share lagi lovey dovey story.In sha Allah.
Terima kasih atas doa semua, i really heart all of you.*hugs*

10 comments:

Anonymous said...

mcm tuari pun ada kalau x pakai spek. chiaaaa3. #jgnkembangsebakulye

Najwa_La said...

I am very happy for you kak. You deserve the best after going thru one of the worst time of your life. Semoga jodoh akak dengan bakal suami hingga ke syurga. InsyaAllah :)

Anonymous said...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan untuk urusan yg seterusnya. Amiin. ZielaPembacaBlogTegarKakYat. Hahahaaha 😉😘😂

~: nisa :~ said...

yat.. tahniah.. semoga dipermudahkan segala urusan dan kekal hingga ke jannah..

Anonymous said...

alhamdulilah syukur!!
kamu mmg idola sy

nanonano said...

Alhmdulillah, tumpang happy kak yat ;)

Salina@IbuAqil said...

Yat... Ntah macam mana mlm ni tetiba ina rindu nak jenguk yat dgn qies.. Walaupun yat x kenal kami tp Yat salah seorang wanita yg ina jdikan simbol kekuatan.. Alhamdulillah!! Dugaan kita lain2 bahagian masing2.. Apapun ina bahagia tgk hidup yat dan qies kembali bersinar.. Semoga inilah JODOH yat yg Allah tetapkan didunia dan akhirat.. Semoga kekal hingga ke Jannah.. In shaa Allah!!! X sabar nak baca kisah cinta kerana Allah zaineyat dan qies shomel.. Lepas ni berfambah2 lg rezekinya.. Muahxxx!

cik chinta said...

tahniah..heheh

Aishah Usof said...

Assalamualaikum Yatt, alhamdulillah..jodoh dah sampai. Semoga ini adalah yang terbaik untuk awak dan qies. Semoga berbahagia hingga jannah.
Sedih tetibe..sedih sebab terlalu gembira dengan berita ini. Qies layak untk bahagia. dan awak juga.Semoga bertambah rezeki..bertambah bahagia.

Momma Qiestina said...

Alhamdulillah syukur Allah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails