yatekhram jr pwetty pwincess

Tuesday, May 22, 2012

Sementara menanti berbuka puasa

1 rejab ramai yang ambil kesempatan puasa ;)


Jom berbuka.bismillah.kat rasa new look alamanda.santek dah renovate.qies yg tak pose nak mamam ni.


Ok bai!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

HFMD, get well soon yayang!





Nak tau apa hadiah special sempena bufday momma ke tigapuloh?

.



.







.





Memang terbaik hadiah hari lahir Momma kali ini, menjaga si buah hati kesayangan kena HFMD ( Hand foot and mouth disease)

:((


Hadiah berpahala namanya ni.

Starting malam Isnin hari tu Qies dah mula tunjuk sign nak demam, badan panas dedar dedar tapi tak panas sangat lah.Lepastu tengah malam mula tunjuk cranky & tantrum dia.Dia kata 'sakit..sakit'.Momma tanya sakit kat mana? Dia tunjuk dalam mulut.Bila momma tengok tu dia ulser kat bibir dia, dalam mulut pun ada sket.Patutla dia refused minum susu.Malam-malam buta nak air sejuk.Ok layankan je. Bila merengek-rengek tu momma bacakan Al fatihah, 3 Qul & Zikir kat telinga dia.Baru nampak senyap.Yelah budak-budak kecik takut juga kena gangguan pape, lagipun sememangnya Ayat Quran itu Syifa (penyembuh yang terbaik).Ni dah 2 hari momma jadi zombie, bermata panda lah bila si tecik ni tak sihat.Again, life seorang momma memang kena selalu berkorban jiwa raga kan.No regret at all.Pahala berjihad fi sabilillah membesarkan seorang khalifah.Kena jadi 'momma tinggal' lagila kena super duper berkorban.


:)


Semalam pepagi bawak Qies g klinik, Dokter kata confirm qies kena HFMD :(
Alahai takut momma dengar, tapi dokter kata takpe kasi ubat & monitor je kat umah.Since momma pun jaga qies sendiri, should be no prob.Kalau momma keja memang lah wajib EL sebab budak yg kena HFMD tak bole bercampur nanti berjangkit-jangkit.Owh.Hmm ingatkan budak-budak yg dok nusery je kena, rupanya yg dok ngan Momma pun bole kena.Takpela yayang, sakit kan datangnya dari Allah.Sabar ye :)
Rajin-rajin mamam obat, nanti Allah sembuhkan, Insya Allah.

Kelakar bila qies kata 'shaba..shaba'

Pandai tu calmkan diri sendiri kadang-kadang.So sweet my lil girl.Momma nak jadi resakse tak jadi.
Hee.


Sekarang ni Qies memang tanak makan langsung.Momma buat bubur ayam spesel kalahkan mCD pun dia tenung je.tanak tanak (sambil geleng-geleng). Yang dia nak cuma eskrem, dokter pun rekmen eskrem vanilla & yogurt.Kalau susu dokter suruh kasi guna straw/sippy cup.Kalau guna botol susu memang sakit dia nak hisap tu.Alahai kesian budak-budak kalau dah sakit, APTB! ( Ape pun tak bleh)


Oklah sementara Qies tengah behaved tengok kartun ni, Momma nak lelapkan mata seminit dua.Phew dah 2 hari tido-tido ayam menjaga anak sakit ni, kepala pun weng-weng habis.Pagi tadi bangun solat subuh mata rasa nak tongkat lidi.Haha.Tapi bila kena air wudhuk tu baru fresh sket :P (nyah ko setanerojem, hee)

Doakan si syomel kesayangan ramai ni cepat sihat eh! Nanti bole beraksi depan camera & momma tempek pix banyak-banyak.




Before that, Enjoice the pix Momma & Qies :)





* Cemana nak tuka ke template lama, susah ar nak tempek gambo guna template baru ni*

Monday, May 14, 2012

Three Series.Well, age is just a number.


Assalamualaikum Semua :)


Alhamdulillah -- Segala Puji Bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian Alam.Kerana diatas nikmat & kasih sayangnya hari ini di usia genap 30 tahun Momma masih disini.Menghirup udara segar, diberikan nikmat sihat,dilimpahkan rezeki, diberi peluang untuk melihat insan-insan tersayang disisi.Ya Allah, Syukur padamu.Di atas tiap nikmat dan cinta ini.



Subhanallah, Alhamdulillah, laillahailallah, Allahu Akbar.

Melihat kembali sepanjang 30 tahun hidup di bumi Khaliq ini, merenung sejenak apakah pencapaian sehingga ke hari ini.Rasanya macam baru semalam momen membesar sebagai kanak-kanak riang, pergi sekolah, menikmati keindahan alam remaja, diterima masuk universiti, berhempas pulas di kampus dan seterusnya bergraduat dari pengajian Ijazah, mendapat kerja pertama selepas grad, seterusnya Allah menemukan diri ini dengan belahan jiwa dan seterusnya Allah memberi peluang untuk bergelar 'Momma'.Bila difikirkan, cantiknya aturan dan perancangan Ilahi.Semuanya on track.Sempurna.


Terlalu-lalu banyak nikmat dari-nya untuk disyukuri :)
Terlalu-lalu banyak kasih sayang dari NYA.
Biar kadangkala terselit pelbagai ujian hidup, mari lihat dengan mata hati bahawasanya nikmat yang Allah berikan melebihi segalanya.Syukur.


*Jangan banyak mengeluh momma, hidup kan satu perjuangan, selagi hidup selagi itu kita diuji
Ujian itu tanda kasih Allah pada kita, untuk meningkatkan martabat kita*


ALLAH sentiasa ada disisi kehidupan kita.




:)



Doa kita semua di setiap 5 waktu bertemu-nya :)






Hari ini, seiring dengan kematangan, doa Momma untuk sentiasa istiqamah melakukan kebaikan, menjauhkan larangan-nya.Hari ini mari bermuhasabah diri sbg hamba Allah, sempurnakah sudah hubungan kita pada sang pencipta? sempurnakah sudah solat, sempurnakah sudah segala amalan? Semoga Allah terus memberi hidayah dan mempermudahkan jalan untuk menjadi yang terbaik untuk insan-insan yang Momma kasihi & sayangi, buat suami belahan jiwa, buat Eryssa qiestina, buat keluarga tersayang yang tak pernah jemu memberikan kata-kata semangat dan doa di dalam setiap sisi kehidupan ini dan juga sahabat-sahabat atas tiap perhatian, kasih sayang dan doa kalian.


Hari ini, ingin momma sematkan dalam hati, langkah-langkah meneruskan kehidupan ini harus diteruskan biar apapun dugaan, cabaran dan rintangan menanti.Dengan panduan dari Ilahi, dengan doa dan semangat berpanjangan,dengan kasih sayang dari semua.Terima kasih atas doa-doa kalian semua di hari ulangtahun saya yang ke 30 :)

Semoga Allah merahmati hidup kita.Insha-Allah.

Mari kita sematkan dalam hati, semoga hari ini lebih baik dari semalam.Niatkan sentiasa di dalam hati, apa saja yang kita lakukan ianya adalah kerana Allah.Cinta kerana Allah.




Happy Birthday Momma! :)
Qies yang eksaited celebrate, biasalah kan.hehe.



Hadiah terindah tahun ini, Momma cuma nak DOA penuh kasih sayang dari sayang-sayangku sekalian.
Boleh..?


Friday, May 11, 2012

Orang yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi




Assalamualaikum :)

Salam Jumaat semua. Syukur hari ini Allah masih memanjangkan usia kita, masih bernafas untuk bersama. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Semoga hari-hari kita disinari cahaya cinta dari Ilahi dan juga insan-insan tersayang.Semoga kita tabah & bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Syukur Alhamdulillah padamu Ya Khaliq.Kerana Cinta & Rahmat mu selalu.
Kerana selalu ada didalam setiap sisi kehidupan kita.
+_+


Mari mulakan hari dengan senyuman,

hehhe momma tau mesti ramai merindui senyuman si pemilik nama 'Eryssa Qiestina' ni.Sekian lama tak update ceritera dia kan.Hmm.Sememangnya bermacam-macam akal baru dia sekarang.Bercakap petah betul, dah macam orang tua.hehe.Dah mula pandai menyusun pelbagai ayat.

Yang mama tak bole lupa,

Bila mama tanya,

Qies dah besar nak jadik apa?

Pantas qies jawap ' Ostajah- Ustazah'

Nak kawen dengan sape..?

'Imam muda'

Mama : Kalau tak solat nanti?

Doshe, mashuk neraka, hot, panasssshhh banyak Ular!

HAHA.tergelak guling guling.Bijak sangat.Syukur Ya Allah kau anugerahkan kami anak yang baik budi seperti ini :) Aduhai sejuk perut ibu mengandung.



Qies anak yang baik, anak yang solehah, nanti Allah sayang :)




Hari ini niat untuk membawa seluruh keluarga ke arah menjadi ahli syurga. Perhatikan fikkran , emosi dan tindakan ke arah itu - Prof Muhaya


Sayang sayanng kalian semua :)
Semoga sakinah mawaddah warahmah sentiasa menghiasi hari-hari kita.Insya Allah.

** Blogspot format baru ni payah la nak tempek gambo.cer ajar cemana cara mudah nak tempek? Give me link.Thank yu  all my lalings :)


Thursday, May 10, 2012

Endless Love



Sekarang Momma tengah giler tengok citer ni, kat tv3 every monday-thursday 3pm.Yelah since jadi CEO at home (CEO sangat :P)  tv memang tak dapat dipisahkan.Dah siap-siap buat housechores seme, petang time paling ideal bergolek-golek dengan qies :)

+_+

Pukul 2 lepas citer 'Puteri yang ditukar' tu terus je layan citer ni, Adaptasi korean 'Autumn in My heart'.Siri korea yang femes masa momma kat UPM dolu :P Ingat lagi roomate ada tv kecik dalam bilik.sebesar tab momma je demi winter sonata & korean series.HAHA.Rindu that moments :P


Gandingan hero heroin Marimar yang penah meletup ni memang aii liokeee sangat.Rupanya in real si Dindong dantes & Marian Rivera ni memang loving couple ok.Oh sangat sesuwai sama cantik sama padan.Macam kapel Schawal gitu :D

Cerita Endless love ni sangat touching.Banyak part airmata lah.Si hero namanya Johnny, Si heroin namanya Jenny.Both of them saling mencintai tapi memasing tak berani nak luahkan.At the same time memasing dah ada yang punya.Huwaa.syedih sgt.Siri hari ni barulah Johnny tau yg Jenny chentakan dia.Wah tangkap leleh betul :P Sobs sobss habis tisu sekotak.hehe.


Ok tengok teaser ni :D
Lagu seme touching sungguh.huhu













From Utusan,

WAJAH kacak dan senyumannya yang menawan mampu mencairkan hati setiap wanita yang memandang. Justeru, setiap kali menonton lakonan jejaka berusia 32 tahun itu, ramai wanita yang berangan untuk memilikinya sebagai teman istimewa.
Malangnya, Dingdong Dantes yang pernah dilabel sebagai lelaki ketiga daripada 25 lelaki terseksi di dunia oleh E! Entertainment Television Hollywood pada 2009 itu sudah dimiliki.
Hati Dingdong sudah diberi kepada Marian Rivera, pasangannya dalam drama Endless Love yang sekarang sedang hangat ditayangkan di slot Telenovela TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 3 petang.
Endless Love merupakan telenovela yang diadaptasi daripada drama Korea, Autumn in My Heart.

“Pertama kali saya melihat Marian sewaktu kami uji bakat untuk drama MariMar pada tahun 2007. Saya dapat rasakan yang dia sepadan dengan Sergio Santibanez, iaitu watak saya.
“Entahlah mungkin cinta pandang pertama tapi sejak itu hingga kini hubungan kami semakin erat. Saya selesa berlakon dengan Marian kerana sejak awal sudah ada keserasian," katanya yang datang ke Malaysia untuk mempromosikan Endless Love.
Dia yang pernah datang ke negara ini untuk mempromosi drama MariMar juga memberitahu, baru menghabiskan percutian dengan Marian di Kemboja dan sempat bercerita tentang pengalaman mereka di sana.
Kata Dingdong, dia dan Marian tidak menyangka yang percutian mereka mendapat perhatian ramai apabila ada orang yang mengenali mereka di sana.
“Seperti orang lain, kami memang gemar menghabiskan masa bersama kalau ada kesempatan. Bagaimanapun percutian kami bertukar menjadi kecoh, kerana ramai yang datang untuk bergambar.
“Rupa-rupanya di sana, drama Endless Love juga sedang ditayang. Walaupun percutian sedikit terganggu tapi saya senang melihat sokongan yang diberikan yang membuatkan saya berazam untuk terus bekerja keras," katanya pada sesi ramah mesra yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Cemburu
Dingdong yang mudah mesra dan bersedia menjawab setiap pertanyaan media dan peminat berkata, walaupun dia dan Marian menceburi bidang yang sama namun sebagai lelaki dia tidak dapat menolak perasaan cemburu.
Terus terang Dingdong berkata, ada ketikanya dia cemburu melihat Marian berlakon dengan aktor lain biarpun ia hanyalah lakonan semata-mata.
“Perasaan cemburu itu perlu ada sebagai tanda sayang. Namun saya sentiasa cuba mengawal perasaan kerana tahu apa yang dilakukan oleh Marian adalah kerana tanggungjawabnya sebagai pelakon.
“Lagipun kami sama-sama terlibat dalam bidang ini, jadi perasaan cemburu itu tidak boleh berlebihan kerana takut menganggu kerjaya. Apa yang penting adalah untuk saling mempercayai antara satu sama lain," katanya tersenyum.
Biarpun bercinta dan kedua-duanya juga dilihat sebagai pasangan romantik tidak kira di kaca televisyen atau dalam kehidupan sebenar bagaimanapun masih belum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Kata Dingdong, dia menunggu waktu yang sesuai untuk melamar Marian, 22, yang disifatkannya sebagai wanita kelakar dan gemar makan.
“Saya belum menetapkan waktu untuk melamar Marian. Biarlah masa yang menentukan. Saya percaya kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana," katanya yang sering diberi watak lelaki romantik.
Dingdong dan Marian pernah bergandingan dalam telenovela MariMar, Dyesebel dan Stairway to Heaven serta filem You to Me Are Everything (2010).

 
 sangat schweeeeeeeet macam gola-gola kan :)
weken ni Hero yang kacak si dingdong ada kat NONA, siap cakap melayu lagi,mesti tengok :)



Cinta kerana allah

Sejak kecik momma dan membaca bagaikan lagu dgn irama.suka sangat :) membaca bagaikan terapi.tak kira magazine or apapun bhn bacaan.that y lately momma suka share artikel ilmiah kat fb.sharing us caring :)


Ok buku ni latest yg momma beli.sgt best from telaga biru.buku ttg cinta dari sudut agama kita.byk sgt input yg berguna utk suami isteri.tentang ksh syg atas nama allah.


Cinta itu bukan mengikat tapi membebaskan.cinta tanpa syarat!


Dapatkan skrg.memang berbaloi.tiap patah kata sgt terkesan dihati.nak.hadiahkn buat tersyg pun cantik

Hihi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 9, 2012

Punca Anak Degil & Petua melembutkan hati anak

PUNCA ANAK KITA DEGIL - USTAZ MOHD KAZIM ELIAS AL-HAFIZ

Ramai orang datang menemui saya meminta buatkan air penawar bagi anak-anak mereka yang degil. Saya cuba membantu sekadar yang termampu. Dalam hal anak degil ini, saya ingin mengajak semua merenung apakah antara punca anak-anak bersikap degil dengan ibu bapa ?

Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri.

Contohnya :

- meninggalkan solat
- pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
- ponteng sekolah dan merokok.
- mencuri duit/barang/buah dari dusun orang (walaupun nilaiannya hanya beberapa ringgit)
- mengurat/mengacau anak dara orang.
- mencuri masa bekerja di pejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
- mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
- menipu dalam urusan jual beli.
- menipu ibu bapa memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan lelaki dan perempuan.
- duduk berdua-duaan, berjalan berpimpin tangan dengan kekasih hati yang bukan mahram.
- mendedahkan aurat kepada bukan mahram.
- suka melihat video atau gambar lucah.

Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa-dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku. Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan negatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak. Ada duit gaji sudah bercampur dengan unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.







PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK DEGIL 

Dibawah ini diperturunkan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani masalah anak degil.

1. Beli sekampit beras (boleh guna beras yang telah ada dirumah) dan bacakan 70kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.
Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah. Jika menggunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari Al-Fatihah dibacakan. Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

2. Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Sekiranya beras semakin berkurangan maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.

3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta ALLAH lembutkan hati anak itu. Selepas itu pegang (gengam) rambut anak itu dan baca " Ya Rahim " sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

Semasa anak tidur, bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 12 di ubun-ubun anak anda. ( Sila refer gambar disertakan )

Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.

disalin daripada daripada Majalah Q & A edisi 5



* Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, May 3, 2012

Si kenit yang petah ;)


Salam semua ;)

Seminggu blog tak update.mesti ramai rindu qies kan..qies tgh demam ni.but getting better.demam nak dapat akal bercakap tanpa henti.hihi.tak terlayan pot pet pot pet dia.dulu qies sgt pendiam,skrg haaa amik ko.

+___+

Layankan aje bebelan dia ;p

Okbai,nant momma updates agi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails