yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, May 14, 2012

Three Series.Well, age is just a number.


Assalamualaikum Semua :)


Alhamdulillah -- Segala Puji Bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian Alam.Kerana diatas nikmat & kasih sayangnya hari ini di usia genap 30 tahun Momma masih disini.Menghirup udara segar, diberikan nikmat sihat,dilimpahkan rezeki, diberi peluang untuk melihat insan-insan tersayang disisi.Ya Allah, Syukur padamu.Di atas tiap nikmat dan cinta ini.



Subhanallah, Alhamdulillah, laillahailallah, Allahu Akbar.

Melihat kembali sepanjang 30 tahun hidup di bumi Khaliq ini, merenung sejenak apakah pencapaian sehingga ke hari ini.Rasanya macam baru semalam momen membesar sebagai kanak-kanak riang, pergi sekolah, menikmati keindahan alam remaja, diterima masuk universiti, berhempas pulas di kampus dan seterusnya bergraduat dari pengajian Ijazah, mendapat kerja pertama selepas grad, seterusnya Allah menemukan diri ini dengan belahan jiwa dan seterusnya Allah memberi peluang untuk bergelar 'Momma'.Bila difikirkan, cantiknya aturan dan perancangan Ilahi.Semuanya on track.Sempurna.


Terlalu-lalu banyak nikmat dari-nya untuk disyukuri :)
Terlalu-lalu banyak kasih sayang dari NYA.
Biar kadangkala terselit pelbagai ujian hidup, mari lihat dengan mata hati bahawasanya nikmat yang Allah berikan melebihi segalanya.Syukur.


*Jangan banyak mengeluh momma, hidup kan satu perjuangan, selagi hidup selagi itu kita diuji
Ujian itu tanda kasih Allah pada kita, untuk meningkatkan martabat kita*


ALLAH sentiasa ada disisi kehidupan kita.




:)



Doa kita semua di setiap 5 waktu bertemu-nya :)






Hari ini, seiring dengan kematangan, doa Momma untuk sentiasa istiqamah melakukan kebaikan, menjauhkan larangan-nya.Hari ini mari bermuhasabah diri sbg hamba Allah, sempurnakah sudah hubungan kita pada sang pencipta? sempurnakah sudah solat, sempurnakah sudah segala amalan? Semoga Allah terus memberi hidayah dan mempermudahkan jalan untuk menjadi yang terbaik untuk insan-insan yang Momma kasihi & sayangi, buat suami belahan jiwa, buat Eryssa qiestina, buat keluarga tersayang yang tak pernah jemu memberikan kata-kata semangat dan doa di dalam setiap sisi kehidupan ini dan juga sahabat-sahabat atas tiap perhatian, kasih sayang dan doa kalian.


Hari ini, ingin momma sematkan dalam hati, langkah-langkah meneruskan kehidupan ini harus diteruskan biar apapun dugaan, cabaran dan rintangan menanti.Dengan panduan dari Ilahi, dengan doa dan semangat berpanjangan,dengan kasih sayang dari semua.Terima kasih atas doa-doa kalian semua di hari ulangtahun saya yang ke 30 :)

Semoga Allah merahmati hidup kita.Insha-Allah.

Mari kita sematkan dalam hati, semoga hari ini lebih baik dari semalam.Niatkan sentiasa di dalam hati, apa saja yang kita lakukan ianya adalah kerana Allah.Cinta kerana Allah.




Happy Birthday Momma! :)
Qies yang eksaited celebrate, biasalah kan.hehe.



Hadiah terindah tahun ini, Momma cuma nak DOA penuh kasih sayang dari sayang-sayangku sekalian.
Boleh..?


6 comments:

ummiqaseh said...

hepy bday akak...

Suliana said...

tahniah yatt dah capai 3 series. welcome to the club. hehe... slmt hari ulang tahun yang ke 30. moga diberkati Allah selalu :-)

ibu si comel Alya said...

SEMOGA PERJALANAN DI BUMI NAN INDAH INI SENTIASA DIBERIKAN PELINDUNGAN DR ILAHI..DAN MOGA PEJALANAN DLM MENCARI KESEMPURNAAN DIRI SEBAGAI ANAK+ISTERI+IBU MLH TEMAN YANG BAIK DIBERKATI DAN MOGA SEMUANYA TERCAPAI..AMIN..moga Allah panjangkan usia..diberikan kesihatan yang baik dalam usaha mencapai segala impian..

LiTtLe^m3 said...

Happy Birthday :)

Mama Farris said...

happy besday darlings...

~mY LiFe~ said...

Happy belated bday kak yat :)
sori late wish... huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails