Sekarang Momma tengah giler tengok citer ni, kat tv3 every monday-thursday 3pm.Yelah since jadi CEO at home (CEO sangat :P) tv memang tak dapat dipisahkan.Dah siap-siap buat housechores seme, petang time paling ideal bergolek-golek dengan qies :)
+_+
Pukul 2 lepas citer 'Puteri yang ditukar' tu terus je layan citer ni, Adaptasi korean 'Autumn in My heart'.Siri korea yang femes masa momma kat UPM dolu :P Ingat lagi roomate ada tv kecik dalam bilik.sebesar tab momma je demi winter sonata & korean series.HAHA.Rindu that moments :P
Gandingan hero heroin Marimar yang penah meletup ni memang aii liokeee sangat.Rupanya in real si Dindong dantes & Marian Rivera ni memang loving couple ok.Oh sangat sesuwai sama cantik sama padan.Macam kapel Schawal gitu :D
Cerita Endless love ni sangat touching.Banyak part airmata lah.Si hero namanya Johnny, Si heroin namanya Jenny.Both of them saling mencintai tapi memasing tak berani nak luahkan.At the same time memasing dah ada yang punya.Huwaa.syedih sgt.Siri hari ni barulah Johnny tau yg Jenny chentakan dia.Wah tangkap leleh betul :P Sobs sobss habis tisu sekotak.hehe.
Ok tengok teaser ni :D
Lagu seme touching sungguh.huhu
From Utusan,
WAJAH kacak dan senyumannya yang menawan mampu mencairkan hati setiap wanita yang memandang. Justeru, setiap kali menonton lakonan jejaka berusia 32 tahun itu, ramai wanita yang berangan untuk memilikinya sebagai teman istimewa.
Malangnya, Dingdong Dantes yang pernah dilabel sebagai lelaki ketiga daripada 25 lelaki terseksi di dunia oleh E! Entertainment Television Hollywood pada 2009 itu sudah dimiliki.
Hati Dingdong sudah diberi kepada Marian Rivera, pasangannya dalam drama Endless Love yang sekarang sedang hangat ditayangkan di slot Telenovela TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 3 petang.
Endless Love merupakan telenovela yang diadaptasi daripada drama Korea, Autumn in My Heart.
“Pertama kali saya melihat Marian sewaktu kami uji bakat untuk drama MariMar pada tahun 2007. Saya dapat rasakan yang dia sepadan dengan Sergio Santibanez, iaitu watak saya.
“Entahlah mungkin cinta pandang pertama tapi sejak itu hingga kini hubungan kami semakin erat. Saya selesa berlakon dengan Marian kerana sejak awal sudah ada keserasian," katanya yang datang ke Malaysia untuk mempromosikan Endless Love.
Dia yang pernah datang ke negara ini untuk mempromosi drama MariMar juga memberitahu, baru menghabiskan percutian dengan Marian di Kemboja dan sempat bercerita tentang pengalaman mereka di sana.
Kata Dingdong, dia dan Marian tidak menyangka yang percutian mereka mendapat perhatian ramai apabila ada orang yang mengenali mereka di sana.
“Seperti orang lain, kami memang gemar menghabiskan masa bersama kalau ada kesempatan. Bagaimanapun percutian kami bertukar menjadi kecoh, kerana ramai yang datang untuk bergambar.
“Rupa-rupanya di sana, drama Endless Love juga sedang ditayang. Walaupun percutian sedikit terganggu tapi saya senang melihat sokongan yang diberikan yang membuatkan saya berazam untuk terus bekerja keras," katanya pada sesi ramah mesra yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Cemburu
Dingdong yang mudah mesra dan bersedia menjawab setiap pertanyaan media dan peminat berkata, walaupun dia dan Marian menceburi bidang yang sama namun sebagai lelaki dia tidak dapat menolak perasaan cemburu.
Terus terang Dingdong berkata, ada ketikanya dia cemburu melihat Marian berlakon dengan aktor lain biarpun ia hanyalah lakonan semata-mata.
“Perasaan cemburu itu perlu ada sebagai tanda sayang. Namun saya sentiasa cuba mengawal perasaan kerana tahu apa yang dilakukan oleh Marian adalah kerana tanggungjawabnya sebagai pelakon.
“Lagipun kami sama-sama terlibat dalam bidang ini, jadi perasaan cemburu itu tidak boleh berlebihan kerana takut menganggu kerjaya. Apa yang penting adalah untuk saling mempercayai antara satu sama lain," katanya tersenyum.
Biarpun bercinta dan kedua-duanya juga dilihat sebagai pasangan romantik tidak kira di kaca televisyen atau dalam kehidupan sebenar bagaimanapun masih belum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Kata Dingdong, dia menunggu waktu yang sesuai untuk melamar Marian, 22, yang disifatkannya sebagai wanita kelakar dan gemar makan.
“Saya belum menetapkan waktu untuk melamar Marian. Biarlah masa yang menentukan. Saya percaya kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana," katanya yang sering diberi watak lelaki romantik.
Dingdong dan Marian pernah bergandingan dalam telenovela MariMar, Dyesebel dan Stairway to Heaven serta filem You to Me Are Everything (2010).
sangat schweeeeeeeet macam gola-gola kan :)
weken ni Hero yang kacak si dingdong ada kat NONA, siap cakap melayu lagi,mesti tengok :)
No comments:
Post a Comment