yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, September 1, 2012

Sneak Preview | Our princess 3rd Birthday Bash





Dear Eryssa qiestina,

Alhamdulillah, usia puteri kesayangan momma dah masuk 3 tahun.Tak penah rasa lelah membesar dan mendidik kamu.Sesungguhnya Momma mengasihi kamu tanpa syarat.Momma bersyukur rezeki qies sentiasa ada, kali ini ada rezeki lebih utk raikan bersama teman-teman. betul orang kata tiap anak yang lahir dia pembawa rezeki.Setakat ini qies tak penah susahkan momma, biar kadang-kadang notty tapi qies lah penawar duka lara, penghibur hari momma, penguat semangat momma.Segala-galanya buat momma.Nyawa momma satu-satunya *buat masa ini*.


Ulangtahun qies 5 sept ini, tapi memandangkan semalam hari cuti merdeka dan momma cuti straight 3 hari maka momma ambil kesempatan buat Doa selamat sempena birthday Qies.Sekali dengan open house raya sekali.Momma invite kawan-kawan terdekat, officemates & jiran-jiran.So sorry pada yang tak diinvite tu, memang tak jemput ramai-ramai.Jangan kecik hati ye :)


Lebih kurang 150 tetamu membanjiri teratak kediaman kami,cuaca pun elok je semalam.Deretan kereta parking kat tepi jalan, wah memang dah macam kenduri kawen sungguh.huhu.Mungkin sebab kemeriahan Syawal masih terasa.Semua ambil kesempatan untuk ziarah & mengeratkan silaturrahim.sangat terharu sebab kawan qies dari KL Adam & Rizq pun sudi datang dari jauh untuk raikan qies.

:)


Kami sekeluarga rewang masak makanan untuk tetamu, pheww dah macam kenduri kawen maklang dah :P heheh. Buat kenduri kat kg memang meriah.Atok & nenek sangat super busy dengan memasak ketupatnya, lauk pauknya.Allah je mampu balas budi baik semua.Tima kasih kat makngah sebab bermurah hati sponsor kanopi, Paklong yang sponsor air batu & tembikai seguni dan bantuan maklang & makcu qies mendeco-deco dan mengemas tak berenti-renti.hiks.Semuanya sayangkan qies kan..Bertuah sangat anak momma ni.


Momma share dulu antara momen terindah ulangtahun puteri kesayangan momma,




eksaited birthday girl dengan her cousins :)

Kalau ada kakak farra, kakak Dilla & kakak qistina dia memang good mood la dia.Qies memang suka kakak, dia tak suka adik.hihihi.





Candy buffet table.
All deco's DIY sepenuh kasih sayang from momma.Amik masa seminggu juga nak siapkan material, balik je dari opis terus momma mengadap lappy,printer, gam,gunting, reben segala mak nenek nak buat semua ni.hehe.gigih demi pwincess kesayangan.Kalau nak upah party planner memang momma tak mampu :P



kegembiraan si budak tigatawon :)
Tahun ni momma buat tema merah angry bird & pink.Hope yayang momma dah besar nanti suka tengok semua ni.




Semuanya untuk kegembiraan buah hati kesayangan momma :)
Hope semua ini akan jadi kenangan terindah.




lovely kanopi rent from Cikgu juriah.TQ soooo much makngah sebab sponsor ni utk pawtay Qies.sangat berbaloi sebab tetamu selesa nak makan & beramah mesra :)
bole buat backdrop seme...Banner tu momma tempah kat BFF paklang to be Qies.sangat syomel.



menu penuh kasih sayang dari Atok Mohtar & family :)
+_+

memang macam-macam ade ketupat, kuah lodeh, sambal udang, soto ayam, mee goreng, ayam goreng kepci, kuih 4 jenis, koktail buah campur, apam polkadot order online anty Izma, Muffin choc, karipap pusing, jambu batu, tembikai & bermacam-macam lagi,Sape yang tak datang mmg rugi.hee.*ayat utk pak uteh ajib,kukuikuikui)



Bersambung lagi di episod seterusnya..
Jeng jeng jeng.Haha.bikin saspen.


* Lagi 4 hari baru qies 3 tahun, tapi momma yang melahirkan ini tak sabar nak share kegembiraan Qies untuk tatapan feminats setia.Eceh :P*



7 comments:

dieha said...

mama berjaya buat yang terbaik untuk qies..proud of u mama yat..qies...untie pun syg sgt dkt qies..saidatul n rayyan wish happy birthday to you..kiss n hug..

Anonymous said...

happy birthday qies..lama x nampak papa qies..anyway jd anak yang baik ..

Mrs Nageb said...

Happy birthday qies ;)

Memang bertuah ;)

Mamikeisha😍 said...

hapy besday qies yg chomel..

Mama Farris said...

terbaekkk..happy besday my little apple pir..

Anonymous said...

happy besday qish.

lama takda story pasal papa..wat happen?

Anonymous said...

HA AH LA WHAT HAPPEN YE..PEPE PUN SY DOAKAN TERBAIK TUK SUMER...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails