Tarikh yang cantik dan Indah.
12.12.12.Tak mahu melepaskan momen yang takkan berulang lagi.Syukur hari ini masih bernafas.
^_^
Hari ini dalam sejarah lagi kerana Allah telah memberi rezeki buat momma dan tentunya rezeki qies.Momma memulakan kerja di pejabat baru.Finally after 6 months di sana, Momma dapat rezeki di sini pula.Syukur Alhamdulillah. Kerja baru masih di bidang sumber manusia *dah sebati kot* cuma kali ini lebih fokus pada payroll yang arghh pening-pening lalat :P
Agak penat otak hari ini, maklumlah hari pertama, memang banyak benda nak kena catch up, nak kena belajar lagi.Different company, different policy.Kawan-kawan baru.Serba baru.
Ya Allah kau permudahkanlah segalanya..
Tabahkanlah hati ini, kuatkanlah semangat, anugerahkan ku kesabaran.Ku hanya ingin mencari rezeki buat keluarga dan kulakukan ini semua semata-mata kerana-MU.
Untuk masa depan si syomel kami.Dia segala-galanya buat Momma.
2012 kian melabuhkan tirainya.
Terlalu pantas masa! *cliche sangat ayat ni* hehhe.
Tahun ini suka duka silih berganti.Kadangkala teruji dan teruja.Inilah kehidupan penuh berwarna warni.Terima Kasih ya Khaliq kerana dengan izin dan kasih sayang-nya diri ini semakin dewasa menghadapi semuanya.Terlalu banyak tak terluah isi hati ini.Blog ini dah terlalu banyak merakam segalanya biar ada benda momma tak mampu dan tak akan bole share dengan semua.Terlalu private.Biarlah momma simpan di dalam lubuk hati paling dalam, Momma hanya share pada DIA yang satu.Yang tak pernah jemu mendengar isihati ini.Momma tau Dia sentiasa ada, sumber kekuatan momma yang satu.
Momma mohon pengertian semua, Doakanlah yang terbaik.
.Jangan buat spekulasi yang bukan-bukan. Jangan sebar cerita yang tak berasas.Tolonglah saya ini hanya manusia biasa, bukan artis ke apa.Orang kata kalau sesuatu benda tu diulang berulang kali takut nanti jadi satu doa.Jauhkanlah.Tak ada siapa yang inginkan sesuatu yang buruk terjadi.Bila momma ambil pendekatan berdiam, tak memberi sebarang komen, tak menjawap soalan yang sangat sensitif, momma pohon kalian faham ye.Terlalu banyak hati yang perlu dijaga.Kerana itulah juga blog ini terlalu lama dibiarkan, on hiatus.Selain kesibukkan bekerja dan menguruskan qies yang semakin hari membesar dan mohon perhatian 101% dari Momma-nya yang sejati ini.Terima kasih buat semua yang prihatin.Harapnya kalian benar-benar ikhlas dan bukan sekadar menangguk di air yang keruh, semakin mengeruhkan keadaan.
Berikan kami ruang dan peluang untuk bertenang.
Secara jujurnya kehidupan berkeluarga memang tak selalu indah,Ada pasang surutnya.Kadangkala terkehel dan tercedera disana sini.Dengan usia baru 4 tahun lebih, seringkali berjauhan, masih memupuk persefahaman, masih cuba memahami diri masing-masing.Ada kelebihan dan kekurangan, saling lengkap melengkapi.Ujian datang bertubi-tubi, mungkin kerana Allah terlalu sayang, terlalu kasih.Takde kasih sayang sehebat dari-nya. Dia hadiahkan kita sesuatu yang nampak pahit tapi semuanya akan manis pada waktunya.Dia mahu kita dekat pada-NYA.Dia tak mahu kita alpa selepas segala nikmat dan rahmat dia bagi.Tak terhitung banyaknya.Kalau dikira lebih banyak kebahagiaan dari kesedihan.Bersyukur dan bertabahlah hati.
Yakin, tawakal & redha atas segala ketentuan-nya.Percaya DIA takkan bebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi.Percaya ketentuan-nya adalah yang terindah kerana tiada perancangan yang sesempurna DIA rancangkan.
Tolong Doakan yang baik-baik buat kami ye :)
^_^
Momma sayang sangat Qies dengan Papa.
Lillahi Taala.
Hanya Allah je tahu.Setiap hari momma doa yang terbaik.
Semoga Allah dengar doa momma untuk cinta ini.Aminn.
* Terima kasih buat semua sahabat yang tak jemu mendoakan yang terbaik dan tak putus memberikan semangat, tanpa kalian pastinya momma tak sekuat hari ini :)
Jazakallah.