Assalamualaikum :)
Salam malam jumaat.
Hmm dah baca yassin ke sahabatku yang baik..?
malam jumaat ni elok juga baca surah al kahfi, fadhilatnya:
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)
Hari ini sekali lagi, tarikh yang cun.
20122012.Double date.Yang takkan berulang lagi.Once in a lifetime kata omputeh.
Ala ape ada pada date pun tapi saja suka suki nak ingat, nak create momen tak salah ;p
Mungkin ada antara kalian yang mengikat janji bertunang atau melafazkan akad bersama si Dia.Tahniah diucapkan, semoga sampai ke jannah bersama.Ameen.
Bulan dec ni memang banyak betul jemputan musim meraikan cinta!
^_^
Terima kasih atas ingatan semua.
Dalam sebuah perhubungan cinta, kita selalu mengharapkan ianya berkekalan, kalau boleh semua orang mahu bersama yang tersayang sampai ke alam syurga.Maka berdoalah mohon pada DIA si pemberi rasa cinta agar hubungan yang terjalin itu mekar berkasih sayang selamanya.Yang penting niatkan kerana Allah semata-mata.Dan hubungan itu diredhai-Nya.Menurut aturan dia.Bukan kerana nafsu semata-mata.
Andai ianya tak seperti yang diharapkan, Allah maha mengetahui segalanya.Pasti ada hikmah disebalik cerita.Percayalah dia tak pernah takdirkan sesuatu tu dengan sia-sia.
T_T
Eh bab ni momma qiestina tak reti nak mengulas lebih panjang macam DJ lin segmen suria cinta :PHehhhe.My faveret radio show tu, lagu-lagu seme layans habis eh! dengan ayat-ayat cinta.hee.
Sambil berkasih syg sesama insan tu jangan kita lupakan cinta abadi pada Dia yang SATU, dia yang selalu ada di segenap inci kehidupan kita.Bila kita rasa bahagia kerana kasih sayang dia, bila kita sedih ada dia tempat meluahkan isi hati dan selepas itu bangkit dengan semangat.Rasa semangat yang kita takkan dapat dengan apa pun.Sebab semuanya berlaku hanya dengan izin Dia.
Nikmatilah rasa kasih sayang maha pencipta, Dia buat kita tersenyum dengan segala kurniaan dan anugerahnya :)
semakin bijak buah anugerah terhebat yang momma miliki ini :)
kamu, tidak bisa momma gantikan dengan apapun..
Kaulah segalanya untukku, kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharapkan hanya kau seorang...
Selamat malam sayang :)
No comments:
Post a Comment