yatekhram jr pwetty pwincess

Wednesday, December 12, 2012

Luahan hati 12.12.12





Tarikh yang cantik dan Indah.
12.12.12.Tak mahu melepaskan momen yang takkan berulang lagi.Syukur hari ini masih bernafas.
^_^


Hari ini dalam sejarah lagi kerana Allah telah memberi rezeki buat momma dan tentunya rezeki qies.Momma memulakan kerja di pejabat baru.Finally after 6 months di sana, Momma dapat rezeki di sini pula.Syukur Alhamdulillah. Kerja baru masih di bidang sumber manusia *dah sebati kot* cuma kali ini lebih fokus pada payroll yang arghh pening-pening lalat :P

Agak penat otak  hari ini, maklumlah hari pertama, memang banyak benda nak kena catch up, nak kena belajar lagi.Different company, different policy.Kawan-kawan baru.Serba baru.

Ya Allah kau permudahkanlah segalanya..
Tabahkanlah hati ini, kuatkanlah semangat, anugerahkan ku kesabaran.Ku hanya ingin mencari rezeki buat keluarga dan kulakukan ini semua semata-mata kerana-MU.
Untuk masa depan si syomel kami.Dia segala-galanya buat Momma.

2012 kian melabuhkan tirainya.
Terlalu pantas masa! *cliche sangat ayat ni* hehhe.

Tahun ini suka duka silih berganti.Kadangkala teruji dan teruja.Inilah kehidupan penuh berwarna warni.Terima Kasih ya Khaliq kerana dengan izin  dan kasih sayang-nya diri ini semakin dewasa menghadapi semuanya.Terlalu banyak tak terluah isi hati ini.Blog ini dah terlalu banyak merakam segalanya biar ada benda momma tak mampu dan tak akan bole share dengan semua.Terlalu private.Biarlah momma simpan di dalam lubuk hati paling dalam, Momma hanya share pada DIA yang satu.Yang tak pernah jemu mendengar isihati ini.Momma tau Dia sentiasa ada, sumber kekuatan momma yang satu.

Momma mohon pengertian semua, Doakanlah yang terbaik.
.Jangan buat spekulasi yang bukan-bukan. Jangan sebar cerita yang tak berasas.Tolonglah saya ini hanya manusia biasa, bukan artis ke apa.Orang kata kalau sesuatu benda tu diulang berulang kali takut nanti jadi satu doa.Jauhkanlah.Tak ada siapa yang inginkan sesuatu yang buruk terjadi.Bila momma ambil pendekatan berdiam, tak memberi sebarang komen, tak menjawap soalan yang sangat sensitif, momma pohon kalian faham ye.Terlalu banyak hati yang perlu dijaga.Kerana itulah juga blog ini terlalu lama dibiarkan, on hiatus.Selain kesibukkan bekerja dan menguruskan qies yang semakin hari membesar dan  mohon perhatian 101% dari Momma-nya yang sejati ini.Terima kasih buat semua yang prihatin.Harapnya kalian benar-benar ikhlas dan bukan sekadar menangguk di air yang keruh, semakin mengeruhkan keadaan.

Berikan kami ruang dan peluang untuk bertenang.

Secara jujurnya kehidupan berkeluarga memang tak selalu indah,Ada pasang surutnya.Kadangkala terkehel dan tercedera disana sini.Dengan usia baru 4 tahun lebih, seringkali berjauhan, masih memupuk persefahaman, masih cuba memahami diri masing-masing.Ada kelebihan dan kekurangan, saling lengkap melengkapi.Ujian datang bertubi-tubi, mungkin kerana Allah terlalu sayang, terlalu kasih.Takde kasih sayang sehebat dari-nya. Dia hadiahkan kita sesuatu yang nampak pahit tapi semuanya akan manis pada waktunya.Dia mahu kita dekat pada-NYA.Dia tak mahu kita alpa selepas segala nikmat dan rahmat dia bagi.Tak terhitung banyaknya.Kalau dikira lebih banyak kebahagiaan dari kesedihan.Bersyukur dan bertabahlah hati.

Yakin, tawakal  & redha atas segala ketentuan-nya.Percaya DIA takkan bebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi.Percaya ketentuan-nya adalah yang terindah kerana tiada perancangan yang sesempurna DIA rancangkan.

Tolong Doakan yang baik-baik buat kami ye :)
^_^

Momma sayang sangat Qies dengan Papa.
Lillahi Taala.
Hanya Allah je tahu.Setiap hari momma doa yang terbaik.
Semoga Allah dengar doa momma untuk cinta ini.Aminn.
















* Terima kasih buat semua sahabat yang tak jemu mendoakan yang terbaik dan tak putus memberikan semangat, tanpa kalian pastinya momma tak sekuat hari ini :)

Jazakallah.


22 comments:

Anonymous said...

ALhamdulillah.semoga ALLAH memberkati kalian.semoga ikatan ini terus kekal hingga ke alam sana.tiada rumah tangga yg tak bergoyang.bila jd sesuatu yg menyakitkan, kita berbalik kpd asal.semoga kita semua kuat dlm mengharungi hari2 yg mendatang.

ALLAH selamatkanmu kak yat, abg ekhram dan qiestina :)

littlehumblelynn said...

May Allah bring all of you back together with loves & iman!
t.care yatt!!

littlehumblelynn said...

May Allah bring all of you back together with loves & iman!
t.care yatt!!

ez@din said...

za x tahu hujung pangkal cerita..tp dpt rasa k.yat ada masalah..hrp k.yat tabah.Allah x kan bg dugaan yg x mampu dipikul hambaNya..za doakn yg terbaik utk k.yat...biar pun x pnh jumpa tp since kita bujang lg dh knl dlm alam maya ni..jg diri n qies baik2...

Ann Ilias said...

Dear Yat & Qiestina
Walau apa pun yang terjadi, may Allah bless u two with sabar & redha
Setiap ujian yg Allah beri itu tanda Dia kasihkan kita
Semoga semuanya baik-baik saja utk kalian bertiga, Insya Allah
*hugs*

Anonymous said...

tabahkan hatimu dan ada perkara yg berlaku atas kesilapan kita dahulu..anyway,kuatkan hati demi anak.belajar dari pengalaman lalu..

Anonymous said...

untuk mendapatkan sesuatu yang amat berharga, yang paling kita sayang bukan mudah..ada harga dan rintangan yang perlu kita bayar..ada air mata yang perlu kita tumpahkan, ada sesuatu yang perlu kita lepaskan..ada doa, kesabaran dan tawakal...Allah menguji kita dengan dugaan yang maha hebat supaya kita bermuhasabah pada diri supaya tidak lalai dengan kesenagan duniawi...langit tidak selalu gelap..cerah pasti akan datang ..insyallah...

Anonymous said...

Salam, i'm ur silent readers. dah lama follow blog akak. Walaupun mungkin akak x kenal saya, tapi saya rasa macam dah kenal akak melalui blog ni walaupun x mendalam. Lately saya merasakan akak diduga dan hanya akak yang tahu apa yang berlaku. Saya doakan semoga semuanya baik2 saja. Semoga akak tabah lalui apa saja yang berlaku.

Momma Qiestina said...

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.

Intan and The Boys said...

POLOK KETAT2!
:*

mrs kayrul said...

harap yat tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah..kayrul rasa yat mampu hadapi masalah yg mendatang...qies untung mendapat momma yg super hebat

Anonymous said...

moga kak yat tabah menghadapi dugaan yg diberi... insyaALLAH ada jalan nye... yg penting berusaha dan berdoa...
salam sayang rindu buat qies ;)

ashra said...

sayu hati luahan mama..

ya..hidup bekeluarga ada suka duka pasang surut.usah peduli sgt cakap2 orang luar sebagainya k.

sentiasa berdoa,mudahan disebalik dugaan adanya rezeki,disebalik rezki adanya kebahagiaan.

insyaallah

ibu si comel Alya said...

mgkin ini ujian terakhir buat awk n qies..pasni akan ada sinar br yg beri kebahagiaan berpjgn dan xkan putus..pengorbanan yg selama ini sebati dlm dr akan diubati dan dianugerahkan dgn nikmat yg xterkira..cekalkan hati..kami d cni mendoakan segalanye berjalan dgn baik dan drahmati..momma kuatkan?in shaa allah papa pun same..demi qies..demi cinta kalian..cinta yg diduga adalah cinta sejati...*hugs*

Mama Rizqullah said...

Salam Yat,

Macam yang selalu kita borakkan...Allah swt dah susun yang terbaik untuk kita.Mungkin ketika perkara itu berlaku,kita rasa betapa kejamnya tuhan pada kita kerana menguji kita.Kita terpaksa berdepan dengan semua permasalahan ini.Tapi at one point and one day,kita kana realise yang sebenarnya semua ini adalah yang terbaik untuk kita.

Just go with the flow dear...and remember,tak semua depan mata kita ini kadang2 terbaik buat kita...tak semua yang kita mahu itu adalah yang terbaik buat kita.

Apa yang penting janganlah lupa selalu untuk muhasabah diri dan tidak putus doa pada-Nya.Sesungguhnya,ada ramai lagi yang menyokong yat.

All I can say dear,biarlah orang nak cakap apapun yat.They never been in your shoes,they never tries to understand and accepting how you are.Let them kepochi with their assumption.You just be your own self okay...

Keep calm and keep enjoying your life...

pnsusu said...

semoga dugaan pahit akan berlalu..habuan yang manis akan menanti,,,
ALLAH menduga agar kita lagi kuat..
Moga kat yatt tabah:-)

Momma Qiestina said...

Thank your for endless Doa & support my dear sahabat :)

I love you guys beary beary strongg.Nak pelok pelok!!

Anonymous said...

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

~ayat 5 & 6 dari Surah Al-Insyirah~

Keep going momma..
No one is in charged of your happiness except you :)

Momma Qiestina said...

Ayat surah insyirah nilah penguat hati saya selama ni :)

Percaya akan ada pelangi di atas tiap hujan ribut tsunami yang datang ni.Thanks dear for your doa & endless support all this while :)

angahMia said...

semoga kak yat, abg ehkram n qies sentiasa bahagia..amin :)

Liya said...

Entah kenapa sayu hati kali ni membaca tulisan Yat..
Saya xtahu sesuatu & taknak fikir sesuatu.
Cuma ingatan pada 4 tahun lalu, xsilap Yat masih baru mendirikan mahligai.
Saya pulak hanya beberapa bulan lagi sebelum menjadi suri di hati suami.
Ketika itu saya sedang berdebar-debar membuat persiapan, sedang berasa bahagia menanti tibanya hari hidup berdua.. Pada waktu itu, saya amat suka & kagum dgn tulisan & gambar2 indah Yat tentang detik2 yang kalian berdua lalui..sgt suka..saya rasakan sedikit masa lagi saya juga akan menempuh keindahan itu.Lagu “cintamu” by Siti yang Yat pilih waktu itu juga penuh bermakna utk saya, sering menjadi halwa telinga. Tak salah saya katakan menjadi inspirasi penyeri hati saya yg ketika itu sedang menghitung hari bahagia.
Sekejap sgt masa berlalu, Alhamdulillah..syukur .
Saya juga mahu Yat terus bahagia kerana kita layak menerima kebahagiaan itu, terus kuat & saya mendoakan semuanya baik utk kamu sekeluarga terutamanya utk Qies permata hati. Allah Maha Memelihara, Yat. Semoga yang indah akan terus indah..

Momma Qiestina said...

Liya :)

terima kasih dear atas kata-kata semangat & doa tulus ikhlas itu.Saya sangat hargainya :)

Cinta sejati memang selalu diuji kan?
Hihihi lagu cintamu tu mmg terkesan sgt dalam hati saya.

Saya pohon kalian jangan berhenti doakan yg terbaik utk kami ye.*hugs*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails