yatekhram jr pwetty pwincess

Wednesday, February 27, 2013

bahagia dunia, bahagia akhirat.




Dipetik dari tanyalah ustazah - Prof muhaya

Bahagia kerana banyak memberi.kita rasa bahagia kerana membahagiakan insan lain.berapa ramai orang kaya lengkap serba serbi rasa kosong dijiwa kerana tidak memberi!
Buat semuanya semata mata kerana Allah.

Ingat apa yang kita ada semuanya dari Allah..
Orang yg paling bahagia adalah orang yg suka buat org lain bahagia.kalau kita tak suka orang maksudnya kita benci diri sendiri.Selalu menerima orang lain seadanya.

Apa Allah beri itu terbaik untuk kita.jangan sesuka hati label orang begini & begitu.sibuk lihat diri jgn sibuk lihat orang lain.tuliskan skrip kehidupan kita.catit jurnal hidup kita contoh adakah kita byk jenis mengeluh?

Perkataan 'sepatutnya begini..

Kalaulah....

Harus dibuang jauh!

Buangkan emosi negatif.kita adalah apa yang kita fikirkan.

Semasa nak tidur maafkan kesalahan semua orang.Jangan ada dendam di dalam hati kerana ia membunuh jiwa kita sendiri.doakan utk org lain kerana doa itu akan berbalik pd kita nanti.

Jangan lihat apa yang kita tak ada, tapi lihat apa yg kita ada.
Kadangkala apa yg kita lihat nampak bahagia, sebenarnya kehidupan mereka tidak tenang.jangan asik fikir kenapa aku asik tak dapat aku nak.why? Why? Jangan.fikirkan yang positif, kita akan dapat yg kita hajati.

Jangan jadik orang yang bajet bagus.
Orang yg harga diri rendah, suke merendahkn orang lain.ingatlah mati pasti kita tak ingat nak buat jahat.

Bercakap dengan roh anak semasa tidur, bacakan al fatihah dan nyatakan ' kamu anak yg baik..anak soleh'
Ingat anak adalah pencen kubur kita nanti.

Kebahagiaan dtg dari dalam..
Setiap ujian positif atau negatif markahnya kita dapat di akhirat nanti.kalau kita terima limau yg masam jgn buang, bubuh gula akan jadi manis.iman itu yg memaniskan ujian hidup.

Belajarlah sesuatu dari ujian.
Katakan apa saja dari Allah adalah sempurna kerana ia pemberian dari Allah.Syurga Allah itu mahal..ia dipenuhi dengan orang yang sabar dan redha..plan kehidupan kita menurut alquran & hadis maka takkan tersesat.

Buang keegooan kepada kesedaran ketuhanan.sentiasa lihat orang dengan kasih sayang.doakan org lain tanpa memberitahunya..

Katakan pada diri,

ALLAH Sayangkan aku..aku ada Allah.

Bila ada kasih sayang Allah itu sudah mencukupi dari cinta manusia yang sementara cuma.biar hilang cinta manusia jangan hilang cinta Allah!


Jangan peduli apa orang kata, peduli apa Allah kata!

Marilah bahagia & membahagiakan ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 26, 2013

tiada duka yang abadi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 25, 2013

Sesungguhnya sesudah kesulitan akan datang kemudahan.






Kelebihan Surah Al Insyirah,


~ Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

~ Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

~ Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

~ Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


Ustaz Hanafi ada ajarkan sekiranya kita sedang gelisah/sedih/tidak tenang amalkan selalu surah ini.Buat seperti di dalam entry ini.

In Sha Allah.




sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai 
    kemudahan

Wednesday, February 20, 2013

berhenti berharap

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 15, 2013

Omeiii angat, bijak angat :P




Rasanya momma memang tak jemu nak bercerita pasal si jantung hati sorang ni.Yelah dah cuma ada dia sorang je buat masa ni.Makanya doplohpatjam hidup momma hanya untuk Dia..untuk dia..untuk Dia..
*lagu faveret qies, kemain menyanyi dah anak momma*.


Err, maksud momma hidup ini untuk Allah yang satu.Kena betulkan nawaitu.Selain tu untuk mencapai redha Allah tu kenalah sayang menyayangi sefamily especially kat curahan hati momma yang manja, gedik, banyak akal dan mulut dah macam orang tua. like seriusly :P

Semalam qies tido awal, dok colouring sebelah momma tup tup, dah fengsan seawal pukul 6 petang.Haaha bagus jugak, aman momma nak tgk rindu bertamu di abu dhabi.Kalau tak tu si mak nenek ni ade jela kang nak itu ini.Tapiiiii..tepat je pukul 12 malam dia sudaaah bangun.Momma kelat-kelat dah mata ni, lepas solat isyak mengaji sket ingat nak off to lalaland laa.Kena pulak hujan-hujan tu memang sorga.Baru je nak tarik comforter:

"Momma, qies nak susu coklat!"

Ok fine.

 jomm ikot momma pegi dapo momma buatkan.

Dia pun terkedek kedek la temankan momma ke dapur.Lepastu babam semula atas katil.Srooot sroooot  tak sampai 2 minit dah habis dia hisap.Laju betul.

Dah dapat susu ceklat momma berharap lah dia sambung tido.maklum pagi ni kan skool.Tapi jangan harap..


"momma qies nak tab..bolehlaaa momma..'" ( siap buat muka puss in boot yang tak bole blah tu).

No esok nak skool yayang, kena sleep ok.
Macam mana doa nak tido? cuba baca momma nak dengar..*pujuk pujuk baik punye ni*

"Tanakk..qies nak drawing, nak main cat kuning gosok gg.sekejap je"


Hok aloh cik Ninah.

Aduyaiii kalau dah dapat talking tom tuu memanglaaa.
Budak-budak sekarag besar dengan gajet.


Sudahnya pukul 1 jugak kot dia baru tido.Sambil tu momma pok pokkan dia, zikir zikir kat telinga dia.
Momma ada dengar kat tanyalah ustaz, bacakan 4 qul, alam nashrah, zikir ya latif then hembus hembus kat anak untuk bagi lembut hati dan mendengar kata.So far alhamdulillah qies tak notty sangat.

Momma dengar prof muhaya cakap, deal dgn budak-budak ni kita tak bole nak tengking semacam nanti dengan dia dia tengking kita balik.
Kena pujuk baik-baik then kalau dah notty sangat rotan kat tapak kaki dia.Huhu.

Semoga momma awak ni terus sabar layan kerenah awak ye yayang :)
^_^

Dan pagi ni amazingly, qies bangun seawal 6.30 pagi terus baik je nak mandi pakai baju semua.
Alhamdulillah dia semakin seronok pegi sekolah.Yang kelakar tu ada 4/5 orang je budak yang datang minggu ni sebab hujan / cuti sekolah.Cikgu kata salute kat qies even paling kecik tapi tak penah ponteng skool.hehe.Yela yang ni mesti ikot disiplin macam momma dia, nanti terbawa-bawa rajin sekolah/pegi class kat U seterusnya rajin pegi kije.Sepanjang momma kije 7 tahun bole dikira MC & EL.Alhamdulillah.Itupun rasanya MC bila sakit tak larat bangun macam mase morning sickness dulu.That y momma jadi org HR kot.hehe tetibe :P *Tak baik amik MC tipu, tak berkat rezeki*



Mudah-mudahan Allah terus bagi kesihatan yang baik untuk momma terus mencari rezeki dan menjaga qies dengan sebaiknye.


Aamiin.



Si pecinta baju kurung.Sekarang ni memang takmo baju lain selain baju kurung & gambo cat.



Layankan je kehendak dia.
Anak oh anak :)

Tuesday, February 12, 2013

mummy huney booney baby

Momma loves u always my baby ;)


# live updates sementara tunggu dokter kat klinik.qies selsema & not feeling well.huhuk :(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 8, 2013

Mana ada milik kita, semuanya DIA yang punya.



Assalamualaikum semua :)


Sihat ke semua laling-laling readers ku hari ini..?
Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah SWT.Semoga Allah terus sihatkan tubuh badan kita dan mengelakkan kita dari segala penyakit.In Sha Allah.


Hmm, momma dan kawan-kawan opis baru je balik menziarahi kubur suami seorang kawan di pejabat.Suami dia meninggal dunia petang semalam kerana serangan heart attack.Menurut kawan ni suami dia main bola tampar lepastu terus collapse dan menemui Allah di dalam perjalanan ke hospital.Umur masih muda juga, dalam 40an..masa dah sampai kan. Very Feel sorry & sympathy kat kawan momma tu, dengan ada 6 orang anak yang masih sekolah dan kecik-kecik.Yang bongsu tu baru 3 tahun.Tadi masa talkin dibacakan suasana sayu sangat.si kecik yang tatau mengerti apa-apa tu main-main tanah yang masih merah disisi pusara papa dia, hiba hati seorang momma ni tengok :(


Mesti dia pelik tengok kenapalah Papa dia kaku, dimasukkan ke liang lahad.

Alahai sedeynya.

Dahla Papa dia PJJ, seminggu or 2 minggu sekali baru balik jenguk wife & anak-anak sebab tuntutan tugas.Ikutkan cuti CNY ni Arwah suami dia plan nak bawak pegi vacation, tapi dah tak kesampaian.Allah lebih sayangkan dia.

Kadangkala si kecil ni mencari-cari Papanya.

'Adik nak Papa..nak Papa..'

Allahu rabbi.Beratnya dugaan.

*lap airmata*


Peluk kuat-kuat kawan momma tu, Semoga tabahlah wahai Ibu.

Sejak kije dekat kluang ni dah 2 kali momma pegi acara pengebumian sebab opismate kehilangan orang yang tersayang.Momma sebagai orang HR ni selalu ketuai rombongan ziarah,then kita sama-sama buat donation.Tak kira melayu cina India, kita seme satu Malaysia pegi ziarah.Mudah-mudahan, tak banyak sikit kita bantu mereka yang kehilangan.Walaupun kesedihan tu kita tak dapat ubati dengan duit, tapi sokongan kawan-kawan tu dapat juga menggembirakan hati yang duka.Dan bila kita ziarah kubur secara tak langsung kita lebih insaf mengingati mati.Mati tu pasti cuma tatau bila.Tak kira tua muda pun.Beringatlah.


Bila balik dari melawat tadi, momma dengan kawan-kawan sembang sesama kami.Terkenangkan nasib kawan kami yang kehilangan suami, cemana nak survive besarkan anak 6 orang sendirian tu..Dengan gaji yang tak seberapa.Taulah kije kilang.Haish sebak hati ni bila fikirkan.Semoga Allah beri ketabahan pada sahabat momma tu, Semoga Allah cukupkan rezeki mereka.Semoga Allah bantu dia dan semtiasa lindungi dia dan anak-anak.Momma yakin Allah takdirkan sesuatu tu memang bersebab.


Allah maha mengetahui.



Sesungguhnya hidup ini memang tak terjangka kan.
Kita selalu rancangkan sekian dan sekian, tapi Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita..
Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak.Sebagai manusia kita tak bole lari dari diuji.Dunia ni kan memang tempat ujian, Syurga tu nanti tempat ganjaran kebahagiaan.


But dun worry be happy..Allah dah janji, disebalik ujian yang dia timpakan buat kita tu ada hikmah dan rahmat yang dia nak tunjuk di penghujung jalan.Kalau tak di dunia ni, kat akhirat nanti.Redha lah hati. Orang-orang yang terpilih je Allah bagi ujian ni, sebab Allah sayang.Dia rindu nak dengar rintihan hamba-nya.Banyak-banyakkkan istighfar nanti hati semakin tenang ;)

Moral of the story, kita semua sentiasa kena sematkan dihati untuk bersedia dengan apa saja kemungkinan.Kuasa Allah kita tak boleh lawan.Takdir kita dah tertulis sejak 40,000 tahun sebelum kita dilahirkan.Semua yang kita ada hari ini tak kira harta, keluarga dan semua yang kita sayangi hanyalah Pinjaman.Adatlah bila kita dah pinjam kena pulang balik bila empunya barang tu nak.(ALLAH SWT).

Apa yang kita mampu lakukan teruskan untuk berdoa yang terbaik.
-_-

Buat yang sedang bersedih hati dan diuji, Hidup perlu diteruskan.
La Tahzan.

Percayalah, Allah tahu apa yang berhak kita rasai.Mana mungkin dia tak tahu susah payah kita.Allah uji hati kita sebab dia cuma nak kita bergantung pada-nya.Bukan bergantung
Terus berpegang pada Janji-NYA.

(Gaya bercakap macam Ustaz Pahrol Juoi dah.hehe.)


# Bila kita rasa kita susah sebenarnya orang lain lagi susah.maka bersyukurlah.Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan dan menyedihkan hati kita nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Wednesday, February 6, 2013

3 years 5 months my little munchkin.




Si jantung hati Momma dah masuk 3 tahun dan 5 bulan usianya.
-_-


Dah mula bersekolah sejak sebulan yang lalu, semakin petah berkata-kata, semakin berkembang akal dia.Kadang-kadang rasa nak nanes terharu tengok dah pandai macam-macam.Pakai baju sendiri pun dah pandai.Tapi sekarang peel terbaru dia tersangatlahhh memilih baju.Nak yang kaler pink, mesti ada gambo cat takpun nak pakai baju kurung siang malam pagi petang.Duh, jenuh mak ni melayan.Pegi skool pun ikot suka dia lah nak pakai baju ape, takde dia nak pakai uniform-nya.Pasrah je cikgu, nak marah pun tak bole sebab qies the youngest in the class.Baby katakan :P

Janji nak p skool dah ye nak..

Geram tengok kenotty an dia tapi at same time nilah penghibur momma no 1.
Ade anak ni 1001 perasaan ada :)

Sekarang ni hobinya melukis kat tab.Pheww dari takde rupa orang dah jadi orang, walaupun orang lidi.Lepastu ikan siap ada sirip bagai, bunga pun pandai dah lukis ada kelopak.paling suka sekali dia lukis bunga alamanda.Eh, taulah awak rindu kan kedai runcit alamanda :D
Beratus dah harta intelek dia dalam tab ni.memang berbaloi papa belikan.Bijaknye bukan main si kidal ni, terharu momma.hehe.


Milestones terbaru..
Dah beratus patah perkataan dia pandai lontarkan, cuma still masih pelat.Kalau G tu tak reti sebut dengan betul lagi.Contoh:


Abang jadi Abam..

Datang jadi datam..

Yang tak bole blah tuu..qies cakap.


Momma tu galanggg..!! 

Haha.momma garang ye yayang..?
*kuangasamboi*

Momma awak ni garang-garang sayang ok.Kalau tak nanti naik lemak berkrim laa kan ;p



Notty sangat.mulut tu kalau dah potpetpotpet macam kak Nam betul :P
Dulu masa baby ya rabbi berat betul mulut tu, sekarang fengsan nak menjawap soklan cepumas dia.




bajet macam baby lagi, yelah kamu sorang lah baby dihati momma , yang paling syomel dihatiku.





Menggode gode sangat! Rasa nak rotan rotan je.hehe.


Dari segi pemakanan pun very the simple dimple tapi nak makan doplohpatjam.Pendek kata selagi celik mata mulut tu memang kijenya mengunyah.

Celik mata suka makan baulu fish, donut or roti coklat.kadang nak biskut cecah air milo.Kat skool macam-macam menu teacher & asst yang bagi.Tengahari kang makan nasik..ini memang lah kena paksa.Yang momma penin kepala tu sekarang ni suka nau nak makan nasi lauk ikan masin sepat campur kicap.Aduyaiii-nye.Ini dah macam fav momma time mengandungkan dia dulu.Hari-hari mau ikan masin.Tapi budak kecik mana bole makan selalu.

Hmm, tabiat pemakanan masa preggy mempengaruhi kot.Ker memang masa momma mengidam tu qies yang nak..? hehe.bukan salah ibu mengandung kot :P

agagagaga larikk...!!

Susu pulak masih no 1, sustagen coklat selangseli dengan dutch lady cekelat  faveret no 1.Still bottle avent tu laa jadi pojaan hati dia.Nak guna sippy cup memang dia tak layan.Dia suka menyusu sambil  baring, jari gentel-gentel baju, habits dari zaman baby.Layankan jelah.Cukup darjah 1 nanti taula stop guna botol ye yayang.




Pampess..?


Yes still pakai lagi.Pheww memang jenuh ajar dia potty training tapi dia refused.Susah betul nak ajar poo poo/pee pee kat toilet.Asik dah ter..baru bitauu momma.Masa tu memang resakse laa momma ni :P

Kadang tu momma paksa jugak tak pakaikan pampes.Biar dia pegi toilet.Penah sekali tu qies cakap,

"momma qies sakit poyott..sakit poyot.."

haaaa berlari macam atlet lah momma ni bawak dia ke toilet.sekali tunggu 10 minit tak kuar-kuar jugak.eiy budak ni kang :P Lepastu pakaikan pampes teruss haa amik selepukk 'intan berlian' dia kuar.Bertuah punya anak.Dia macam tak reti nak meneran without pampes.Akekekeke.Pembersih ya rabbi.

Selagi tak pampessless ni Nenek dia pun bising, tapi bila momma work kesian jugak kat neneknya terkejar-kejar nak tengok qies dah ter.. ke belum.Kadang bila dipaksa jugak penatla cuci sepah-sepah tuuu.HAHA :P

Cucu sorga sorang memang manjanya lebih.grr.

So mommies sekalian  please share cara termudah untuk ajar anak potty training :D
Kalau tak semakin kaya lah kilang pampes sebab qies.kuikuikui.


Sekian.

Tuesday, February 5, 2013

Surah-surah amalan untuk permata hati.




Assalamualaikum..

Momma ingin kongsikan beberapa amalan untuk permata hati kesayangan kita :)
Marilah kita sama-sama amalkan.Bukankah doa seorang ibu terutamanya paling makbul, tiada hijab diangkat terus ke langit.


Ameen, In Sha Allah.
^_^






Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.



PETUA UNTUK ANAK RAJIN KE SEKOLAH

1. Sediakan sebaldi air untuk mandi
2. Baca pada air tu bismillah 4 seperti dalam gambar
3. Kemudian doa supaya anak rajin ke sekolah.
4. Mandikan anak dengan air tadi
5. Insya allah dengan izinnya, akan terdapat perubahan


Monday, February 4, 2013

Meraikan kelahiran Rasullullah SAW



Hujung minggu kali ini, kat kampung momma ada majlis sambutan maulidul Rasul.Teringat masa momma skool dulu every year sekolah anjurkan program keagaaman meraikan maulud.Memang meriah!

-_-

Dulu masa kat skool kan ada collect derma, lepastu ada nasyid then mesti ada ceramah agama.
Lepastu makan nasi minyak beramai-ramai dalam dulang.
Masihkah kau ingat sahabatku momma Isya & Momma Aqil?

Sekarang bila dah ada anak, maka kita bawakla anak sekali ke majlis taman-taman syurga.
Kita exposekan cinta ALLAH, cinta Rasul sejak kecik lagi :)



Oloh anak solehah momma ni :)
Tudung labuhnyee lah hai..hehe tudung momma.Mula-mula momma nak pakaikan bawal 2 tone tapi dia sangatlah lasak kang tercabut kemana-mana brooch.huhu.





berjalan beramai-ramai ke surau dengan makngah, dengan nenek..dengan momma lina & kids..dengan nenek timah..Dekat sajek tak sampai 5 minit.
Seronok woo duduk kampung!





Imam muda Faheem & Ustazah qiestina..
For the 30 minutes behaved je lah kopiah & tudung.lepastuuu siap! hee.Takpe praktis make perfect.






Marhaban dan selawat ke atas nabi diketua oleh Atok kesayangan cik Qies lah :)
Seronokkk & sangat tenang.


Wif makngah :)




Pak Long qies sebok rewang di belakang, menyiapkan makanan.




Kelihatan kaum-kaum Ibu membanjiri kawasan surau.Ramai betul even hujan lebat.Alhamdulillah..
Ustaz pun kata kalau majlis ilmu mesti ramai perempuan, lelaki kenapa eh kurang sangat nak pegi?
Huhu renung-renungkan.




Kaum-kaum ibu yang ada anak kecik duduk di anjung surau..maklumla anak memasing mana tau diam.Sambil dengar ceramah agama tu :)



Dan ini namanya nasi ambeng minyak!



Makan dalam dulang share berempat/berlima.Syiok.Masak rewang sekampung dari malam ke siang.
Muafakat mebawa berkat! Rasanya kat banyak tempat dah tak praktik macam ni kot.




Corat coret suasana sambutan maulidul rasul di kampung kami :)




Dan antara intipati ceramah dari ustaz yang diundang tu macam mana nak didik anak supaya soleh & solehah, macam mana nak cinta Rasul, macam mana nak bahagia dunia akhirat dan isu yang paling ditekankan pasal menjaga solat.Peri pentingnya menjaga hubungan dengan ALLAH.Ustaz kata baguslah bila ada majlis maulud ramai yang datang surau,solat berjemaah tapi lagi bagus kalau tiap waktu surau tu dipenuhi lelaki-lelaki gorjes bersolat :) Surau dah cukup cantik, tapi sayang jemaah tak ramai.Bukan kat surau tempat kami je tapi dimana-mana.Ustaz kata should be sebagai lelaki mestilah solat berjemaah kat masjid/surau dan kaum-kaum ibu tu latihlah anak solat dirumah.Kalau umur 10 tahun takmo solat lagi rotan je terus takde nak excuse lagi.Kalau psikologi tak jalan, gunakan rotanlogi.hehe.Siyes tu ustaz yang cakap.Ustaz tu siap nyanyi-nyanyi masa berceramah, dah macam ustaz haslin yang kelakar nyanyi industan tu :).

Hmm bagus kan, dakwah pun boleh guna banyak cara supaya menarik ramai orang dan terkesan dengan mesej yang disampaikan tu.Kita ni semakin hari semakin dewasa, dalam dok sebuk mencari dunia kita janganlah lupa akhirat.In Sha ALLAH dua-dua kita dapat.

Kalau kejar dunia je, akhirat kita tak dapat.sapa rugi? Sama-samalah kita perbaiki diri.Mana yang tak buat tu kita buat, slow-slow pun takpe.Islam tu mudah tapi bukan untuk diambil mudah.




Ahli syurga kusyuk dengar ceramah ustaz :)
Iya iya aje tu, hehe.Dah dapat tab dia senyaplah dok drawing.


Sampai jumpa lagi di perkongsian ilmu di waktu yang lain.
Assalamualaikum :)


** ustaz Azhar Idrus kata kamera dan photography pun berpahala kalau diguna untuk mengingati Allah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails