Dipetik dari tanyalah ustazah - Prof muhaya
Bahagia kerana banyak memberi.kita rasa bahagia kerana membahagiakan insan lain.berapa ramai orang kaya lengkap serba serbi rasa kosong dijiwa kerana tidak memberi!
Buat semuanya semata mata kerana Allah.
Ingat apa yang kita ada semuanya dari Allah..
Orang yg paling bahagia adalah orang yg suka buat org lain bahagia.kalau kita tak suka orang maksudnya kita benci diri sendiri.Selalu menerima orang lain seadanya.
Apa Allah beri itu terbaik untuk kita.jangan sesuka hati label orang begini & begitu.sibuk lihat diri jgn sibuk lihat orang lain.tuliskan skrip kehidupan kita.catit jurnal hidup kita contoh adakah kita byk jenis mengeluh?
Perkataan 'sepatutnya begini..
Kalaulah....
Harus dibuang jauh!
Buangkan emosi negatif.kita adalah apa yang kita fikirkan.
Semasa nak tidur maafkan kesalahan semua orang.Jangan ada dendam di dalam hati kerana ia membunuh jiwa kita sendiri.doakan utk org lain kerana doa itu akan berbalik pd kita nanti.
Jangan lihat apa yang kita tak ada, tapi lihat apa yg kita ada.
Kadangkala apa yg kita lihat nampak bahagia, sebenarnya kehidupan mereka tidak tenang.jangan asik fikir kenapa aku asik tak dapat aku nak.why? Why? Jangan.fikirkan yang positif, kita akan dapat yg kita hajati.
Jangan jadik orang yang bajet bagus.
Orang yg harga diri rendah, suke merendahkn orang lain.ingatlah mati pasti kita tak ingat nak buat jahat.
Bercakap dengan roh anak semasa tidur, bacakan al fatihah dan nyatakan ' kamu anak yg baik..anak soleh'
Ingat anak adalah pencen kubur kita nanti.
Kebahagiaan dtg dari dalam..
Setiap ujian positif atau negatif markahnya kita dapat di akhirat nanti.kalau kita terima limau yg masam jgn buang, bubuh gula akan jadi manis.iman itu yg memaniskan ujian hidup.
Belajarlah sesuatu dari ujian.
Katakan apa saja dari Allah adalah sempurna kerana ia pemberian dari Allah.Syurga Allah itu mahal..ia dipenuhi dengan orang yang sabar dan redha..plan kehidupan kita menurut alquran & hadis maka takkan tersesat.
Buang keegooan kepada kesedaran ketuhanan.sentiasa lihat orang dengan kasih sayang.doakan org lain tanpa memberitahunya..
Katakan pada diri,
ALLAH Sayangkan aku..aku ada Allah.
Bila ada kasih sayang Allah itu sudah mencukupi dari cinta manusia yang sementara cuma.biar hilang cinta manusia jangan hilang cinta Allah!
Jangan peduli apa orang kata, peduli apa Allah kata!
Marilah bahagia & membahagiakan ;)
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment