yatekhram jr pwetty pwincess

Sunday, October 4, 2015

You never walk alone :)






Assalamualaikum :)

Selamat berhujung minggu semua.Momma qiestina is back.Tehee.Tersenyum ai baca-baca komen dari previous entry, ada yang whatsapp/pm personal. sekian lama belog berabok diperam sampai jadi pekasam. Paling win komen ai am Ibu berdikari yang cheerful katanya :P

^_^

Biasa hari minggu macam ni rutin tetap sibuk juga sebab seawal 5.30 pagi dah bangun siapkan air panas, ironkan baju skool, buat sket light breakfast, kejutkan qies, mandikan dia nak pegi pre skool, solat berjemaah dengan si kecik yang setia jadi makmum momma tu dan lepastu zass hantar dia pegi  skool..Kalau weekdays harus lagi busy sebab momma work.Kena pandai-pandailah adjust masa nak buat seribu satu benda dalam satu masa.For me alhamdulillah family banyak bantu uruskan qies bila momma keluar bekerja. Syukur i am surrounded with blessed familia and friends. Dari dulu lagi, sejak belum kawen sampailah tak kawen ni mereka lah kekuatan.Tima kasih kat mak abah yang tak pernah gagal selalu disisi  momma & qies walau apapun situasi kami.Family kami memang win bab berkasih sayang bantu membantu ni, Alhamdulillah kekalkanlah ia  ke jannah Ya Rabb :)

Qies pun dah besar ni pandai dah berdikari nak mandi pakai baju sendiri, cuma makan minum dia la kena preparekan lagi.Bila momma sampai umah dah lewat petang tula masa sejam 2 jumpa dia untuk momma tanya macam mana kat skool, pelajaran dia, ajarkan buat kerja skool semua.Masa tulah quality time untuk anak.Dalam keadaan yang penat lelah baru balik kerja tu just layankan je.Kadang tu momma penat sangat memang kesian tak terlayan juga. Mata mak ni pun dah sama kuyu dengan dia.Kena pulak qies memang timing dia tido sharp 8 malam.Siang dah all out main tanpa henti dengan cousin dia si caca tu.Budak-budak tengah melasak biasalah.Memang challenging.Sabar tu kena extra.

Momma every day berdoa dapat berikan yang terbaik untuk qies.
Tak kira  both pendidikan dunia dan akhirat.Dalam takde insan yang bergelar suami yang tolong uruskan anak ni, hope Allah sentiasa mempermudahkan segala-galanya. Allahumma Ameen.



buah hati -- moments syawal baru nak share.hehe.


Milestone qiestina dah masuk 6 tahun ni -- Dah pandai membaca, menulis, mengeja.At 1st agak slow skit qies nak catch up.But momma memang puji la pra sekolah kat sekolah kebangsaan ni memang teacher dia ajar bebetul.Betul-betul dedicated teacher. Bukan banyak main macam kindy.Sukatan pelajaran pun agak tough, kadang momma yang dah tua ni pun confius nak jawap soalan buku dia.Haha.Vokal berganding? u all penah dengar? umur 33 tahun ni hah pestime dengar, gigih momma google hokay demi anakanda.Padahal dulu BM SPM A1 kot.kuikuikui :P

Kerja skool qies memang banyak.Everyday nilah cikgu disiplin qies, paling garang tapi paling qies sayang.Everyday without fail cek buku-buku dia sebelum tido.memang mencabar tugasan ibu bekerjaya,Both penting, kerja dan anak.Kat opis ofkos memerah otak dengan assignment, kat rumah kena tukar peranan jadi ibu mithali.Kena siapkan A-Z untuk anak.

This lately, ramai juga yang tanya macam mana nak handle anak sengsorang.Macam mana i manage my life as a single mummy.Macam yang saya share dalam previous entry, saya pun sebenarnya takde resepi khas untuk itu.Saya just redah je berbekalkan doa tanpa henti, saya minta pada Allah tiap hari permudahkanlah semuanya. Saya yakin Allah maha mendengar, tak mungkin dia tinggalkan saya walau sesaatpun.Dalam apa-apa hal pun berdoa tu penting.Back to our creator.Ujian hebat untuk orang yang hebat!

Definitely, stress semua kita tak bole lari, ujian hidup memang menekan jiwa raga.saya pun admit kadang jiwa kacau. *sapa ada dalam kasut saya mesti faham*.Tapi takdelah berlarut larut, saya amik masa untuk bertenang.Sehari dua then back to normal.Maybe orang selalu nampak saya ni jenis happy go lucky-- suka hiburkan orang dan dengan cara tu hati saya terhibur sekali :)






Apa yang diaturkan Tuhan tulah yang terbaik untuk kita buat masa ini.Saya selalu pegang ayat ini,

"selepas kesusahan akan ada kemudahan'
ALLAH  janji dalam surah al insyirah.2 kali ALLAH ulang.

Saya pegang peluk ketat-ketat ayat ini.Dan sememangnya janji DIA benar belaka.Hari demi hari life saya semakin baik.Alhamdulillah.

Boleh jadi kita membenci sesuatu, sedangkan inilah yang terbaik untuk kita.--Pun antara ayat yang selalu saya pegang.

Sejujurnya bila Allah datangkan ujian, ia lebih mematangkan.Saya lebih hampir dengan DIA.Dulu mungkin banyak lagha, solat hujung hujung waktu, kadang miss terus tanpa rasa bersalah.But alhamdulillah dengan ujian ini banyak hikmah positif.Sebaik-baik pergantungan kita hanya pada yang maha esa.Kaya itu ujian, susah itu ujian, berpasangan itu ujian takde pasangan pun ujian.Yang penting Ujian itu tanda Allah sayang :)

Momma harap dengan perkongsian tak seberapa ini dapatlah memberi manfaat.Ada ramai juga kawan/geng alam maya pun tengah bergelumang dengan masalah lebih  kurang serupa. Saya minta maaf sangat tak sempat nak reply pm satu persatu..memang takde masa sangat nak beronline.Sometimes rasa down perlu kawan untuk share isihati.I feel u babe.Hanya yang mengalami kan memahami.But trust me, rasa ini tak diberikan sia-sia.


You never walk alone -- Indeed Allah with us!


Okbai nak main masak-masak dengan qies, dia baru balik skool dah request nak makan puding buah momma homemade. Antara our fav activity bila weekend.Untunglah ada anak dara kan, tehee geng gusip momma geng mekap semuanya lah :P Sangat beruntung momma ada peneman setia yang kepoci hiburkan hari-hari momma :)



my happy pills.


Selamat hari indah semuanya :)



6 comments:

Anonymous said...

I'm from Brunei...suke sgt bca ur blog since qiss msh g kecik...tcari2 jugak mna menghilang nye sbb tak update blog..hihi..pliss ye rajin2 lh update blog..rindu dgn qiss yg comel 2..

zua zulkifli said...

Salam kak yat. Saya follow akak dr qies belum lahir lagi sebab husband sy pun seafarer. Walaupun akak da lama tak apdet saya selalu jenguk blog akak kalo ada masa kot2 akak da apdet..hehe. btw be strong sis n stay positive. Ribut pun ada hentinya. Yakin dengan Allah.. semoga kita semua tabah dengan ujianNya.

Anonymous said...

yat..semoga yat terus tabah membesarkan qies

Anonymous said...

semoga yat tabah besarkan qies

mama ikhwan & Ikha said...

hi yat.... me too.. :)

Salina@IbuAqil said...

Assalamualaikum dear..
Nak pggl Kak Yat rasa umur kita lebih kurang je ntah2 sebaya..
Ina bahasakan yat mommy qies lah sedap..
Pggl kita ibu aqil ye..
Kihkihkih!
Mommy, ibu nak ckp skit..
Ibu dah lama x jenguk kawan2 blog..
Blog ibu pn dlm 3 thn ni suam2 kuku besi dah rasanya..
Kejap2 ada cite kejap2 x ada cite kejap2 x tau apa nak cite..
Dlm masa tu mcm2 yg jadi baik pd diri sendiri dan kwn2 blog..
Blog mommy qies ni blog pertama yg ibu follow..
Itupun tau dr majalah apa ke x ingat blog ni tersenarai dlm senarai blog terbaik..
Dari situ asal usul ibu pun mula berblog..
Waktu tu dik jd SR blog mommy..
Dan hari ni setelah sekian lama..
Ibu marthon kesemua entry mommy sjak 3 thn lepas..
Apa yg boleh ibu katakan?!
Semua milik Allah tiada yg kekal milik kita..
Hatta diri kita sendiri adalah pinjaman..
Semoga mommy kuat demi qies..
Semoga Allah swt permudahkan segala urusan mommy dan qies dunia akhirat..
Bersangka baik dengan Allah swt..
Dia syg kita kerana itu kita yg dia pilih..
Syg mommy dan qies ketat3..
Muahciked!!!!
Salam tahun baru..
Dont stop membebel kat blog ni mommy..
Please!!!!
Peluk cium utk qies..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails