yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, September 22, 2014

DIA nak bagi kita 'hadiah' terindah.Sabar :)






:)



Terkesan sangat dengan kata-kata motivasi ini.Momma selalu blogwalking dan juga menjengah ke page motivation.Untuk kekuatan diri dan berkongsi kekuatan dengan semua.Untuk memujuk hati yang kadang ok kadang k.o.Biasalah mood roller coaster :P

^_^

Kadangkala bila kata baca entri tu terasa macam sama macam situasi diri sendiri.
Indeed, we are not alone.
Kalau kita rasa kita dah terhenyak-henyak, dah cukup terjatuh dengan pelbagai ujian.Ingat ujian orang lain lagi hebat.Allah itu maha adil, dia bagi lebih di satu side ini  tapi kurang di satu sudut.Sebab hakikatnya kita semua hamba-nya tak ada yang sempurna.Kita semua milik Nya.






Credit to belog aku islam.my always fav blog!








Dan disebalik semua cubaan, airmata dan segala ujian dugaan yang DIA beri pada kita sebenarnya....
Ada kasih sayang DIA.Just keep patience, endless Doa and tawakal.

Senyum :)))


Alhamdulillah masih punya banyak nikmat lagi dalam hidup ini.Antaranya nikmat menjadi seorang momma buat si syomel momma ini, blessed!




Pelengkap kehidupan momma selamanya.Till Jannah!






Sayang, momma always loves you no matter what.Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia asal masih adanya kamu :)



Selamat malam cinta!
Looking forward to create more beautiful moments with you sayang :)



Wednesday, September 17, 2014

Siri 1 : Majlis meraikan ulangtahun eryssa qiestina ke 5 yang indah.






Assalamualaikum semua :)

Finally momma got time to updates.Cerita majlis hari hari lahir anakanda yang lalu.Alhamdulillah it went well and smooth.Momma buat birthday party qies sehari lepas tarikh qies dilahirkan, 6 sept 2014 di teratak kediaman atok nenek qies kat kluang ni *now consider umah qies juga*.Ramai sangat datang birthday party qies tak menang tangan melayan tetamu jauh dan dekat.Tima kasih u all :) Always birthday party anak tempat bergathering terbaik since dah jadi momma ni.

^_^

Tema tahun ni momma pilih frozen yang tengah hot sekarang dan bertema pink & blue.Haruslaaa baby girl kan pink kenot lariks.Bahaha.All the deko deko party as usual momma DIY je sendiri.Demi anakanda haruslah sepenuh kasih sayang momma buatkan.Mak-mak macam nila kan..time momma meeting panjang tu berfikir all the plan semua ni *ahaksss*. Then, momma amik masa bila balik dari office mendeko deko semua ni dengan bantuan bibiks vogi da vass momma tak lain tak bukan makcu qies itu.heheh.Dia pun minat bab-bab kretaip kreatip ni.Okay kita share pi dulu dari handphone momma.Dari DSLR yang gojes nanti kat part 2 ye.Ecehh ada part 2 gittewww :P







Princess Elsa Ana & momma :)

Korang perasan tak frozen amik idea nama eryssa qiestina? ekekeke.Kebetulan :P matilah mak enon serang ai ni kan.kuikuikui.






Candy buffet & meja potong cake DIY sesuka hati je by momma.Thank u anty normah designer opis momma yang baik hati tlg designkan banner tu!
Rezeki qies murah sesangat, ramai sayang dia.





Candy buffet main menu lah pulak.Momma belikan alas meja pink pulak nak kena tema.Ala beli kain kat kedai kain tu semeter baru 5 hengget macam tu :)





Cake syomel edible image qiestina & frozen! wehooo.seksaited okes qies tgk muka dia enterprame kat situ.sampai la ni syg nak makan :P





Cuppies by momma Diana Aidil.Okes kluangman n women sesapa nak order cake kindly order kat fesbuk je ngan Diana Aidil.memang dijamin meletop! I dah 8 kali repeat order dengan dia.




Anggur mashmalow cicah cekelat kekdahnyaa :P gigih maklang mak buyung tlg cucuk ni.




Sticker frozen tu ai dapat kat kedai 2 hengget je banyak.Then deko sesedap rasa :P





 Sangat syurga candies.Bahaha.seronok anak-anak.All items ai beli kat kedai jajan borong murah-murah je.



Belon-belon pink & blue gigih ditiup oleh paklang & momma.kussss semangat nak deko birthday party.
Ruang tamu umah dihias indah bagaikan di kayangan.kunun :P



kelihatan paklang sedang gigih mendeko belon.ahaksss.Dia pun birthday boi.



Hitam putih itu indah.Semua idea pak uteh la dalam mendekorasi pondok cucu syurga ni.Syurga qies berteduh dengan momma.




Props by makcu yang kreatip.



Goodies bag ekslusip ni DIY je by momma.Beli paper bag & riben then buat sendiri je save cost.Dalam bag tu momma bubuh vitagen biskut orea sumi jelly & gula-gula susu.All berkhasiat kot :P 
sepit sepit ituuuu sungguh syomel kan!





Goodies bag ke 2..Niat asalnya nak bagi kawan skool qies tu yang lain sikit pattern dia.Ni mahal sket sbb dah customise gambo princess tapi beli tak banyak sangat.



Hat party so syomel! Okes semua item ni momma beli kat kedai borong je murah.



Dan si princess elsa ana ini bergaya dengan dress gojes yang momma beli online je :)




Dress siap ada layah kat belakang dia.Feeling princess sangat qies! Segala aksesori tu cari je kat kedai gegals semua ada nak crown segala :)



Dan ini antara pressie yang qies dapat masa birthday party dia.Alhamdulillah dekat 100 orang tetamu kot membanjiri majlis qies hari tu dari petang sampai ke malam.sesangat meriah! Semuanya rezeki anak.





 :)



Whoaaaaaa macam-macam ada hadiah birthday qies :) Syukur alhamdulilah.Terima kasih semua!



Princess kesayangan momma.Budak baik paling momma sayang.Heheh.Susah betul nak plesing.



Momma hope qies happy dan jadikan semuanya momen yang terindah nanti.Inilah yang termampu utk sayang buah hati momma satu-satunya.

Happy 5th birthday sayang :)


Doa momma selalu moga sayang jadi anak solehah kebanggaan momma dan terus disisi momma sampai jannah.Doa momma sentiasa bersama sayang dimana pun.Terus jadi peneman setia penawar duka lara penguat semangat dan kekuatan untuk momma k! No matter how hard our life, we will go through together.In sha Allah :)) Momma hope and takkan berhenti berdoa momma dapat beri qies hidup yang sempurna macam life orang lain.Momma will try semampu momma.Doa-doakan yang terbaik ye semua :)
^_^

Okay sebelum momma mula kuar ayat ayat taching ala-ala mak-mak emo better stop.Esok nak kerja mata kena dipaksa tidur.Bersambung nanti di siri ke 2.Gambar gambar tetamu yang datang semua dan segala menu yang ada untuk birthday party nanti momma belogkan k. Sabar menanti ye sayang sayangku.

*ayam dah berkokok tanda dah lewat malam*

Goodnite peeps.




Sunday, September 7, 2014

Lets shopping COACH original, self reward and for yang tersayang!





*Sticky mode entry, sila scroll ke bawah untuk entry terbaru*


Assalamualaikum sayang-sayangku semuaaaa :)


Dear all beautiful ladies, tawaran ini sure buat korang bling blingg okay! Haish dah namanya perempuan haruslah suka handbag kan! Hmm let's reward yourself dengan himpunan koleksi COACH original ini dengan harga yang berbaloi-baloi sesangat .

^_^


Cer pilih mana-mana yang berkenan di hati..
Semua adalah sangat gojessss.Buat si jejaka boleh juga hadiahkan buat wanita kesayangan kalian dengan bag gojes ini, sure lagi sayaaaang si dia kat u olss.*Ahemss, sambil kenyit mata buat muka puss in boots, ahakss*

Siyesly, takde gegals yang tak suka handbag.Cer tanya wifey/gofren korang sekarang.

'sayang u suka tak handbag?'

Haruslaaaa melompat dia dan-dan tu.

For women, handbag bukan setakat accesories wajib yang bukan setakat pelengkap gaya tapi juga boleh simpan segala benda dalam tu.Dengan wallet, mekap, dan jugak barang anak pun ada :D yang pentinWorth it for money.Yang ni price adalah murah dari butik ye, tapi it's ori item.Bukan fake punya.

Sesapa berminat bole pay half dulu..Pre order within 2 weeks then lepastuuu barang dah sampai baru bayar full.Menarik kannn?






Awwwww gorgeous!







Whoaaaaa merah menyala gitewwww.hot sangat.

 purplelicious!



Alaaaaaaa this is so sweeet dusty pink.macam baju raya ai sejibik :P




View dalam bag.Kemas gila kot.




Cun giles kaler merah.Ai sokee yang ala-ala macam ni sebab u knowww hot momma need bag besar untuk jadikan poket doraemon qies.penuh stuff dia :P


Lagi banyaaaaaaak pilihan dan price kat sini :


https://www.facebook.com/coachmampumilik



Okay cemana nak order semua hot items ni?


Sila contact tuan punya bisnes ini :


0138371938 (Whatsapp/sms/call)

Puan Nur Syaizwanna



Sekian, selamat menyopeng! :)



Thursday, August 28, 2014

Kamu yang ku tunggu.





Telah ku temukan yang aku impikan
Kamu yang sempurna
Segala kekurangan, semua kelemahan
Kau jadikan cinta
Tanpamu ku tak bisa berjalan
Mencari cinta sejati tak ku temukan
Darimu aku bisa merasakan
Kesungguhan hati cinta yang sejati
Kamu dikirim tuhan untuk melengkapiku, tuk jaga hatiku
Kamu hasrat terindah untuk cintaku
Takkan cemas, ku percaya kamu
Karena kau jaga tulus cintamu
Ternyata kamu yang ku tunggu
Segala kekurangan, semua kelemahan
Kau jadikan cinta
Tanpamu ku tak bisa berjalan
Mencari cinta sejati tak ku temukan
Darimu aku bisa merasakan
Kesungguhan hati cinta yang sejati
Kamu dikirim tuhan untuk melengkapiku, tuk jaga hatiku
Kamu hasrat terindah untuk cintaku
Takkan cemas, ku percaya kamu
Karena kau jaga tulus cintamu
Ternyata (ternyata ooh) ternyata (oh ternyata)
Ternyata kamu yang ku tunggu

Lagu : Kamu Yang Ku Tunggu
Artis : Rossa ft. Afghan
Album : Love, Life & Music (2014)




Monday, August 25, 2014

It's just a matter of time.






Assalamualaikum  :)

Last entry may 2014, ini dah hujung Ogos 2014 baru ada entry baru.Memang 3 bulan sekali baru nak updates blog kot :P Kuikuikui.Berhabuk gile kot belog kesayangan ai.Kesiaaan betul terabai sesungguhnya ini belog since ada instagram ni, asik updates kat sana je.Motip tak payah fikir 888 perkataan nak taip.Just guna ayat 'let's the picture do the talking' je sudeyyy.Lagipun sejak ada smartphone kemalasan maha teramat nak bukak lappy.Blogging guna handphone adalah tidak syiok okels.


Ini pun tetiba terbuka hati nak updates sebab raaaaaaaaaamai-nya lah hai tanya. Dan sambil berbisnes iklan kat belog.Alhamdulillah rezeki Allah bagi dari pelbagai sudut.Tadi baru je ada feminats kipas susah mati since qies dalam perut lagi bagi whatsapp  'kak yat bila nak updates belog? saya ikut belog akak since baby qies dalam womb akak lagi..saya asik scroll lelaju entry lelama kak yat sebab rindu nak baca ngomelan akak yang sempoi dan best itu '

*Hugs to u know who u are :) *

Baiklah.

baiklah.


untuk tidak menghampakan semua yang ternanti-nanti entry baru saya, marilah kita mengomel sekarang.Tapi beware sebab momma qiestina bila dah start ngomel ya rabbi panjang berjela-jela nanti.Bahaha! :P
*sambil lepuk muka sendiri, ngee*


Actually takde cerita menarik sangat nak dikongsikan.Life masih tak berapa stabil lagi sebab soal hati dan perasaan memang sukar nak dimengertikan.Kejap rasa kuat sangat, kejap rasa lemah balik.Kadang manjang ke laut je mood.Tahun ni asik nanes-senyum-nanes balik je.Kadang depress dengan personal life, kadang stress ya amat dengan kerja.Kadang happy happy chilsss je taknak fikir semua yang sesedih, hadapi semua dengan senyuman. Lagi momma ada tanggungjawap berat membesarkan Eryssa Qiestina.Tak boleh layan sangat perasaan.Nanti semua benda tak jalan.Dah macamtulah.Kejap okay kejap tak okay.But Alhamdulillah still survive till now.


^_^

Well, ada benda yang kita boleh share dan ada benda yang tak boleh share untuk menjaga hati banyak pihak kot.Iyalah tak semua orang gembira dengan kebahagiaan yang kita ada dan tak semua orang berduka dengan kesedihan yang kita rasa.Vice versa.That why saya prefer silent mode.Berdiam kadangkala yang terbaik.Untuk bertenang dan mencari sedikit ruang untuk bernafas seperti biasa.

Kata kawan;
Orang yang banyak ketawa adalah orang yang paling sensitif jiwanya.

Kata aku;
Mungkin ada benarnya.
Kerana orang yang banyak ketawa.
Banyak menyimpan apa yang sebenarnya dia rasa.
Disebalik bunga-bunga ria dan senyum tawanya.


Dia ketawa,
Seolah-olah,
Dia punya segalanya.

Dia senyum,
Seolah-olah,
Dia tiada masalah.

Tapi,
Dalam tawanya,
Dalam senyumnya,
Hanya Allah yang tahu apa dia rasa.

Seberat apa pun dugaan,
Sebesar apa pun ujian,
Tersenyumlah. 



ni ayat kopipes dari belog aku islam.
Memang tepat sekali.


Orang tengok kita happy happy je :)
Tapi Allah je yang tahu dalam hati. Kalau boleh nak elak tunjuk sangat lara hati tu sebab past is past.Let bygone be bygone.Masa silam tak perlu dikenang-kenang.Kalau tak sampai bila pun tak move on.Cakap je dah  move on bagai sebenarnya tak pun.Iya bercakap memang mudah.Berat mata memandang berat lagi si bahu yang memikul ini.Sesekali cuba masuk dalam kasut saya, cuba tengok muat ke tak? Hmm macam tulah lebih kurang analoginya.

Selalu saya dapat soalan 'yat macam mana bole sekuat ini? setabah ini.. macam mana boleh face difficult time macam ni? macam mana boleh hadap semua ni..U never reveal and show your sadness..U are the strongest person i ever meet etc'

Allahu rabbi.


Sebenarnya semua ini hanya perlukan masa.


Baru 2 tahun berlalu kisah sedih itu.Tak bebetul fully recover pun hati ini.Hanya Allah pengubat semua ini.Tipsnya takde lain, kembali pada Dia.Teringat kata-kata ustaz masa saya pegi kaunseling kat pejabat agama dulu, Allah yang bagi kita masalah, Allah juga yang mampu selesaikan.Dia cuma rindu nak dengar suara kita berdoa sungguh-sungguh.Allah sedang berbicara dengan kita bila kita diberikan 'hadiah' yang namanya ujian.Dalam hadiah yang terbalut kemas itu  ada kasih sayang DIA.Terkesan sangat pesanan Ustaz tu.sampai sekarang saya ingat.

'Biarlah if satu dunia pun membenci kita tapi ingat Allah sayang kita' :)

*Deep*


This lately kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 dan tragedi MH17.Saya faham betapa peritnya nak hadapi sebuah kehilangan.Semua orang kalau boleh nak bahagia sampai jannah dengan orang yang tersayang.Besarkan anak sama-sama, lalui kehidupan sama-sama, kongsi susah senang.Dan suddenly bila terjadi perpisahan, for sure kesedihan itu hanya Allah yang tahu.Deeply sad.Buat semua yang sedang diuji dengan soal ini, bertabahlah.Kita masih ada Allah yang selalu bersama kita.Kadang kita terlalu bersedih kerana perancangan kita tak menjadi, tapi yakinlah Allah sebaik baik perancang.

Kita masih ada nyawa,sihat belaka, ada rezeki yang tak pernah putus, ada family yang baik, ada sahabat setia dan selalu dipermudahkan semua urusan.Maka nikmat mana yang kita nak dustakan?


Kadang tu Saya tak nafikan selalu terselit rasa rendah diri dan down dalam hati.Lagi muda-muda macam ni dah pegang 'status' yang semua orang takut.Takut sesangat.Nak fikir pun dah takut.Tapi siapalah kita nak melawan ketentuan DIA? Dia maha tahu apa yang terbaik untuk kita.Harapnya orang-orang diluar sana tak prejudis pada status ini, sebab saya cuma nak teruskan hidup penuh dengan dan bahagia macam orang lain.nak besarkan satu-satunya puteri kesayangan saya dengan cara yang paling sempurna biarpun hidup kami tak sesempurna orang lain.Kalau boleh momma tak nak qies terkesan langsung dengan 'ujian Allah' ini.Qies anak yang kuat.Dan one fine day bila qies dah mula mengerti harap momma boleh terangkan semuanya dan qies bole accept qada qadar ini dengan rasional.Dengan hati yang lapang.Momma yakin qies kuat.Sebab tu Allah uji qies dan momma.Dia kan takkan bebani hamba-nya melebihi kemampuan.Dan momma Papa tetap sayangkan qies walau apa pun keadaan kami.Walaupun tak sama macam dulu.

:)


Alhamdulilah, Allah dah beri apa yang kita perlu.Biar dia tak beri apa yang kita mahu sebab aturan dia lagi terbaikAkal kita ni terbatas dan tak boleh fikir lagi hikmahnya sekarang..DIA tak pernah kejam.Saya terus sangka baik dan yakin akan ada indah pada akhirnya nanti.Yakin.Tembak dengan doa sekencangnya.Tanpa jemu dan berhenti berharap.Kuat dan terus kuat melangkah! Fighting.Takde orang lain bole tolong diri sendiri melainkan bila jatuh kena kuatkan untuk bangun kembali.Jatuh-bangun-jatuh dan bangun lagi.wake up momma!

This lately jugak momma selalu ditemukan dengan kawan-kawan senasib yang baik-baik.Indeed, Allah plan it perfectly.Allah tarik 1 perkara dan dalam masa yang sama dia gantikan dengan beribu ribu nikmat lagi.Betul, bila kita redha melepaskan sesuatu, Allah akan ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik.Janji Allah kan pasti!



Terima pilihan Allah dengan redha. Kerana kita tidak tahu hikmahnya. Boleh jadi kesulitan itu baik daripada kemudahan.


See panjang tak luahan perasaan :P
Kan dah kata, once momma qiestina dah berbelog nanti korang sesedih sesama.Momma tamau orang ingat momma menagih simpati, just nak rasa empati agar semua mengerti.Dan nak doa-doa kalian.Terus bagi momma endless semangat.Tu je.

.Meh sapa nak kasi saya pinjam bahu?


Dah, dah.Kita masih di musim syawal kot.
Hari untuk bergembira dan meraikan kemenangan selepas sebulan kita berpuasa.Raya kali ini meriah sambutan-nya di kampung sebab adik beradik semua berkumpul turn Kluang kali ni.Last year dah turn in laws kan.Fair gitteww.so inilah antara momen raya kami, dah share kat instag & fesbuk pun.Tapi nak share gak kat sini :D









Our big happy family.Mereka Inilah kekuatan terulung saya :)
tahun ni kami sefamily bertema tiffany blue & soft pink.




my my pweety girls.Maklang & makcu!

maklang & paklang beraya 2.5 orang tahun ni.can see the babybump?



 makcu & boyfie with syomel syomel cucu syurga club :)


Happy family paklong, makngah & pak uteh.




wif my kesayangans :)





always wif my 2 fav girls.antie sejati qies.


memang kesayangan manja paklang dia! fatherly sungguh.teduhan kasih sayang qies :))
Terima kasih paklang sbb selalu layan qies macam anak sendiri.









The cuteness unloaded pwincess! kembar siam sangat.walau anak momma yang sejati cuma seorang tapi buat preparation macam anak 2! sebab they are so close.baju wajib sama.takpe ada rezeki setiap kalian :)
momma/ mak uda loves yu both.



Dan ini kisah raya kami anak beranak, Raya ini masih berdua.qies dengan momma.Momma dengan qies.loving together kan.heheh.


sweetie dusty pinkish theme! semua tahun ni kaler pastel, ai tak suka terang-terang.hati lembut kheenn :P
beli kain then tampal lace bagi gojes.











Tiffany blue lagi :)






 Anugerah terindah.





qies lately suka kopipes style momma, nak pakai shawl :)
Anak solehah.




kesayangan momma dunia akhirat.




Love you to the moon & back yayang momma.
Mini yat :)



 my faveret syawal 2014 pix! :))

qies wif momma
^_^


momma paling suke momen ni sbb si princess kesayangan berbaju sedondon momma, bershawl gitewww.sangat very the yat junior kan anak dara ai :D

Inilah dia teman setia momma, geng plesing momma,  geng sesopeng, geng bervacation, geng selfie selfie,*qies pandai dah asik nak take picture* makmum momma solat berjemaah, tempat meluahkan kasih sayang, my forever BFF's dan buah hati kesayangan momma.I'm so blessed to have you in my life sayang.Momma doa momma dapat jaga qies dengan baik, dapat besarkan qies dengan cara paling sempurna dan dapat didik qies sebaik yang mungkin.Allahumma Ameen.


last but not at least, terus doakan kami ye :)
Doakan next year kami dapat beraya bertiga one happy family .ahakss,sempat lagi doakan bab tu :P
Takpe kan, doa yang baik-baik.Allah bersama persangkaan hamba-nya.

Okbai sambung lagi next entry 3 bulan lagi.Bahahaha!
Nite sayang-sayangku.Mata dah kelat gila ni esok banyak ya amat meeting & assignment menanti.

mwahsss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails