yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, May 11, 2012

Orang yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi




Assalamualaikum :)

Salam Jumaat semua. Syukur hari ini Allah masih memanjangkan usia kita, masih bernafas untuk bersama. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Semoga hari-hari kita disinari cahaya cinta dari Ilahi dan juga insan-insan tersayang.Semoga kita tabah & bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Syukur Alhamdulillah padamu Ya Khaliq.Kerana Cinta & Rahmat mu selalu.
Kerana selalu ada didalam setiap sisi kehidupan kita.
+_+


Mari mulakan hari dengan senyuman,

hehhe momma tau mesti ramai merindui senyuman si pemilik nama 'Eryssa Qiestina' ni.Sekian lama tak update ceritera dia kan.Hmm.Sememangnya bermacam-macam akal baru dia sekarang.Bercakap petah betul, dah macam orang tua.hehe.Dah mula pandai menyusun pelbagai ayat.

Yang mama tak bole lupa,

Bila mama tanya,

Qies dah besar nak jadik apa?

Pantas qies jawap ' Ostajah- Ustazah'

Nak kawen dengan sape..?

'Imam muda'

Mama : Kalau tak solat nanti?

Doshe, mashuk neraka, hot, panasssshhh banyak Ular!

HAHA.tergelak guling guling.Bijak sangat.Syukur Ya Allah kau anugerahkan kami anak yang baik budi seperti ini :) Aduhai sejuk perut ibu mengandung.



Qies anak yang baik, anak yang solehah, nanti Allah sayang :)




Hari ini niat untuk membawa seluruh keluarga ke arah menjadi ahli syurga. Perhatikan fikkran , emosi dan tindakan ke arah itu - Prof Muhaya


Sayang sayanng kalian semua :)
Semoga sakinah mawaddah warahmah sentiasa menghiasi hari-hari kita.Insya Allah.

** Blogspot format baru ni payah la nak tempek gambo.cer ajar cemana cara mudah nak tempek? Give me link.Thank yu  all my lalings :)


1 comment:

DeQWa said...

leh tukar balik tuk format lama,kt setting tue,format baru nih memeningkan...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails