yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, October 15, 2012

Jangan putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah.







Dalam kita melangkah kadang-kadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa..Tapi ketahuilah dan renunglah kembali ke dalam diri..kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..





Apabila satu pintu kebahagian tertutup, ALLAH membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat dan kasiah sayang ALLAH itu terlalu luas. Jangan dinafikan kenyataan ini kerana itu namanya manusia yang tidak tahu bersyukur.

Janganlah kita tergolong di dalam golongan itu. Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Redha lah walaupun segala-galanya bakal berubah. Kerana setiap yang berlaku akan ada hikmahnya.

‘’Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.’’ 

[Surah Ibrahim: 7]










Ketika kehidupan memberi kita seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum.

Nikmati setiap detik waktu dan akhiri kelelahan hari ini dengan keikhlasan. Allah senantiasa bersama-sama dengan hambanya. Janji Allah Itu Pasti.

^_^

2 comments:

Mama Farris said...

betul tu...tazkirah yg baekk

Unknown said...

mohon copy paste untuk mengubati hati.. thankss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails