yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, November 9, 2013

Andai tiada bahu untuk bersandar, masih ada dahi untuk kita bersujud.




Assalamualaikum semua :)


Hyeeee after long time on hiatus.Hibernate mode.Ke log off mode *lol*
Rindu kami tak my beloved followers belog readers..? Soklan tak boleh blah sungguh.

Dah sebulan lebih rupanya medan ngomelan momma qiestina ini sunyi sepi tanpa cerita terbaru.Sememang-nya kesibukkan berganda tak mengizinkan untuk berblogging, mencurahkan apa di minda.Tapi buat semua yang merindui cerita kami, sentiasa ada updates di fesbuk & instagram kisah si syomel kesayangan saya disitu.Yang tak memerlukan 18 ratus patah perkataan untuk dikarang.Hehe.

Life is easy with insta & fb.Maklum handset 24 jam ada disisi.
Bajet retis.

Alhamdulillah, kesibukkan tambah berganda sejak sebulan yang lalu kerana momma dapat kerja baru.Still in line human resources cuma kali ini disalah satu kampeni yang agak besar ( memang luasss sampai 84 hektar, kalau jalan kaki siyes tak larat). Bagus boleh menguruskan momma kot.Syukur, berkat kesabaran dan doa finally Allah tempatkan rezeki qies melalui momma disini.So far kije masih nak catch up, maklummm banyak benda baru nak belajar.Apapun seronok sebab rakan-rakan sekerja kebanyakkanya sangat user friendly dan bagi kerjasama.Semoga Allah terus memudahkan urusan kerja momma disitu..Terima kasih semua sebab tiap hari doakan yang terbaik.Saya tahu sebab setiap hari ada je kata-kata positif di whatsapp, emel & inbox untuk momma.Haish tak tahu macam mana nak balas segala kebaikkan sahabat  sahabat semua yang sentiasa ambil berat tentang diri ini, tentang qies..Like seriyesly.I owe u guys so mucho, Allah je mampu balas kebaikkan kalian pada kami :)

Actually momma curik masa sementara qies tido ni.Kepenatan betul dia, dah dekat 4 jam dia tido ni.Mungkin kepenatan semalam qies temankan momma bercareer fair kat JB.Hmm mujurlah qies sangat well behaved, dia buat hal dia sendiri je masa momma work dan melayan sessi interview dengan job seeker serata alam.Pertama kali momma outstation since kije kampeni biarlah rasia ni, Haha.Mana yang tahu tu tahulah, nak warwarkan sangat nanti glams sangat,choyy =P

Sekadar catatan pengalaman, best invovle dalam career fair, jupe memacam jenis orang.Ada adik-adik fresh grad yang datang minta kerja, teringat zaman momma muda remaja lepas grad dulu.sangat desire, passion and berkobar-kobar semangat.Yelah nak mulakan new life first job gitu.Nak gunakan segulung sijil yang ada.Setelah berhempas pulak study kan.I feel u guys.Tak mudah nak dapat sijil tu semua.Bersengkang mata kot.


masih berkisar tentang kerja, nasihat untuk adik-adik yang baru grad tu,  jangan memilih kerja sangat.Apa yang datang tu kita grab je dulu.Kadang apa yang kita rasakan tak kena dengan jiwa etc tula yang terbaik bagi kita.Peluang baik tak selalunya datang ye dik.Kak yat korang ni  bercakap berdasarkan pengalaman, teringat masa memula grad tu dapat kije cashier guardian je, tapi dari situlah kenal ramai orang dan contact untuk dapat kerja lebih baik.Tak lama lepastu dapat kerja opis kat putrajaya dari post kerani cabuk je sampai bertitle Eksekutif katanya.Ya, sabar itu indah.Mana ada satu benda yang senang petik jari je kita boleh dapat.Bila kita pernah merasa susah,kita akan lebih hargai kesenangan yang kita dapat.Trust me baby.You will find it.


Well, juggling antara career dan menjaga qies yang menuntut perhatian 118 peratus ni kadang kadang momentum tu down juga.To be honest,memang tak mudah jadi ibu bekerjaya, terkejar kejar masa.Penat tak payah kata sebab seawal pukul 6 pagi dah bangun bersiap bla bla, balik rumah pun matahari dah nak hilang.Antara kerja yang menuntut komitmen dan tanggungjawap sebagai momma.Bila balik kerja pepenat, anak dah merengek nakkan perhatian, maka kesabaran yang tinggi diperlukan.Kadang tak sempat nak mandi pun, dia dah minta dilayan itu ini. Kadang sangat drama queen,dipujuk pun tak mahu.serba tak kena.Dah kena tinggal 9-10 jam sehari kan,dia tuntut balik hutang masa dengan momma dia, saja dia tunjuk perangai manja.Biasalah budak budak.Tak drama tak sah.Bila dia takde depan mata kita juga yang meroyan rindu.

Tapi sebenarnya momen bila balik rumah nampak senyuman anak itu satu terapi terbaik.Automatik hilang penat segala.Bila si kecik sambut kita balik dgn riang dan teruja melepas rindu terpendam.Kan geng momma's..?

^_^



Kehidupan sekarang alhamdulillah semakin baik.Benar, ada hikmah diatas tiap yang terjadi.Tak selamanya hujan, tak selamanya langit mendung.Tak selamanya susah.Akan ada mentari yang bersinar.I'm strongly believe, tiap apa yang ditentukan semuanya terbaik untuk kita.Walaupun tak mudah nak lalui saat saat situasi sukar yang kita tak pernah jangka akan terjadi dalam hidup kita, sooner or later Tuhan akan tunjuk apa yang tertulis sememangnya yang  terbaik untuk kita.Walaupun kadangkala kita rasa life ni macam tak adil, kenapa mesti terjadi sesuatu yang buat hati kita patah remuk redam, masih ada sisi baik di dalam ujian itu.Allah tu nak tengok sejauhmana reaksi kita bila diuji.Semakin mendekatinya atau menjauh? Selalu tanya soalan tu pada diri sendiri.Kalau ujian tu buat semakin kita bersujud merintih berdoa padanya, maka ujian itu berkesan utk kita.Yang penting jangan jemu berdoa sebab dia maha mendengar dan maha memakbulkan segalanya.

Bila kita diuji dengan sesuatu yang berat, baru kita tahu betapa kuatnya kita.
Ujian yang hebat hanya untuk orang-orang yang hebat, insha Allah.Saya selalu pegang kata kata ini.Dan kerana izin Dia, momma semakin kuat hadapi semuanya.Semoga hari-hari seterusnya terus dipermudahkan, bahagia dan gembira dengan rahmat dia.Yang penting sentiasa ada dahi untuk kita bersujud bila tiada bahu untuk disandarkan.


See,kalau momma qies dah mengomel, startlah ayat drama pepetang yang taching taching.Tu maleh tu.Nanti mulalah ada yang kata ini minta simpati etc.Aiyaa susah betul.This is my journey of life, kisah yang tak sempurna di mata manusia, tapi semoga ianya sempurna di mata Dia sebaik baik perancang kehidupan kita.
I'm okay orang nak kata apapun :)*sesekali kita cuba letak diri kita dalam situasi orang lain, then you will realize*.That its.






    *life inspiration, erti hidup dan nadi hidup ini*


Ok dokie, bersambung lagi di episode seterusnya edisi bebelan momma qiestina.Haha.Nak menunaikan kewajipan dulu.Nak bercerita banyak sangat.Nanti nanti lah ek.

Happy weekend bersama yang tersayang ye semua.Manfaatkan tiap masa berharga yang ada, sebab kita takkan pernah tahu sampai bila Allah izinkan kita bersama semua kesayangan-kesayangan kita.Jaga diri hiasi peribadi.Eceh ;p

Terus senyum dan melangkah ke depan.
Happy happy my lovelies.
^_^


Wednesday, October 2, 2013

Kalian yang nak cantik dan sihat mesti baca entri ini :)







 *** Sticky mode entry, skroll down for new entry.Tapi baca dulu barang baik ni :)

 
 Assalamualaikum ladies & gentleman.

KORANG PENAH TAK DENGAR PRODUK EPHYRA?

tak penah dengar.

 okay sila baca entri ini sampai habis, baca tak rugi.Tak kena bayar pun :)
^___^

 
Ephyra adalah lebih daripada kolagen biasa, sangat berkesan untuk memutihkan , menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Iadirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, L-glutathione, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry.




Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?

Umur 20 tawon dan ke atas --  haha nie ai memang dah kena amik ni :P
Kulit Kering & kusam & kendur
Pigmentasi dan kulit bermasalah ( jerawat)
Mudah Rasa Penat
Daya Ingatan Merosot
Sakit-sakit badan / sendi (oh ini momma selalu mengalaminyaa..)
Metabolisma rendah





NAK TAU APA BESTNYA EPHYRA?


1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri

2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh

3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat

4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema

5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit

7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar

8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu  makan

9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung

10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah

11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan

12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.

13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia

14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.





Okay sekarang ni ada promo baikk punyeee, korang better grab! Kata nak cantik & sihat luar dalam kan..Tak salah invest sket :)


 Korang tengok price asal 197 tapi now ada diskaun! weee-hoo.

kalau sesapa nak keterangan lanjut, nak beli tapi belum gaji lagi ke apa, takpe boleh call or whatsapp marliana eh..bole nego nego :)

and bole jugak add kat instagram : anamarliana.




Cer tengok testimonial ni..menarikk!


 
























Fuhyoooo marbeles kan perubahan wajah dia :) 


So berminat nak cantik, gorjes lagi awesome  dan yang penting sihat cecepat grab peluang ini.whatsapp & call marliana di talian 0109828056

Ingat promo sampai 30 Sept 2013 je! Siapa cepat dia dapat!


Saturday, September 21, 2013

Qiestina's 4th birthday bash.



Assalamualaikum semua :)


Alahai baru ada masa nak bercerita tentang birthday bash qies yang berlangsung minggu lepas.
^_^


Momma dah share kat fesbuk a few pix, now masa nak belogkan pulak majlis hari ulangtahun anakanda yang keempat.Dari 3 hari lepas asik upload pix lepastu save lagi kat draft.Tak habis-habis nak buat  1 entry pun.betapa masa sangat jeles, tak sempat dengan hectic kat opis.Balik umah dengan melayan si tuan puteri.Ini pun badan tengah tak berapa sihat, batuk selsema.well, juggling with work and lil' princess memang sangat penat ya rabbi. Tak terkata penatnyaa..Allah je maha mengerti.Tapi itulah pengorbanan seorang momma yang berkerja kan.
Ini bukan merungut, just berkongsi rasa.Kan blogging ni terapi momma.Hehe.


Birthday party anakanda ni sebenarnya macam unplanned.Mula nak buat kat skool je, tapi memandangkan raya hari tu tak sempat pun buat open house, sahabat kamceng momma pun ramai  tak sempat datang ziarah.Raya sebulan singkat sangat kot.kuikuikuikui. (errr baru teringat cerita raya sana sini tak dan pun nak belogkan *lol*).So momma buat sekali harung lah.masak menu simple je, mee goreng, makaroni, kuih basah, buah-buahan dan pelbagai lagi.Untuk  candy buffet dan deko deko as usual momma DIY je.Sungguh penjimatan disitu.Err, momma kan memang minat berkreatif ni, kat majlis hari lahir qies laah segala idea nak direalisasikan, momma teruja. Tahun ni momma pilih tema yellow & pink *wajib* dan bertemakan hello kitty.Biasalah anak perempuan kan.Anak sorang je pun kita buatlah yang terbaik.As long as qies happy dan qies akan ingat momen terindah birthday dia.Dah besar ni bukan main seronok dia!

Yang bestnyaaa tetamu pun sporting datang dengan warna tema pink & yellow.You guys rockss! terbaikk.

;))

Terima kasih kat adik beradik momma semua (paklong, makngah, maklang & makcu) yang sesama gigih masak bawak menu macam potluck untuk hari besar qies dan september babies yang lain.Yes family kami ramaai betul kelahiran september which is qies 5.9, paklang to be 10.9, makngah 16.9, makcu 21.9 & uncle menn -- bf makcu pun lahir 27.9.So secara berjemaah lah potong cake dan meraikan :)




Let's the pix tell the story..



One happy birthday gal :)
Terpaksa potong cake dalam rumah juga sbb qies sangat takut belon! Dah deko cantik cantik sudahnyaaa tak boleh sebab qies sangat mood ke laut bila nampak bebelon.choyy ;p



Deco deco by momma.Ala DIY sesedap rasa jez ;P
bahan-bahan pun recycle je, hehe.







Hello kitty cake! menjerit qies tengok.heheh.
Kat kluang ni tak banyak choice nak cake ke cupcakes cantik-cantik, so apa ada grab je.






alalala syomel tak kak ton? tima kasih kat mummy dina yang hadiahkan gaun super syomel & makngah yang kasi aksesori bling-bling!




Cake cutting time with cousin & friends :)




Some of the moments, menu & deco's.



Untungla makcu & boifren sesama september babies :)




Thank yu bestfriends for coming! Riuh dengan gelak ketawa anty shoba, uncle ir & uncle izzul yang datang bawak pressie ^_^



Pleassing timeee! Hehe.



Adik adik iparkuuu (soon to be insha Allah if ada jodoh) pun share september dgn qies :)
paklang & pakcu.hihikss.




anak-anak bestfriend yang syomelss 3 princess, hawa adila. Before fly g UK utk sambung masters sempat anty awa datang ziarah kami kat kluang ni.Thanks yu darl :)



Ada hikmahnya momma back for good kat kluang ni, kerja sini dapat bestfriends seperti kamu berdua :)
Thanks for always be my shoulder to cry on & jadik mommies qies yang terbaik.*mwahss*



makcu & anty shoba berebot nak pleasing dgn birthday gal :P




kawan-kawan paklang yang sporting, every year mesti meriahkan majlis qies :)
Tima kasih atas kehadiran dan hadiah! :))





Romantika peranten baru anty aini & uncle ijat!



my bestfriend emy & family pun datang!













Gaya daddies penyayang! semua hot bachelor tapi salute lah sebab sangat penyayang pada kanak-kanak.Untung qies ramai uncles :)


whoaaa uncle ir kasi pressie apa tu dalam bag?



makcu sempat agi sepraiskan uncle menn! so schweeet :)
Terkesima si kekasih hati yang pemalu tu.hehe.


Oh yea hari ini 21.9 -- HAPPY BIRTHDAY DEAREST MAKCU!
May Allah bless you in imaan.
We loves you, take care and study smart...




Tima kasih sahabat :)

Pada yang tak diinvite tu jangan sesentap yeh,majlis kecik-kecik je untuk family & bestfriends..Insha Allah ada rezeki next year kita bergathering kat birthday qies lagi.Momma suka buat makan-makan macam ni sebab inilah masa paling sesuai berkumpul reramai dan bersilaturrahim.



Bonda kesayangan qies & Ayah azmi :)
Dah lama tak jupa, sekali jupepotpet tak berenti.hehe.




lotsa pressie! memacam hadiah qies dapat.Tima kasih semuaaa :)




Terima kasih anty aily kasi tudung syomel ni!


Dan kita bersambung lagi di bahagian ke 2, entry bergambar.haha.Insha Allah if ada masa momma akan belogkan lagi segala kenangan terindah Eryssa qiestina.Semua momen priceless.Nanti qies dah besar, qies akan baca semua ngomelan momma ni ;p

Momma hope qies happy dengan semuanyaa dan momma will try my very best too ensure you are fulfill with infinity loves, healthy, safety dan doa momma sentiasa qies berada di dalam perlindungan Allah s.w.t..

Momma harap dapat sempurnakan hidup qies dengan cara yang paling sempurna..Qies dapat nikmati zaman kanak-kanak dengan riang ria.If ada rezeki lebih nanti kita pegi bercoti pulak :)



Thursday, September 19, 2013

Doa orang yang dizalimi itu tiada hijab.






Kepada sesiapa yang berkenaan. entri ini khas untuk kamu,

 

Jangan kau lupa,
Allah itu ada.

Mungkin kau rasa,
kau lah stalker dan hacker terhebat.
Boleh intip orang sesuka hati.
Boleh ceroboh sesuka hati.

Tapi kau lupa,
ada Allah yang lagi hebat,
dalam memerhati dan menghakimi manusia di Mahsyar Nya nanti.

Dan jangan kau lupa.
Doa orang dizalimi itu amat berkuasa.
Aku serahkan segalanya pada Dia.



Kredit haslinda Alias.

Sunday, September 8, 2013

05.09.13 | Sempena hari kelahiran anakanda ke 4





Alhamdulilah anakanda kesayangan momma sudah berusia 4 tahun.Syukur pada Allah sehingga ke saat ini Allah sentiasa mempermudahkan urusan momma untuk membesarkan qies.Qies anak yang baik, yang mudah dijaga, tak banyak kerenah, kalau ada cranky tu biasalah bebudak.Its challenging, but so far momma managed to handle my lil' munchkin alone.Dari qies baru lahir lagi, momma selalu stay berdua dengan qies kat rumah putrajaya dulu. A working momma  dan same time jaga anak sendirian without maid or family members, memang terkejar kejar but alhamdulillah, Allah yang beri kemudahan buat momma.

^_^

Memang ramai tanya how i manage to take care my princess alone.Ada yang mintak pendapat, mintak petua, mintak tips.Hmm, cemana ek nak jawap.Hehe.Kalau ditanya apa resepi ketabahan besarkan anak sengsorang, definitely i dont have any recipe or secret tips.Hanya perlu kuatkan semangat, kentalkan jiwa, tabahkan hati dan selalu banyak banyak berdoa sebab yang mempermudahkan segala urusan kita adalah DIA.Dia sebaik-baik pemelihara.Kalau kita fikir yang positif insha Allah boleh.Move on.Oh ye support dan doa dari families & friends juga sangat membantu.


'Rabbi yassir wala tu'assir rabbi thamim bil khair' - Selalu amalkan baca zikir ini.Insha Allah mudah segala urusan kita.


:)


Sempena qies dah empat tahun hari tu, momma sambut secara sederhana dan kecil-kecilan dgn family dan  kengkawan skool qies.Momma just pack goodies bag utk anak-anak sekolah then balik dari work momma belikan cake ala-ala pavlova utk qies.Oh itu pun dah buatkan dia tersenyum dan tertawa riang.Tak susah nak gembirakan hati anak kan.Walaupun dia kecik lagi, tapi she's enjoy her birthday.Becok betul bercerita hal dia kat skoool semua.Mudah-mudahan makin murah rezeki anak momma ni.On her birthday,  so seprais sebab wall momma dipenuhi beratus orang wish qies kat fb, kat whatsapp momma.Bersyukurnya momma sebab terlalu ramai sayangkan qies,doakan qies,  prihatin hal qies dan sesungguhnya dia kesayangan ramai.Banyak jugak birthday gift qies dapat, siap ada yang  susah susah courier ;) Tak tahu nak balas cemana budi baik kalian yang sentiasa menggembirakan buah hati momma.

Alhamdulillah.alhamdulillah.
*tears*


Momen terindah qies dihari lahirnya, Semua ini utk kenangan dia.


menyanyi happy birthday utk diri sendiri :)
so adorable princess!
cepat betul besar anak momma, nak nanesss!



Senyuman si kecil ikhlas jujur dan mampu  yang mencairkan hati sesiapa pun :)




pavlova cake! :) sedaaaap amat.




Oloh masham muke sebab takut lilin.aptb :P




Her goodies bag -- dalam ni semua makanan berkhasiat je.Vitagen, roti coklat & coklat bar.


Rewang isi goodies bag.qies kacauing je!





with her lovely cousin :) omeiii angat.




kids always love cakes & birthday kan :)



with her lovely atok & nenek.I owe them so much, yang menjaga qies dengan baik bila momma work :)
Berkat atok nenek jaga dan didik, qies dah pandai solat, pandai mengaji  *walaupun still merangkak rangkak, its ok  praktis make perfect sayang* .pandai serba serbi.Alhamdulillah.Semoga inilah dia saham akhirat momma, pencen kubur momma.


Momma sentiasa doakan yang terbaik untuk yayang! :)
Isi dalam doa ku, selalu dan selamanya..







Friday, September 6, 2013

Happy birthday lil princess!

Syukur alhamdulillah, eryssa qiestina turn to 4 years young.Doa momma selalu,semoga Allah terus jaga qies dan terus melimpahkan segala kebaikan buat anakanda ;)


Momma loves yu so beary much!

Terima kasih atas beratus ratus doa kalian di fesbuk,tak terbalas satu.persatu.untungla qies,ramaaaaaai sayang dia.momma happpy dan terharuu..


Semoga Allah terus permudahkan urusan momma utk besarkan dan didik qies menjadi muslimah sejati.Ameen!


Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails