Assalamualaikum semua :)
Hyeeee after long time on hiatus.Hibernate mode.Ke log off mode *lol*
Rindu kami tak my beloved followers belog readers..? Soklan tak boleh blah sungguh.
Dah sebulan lebih rupanya medan ngomelan momma qiestina ini sunyi sepi tanpa cerita terbaru.Sememang-nya kesibukkan berganda tak mengizinkan untuk berblogging, mencurahkan apa di minda.Tapi buat semua yang merindui cerita kami, sentiasa ada updates di fesbuk & instagram kisah si syomel kesayangan saya disitu.Yang tak memerlukan 18 ratus patah perkataan untuk dikarang.Hehe.
Life is easy with insta & fb.Maklum handset 24 jam ada disisi.
Bajet retis.
Alhamdulillah, kesibukkan tambah berganda sejak sebulan yang lalu kerana momma dapat kerja baru.Still in line human resources cuma kali ini disalah satu kampeni yang agak besar ( memang luasss sampai 84 hektar, kalau jalan kaki siyes tak larat). Bagus boleh menguruskan momma kot.Syukur, berkat kesabaran dan doa finally Allah tempatkan rezeki qies melalui momma disini.So far kije masih nak catch up, maklummm banyak benda baru nak belajar.Apapun seronok sebab rakan-rakan sekerja kebanyakkanya sangat user friendly dan bagi kerjasama.Semoga Allah terus memudahkan urusan kerja momma disitu..Terima kasih semua sebab tiap hari doakan yang terbaik.Saya tahu sebab setiap hari ada je kata-kata positif di whatsapp, emel & inbox untuk momma.Haish tak tahu macam mana nak balas segala kebaikkan sahabat sahabat semua yang sentiasa ambil berat tentang diri ini, tentang qies..Like seriyesly.I owe u guys so mucho, Allah je mampu balas kebaikkan kalian pada kami :)
Actually momma curik masa sementara qies tido ni.Kepenatan betul dia, dah dekat 4 jam dia tido ni.Mungkin kepenatan semalam qies temankan momma bercareer fair kat JB.Hmm mujurlah qies sangat well behaved, dia buat hal dia sendiri je masa momma work dan melayan sessi interview dengan job seeker serata alam.Pertama kali momma outstation since kije kampeni biarlah rasia ni, Haha.Mana yang tahu tu tahulah, nak warwarkan sangat nanti glams sangat,choyy =P
Sekadar catatan pengalaman, best invovle dalam career fair, jupe memacam jenis orang.Ada adik-adik fresh grad yang datang minta kerja, teringat zaman momma muda remaja lepas grad dulu.sangat desire, passion and berkobar-kobar semangat.Yelah nak mulakan new life first job gitu.Nak gunakan segulung sijil yang ada.Setelah berhempas pulak study kan.I feel u guys.Tak mudah nak dapat sijil tu semua.Bersengkang mata kot.
masih berkisar tentang kerja, nasihat untuk adik-adik yang baru grad tu, jangan memilih kerja sangat.Apa yang datang tu kita grab je dulu.Kadang apa yang kita rasakan tak kena dengan jiwa etc tula yang terbaik bagi kita.Peluang baik tak selalunya datang ye dik.Kak yat korang ni bercakap berdasarkan pengalaman, teringat masa memula grad tu dapat kije cashier guardian je, tapi dari situlah kenal ramai orang dan contact untuk dapat kerja lebih baik.Tak lama lepastu dapat kerja opis kat putrajaya dari post kerani cabuk je sampai bertitle Eksekutif katanya.Ya, sabar itu indah.Mana ada satu benda yang senang petik jari je kita boleh dapat.Bila kita pernah merasa susah,kita akan lebih hargai kesenangan yang kita dapat.Trust me baby.You will find it.
Well, juggling antara career dan menjaga qies yang menuntut perhatian 118 peratus ni kadang kadang momentum tu down juga.To be honest,memang tak mudah jadi ibu bekerjaya, terkejar kejar masa.Penat tak payah kata sebab seawal pukul 6 pagi dah bangun bersiap bla bla, balik rumah pun matahari dah nak hilang.Antara kerja yang menuntut komitmen dan tanggungjawap sebagai momma.Bila balik kerja pepenat, anak dah merengek nakkan perhatian, maka kesabaran yang tinggi diperlukan.Kadang tak sempat nak mandi pun, dia dah minta dilayan itu ini. Kadang sangat drama queen,dipujuk pun tak mahu.serba tak kena.Dah kena tinggal 9-10 jam sehari kan,dia tuntut balik hutang masa dengan momma dia, saja dia tunjuk perangai manja.Biasalah budak budak.Tak drama tak sah.Bila dia takde depan mata kita juga yang meroyan rindu.
^_^
Kehidupan sekarang alhamdulillah semakin baik.Benar, ada hikmah diatas tiap yang terjadi.Tak selamanya hujan, tak selamanya langit mendung.Tak selamanya susah.Akan ada mentari yang bersinar.I'm strongly believe, tiap apa yang ditentukan semuanya terbaik untuk kita.Walaupun tak mudah nak lalui saat saat situasi sukar yang kita tak pernah jangka akan terjadi dalam hidup kita, sooner or later Tuhan akan tunjuk apa yang tertulis sememangnya yang terbaik untuk kita.Walaupun kadangkala kita rasa life ni macam tak adil, kenapa mesti terjadi sesuatu yang buat hati kita patah remuk redam, masih ada sisi baik di dalam ujian itu.Allah tu nak tengok sejauhmana reaksi kita bila diuji.Semakin mendekatinya atau menjauh? Selalu tanya soalan tu pada diri sendiri.Kalau ujian tu buat semakin kita bersujud merintih berdoa padanya, maka ujian itu berkesan utk kita.Yang penting jangan jemu berdoa sebab dia maha mendengar dan maha memakbulkan segalanya.
Bila kita diuji dengan sesuatu yang berat, baru kita tahu betapa kuatnya kita.
Ujian yang hebat hanya untuk orang-orang yang hebat, insha Allah.Saya selalu pegang kata kata ini.Dan kerana izin Dia, momma semakin kuat hadapi semuanya.Semoga hari-hari seterusnya terus dipermudahkan, bahagia dan gembira dengan rahmat dia.Yang penting sentiasa ada dahi untuk kita bersujud bila tiada bahu untuk disandarkan.
See,kalau momma qies dah mengomel, startlah ayat drama pepetang yang taching taching.Tu maleh tu.Nanti mulalah ada yang kata ini minta simpati etc.Aiyaa susah betul.This is my journey of life, kisah yang tak sempurna di mata manusia, tapi semoga ianya sempurna di mata Dia sebaik baik perancang kehidupan kita.
I'm okay orang nak kata apapun :)*sesekali kita cuba letak diri kita dalam situasi orang lain, then you will realize*.That its.
*life inspiration, erti hidup dan nadi hidup ini*
Ok dokie, bersambung lagi di episode seterusnya edisi bebelan momma qiestina.Haha.Nak menunaikan kewajipan dulu.Nak bercerita banyak sangat.Nanti nanti lah ek.
Happy weekend bersama yang tersayang ye semua.Manfaatkan tiap masa berharga yang ada, sebab kita takkan pernah tahu sampai bila Allah izinkan kita bersama semua kesayangan-kesayangan kita.Jaga diri hiasi peribadi.Eceh ;p
Terus senyum dan melangkah ke depan.
Happy happy my lovelies.
^_^
6 comments:
hepy tapi touching kak...;)
Salam...syukur awak semakin tabah...
Kekadang kita harus bersyukur krna apa yg trjadi ada hikmahnya trsendiri...kdg2 kita tk perasan Allah sygkn kita..jika sesuatu itu terhenti di persimpangan ,adalh lbih baik..klu tidak mungkin kita akn terus-terusan dibohongi, hati dn perasaan kita di aniaya tnpa ada belas kasihan...mungkin jgk sesuatu yg lbih baik menanti kita di masa hadapan...
salam...pls call this no.0172773907
yat, sometimes i pun rasa lonely sbb no shoulder to cry on... husbd ade tp jauh.. n dia bukan type yg bole dgr problem kita.. huhuhu tp bila baca tajuk entry yat ni rasa haaaaa lega nya... masih ada dahi utk sujud! thx yat....
moga hidup yat terus bahagia...
Alhamdulillah..ujian Allah itu mahukan kite berubah menjadi lbh baik..
Post a Comment