yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, February 8, 2013

Mana ada milik kita, semuanya DIA yang punya.



Assalamualaikum semua :)


Sihat ke semua laling-laling readers ku hari ini..?
Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah SWT.Semoga Allah terus sihatkan tubuh badan kita dan mengelakkan kita dari segala penyakit.In Sha Allah.


Hmm, momma dan kawan-kawan opis baru je balik menziarahi kubur suami seorang kawan di pejabat.Suami dia meninggal dunia petang semalam kerana serangan heart attack.Menurut kawan ni suami dia main bola tampar lepastu terus collapse dan menemui Allah di dalam perjalanan ke hospital.Umur masih muda juga, dalam 40an..masa dah sampai kan. Very Feel sorry & sympathy kat kawan momma tu, dengan ada 6 orang anak yang masih sekolah dan kecik-kecik.Yang bongsu tu baru 3 tahun.Tadi masa talkin dibacakan suasana sayu sangat.si kecik yang tatau mengerti apa-apa tu main-main tanah yang masih merah disisi pusara papa dia, hiba hati seorang momma ni tengok :(


Mesti dia pelik tengok kenapalah Papa dia kaku, dimasukkan ke liang lahad.

Alahai sedeynya.

Dahla Papa dia PJJ, seminggu or 2 minggu sekali baru balik jenguk wife & anak-anak sebab tuntutan tugas.Ikutkan cuti CNY ni Arwah suami dia plan nak bawak pegi vacation, tapi dah tak kesampaian.Allah lebih sayangkan dia.

Kadangkala si kecil ni mencari-cari Papanya.

'Adik nak Papa..nak Papa..'

Allahu rabbi.Beratnya dugaan.

*lap airmata*


Peluk kuat-kuat kawan momma tu, Semoga tabahlah wahai Ibu.

Sejak kije dekat kluang ni dah 2 kali momma pegi acara pengebumian sebab opismate kehilangan orang yang tersayang.Momma sebagai orang HR ni selalu ketuai rombongan ziarah,then kita sama-sama buat donation.Tak kira melayu cina India, kita seme satu Malaysia pegi ziarah.Mudah-mudahan, tak banyak sikit kita bantu mereka yang kehilangan.Walaupun kesedihan tu kita tak dapat ubati dengan duit, tapi sokongan kawan-kawan tu dapat juga menggembirakan hati yang duka.Dan bila kita ziarah kubur secara tak langsung kita lebih insaf mengingati mati.Mati tu pasti cuma tatau bila.Tak kira tua muda pun.Beringatlah.


Bila balik dari melawat tadi, momma dengan kawan-kawan sembang sesama kami.Terkenangkan nasib kawan kami yang kehilangan suami, cemana nak survive besarkan anak 6 orang sendirian tu..Dengan gaji yang tak seberapa.Taulah kije kilang.Haish sebak hati ni bila fikirkan.Semoga Allah beri ketabahan pada sahabat momma tu, Semoga Allah cukupkan rezeki mereka.Semoga Allah bantu dia dan semtiasa lindungi dia dan anak-anak.Momma yakin Allah takdirkan sesuatu tu memang bersebab.


Allah maha mengetahui.



Sesungguhnya hidup ini memang tak terjangka kan.
Kita selalu rancangkan sekian dan sekian, tapi Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita..
Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak.Sebagai manusia kita tak bole lari dari diuji.Dunia ni kan memang tempat ujian, Syurga tu nanti tempat ganjaran kebahagiaan.


But dun worry be happy..Allah dah janji, disebalik ujian yang dia timpakan buat kita tu ada hikmah dan rahmat yang dia nak tunjuk di penghujung jalan.Kalau tak di dunia ni, kat akhirat nanti.Redha lah hati. Orang-orang yang terpilih je Allah bagi ujian ni, sebab Allah sayang.Dia rindu nak dengar rintihan hamba-nya.Banyak-banyakkkan istighfar nanti hati semakin tenang ;)

Moral of the story, kita semua sentiasa kena sematkan dihati untuk bersedia dengan apa saja kemungkinan.Kuasa Allah kita tak boleh lawan.Takdir kita dah tertulis sejak 40,000 tahun sebelum kita dilahirkan.Semua yang kita ada hari ini tak kira harta, keluarga dan semua yang kita sayangi hanyalah Pinjaman.Adatlah bila kita dah pinjam kena pulang balik bila empunya barang tu nak.(ALLAH SWT).

Apa yang kita mampu lakukan teruskan untuk berdoa yang terbaik.
-_-

Buat yang sedang bersedih hati dan diuji, Hidup perlu diteruskan.
La Tahzan.

Percayalah, Allah tahu apa yang berhak kita rasai.Mana mungkin dia tak tahu susah payah kita.Allah uji hati kita sebab dia cuma nak kita bergantung pada-nya.Bukan bergantung
Terus berpegang pada Janji-NYA.

(Gaya bercakap macam Ustaz Pahrol Juoi dah.hehe.)


# Bila kita rasa kita susah sebenarnya orang lain lagi susah.maka bersyukurlah.Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan dan menyedihkan hati kita nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

1 comment:

Anonymous said...

lama tak nampak papa qies...qies tak rindu pada papa die ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails