yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, July 8, 2013

Ajari aku untuk sentiasa redha.



Assalamualaikum..


Alhamdulillah malam ini Allah masih panjangkan usia momma untuk mencoret sesuatu di ruangan kesayangan momma ini.Dah banyak kali niat nak blogging.Serius sangat rindu nak menulis.Tapi tiap kali taip, save dalam draft.Idea tu ada, tapi macam tak sampai hati nak publish.Momma tau ramai betul tanya kat whatsaap, fesbuk bila ni nak updates cerita macam dulu-dulu.Hmm, situasi tak begitu mengizinkan.Terlalu banyak benda bermain dalam fikiran ini.


Tentang Dia.
Tentang Qies.
Tentang kerjaya.
Tentang kehidupan.
Tentang masa depan.
Tentang macam-macam.

Allah je maha mengetahui isi hati ini.

Dikala ini, syukur pada Allah kerana dia lah sumber kekuatan paling ulung untuk momma hadapi saat-saat sukar, saat semuanya kelam dan gerhana.Saat hati sangat teruji.


Ya Allah tak terluah rasanya :(
*airmata plisslah jangan mengalir lagi*


Allahurabbi.

Momma minta maaf, ada benda yang kita bole share dengan umum tapi lebih baik disimpan demi menjaga hati ramai insan disekeliling.Momma ambil pendekatan untuk berkongsi hanya pada dia yang satu.Kerana dia yang paling memahami diri ini dari awal bismillah.Sesungguhnya takde orang yang akan paham isihati kita selain Allah.Hanya dengan sang pecipta kita bole mengadu semahu-mahunya lepastu kita akan temui ketenangan.

Kadangkala manusia tidak memahami kita kerana mereka tidak mengetahui liku perjalanan hidup kita. Tetapi Allah sentiasa memahami kita kerana Dia Maha Mengetahui liku perjalanan hidup kita dari awal hingga ke akhirnya..Bila diri rasa tak kuat lagi untuk berdepan dengan segala cabaran..

Tarik nafas.

Istighfar.

Astaghfirullahalazim.

Pujuk hati.Allah kan ada.Dia tak penah sesekali tinggalkan kita dalam apa keadaan pun.




Eh cerita ape ni..?

Hmm cerita yang belum sedia untuk dikongsikan bersama.Buat yang dah tahu dan sedia mengerti hati seorang sahabat, hati seorang isteri dan seorang momma ini terima kasih banyak banyak.Sesungguhnya saya banyak terhutang budi pada kalian yang selalu pinjamkan bahu, pinjamkan telinga, pinjamkan kekuatan dengan titipan kata-kata semangat buat diri ini.Saya taklah sekuat yang korang sangka, taklah sangat supermomma macam korang selalu kata. Yang sebenarnya saya.. sangat berhati tisu.Tapi saya semakin kuat dengan adanya insan insan berhati mulia seperti sahabat semua.



See, dikala menaip entri ini pun momma rasa dada nak pecah.Empangan mata nak pecah.Rapuh betul hati ini.

:(

'Ya Allah ajari aku untuk sentiasa kuat, tabah dan redha menghadapi tiap ujian-mu.Moga tiada duka yang abadi.Ya Allah permudahkanlah hari-hari yang seterusnya..Ya Allah pimpinlah diriku untuk bangkit semula untuk meneruskan segala perjuangan yang belum selesai..'

Ameen.


Sempena ramadan yang bakal menjelma ini, momma berdoa semoga terus ada sinar pelangi dan mentari terus menjelma.

Momma yakin disebalik semua ujian, ada kasih sayang dan rahmatnya.
Allah turunkan hujan, utk pelangi muncul disebalik awan. Allah turunkan musibah, untuk didik hati kita supaya berubah lebih baik ❤





Nantilah bersambung lagi..

Salam Ramadhan Kareem semua :)





36 comments:

Ina said...

Yat mampu dan layak terima dugaan ni. Setiap detik yang berlalu mengajar Yat jadi lebih kuat. InsyaAllah Allah nak hadiahkan Yat sesuatu yang lebih baik suatu hari nanti. Semoga terus sabar, tabah dan redha selalu. Hugs!

Momma Qiestina said...

Ina,

Terima kasih dear.Awak selalu pinjamkan kekuatan utk saya biar kita tak saling mengenali di alam nyata.

Terus doakan saya yeh :)

nur said...

mmg rindu cerita bertiga...apa yg t'jadi semoga mama qies tabah selalu ye.. ;)

Momma Qiestina said...

thanks nur :)
Terus doakan ye!

Suliana said...

Smga yg terbaik utk mu dan qies :-) slmt berpuasa!

wan norulkhamisa said...

salam yat...ni lisa rofdan ni..masih kenal lisa?...lisa lupe adakah kite pernah bersua muka, tapi kite mmg pernah bercomment kat fb suatu ketika dulu...lisa taktau apa yg berlaku.tp lisa dapat agak sesuatu yg telah terjadi..yat..ingin lisa sampaikan, jauh disudut hati yat..adakah yat mampu tanggung dgn dugaan lisa skang ni,dah hampir 2 thn yat lisa hidup mcm ni, skjp je.lisa juga mungkin tidak mampu menanggung dugaan yat, tp percayalah Yat, makin baik kite, makin beriman kite, makin kite diuji..moga ada sesuatu yg Indah utk kite yat..love u..mmuah

m@m@yAyA said...

Selamat Berpuasa..
Insyallah apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Momma Qiestina said...

Lisa,

terima kasih atas kata2 awak yang menenangkan tu :)

Yups semoga semuanya akan indah pada akhirnya nanti.Percaya semua ni terjadi atas kasih syg DIA pada kita.

Dear nanti bagi no hp pliss..emelkan kat puteri_qiestina@yahoo.com..bole kita whatsaap :)

Momma Qiestina said...

Nurul mama yaya,

Tima kasih dear.Terus doakan kak yat yeh! lama kita tak borak2 sesama kan :)

Momma Qiestina said...

Sue,

Tima kasih yang, ko selalu bagi aku semangat :)

raya nanti bawak aqil n adik beraya umah mak aku ye!

Marsha~ said...

Sayu rasa hati membaca entry ni... Ini komen yang kedua... komen pertama sy tahun lepas kot sblm bulan ramadhan tp yat tak approve. Sempena kehadiran ramadhan ni sy mohon kemaafan sekiranya pernah terasa hati.. kita hanya manusia biasa tak terlepas dr rasa salah anggap dan salah faham walaupun sebenarnya kita tak pernah berjumpa.. tak kisahlah kalau yat tanak approve lg itu hak yat..semoga rahmat Allah melimpahi kehidupan yat sekeluarga terutama eryssa qistina yang masih kecil..

Momma Qiestina said...

marsha

salam ramadhan awak :)
Ade eh komen? hehe mungkin kita tak perasan atau guna nama anon.

Saya pun minta maaf andai ada salah & silap selama ini.Biar kita tak pernah kenal di alam nyata.


saya yakin semua yang berlaku ada hikmah.Baru sekarang ni ada kekuatan nak berblogging.

Terus doakan saya & qies kuat ye :)

wan norulkhamisa said...

momma qies..lisa dh bg no phone ye kat emel tu...lindula bercomment2 cam dulu...

Unknown said...

salam..saya silentreaders yat ni dah lama..entry kali ni mmbuatkan saya tergerak hati untuk komen..in sha allah Allah bagi dugaan kt kita sebab allah sayang kita..yat kena kuat walau apa terjadi.. Allah selalu bersama orng2 yg sabar..

salam ramadhan.. semga ramadhan kali ini mmbawa seribu rahmat untuk yat..
amin..:)

ummi nia said...

kak yat..hanya insan terpilih yg diuji oleh-NYa..be strong kak yat..hope allah permudahkan urusan akak di dunia dan akhirat..pengalaman mematangkan kita..semoga akak trs bertabah demi qies tersyg..

Nissa Azmir said...

kak yat... lama x baca kak yat celoteh... apa jua cabaran, nisa harap kak yat tabah hadapinya... :(

mrs eyza said...

salam kak yat...

eyza dah lama x berkomen di sini...cuma ikuti perkembangan kak yat melalui fB jea..

semoga sinar ramadan yang bakal menjelma esok akan memberi kekuatan buat kak yat menempuhi segala dugaan yang mendatang. InsyaAllah kak yat seorang yang kuta dan tabah sebab tu Allah pilih untuk diuji.

salam ramadan dan selamat berpuasa buat kak yat dan qies.

Anonymous said...

pengajaran yang boleh diambil jangan show off apa2 saja tentang kehidupan kita.asal pergi mana kta nak tunjuk kat org.means yang bahagianya hidup kita..dulu bila anon bagi komen awak balas dgn sinis..bukan nak blame u habis2an cuma ingatlah bila berada di atas jangan lupa pandang ke bawah..itulah yg saya pegang hingga kini..bahagia or derita biar simpan sikit utk diri sendiri..niat awak mungkin baik mahu berkongsi cerita tapi caranya agak tersasar sikit...

hope awak tabah jalani dugaan nie..ada sebab napa Allah turunkan ujian sebegini..muhasabah diri dan jangan cepat melatah..atleast anak sebagai penguat..

okie dokie..

waty said...



Salam..sy silent reader kat blog supermomma nih..wlau pon xtahu apa yg berlaku tp naluri seorang isteri seakan dapat mengagak..sedihnyer hati bila terpandang qiestina walau pon sekadar gambar dr blog..Allah bg dugaan sbb Dia tahu yat kuat utk hadapi smua nih..bertabah lah demi buah hati..berdoa dan mengadulah pada Allah semoga suatu hari nanti pasti ada pelangi untuk yat & qies...

Anonymous said...

semoga tabah selalu...be strong for your cute daughter...

Momma Qiestina said...

Anon,

Tiada niat saya nak show offkan kehidupan saya yang bukan sempurna mana ni :)

Just berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang seringkali ingin tahu perkembangan kami sefamily.Allah je tahu isihati saya.Tak baik awak simply judge saya atau sesiapapun macamtu sedangkan awak tak mengenali saya secara nyata.Bersangka baikla :)

Allah maha mengetahui.
Apapun terima kasih atas ingatan.salam ramadan.

ayeesha anna said...

bertabah ye yat,

tiap orang ada dugaannya yang tersendiri.

kalau masuk U pun ada test yang susah2, inikan pula kita yang hidup di dunia sementara ni kan.

Jangan putus asa,
Yat tak perlukan dia...Yat cuma perlukan MASA.
InsyaAllah...bila masa berlalu, luka akan terubat, bahagia akan menjelma.

"menulis dari pengalaman"

Mama Rizqullah said...

Yat,

Baru ada masa ni membaca segala...sorry for being silent this lately...you know why kan dear..

Apapun be strong my dear sahabat...biar apapun yang orang judge pasal kita yang penting kita tak ganggu hidup mereka...this is what I learn this few years back.Kuatkan jati diri kita,jauhkan diri dari manusia yang negatif and orak langkah ke arah yang lebih baik.

Being your enemy and now your good friend has made me learn so much things.I tak malu dan x segan untuk mengatakan ini sbb kita tahu kini kita bersahabat kerana Allah swt...
Semoga ukhwah kita ini kekal hingga hujung nyawa kita...Allah swt uji kita kerana dia tahu kita mampu melakukannya...Think positive ya...

Salam sayang buat Qies budak banyak akal tu..Ni adam and Rizq tanya bila Qies nak datang sini???

Anonymous said...

pilihan di tangan kita bukannya "kawan-kawan yang seringkali ingin tahu perkembangan kami sefamily.."
jika awak kata Allah saja yang tahu isihati awak,mengadulah pada-NYA..
di sini bukan tempat yang sesuai..banyak spekulasi yang boleh timbul..cakap2 yang akan mengundang fitnah..sebagai kakak,saya mampu memberi nasihat..bukan mahu menghukum awak dear..

Momma Qiestina said...

wsalam momma mas :)

Terima kasih sahabat.betul kata awak, kita pernah lalui beberapa fasa bersama, tak ngam tak rapat sebelum awak kenal saya, saya kenal hati budi awak.But bile dah kena in real, we are so sahabat for each other.

Takkan saya lupa budi baik awak & dina pada saya dimasa waktu sukar saya ni.Korang memang sahabat ketawa dan nangis bersama.Syukur pada Allah sebab dia anugerahkan sahabat sebaik kalian dalam hidup ni :)

Sobsss sobsss taching.Kalau nanes batal tak pose?

Insha Allah momma yat & qies memang plan nak ke KL lagi.tempat jatuh lagikan dikenang, inikan tempat qies lahir.Tunggu kami ye sahabat!

Momma Qiestina said...

mama aleesya,

Tima kasih atas titipan kata2 semangat awak utk saya ni :)

Siyeslaaah terharu.haissh terusik perasaan di pagi ramadan ini.

Betul dear, semua orang cakap yang sama.Time will heals everything.Insha Allah.terus doakan pelangi mentari muncul selepas hujan yeh!

Momma Qiestina said...

ummi nia,

betul, kita disayangi sebab tu selalu diuji oleh-nya :)

Tima kasih yang, kamu selalu jadi pemangkin semangat dikala kak yat diatas & dibawah.Terharuu.

Momma Qiestina said...

kakak anon,



Terima kasih atas peringatan nasihat.

Takde siapa yang inginkan sesuatu yang buruk terjadi.Sebaik baik perancangan kita, Allah lagi hebat rancangan-nya utk kita.

Doakan saya redha, tabah & kuat ye :)

Ainul Hayat said...

Salam Ramadhan Kareem Kak Yat sekeluarga.

Semoga terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang. Kuatkan semangat ye.

Ainul Hayat said...

Salam Ramadhan Kareem Kak Yat sefamili

Semoga akak terus tabah menjalani kehidupan mendatang. Kuatkan semangat ye kak. Ramai yang sayangkan akak & Qies sebenarnya.

Nurulaizanhusin said...

Salam Yat,

Sayu hati Ezan bc post kali nie. Semoga Yat terus kuat utk hadapi sglnye. Doa Ezan hnya yng terbaik utk Yat sekeluarga.

Dear, kkdg bile sedih sgt, Ezan slalu nasihatkan diri utk redha. Boleh jadi perkara yg kita sangka buruk, adalah yg terbaik utk kite :)

zuleikha said...

salam mama qies..sedihh sy bc cerita ni :(
please hug qies for me k dr jauh... ;)..

Momma Qiestina said...

ainul,

betul, kak yat bersyukur raaaaaaaaaamai sangat orang sayang qies dengan momma :)

Bila kak yat terjatuh, ada ramai sedia nak 'angkatkan'.Alhamdulillah.
Thanks you yang for always support.

Momma Qiestina said...

eika,

sobss sobsss jangan taching sangat ye.Doakan saya & qies terus super duper bertabah :)

Anonymous said...

alhamdulillah, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...
kini semua komen readers dijawab nicely, takde sinis...
mungkin ini satu hikmah utk diri awak, diri yg lain juga...bersyukur dgn nikmat yang Allah turunkan..dan bersyukur juga dgn ujianNya...
i know what exactly happen,..
rasanya yatt tak perlulah buat episode cerita drama sedih hidup yatt, mcm sinetron pulak nnt? mungkin niat utk berkongsi, tapi lebih baik simpan sendiri dan kongsikan pada keluarga terdekat, cerita 'tu'mmg ada yg dah tahu, malah jalan ceritanya juga lengkap..boleh disinopsiskan jika mahu..tapi bukan hak saya utk tulis sepenuhnya...
Allah Maha Mengetahui, Dia nk yatt sedar dari cerita indah tanpa sempadan selama ini.
apapun, all the best yatt n qies.

Momma Qiestina said...

Anon,

hehe apa yang awak tau sangat ni?
cer emel saya kat puteri_qiestina@yahoo.com.

coz saya takde cerita pape tentang kisah mini family sy except to my very close friends.

Are u one of my bff? hehe macam wonder pulak sapa yang tau seme cite tentang kiteorang ni.

Hehehe ada ke entry2 saya berbaur kesedihan dan keemoan semata-mata lately ni.rasanya macam takde updates blog sangat kot.Lagipun i know apa yang boleh dan tak boleh dishare dengan umum demi menjaga hai ramai pihak :)

Thanks for advise anyway.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails