Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.
8 comments:
kak yat tgh sedey ke nih????...huhu...keep smiling ye kak...huhu
dah mula dah ayat sedih.nak minta simpatilah
haha... ade je komen pedas ni..
Yat, sy nak bagi cadangan lah ye... janganlah tulis entry sedih2 lagi... lagilah org yg benci yat dok tepuk tangan.. yat move on.. kembali ceria mcm dulu.. so takde org nak komen yg bukan2 seperti kat atas tu.. kelakar pulak baca.. teringin nak tengok muka dia... :)
entah2 jiran sekampung kot.. :)
hehe sedey ke? Tu entry penguat semangat tu namanyaa.aiyoo amma appa.APTB betul.
Just share je kata-kata best dari fesbuk.Bukan utk saya saja tapi untuk blog readers yang suka amik semangat dari entry sharing is caring saya :)
Marsha, hahahaha org sekampung ek?
Choyyy lah sgt! baru je marhaban bermaaf-maafan dah drop komen cenggini.babap kang.
Azie, kak yat ok je ni :)
Riang gembira makan kuih raya kat opis sambil membizi siapkan assignment.
Selamat hari raya darl.
Mcm mcm la c anon ni
Mcm 2 la c anon ni
saye rase lain2 org baca lain2 isi hati dia kan..yg penting bila saya baca entry ni yat...tetibe je saya bersemangat balik...tgh tak bersemangat ni..hehe
Post a Comment