yatekhram jr pwetty pwincess

Wednesday, September 17, 2014

Siri 1 : Majlis meraikan ulangtahun eryssa qiestina ke 5 yang indah.






Assalamualaikum semua :)

Finally momma got time to updates.Cerita majlis hari hari lahir anakanda yang lalu.Alhamdulillah it went well and smooth.Momma buat birthday party qies sehari lepas tarikh qies dilahirkan, 6 sept 2014 di teratak kediaman atok nenek qies kat kluang ni *now consider umah qies juga*.Ramai sangat datang birthday party qies tak menang tangan melayan tetamu jauh dan dekat.Tima kasih u all :) Always birthday party anak tempat bergathering terbaik since dah jadi momma ni.

^_^

Tema tahun ni momma pilih frozen yang tengah hot sekarang dan bertema pink & blue.Haruslaaa baby girl kan pink kenot lariks.Bahaha.All the deko deko party as usual momma DIY je sendiri.Demi anakanda haruslah sepenuh kasih sayang momma buatkan.Mak-mak macam nila kan..time momma meeting panjang tu berfikir all the plan semua ni *ahaksss*. Then, momma amik masa bila balik dari office mendeko deko semua ni dengan bantuan bibiks vogi da vass momma tak lain tak bukan makcu qies itu.heheh.Dia pun minat bab-bab kretaip kreatip ni.Okay kita share pi dulu dari handphone momma.Dari DSLR yang gojes nanti kat part 2 ye.Ecehh ada part 2 gittewww :P







Princess Elsa Ana & momma :)

Korang perasan tak frozen amik idea nama eryssa qiestina? ekekeke.Kebetulan :P matilah mak enon serang ai ni kan.kuikuikui.






Candy buffet & meja potong cake DIY sesuka hati je by momma.Thank u anty normah designer opis momma yang baik hati tlg designkan banner tu!
Rezeki qies murah sesangat, ramai sayang dia.





Candy buffet main menu lah pulak.Momma belikan alas meja pink pulak nak kena tema.Ala beli kain kat kedai kain tu semeter baru 5 hengget macam tu :)





Cake syomel edible image qiestina & frozen! wehooo.seksaited okes qies tgk muka dia enterprame kat situ.sampai la ni syg nak makan :P





Cuppies by momma Diana Aidil.Okes kluangman n women sesapa nak order cake kindly order kat fesbuk je ngan Diana Aidil.memang dijamin meletop! I dah 8 kali repeat order dengan dia.




Anggur mashmalow cicah cekelat kekdahnyaa :P gigih maklang mak buyung tlg cucuk ni.




Sticker frozen tu ai dapat kat kedai 2 hengget je banyak.Then deko sesedap rasa :P





 Sangat syurga candies.Bahaha.seronok anak-anak.All items ai beli kat kedai jajan borong murah-murah je.



Belon-belon pink & blue gigih ditiup oleh paklang & momma.kussss semangat nak deko birthday party.
Ruang tamu umah dihias indah bagaikan di kayangan.kunun :P



kelihatan paklang sedang gigih mendeko belon.ahaksss.Dia pun birthday boi.



Hitam putih itu indah.Semua idea pak uteh la dalam mendekorasi pondok cucu syurga ni.Syurga qies berteduh dengan momma.




Props by makcu yang kreatip.



Goodies bag ekslusip ni DIY je by momma.Beli paper bag & riben then buat sendiri je save cost.Dalam bag tu momma bubuh vitagen biskut orea sumi jelly & gula-gula susu.All berkhasiat kot :P 
sepit sepit ituuuu sungguh syomel kan!





Goodies bag ke 2..Niat asalnya nak bagi kawan skool qies tu yang lain sikit pattern dia.Ni mahal sket sbb dah customise gambo princess tapi beli tak banyak sangat.



Hat party so syomel! Okes semua item ni momma beli kat kedai borong je murah.



Dan si princess elsa ana ini bergaya dengan dress gojes yang momma beli online je :)




Dress siap ada layah kat belakang dia.Feeling princess sangat qies! Segala aksesori tu cari je kat kedai gegals semua ada nak crown segala :)



Dan ini antara pressie yang qies dapat masa birthday party dia.Alhamdulillah dekat 100 orang tetamu kot membanjiri majlis qies hari tu dari petang sampai ke malam.sesangat meriah! Semuanya rezeki anak.





 :)



Whoaaaaaa macam-macam ada hadiah birthday qies :) Syukur alhamdulilah.Terima kasih semua!



Princess kesayangan momma.Budak baik paling momma sayang.Heheh.Susah betul nak plesing.



Momma hope qies happy dan jadikan semuanya momen yang terindah nanti.Inilah yang termampu utk sayang buah hati momma satu-satunya.

Happy 5th birthday sayang :)


Doa momma selalu moga sayang jadi anak solehah kebanggaan momma dan terus disisi momma sampai jannah.Doa momma sentiasa bersama sayang dimana pun.Terus jadi peneman setia penawar duka lara penguat semangat dan kekuatan untuk momma k! No matter how hard our life, we will go through together.In sha Allah :)) Momma hope and takkan berhenti berdoa momma dapat beri qies hidup yang sempurna macam life orang lain.Momma will try semampu momma.Doa-doakan yang terbaik ye semua :)
^_^

Okay sebelum momma mula kuar ayat ayat taching ala-ala mak-mak emo better stop.Esok nak kerja mata kena dipaksa tidur.Bersambung nanti di siri ke 2.Gambar gambar tetamu yang datang semua dan segala menu yang ada untuk birthday party nanti momma belogkan k. Sabar menanti ye sayang sayangku.

*ayam dah berkokok tanda dah lewat malam*

Goodnite peeps.




Sunday, September 7, 2014

Lets shopping COACH original, self reward and for yang tersayang!





*Sticky mode entry, sila scroll ke bawah untuk entry terbaru*


Assalamualaikum sayang-sayangku semuaaaa :)


Dear all beautiful ladies, tawaran ini sure buat korang bling blingg okay! Haish dah namanya perempuan haruslah suka handbag kan! Hmm let's reward yourself dengan himpunan koleksi COACH original ini dengan harga yang berbaloi-baloi sesangat .

^_^


Cer pilih mana-mana yang berkenan di hati..
Semua adalah sangat gojessss.Buat si jejaka boleh juga hadiahkan buat wanita kesayangan kalian dengan bag gojes ini, sure lagi sayaaaang si dia kat u olss.*Ahemss, sambil kenyit mata buat muka puss in boots, ahakss*

Siyesly, takde gegals yang tak suka handbag.Cer tanya wifey/gofren korang sekarang.

'sayang u suka tak handbag?'

Haruslaaaa melompat dia dan-dan tu.

For women, handbag bukan setakat accesories wajib yang bukan setakat pelengkap gaya tapi juga boleh simpan segala benda dalam tu.Dengan wallet, mekap, dan jugak barang anak pun ada :D yang pentinWorth it for money.Yang ni price adalah murah dari butik ye, tapi it's ori item.Bukan fake punya.

Sesapa berminat bole pay half dulu..Pre order within 2 weeks then lepastuuu barang dah sampai baru bayar full.Menarik kannn?






Awwwww gorgeous!







Whoaaaaa merah menyala gitewwww.hot sangat.

 purplelicious!



Alaaaaaaa this is so sweeet dusty pink.macam baju raya ai sejibik :P




View dalam bag.Kemas gila kot.




Cun giles kaler merah.Ai sokee yang ala-ala macam ni sebab u knowww hot momma need bag besar untuk jadikan poket doraemon qies.penuh stuff dia :P


Lagi banyaaaaaaak pilihan dan price kat sini :


https://www.facebook.com/coachmampumilik



Okay cemana nak order semua hot items ni?


Sila contact tuan punya bisnes ini :


0138371938 (Whatsapp/sms/call)

Puan Nur Syaizwanna



Sekian, selamat menyopeng! :)



Thursday, August 28, 2014

Kamu yang ku tunggu.





Telah ku temukan yang aku impikan
Kamu yang sempurna
Segala kekurangan, semua kelemahan
Kau jadikan cinta
Tanpamu ku tak bisa berjalan
Mencari cinta sejati tak ku temukan
Darimu aku bisa merasakan
Kesungguhan hati cinta yang sejati
Kamu dikirim tuhan untuk melengkapiku, tuk jaga hatiku
Kamu hasrat terindah untuk cintaku
Takkan cemas, ku percaya kamu
Karena kau jaga tulus cintamu
Ternyata kamu yang ku tunggu
Segala kekurangan, semua kelemahan
Kau jadikan cinta
Tanpamu ku tak bisa berjalan
Mencari cinta sejati tak ku temukan
Darimu aku bisa merasakan
Kesungguhan hati cinta yang sejati
Kamu dikirim tuhan untuk melengkapiku, tuk jaga hatiku
Kamu hasrat terindah untuk cintaku
Takkan cemas, ku percaya kamu
Karena kau jaga tulus cintamu
Ternyata (ternyata ooh) ternyata (oh ternyata)
Ternyata kamu yang ku tunggu

Lagu : Kamu Yang Ku Tunggu
Artis : Rossa ft. Afghan
Album : Love, Life & Music (2014)




Monday, August 25, 2014

It's just a matter of time.






Assalamualaikum  :)

Last entry may 2014, ini dah hujung Ogos 2014 baru ada entry baru.Memang 3 bulan sekali baru nak updates blog kot :P Kuikuikui.Berhabuk gile kot belog kesayangan ai.Kesiaaan betul terabai sesungguhnya ini belog since ada instagram ni, asik updates kat sana je.Motip tak payah fikir 888 perkataan nak taip.Just guna ayat 'let's the picture do the talking' je sudeyyy.Lagipun sejak ada smartphone kemalasan maha teramat nak bukak lappy.Blogging guna handphone adalah tidak syiok okels.


Ini pun tetiba terbuka hati nak updates sebab raaaaaaaaaamai-nya lah hai tanya. Dan sambil berbisnes iklan kat belog.Alhamdulillah rezeki Allah bagi dari pelbagai sudut.Tadi baru je ada feminats kipas susah mati since qies dalam perut lagi bagi whatsapp  'kak yat bila nak updates belog? saya ikut belog akak since baby qies dalam womb akak lagi..saya asik scroll lelaju entry lelama kak yat sebab rindu nak baca ngomelan akak yang sempoi dan best itu '

*Hugs to u know who u are :) *

Baiklah.

baiklah.


untuk tidak menghampakan semua yang ternanti-nanti entry baru saya, marilah kita mengomel sekarang.Tapi beware sebab momma qiestina bila dah start ngomel ya rabbi panjang berjela-jela nanti.Bahaha! :P
*sambil lepuk muka sendiri, ngee*


Actually takde cerita menarik sangat nak dikongsikan.Life masih tak berapa stabil lagi sebab soal hati dan perasaan memang sukar nak dimengertikan.Kejap rasa kuat sangat, kejap rasa lemah balik.Kadang manjang ke laut je mood.Tahun ni asik nanes-senyum-nanes balik je.Kadang depress dengan personal life, kadang stress ya amat dengan kerja.Kadang happy happy chilsss je taknak fikir semua yang sesedih, hadapi semua dengan senyuman. Lagi momma ada tanggungjawap berat membesarkan Eryssa Qiestina.Tak boleh layan sangat perasaan.Nanti semua benda tak jalan.Dah macamtulah.Kejap okay kejap tak okay.But Alhamdulillah still survive till now.


^_^

Well, ada benda yang kita boleh share dan ada benda yang tak boleh share untuk menjaga hati banyak pihak kot.Iyalah tak semua orang gembira dengan kebahagiaan yang kita ada dan tak semua orang berduka dengan kesedihan yang kita rasa.Vice versa.That why saya prefer silent mode.Berdiam kadangkala yang terbaik.Untuk bertenang dan mencari sedikit ruang untuk bernafas seperti biasa.

Kata kawan;
Orang yang banyak ketawa adalah orang yang paling sensitif jiwanya.

Kata aku;
Mungkin ada benarnya.
Kerana orang yang banyak ketawa.
Banyak menyimpan apa yang sebenarnya dia rasa.
Disebalik bunga-bunga ria dan senyum tawanya.


Dia ketawa,
Seolah-olah,
Dia punya segalanya.

Dia senyum,
Seolah-olah,
Dia tiada masalah.

Tapi,
Dalam tawanya,
Dalam senyumnya,
Hanya Allah yang tahu apa dia rasa.

Seberat apa pun dugaan,
Sebesar apa pun ujian,
Tersenyumlah. 



ni ayat kopipes dari belog aku islam.
Memang tepat sekali.


Orang tengok kita happy happy je :)
Tapi Allah je yang tahu dalam hati. Kalau boleh nak elak tunjuk sangat lara hati tu sebab past is past.Let bygone be bygone.Masa silam tak perlu dikenang-kenang.Kalau tak sampai bila pun tak move on.Cakap je dah  move on bagai sebenarnya tak pun.Iya bercakap memang mudah.Berat mata memandang berat lagi si bahu yang memikul ini.Sesekali cuba masuk dalam kasut saya, cuba tengok muat ke tak? Hmm macam tulah lebih kurang analoginya.

Selalu saya dapat soalan 'yat macam mana bole sekuat ini? setabah ini.. macam mana boleh face difficult time macam ni? macam mana boleh hadap semua ni..U never reveal and show your sadness..U are the strongest person i ever meet etc'

Allahu rabbi.


Sebenarnya semua ini hanya perlukan masa.


Baru 2 tahun berlalu kisah sedih itu.Tak bebetul fully recover pun hati ini.Hanya Allah pengubat semua ini.Tipsnya takde lain, kembali pada Dia.Teringat kata-kata ustaz masa saya pegi kaunseling kat pejabat agama dulu, Allah yang bagi kita masalah, Allah juga yang mampu selesaikan.Dia cuma rindu nak dengar suara kita berdoa sungguh-sungguh.Allah sedang berbicara dengan kita bila kita diberikan 'hadiah' yang namanya ujian.Dalam hadiah yang terbalut kemas itu  ada kasih sayang DIA.Terkesan sangat pesanan Ustaz tu.sampai sekarang saya ingat.

'Biarlah if satu dunia pun membenci kita tapi ingat Allah sayang kita' :)

*Deep*


This lately kita dikejutkan dengan kehilangan MH370 dan tragedi MH17.Saya faham betapa peritnya nak hadapi sebuah kehilangan.Semua orang kalau boleh nak bahagia sampai jannah dengan orang yang tersayang.Besarkan anak sama-sama, lalui kehidupan sama-sama, kongsi susah senang.Dan suddenly bila terjadi perpisahan, for sure kesedihan itu hanya Allah yang tahu.Deeply sad.Buat semua yang sedang diuji dengan soal ini, bertabahlah.Kita masih ada Allah yang selalu bersama kita.Kadang kita terlalu bersedih kerana perancangan kita tak menjadi, tapi yakinlah Allah sebaik baik perancang.

Kita masih ada nyawa,sihat belaka, ada rezeki yang tak pernah putus, ada family yang baik, ada sahabat setia dan selalu dipermudahkan semua urusan.Maka nikmat mana yang kita nak dustakan?


Kadang tu Saya tak nafikan selalu terselit rasa rendah diri dan down dalam hati.Lagi muda-muda macam ni dah pegang 'status' yang semua orang takut.Takut sesangat.Nak fikir pun dah takut.Tapi siapalah kita nak melawan ketentuan DIA? Dia maha tahu apa yang terbaik untuk kita.Harapnya orang-orang diluar sana tak prejudis pada status ini, sebab saya cuma nak teruskan hidup penuh dengan dan bahagia macam orang lain.nak besarkan satu-satunya puteri kesayangan saya dengan cara yang paling sempurna biarpun hidup kami tak sesempurna orang lain.Kalau boleh momma tak nak qies terkesan langsung dengan 'ujian Allah' ini.Qies anak yang kuat.Dan one fine day bila qies dah mula mengerti harap momma boleh terangkan semuanya dan qies bole accept qada qadar ini dengan rasional.Dengan hati yang lapang.Momma yakin qies kuat.Sebab tu Allah uji qies dan momma.Dia kan takkan bebani hamba-nya melebihi kemampuan.Dan momma Papa tetap sayangkan qies walau apa pun keadaan kami.Walaupun tak sama macam dulu.

:)


Alhamdulilah, Allah dah beri apa yang kita perlu.Biar dia tak beri apa yang kita mahu sebab aturan dia lagi terbaikAkal kita ni terbatas dan tak boleh fikir lagi hikmahnya sekarang..DIA tak pernah kejam.Saya terus sangka baik dan yakin akan ada indah pada akhirnya nanti.Yakin.Tembak dengan doa sekencangnya.Tanpa jemu dan berhenti berharap.Kuat dan terus kuat melangkah! Fighting.Takde orang lain bole tolong diri sendiri melainkan bila jatuh kena kuatkan untuk bangun kembali.Jatuh-bangun-jatuh dan bangun lagi.wake up momma!

This lately jugak momma selalu ditemukan dengan kawan-kawan senasib yang baik-baik.Indeed, Allah plan it perfectly.Allah tarik 1 perkara dan dalam masa yang sama dia gantikan dengan beribu ribu nikmat lagi.Betul, bila kita redha melepaskan sesuatu, Allah akan ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik.Janji Allah kan pasti!



Terima pilihan Allah dengan redha. Kerana kita tidak tahu hikmahnya. Boleh jadi kesulitan itu baik daripada kemudahan.


See panjang tak luahan perasaan :P
Kan dah kata, once momma qiestina dah berbelog nanti korang sesedih sesama.Momma tamau orang ingat momma menagih simpati, just nak rasa empati agar semua mengerti.Dan nak doa-doa kalian.Terus bagi momma endless semangat.Tu je.

.Meh sapa nak kasi saya pinjam bahu?


Dah, dah.Kita masih di musim syawal kot.
Hari untuk bergembira dan meraikan kemenangan selepas sebulan kita berpuasa.Raya kali ini meriah sambutan-nya di kampung sebab adik beradik semua berkumpul turn Kluang kali ni.Last year dah turn in laws kan.Fair gitteww.so inilah antara momen raya kami, dah share kat instag & fesbuk pun.Tapi nak share gak kat sini :D









Our big happy family.Mereka Inilah kekuatan terulung saya :)
tahun ni kami sefamily bertema tiffany blue & soft pink.




my my pweety girls.Maklang & makcu!

maklang & paklang beraya 2.5 orang tahun ni.can see the babybump?



 makcu & boyfie with syomel syomel cucu syurga club :)


Happy family paklong, makngah & pak uteh.




wif my kesayangans :)





always wif my 2 fav girls.antie sejati qies.


memang kesayangan manja paklang dia! fatherly sungguh.teduhan kasih sayang qies :))
Terima kasih paklang sbb selalu layan qies macam anak sendiri.









The cuteness unloaded pwincess! kembar siam sangat.walau anak momma yang sejati cuma seorang tapi buat preparation macam anak 2! sebab they are so close.baju wajib sama.takpe ada rezeki setiap kalian :)
momma/ mak uda loves yu both.



Dan ini kisah raya kami anak beranak, Raya ini masih berdua.qies dengan momma.Momma dengan qies.loving together kan.heheh.


sweetie dusty pinkish theme! semua tahun ni kaler pastel, ai tak suka terang-terang.hati lembut kheenn :P
beli kain then tampal lace bagi gojes.











Tiffany blue lagi :)






 Anugerah terindah.





qies lately suka kopipes style momma, nak pakai shawl :)
Anak solehah.




kesayangan momma dunia akhirat.




Love you to the moon & back yayang momma.
Mini yat :)



 my faveret syawal 2014 pix! :))

qies wif momma
^_^


momma paling suke momen ni sbb si princess kesayangan berbaju sedondon momma, bershawl gitewww.sangat very the yat junior kan anak dara ai :D

Inilah dia teman setia momma, geng plesing momma,  geng sesopeng, geng bervacation, geng selfie selfie,*qies pandai dah asik nak take picture* makmum momma solat berjemaah, tempat meluahkan kasih sayang, my forever BFF's dan buah hati kesayangan momma.I'm so blessed to have you in my life sayang.Momma doa momma dapat jaga qies dengan baik, dapat besarkan qies dengan cara paling sempurna dan dapat didik qies sebaik yang mungkin.Allahumma Ameen.


last but not at least, terus doakan kami ye :)
Doakan next year kami dapat beraya bertiga one happy family .ahakss,sempat lagi doakan bab tu :P
Takpe kan, doa yang baik-baik.Allah bersama persangkaan hamba-nya.

Okbai sambung lagi next entry 3 bulan lagi.Bahahaha!
Nite sayang-sayangku.Mata dah kelat gila ni esok banyak ya amat meeting & assignment menanti.

mwahsss.

Friday, May 23, 2014

Hikmah tersirat di sebalik ketentuan ilahi.





Assalamualaikum and hyeee semua :)

Entri pertama untuk bulan Mei.Ahaks :P 





Teman sejati momma selalu selamanya.
Teman pengganti? belum lagi. masih dalam rahsia Allah :))

*jangantanyaboleh?*

memang sekarang ni 1 entry untuk 2-3 bulan kot.motip, sekarang lagi senang momma nak share dekat instagram, fb or whatsapp.Guna handphone sambil golek-golek je :P Nak bukak lappy tu memang hari-hari, tapi nak menaip kat belog tu alahai super malas betul.Kesian semua dah rindu, teheheeee.

Sekarang memang sibuk sangat dengan kerja, kalau kat office tu macam tangan octapus.meeting sana sini berjam-jam, dengan attend macam-macam hal, dengan segala mak nenek audit, nak interview orang bagai, dengan nak melayan calls, email, whatsapp dari staff, belum masa nak presentation dan buat report.phewww.Almaklumlah kije seorang HR ni, super busy sangat.But alhamdulillah, i'm blessed.Dalam kesibukkan tu dapat juga mengubat hati yang duka lara.Ecehcehceh.puiii.

Seriyesly, sibuk tu pun macam pengubat.Lebih baik busy kalau tak lagi teringat hal-hal yang tak perlu dikenang.Cuma bab stress kerja  tu kat memana pun tak boleh lari.Hadap jelah.Cari rezeki mana ada yang senang, petik petik dapat.Memang tak la kan.Allah nak kita usaha, doa dan bertawakal.


cerita weekend lepas, momma kena handle career fair so momma angkut qies sekali.sebaik buat kat hotel so sejukkk dan comfy, qies behaved je teman momma work, dengan aman momma interview candidates.

Bila sampai rumah, si cantik manis sorang ni lah konker sepenuh masa momma.Dia dah nak masuk 5 tahun, alaaahaaai sangat-sangat bijak dan banyak akal.Bila momma balik rumah je, mesti dia buat presentation, dengan kije skool dia.Dengan hobby melukis dia, ai tell yu my qiestina very the creative girl! Dah lukis, dia kaler, lepastu tampal.Impress sangat. Ini bukan nak up anak sendiri ke apa, tapi memang realiti.Bab-bab berseni, memang A.Memang sah ikot macam momma dia, suka sangat bab-bab kreatif.Heheh.Weekend ni qies selected utk colouring contest.

Sesungguhnya bagi seorang ibu, anak lah penawar duka lara  penguat semangat bintang dan bulan :)
^_^
Qies memang hari-hari without fail buat hati momma berbunga-bunga.Tersenyum dan ketawa dengan keletah dia yang ala-ala ratu lawak tu.Bersyukur sangat momma, sekurang-kurangnya Allah anugerahkan eryssa qiestina sebagai peneman momma dunia akhirat.



momma sayang dia ketat ketat, to the moon & back!
Bila balik kije, dapat tengok muka dia pun dah melting.Hilang semua fenats.



Oh yea, bulan ini momma baru meraikan hari lahir yang ke 23.Ahahahha.Silalah terbalikkan angka ittewww.
Muka muda remaja lagi kan? hikss hiksss.Terima kasih buat semua yang wish dan mendoakan saya.Semoga termakbul doa-doa kalian itu. Deep sangat kata-kata korang tu.Ai tauu ramaaaaaaaai sangat sayang saya dan qies.I Heart it so much! terus doakan saya dan qies yeee semua.


Pertama kali diraikan oleh rakan rakan sejabatan (HR) di kampeni gergasi tempat mencari rezeki.
Hello anonymous, tempat saya kije ni memang 'gergasi giant sangat'.Plant seluas 84 hektar, jalan kaki memang tak larat occay! Tak caya maila datanglah interview dengan saya.Huehuehue.




sambut hari lahir dan qies sambut hari ibu untuk momma dia yang sejati lagi mithali (lah sangat) ini :)
Thanks my lil yayang, tecik tecik pandai dah pakat-pakat sama makcu nak sepraiskan momma.Mana datang bakat suka sepraistu if bukan dari momma awak kan.hehe.






Terbaru dari momma dan qies , fresh from handphone hari ini.ahaks :P
#prayformommaandqies


Alhamdulillah, kehidupan semakin semakin baik selepas diuji dengan berat.Allah itu maha kasih, maha penyayang, dia tak pernah terus biarkan hamba-nya bersedih.Kadangkala dia bagi kita ujian sebagai salah satu sentuhan kasih sayang dia. Dia nak tunjuk something much better dia dah sediakan untuk kita.Syukur, untuk kita jadi lebih baik, meninggikan darjat dan beroleh pahala dari kesabaran itu.In sha Allah..

*Deep*
Petikan dari buku motivasi kegemaran momma 'rawatlah hati' by Ustazah Robiah Khamzah.
Bila tengah down, baca banyak kali ayat tu terus datang semangat.


Saya nak kongsikan tips, bila kita rasa tengah down sangaaaaat tak kira sebab apa pun,  kadang rasa sempit gila dada nak bernafas pun  rasa susah.Ai feel it many times sebab kusut sangat fikir berjuta masalah. Caranya ialah banyakkan membaca surah Al Insyirah (Alam nashrah)..Baca 3 kali raup ke muka, sapu kat dada dan belakang badan.In sha Allah lepas tu rasa lapang je fikiran, tenang yang susah nak describe macam mana.Baca dan yakin sungguh-sungguh Allah sebaik-baik penolong.Sebab dalam ayat 6 tu maksudnya 'Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan'.

Ayat tulah yang momma pegang.
Percaya kesusahan takkan selamanya.
Pahit akan manis akhirnya.
Tiada duka yang abadi.
Padamu ku bersujud.
Cinta sesungguhnya.

Eh semua dah macam tajuk lagu ;p

Buat semua yang tengah bersedih, La tahzan innallaha maana.
sabarlah, Allah selalu bersama kita.Istighfar banyak-banyak.

Buat yang tengah gembira dan bahagia, bersyukurlah :)
Kebahagiaan semua datang dari DIA yang memiliki segalanya.Termasuk hati kita dia yang bolak balikkan.

Bangkitlah  dan buatlah segalanya kerana Allah.Dia yang tak pernah tinggalkan kita.Dia yang selalu mendengar doa-doa kita biar bisu tanpa suara,

Indeed, everything happen fo a reason.
-_______-




Saturday, April 26, 2014

Sampai akhir.




Kasih ku berjanji selalu menemani
Saat kau bersedih, saat kau menangis

Aaa.. kan ku jagaAaa.. segenap cinta yang ada untukmu
Selama nafasku masih berdesahDan jantungku terus memanggil indah namamuTakkan pernah hati ini menduaSampai akhir hidup ini
Kasih ku berjanji selalu menemaniSaat kau bersedih saat kau menangis
Selama nafasku masih berdesahDan jantungku terus memanggil indah namamuTakkan pernah hati ini menduaSampai akhir hidup ini

Judika Feat Duma






momma loves you to the moon & back! :)


Tuesday, April 1, 2014

Aturan Dia tiada yang sia-sia.



Assalamualaikum sayang-sayangku yang dikasihi semua.

Eceh-eceh.Ayat nak jiwangness terus.Dah 3 bulan hilang, tup tup muncul lagi kat belog.On hiatus gitu.Hehe.
Here we go --

Kemana aje momma qiestina yeh?

-_-

Owh tak kemana pun.Ada je membawa hati.Ahaha.
Dah kenapa?
Ayat-- sangat tak boleh blah gitttewww.

Motip? merajuk dengan mak enon laah, suka tawww drop komen meluruhkan hati dan perasaan ai :(
Eh takdelah.Tak kesah pun komen-komen tak membina semua tu. Since jadik blogger tegar since 2008 dah kebal kot dengan kata-kata nista.kuikuiukui.6 tahun tuuuu berbelogging.Diam tak diam lah kan.Kalau dibukukan dah setebal 8000 muka surat kot.Belog inilah yang mencatat suka duka pahit manis.My llife journal, kisah klasik untuk dikenang.Biar qies dah besar esok dia read back all her stories.


Kenapa momma tak reti reti hapdets ini belog?
The main thing is i am so busy like a bee, pak menteri pun tak sebusy ai.Like siyesly, mana nak cope dengan never ending office work, yang segala-gala nak kena buat dari A to Z.Jadik eksekutif je pun, tapi OMG memang lah very the multi tasking.Tak payah citerlah nanti stress :P

Plus tugas hakiki sebagai seorang momma kepada si cantik manis Eryssa Qiestina sorang tu.Yang dah berusia 4 tahun 6 bulan, yang dah skool tabika, yang mulut yaaa hampun very the mak nenek one, yang pandainyeee lah hai tanya soklan boombastik kat momma *gulp* dan seringkali menuntut perhatian 24 jam.
Tu yang balik rumah je mesti spend quality time  dengan qies.If bukak lappy pun just tengok fesbuk dan mengadap kije office yang tak sudah-sudah.I rather buat kije from home dari stayback kat opis till lewat petang ke malam.Sebab rasa tak larat dah kepala fikir kat office tuu.Tengok suasana pejabat yang melambak dokumen tu, memang mengundang tekanan.If buat kat rumah, at least boleh golek-golek dengan qies lagi.Boleh ada masa chilss chilss dengan anak.Dilemma ibu bekerjaya, mana nak cope dengan kije, mana nak layan anak.But, for the sake's of future, redha je :)

By the way, today genap 6 months momma officially berkhidmat dengan kampeni gergasi di kluang ni.Rezeki back for good di tanah kelahiran.Allah plan it perfectly.

Oh well, dalam tensi tensi tu bertahan juga.pftt.Biasalah dugaan bekerja ada je kat memana.Lelagi dalam line HR ni jumpa beribu jenis manusia yang macam-macam.Dikelilingi majoriti pekerja lelaki pulak tu yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan.Yang penting kena kuat.jadikan sabar dan solat sebagai penolong kita.momma punya terapi biasalah makan dan sopeng! Hehe.Self rewards katanya.Tapi takdela momma nak beli items memahal, biasanya stuff for qies jugak.Baju bajan dia, makan-makan etc.Momma sekarang gile kumpul shawl lah pulak, dulu memang tak reti dan takde masa nak berlilit-lilit shawl sebab qies baby dan kecik lagi, now dia dah anak dara momma bolehlah melaram macam maklang dan makcu diye.Semuanya pengaruh adik-adik.But yes, i lioke it.Bukan maknanya bila kita berhijab tak boleh nampak stylo kan.Yang penting kemas dan sopan.Dan gorjes *ahemss*.


In term of personal life, macam nilah.Takde apa yang menarik nak diceritakan.About my currents status, i know ramai sangat yang berteka teki, buat spekulasi sendiri.Dah macam kehilangan MH370 pulak.Err.
For those yang dah tau, i really appreciate it for never ending support and doa's.Yang sangat empati dan memahami.Yang tak berhenti bagi kata-kata semangat kat whatsapp, email, instag, mukabuku semua.Tima kasih atas bahu bahu yang sudi dipinjamkan itu.I heart yu so much.Dan for those yang still belum tahu, takpe if korang tak tahu.Dalam life ni ada benda yang kita boleh share dan tak boleh share dengan umum.Harap kalian semuanya mengerti ye :)

^_^


Dun worry my darling friends, family and readers.I'm okay.*deep inhale*
:)

Terus senyum.

Semua yang ditentukan ilahi adalah yang terbaik untuk kita.I'm pretty sure.
I'm blessed after a years, i'm still survive.Saya kuat dan saya mampu menghadapinya.(ayat motivasi selalu).
Lagipun momma yakin jalan yang Allah tentukan untuk momma dengan qies dah tersusun rapi, biar tak tahu kemana destinasi-nya nanti.Pasti, ianya terbaik darinya.
Bukankah janji Allah tu pasti..?


Alhamdulillah, thank yu Allah for the strenght and blessing.
Betul kata seseorang, bila Allah tarik sesuatu yang kita sayang dan kita redha.Allah tu akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Sesuatu tu banyak mekanisme.mungkin rezeki kita dipermudahkan, dianugerahkan ramai sahabat yang ohsem etc.

Syukur ya Allah yang tak pernah membiarkan hamba-hambanya terus menangis dan bersedih, kerana selepas kesusahan Dia sudah menjanjikan kemudahan.Dia menguji sekadar yang kita mampu.Dan tak ada yang sia-sia  diatas tiap apa yang telah diaturnya.

Dan di atas segala-galanya yang satu ini paling momma syukuri, angerah terindah dari-nya.Penawar duka lara.Yang takde jual kat Alamanda, pavillion, Ikea dan sewaktu dengan-nya.

.




.



.



*sumber senyuman dan kebahagiaan tak bertepi momma*


Sampai berbelog lagi.Tengoklah nanti if ada masa harus mengomel lagi di ruangan yang satu ini.
Jodoh pasti bertemu, ahaks :P

Dah kenapa, tetibe lagu afgan punya title?
motip, lagu faveret qies, lapanblasss kali dia pasang tetiap hari sampai hafal dah.Tapi momma pun suka sangat lagu ni.Feeling lovey dovey giteww.

Okbai.Nak solat isyak dan bermimpi indah-indah.
Indah sangat.

Dan ohsem pastinya.


:)


Wednesday, January 8, 2014

Assalamualaikum 2014.Please be awesome for me pliss :)





Assalamualaikum sayang-sayangku semua :)
-__-
Happy new year 2014.Yeay 1st entry.




mesti sangat rindu saya kan u all..?


Lamanyaaaa lah hai tak blogging.

Near 2 months dah tak mencoret pape disini.Oh Em gee, my life lately so so busy and fully occupied with tight deadline kat office,Ini pun sambil menyiapkan slide show untuk presentation kat meeting penting esok pagi.Aduhai, dah macam  zaman universiti dulu-dulu rasanya.ketar kaki bila fikir nak present depan all the bosses semua.Hmm macam nilah kije kan.Tak challenging bukanlah namanya kije! *be positif momma, gambatte!*


But so far worklife under control, even sometimes stress tu tahap gaban sebab dealing dengan segala macam kerenah macam mak nenek pelbagai jenis manusia, alhamdulillah i still managed to do it.Tarek nafas dalam-dalam and be cool.hehe.

Terlalu banyak benda nak share dengan u all kat sini,  tentang kije, tentang life, tentang family, tentang buah hati momma eryssa qiestina and bla bla bla tentang macam-macam hal.Previously adik kesayangan saya, maklang sakinah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya pada 3.1.14 yang lepas.Syukur alhamdulillah.Finally, dengan sekali lafaz akad both of them tying the knot dan jadi sepasang kekasih yang halal.Doakan semoga mereka kekal ke jannah dan dikurniakan ramai anak yang soleh solehah ye!

momma tau ramai follow cerita maklang & hubby dia, beratus likes pix wedding derang kat fesbuk.Retis sungguh, kalah qies.kuikuikui

:p




The solemnisation day firdaus sakinah 3.1.14 
Qies is the one happy girl sebab finally dia dah dapat 'Daddy paklang' yang selalu sayang dan manjakan dia :)

Alhamdulillah.sejak paklang serumah ni sket sket paklang je dia panggil.almaklum since qies baby dah kenal paklang.Semoga paklang & maklang bahagia sampai akhir hayat dan cepat bagi qies geng! :P






Welcome to our happy familia dear paklang firdaus :)
*wedding reception day 4.1.14, kami semua beremerald green*


Itulah  antara sebab why oh why blog sangat berhabuk.Saya tau ramai sangat feminats belog ini rindu sangat ngomelan saya.Hari-hari ada je yang pm, whatsapp & emel bile ni nak updates? Oh well, dengan busy kije, uruskan wedding maklang -- almaklum wedding planner sesangat dan tugasan 24 jam tanpa henti being a momma to eryssa qiestina! Haaa, tugas momma tu yang paling busy kot ;p

^_^

Apepun ai heart yu beary mucho my darling readers :)

Nantikan updates momma qies  yang seterusnya dengan berjuta-juta pix gojes utk dikongsikan bersama kalian selepas ini eh.Jangan tak setia dengan belog saya tau.Saya ada cuma berhibernasi sekejap je ;p
Till then, sambung next episode.Hope momma ada free time nak mengomel di ruangan faveret ini lain kali.

Insha Allah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails