yatekhram jr pwetty pwincess

Tuesday, January 20, 2009

Ganjaran Pahala buat Isteri & Ibu


Salam,

Sesaja nak share dengan semua,dpt artikel ni forward from email.
Kongsi-kongsi ilmu yang bermanfaat sesama kita.


Assalammualaikum w.b..t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah S.W.T, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga baginda dan Para Sahabatnya.

Berikut saya lampirkan sedikit pedoman untuk kita semua, di mana saya ambil dari kitab-kitab dan buku-buku panduan saya selama ini untuk tatapan kita bersama semoga ia dapat memberi ilmuan yang berguna untuk diri dan generasi kita yang datang dan mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya. Insya-Allah.

(Sumber saya dari : Kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar dan Al-Hijab..).

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda :
"Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS


7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" . Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya..

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.


9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.


10. Dari 'Aisyah r..ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)


15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).


18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.


27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat- malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.


32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.


33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.


34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.


36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" . Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.


42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.


44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."


49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya , mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.


53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.


57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Nota kaki: Emel ni memotivatekan sy yg tengah dilanda aura-aura kritikal kemabukkan :)
Maha suci Allah~!

Pray for me & yatekhram jr yea.

Wednesday, January 14, 2009

Mabuk owh Mabok :(

Hmm,tamoo tulih panjang2 just nak update jek sbb dah berabok kan umah sy.
[umah yatekhram pon berhabok juge since tuan umah dilanda kemabokkan tahap max & tuan 1 lagi keja kat tgh laut :P ]

Mggu ni sy semakin lemah,makan je muntah balek.
lembik gile.
Semalam MC half day,bole keeee?
Coz byk gile keja kena setelkan kat opis ni.
Tapi jap2 tu p uwek2 la kat kat toilet.
Tgh2 dok muntah tu kwn2 dok urut2kan belakang.Lega ckit.
Pastu baring2 jap kat Surau.
Minyak kapak la jadik kwn baik.
Sy nak lawan juge,tamoo ikot sgt lembik2 mabok2 alahan ni actually.
Then,dah tak larat sgt sy balek umah time lunch time tuu.
Kawan-kawan kata jgn paksa diri kalo dah tak larat,tp keja bykkk buat sy susah hati nak MC.
Dorg kata moke sy pooocat gile,yela muke org sakit.


P klinik Dr kata beselah alahan preggy,dia bg ubat tahan muntah,vitamin B and air garam tu.
Dia kata kalo teruk sgt nant bole kena admited kat spital masuk air guna dripp.
Owhhh nooo.
Takotnyaaa :(
Tapi siyes 1 benda pon taleh nak makan,harus muntah balek :(
Sampai umah je dari kul 2-5 sy tumbang tak hengat kat sofa tu.
Ya ampun..penin,muntah segala la.
Solat pon buat dalam keadaan duduk,sgt tak berdaya.

Juge sgt bertrima kaseh kat sahabat,dia sgt mengambil berat hal sy & bakal "anak sedara"dia ni.
Dia balek keja je tulun2 kemas2kan umah,basuh2kan pinggan mangkuk segala.
Ntahla sy sgt loya melihat pinggan2 kotor kat sink tu.
Bau-bau makanan lagilah diharamkan teros.
Dasat kan allergy sy?
Tima kaseh antie Eyta.
Kami doakan Allah rahmati awak,cepat2 bertemu jodoh,murah rezeki..amin.


Fwenz,
Any tips utk ilangkan lemah,lesu,mual,muntah,penin sy ni??
Sangat tak berdaya lebih2 lagi motivator no 1 sy tu tak dpt call dah berhari2 ni :(


Okla nak p larik ke toilet ni.
Sgt mual & loya padahal dah melantak pelam muda semangkuk ni.

Doakan cepat2lah mabok2 tahap dewa ni berakhir yea.


p/s Niat hati nak privatekan blog,tp 100 reader je bley view.So far dah lbh 100 reader bagi emel adress.
Hmmm,tgkla camana nanti.Now tgk tak larat nak godek2 blog sgt.

Friday, January 9, 2009

Blog yatekhram bakal di privatekan

Salam kengkawan yg dikasihi,


So sowi menyepi beberapa hari ni,simptom kemabukkan semakin teruk dirasakan.
Sy takde mood pon nak tgk blog ke ape,sowi tak reply segala komen-komen u all tu.
Everytime sickness ;(

Sy rase oleh kerana keadaan kesihatan tak berapa nak mengizinkan utk sy jenguk "umah ke 2" sy ni saye nak privatekan blog yatekhram ni.
Bukan merajuk taw,just tak sihat & demi baby yatekhram jr that am carrying.
Insya allah if time & health permit sy g juga blog u all yea keep in touch ikatan ukhwah yg terjalin antara kita.


So pada kengkawan/blog reader sy yg setia tu u all still boley view yatekhram blog if i INVITE u all.

Bagilah emel adress u all before saye close selewat2nya sok pagi.

Sekian dimaklumkan.


p/s: Terima kaseh atas doa-doa & kata semangat semua yang concern.
Doakan sy teros kuat hadapi kemabukkan tahap maksima ni.
My beloved hasben pon say million tq for semua yg tolong "jaga" sy & yatekhram jr sepanjang ketiadaan dia disisi saye ni.
:)

Tuesday, January 6, 2009

Aura Preggy Mama





Mak aih entry saye betau happy news sampai berpuluh2 komen sy accept.
Thank u Semua,ngan silent2 reader pon kuar ye :D
Terima kasehla yea,bersame blog yatekhram yg bese-bese ni.


Baru lepas makan nasik lemak,siap goreng ayam sendiri tuu.

U all kagum tak sy yg taleh bau2 ni goreng ayam sndri?
Allergic tu padahal dengan bau2 bawang & minyak berlinang-linang tu.
Loya yang amattt-lah.
Tp jiwa Chef lah-sgtt sebati gitu kan :P
hehhehe.

Ntahye,baby dlm ni kalo mama makan peveret dia,dia baik je tak meloya.
Tgk nasik lemak kat kedai bawah blok nampak sedap,teros bancuh2 Susu Enfa Mama perasa coklat tu.
Pewot lapa,bunyik2.
Anak manje mama lapa yea?
Syian dia.
Tgk tv layan Spa-Q la dari ptg td.
Qiestina.ehhehe.Bukan sebab Qiestina Spa Q tau.
tapi our baby yg dah ade nama tu since sy skola dulu.
Tak kenal papa baby ni lagi that time.
Takde kena mengena pon ngan cite Spa Q taww.
Just coincidence gitu.

As usual antie Eyta dtg jap yatekhram homme sembang2 n temankan mama.
Dia the one yg memikul "amanah" dari Abg Longnya [ suami sy laa]
utk tgk2kan ibu mengandong ni.





Eyta "Abg Long" & Sy mase buke posa kat Kenny rogers aritu.




Tengahari tadi sy flat gile gaban,tatau kenapa.
Berat gile kepala ni,plus aircond kuat yg amat kat opis tu buat berpinar2 kepala ni.
Dahla opis tgh renovate bau org mengecat lagila rase nak pengsan mual loya.
Kebetulan bosh sy meeting time tu,apalagi sy baring n take a nap jap kat surau.
[sowi ye,kalo tak preggy takde nya nak mengular2 bagai,org HR beb]
Nasibla bosh tak carikk,ala dia paham kot sy preggy mabok2.
Nak MC sy tamoo la nak manjekan diri sgt,selagi larat sy nak gak p keja.
Carik rezeki utk baby :)

Semalam sy betau dia that i'm preggy dia say congratulation,alhamdulillah.
Time tu sy submit my 1st medical claim for this year kat dia.
My baby rupenya rasmikan medical claim thn ni :D
Selalu time bujang & dah kawen tp blom preggy berapa sen jela sy claim.
Org lain baru setengah thn suda habes entitlement.
Pasni bykla medical claim sy coz claim utk monthly cek up segala.
Ntahla tak decide nak cek up kat gomen ke private tp pk2 balek sbb co cover medical expenses .
[saye la tukang cek claim medical seantero pblt itu..hihi]
Tapi ramai kwn2 soh jugak buku pink kat klinik kesihatan Putrajaya yg lokasinya hanya seblah opis sy tuu.
Hmm tapela lambat lagi,dah 3 mths nanti baru mule cek-up.
That time Papa dah balek cuti :)

Ari isnin aritu p jupe doc,kali ni Dr pompuan kat klinik dekat umah sy jea.
Dr ni beshla,dia detail ckit cekk.
Timbang berat,tinggi,tekanan darah,urine test.
Semua oke Dr kata,urine pon takde kotor.
Tekanan darah tu naseb tak tggila kan,sbb stress gitu byk keja lately plus Bee jauh kan :(
Dr kata jgn stress2,byk2 berdoa & jangan lupe makan acid folic yg dia bagi tu.
Nak makan ape-apa tgk2 dulu sbb nanti effect to baby.
Yea baikla Doctor~!


Sebot pasal makan,bykla pantang org preggy ni kan?
My sis/my sista in law asik call/sms betau itu ini.
My colluages pon tak lokek ilmu betau info2 preggy kat sy.
Taleh minum air limau,air tebu,air kelapa,nenas lagila diharamkan teros la kan.
Dahla time loya2 ni rase nak minum yg masam2 tu.
Jeruk pon taleh makan,tak elok acid tu dorg kata.
Dorg soh sy makan juge walo tak lalu makan,cube makan ape yg bole makan.
Tp tula makan nasik berlauk2 yg ayam merah ke apa tu sy dah tak lalu sbb minyak2 tu.
Yang kuah-kuah sup ke tomyam je suka.
Bau2 org masak kat foodcourt pon rase nak weng weng weng.
Tapi tula demi baby,sy harus makan juga.
Syian anak mama ni lapa.

Banyak pulak tu info2 vitamin kena amik after dah 3 mths nanti.
Ade suggest makan Obimin la,Neuro plus la,Salindah la.
Alamak mcm takot je nak cube makan tu sume.
Anyone penah try?
Mmg bagus ke?
Sy ni sgtlaaaaaaaaaaaah menci makan obat.
Tapi demi baby mama sanggup buat ape saja.

Sy kalo ptg2 je rase demam seram sejuk gigil2 tu smpailah maghrib camtu.
Cume tak muntahla.
Rase sejuk,time tu comforter/Sweater la kawan baik.
Aircond harus padam teros.Ahahaha,syian team HR kena mengalah utk preggy mama ni.
Naseb baik ade 2 preggy mama in my team.
Cume sorg tu dah abes fasa uwekk2 dia,kalo tak dia saja MC sbb mabok2 terok gak.
Tenkiu u all chemuaa.
Bagus yea preggy,org sume concern kan kita,hihi.

Ingatkan barula nak secret2 ttg kepreknenan sy kat opis,tp jgn harapla kan.
Jadi org HR ni asik org carik nak refer itu ini so bile diaorg tgk sy muke pocatt je teros la dorg dapat agak sy ni berbadan 2.
Adoyai.
Takpela,kot dapat adiah stroller Combi yg ringan gilezz tu ke nanti from my co.ahahahahahaha.
Demand ye anak mama :P


Sebut pasal morning sickness & preggy sy happie sbb cam jangkit menjangkit la pulak aura ibu2 mengandung dikalangan kwn2 sy.
Mule2 kan sy temankan Hawa yg preggy tu,tup2 sy yang preggy now.
Pastu peranten baru Puan Zaleha kite pon dah 5 weeks,then my BFF since skola rendah Fukusyiman pon tgh mabok2 tahap max,dah 7 weeks.
Semua baru2 preggy.
Cam kelab ibu2 preggy pulak kan?
Who will the next..

Nak kata suratan /kebetulan menjangkit ni kan,3 hari before sy tau sy preggy tu kan,1 of my colluages tgh mabok2 terok tau,dia tak lalu makan nasik ayam yg dia dah beli.
Pastu dia bagi kat sy soh makan,masetu semua kwn2 usik sy 'wahh yat,ko amik berkat Puan Nita [bukan nama sebeno] yee'
Then cek lepas 3 hari tu confirm sy preggy 5 weeks.
Macam tau2 je kan :)
Coincidence.
Segalanya keja Allah.


Pastu mase last day with Bee,time hantar dia kat Kemaman tuu kan sy rase cam berat gile nak lepaskan dia.
Menangis bagai nak rak polok2 dia malam tu.
Then rupernya that time sy dah 3 weeks preggy.
Patotla sedey sgt,upernya si chumel dlm ni turut bersedey sbb Mama & Papa dia nak berjauhan lama pastu.
Bile fikir2 balek,baru cam pk..oo yela aku dah preggy that time.
Tu yang emo semacam je tuu.
Hormon preggy mama ni kan sensitif.

Baby pon tau sedey ye pisah ngan papa?
Takpe k sayang..Mama ade selalu dengan baby.
Mama promise jaga baby baik2 mcm jaga Papa dengan kaseh sayang.
Papa work utk kite kan :)
Sure Papa pon windu gile kat kami kat sini kannn?

Papa balek nanti pewot mama dah memboncet cam papa.
wehhhhhhooo.

Hmm,kinda mish Bee so much lately.
Since i carry our little munckin ni lagila rase windu tahap dewa.
Maybe sbb bonding.
Maybe sebab darah daging dia inside my womb.
Tapi mama taleh sedey2 bagai kan,nanti baby pon cedey.


Papa,nanti papa balek mama nak mamam Kenny rogers lagi tau..


Sayang..i promise.
Huney janji take care our little precious baik2.
Dialah lambang kaseh syg kite kan.
Zuriat anugerah ilahi yg kite nantikan.
Doakan kami selalu tau.

Hope to see u in my dreams tonite.
Polok-polok papa tightly.

*Mwaaaahs*
Luv ya Papa.

Mama & Baby cumils.



























Monday, January 5, 2009

Lompat-lompat Papa To Be



Salam~!


First & foremost sgt sowi ye my readers sy tak hapdets blog 2-3 hari ni.
Almaklumla penangan "saket buatan orang" ni sangatla menguja jiwa & raga.
Pagi2 bangun je dah muntah bluwekk sampai lembik,pastu bile tengahari mulelah pale ni weng2 semacam,allergic bau2 masakkkan segala kat foodcourt tu.
Bile ptg menjelma pulak mulalah comforter jadik kwn baik,gigil2 demam panas sejuk gitu.
Makanye mood nak update blog ilang camtu jez sbb ngadap lappy pon fenin2 lalat-lahh.


Btw,i would like to say million tenkiu coz sgtla banyakye ucapan tahniah utk sy & incik Ekhram diatas anugerah terindah kami.
Maaf yea tak tereply komen u all kat blog,friendster,chat box & my nokia juge tak berenti2 mesej masuk for wish us.
Alhamdulillah,terima kaseh Allah.
Terima kaseh atas doa-doa semua.
We really appreciate it.
Sangatlah byk tips do & dont yg sy terima since preggy ni.
Budi baik u all sy dihargai,utk org pertama kali yg zero experince ni.


Wehhhee,malam ni after pekena bubur ayam masakan air tgn sendiri,cam soke kemain pulak
yatekhram little munchkin dlm nie.
Tak mual pon,walo mase masak tadi yea ala-ala menutup idong sebab bau bawang tu.
[yela dah dok sorg sape agi nak tulun masakkan]
Tapi sy happie Sahabat temankan makan mlm ni.
Say tq to auntie Eyta,cayang.

Cam sihat ckit malam ni after pekena bubur ayam.
Pandainye..anak sapelah ni kan?
Anak mama ke anak papa ni :P
Cam more to anak papa je ni,suke makan MCD,suke tido,suke goleks2,suke tgk LCD tv & yg pelik tu bau lain sy nak muntah,bau perfume papa dia clinique tu sokaaa la pulak.
Aik..baby pon tau rindu papa yea? Syiann anak mama.
Mama lagi mish papa moncett tak bleh blah tu :(


Oh yea,Bee dah call sy dah 2 hari lps.
Dia call thru satelit phone yg mahal & sgt tak clear itu.
Sebaik sy betau dia,sy tak cihat & dia bakal jadi papa this Sept.
Dia menjerit sampai sakettt tinge sy ni oke :D

Huneyyyyyyyyyy..betul keeeee??
yeahhhhhhhhhhhhhhhhh Bee nak dapat qiestina.
.
[sora sgt happie sambil buat tarian kucen..hahahaha]
Cettt! kompem je Qiestina.[ yea somi sy nak baby gegirl ye kawan2 ]


Happy kemain la pakcek tu bile tau dia berjaya mempreknenkan wifeynya ini.
Siap mcm tak caya pd mulanya,soh panggil Eyta sbb nak kompemkan news ni.
Ahahhaha.
Hati berbunga riang la tu kan.
Harus dia melompat,seb baik tak terjun laut :P
Baek2 selalu call 5 minit je mlm tu jadik 14 minits sbb dapat tau sy preggy 5 weeks zuriat pengikat kasih yg dinantikan selama ni.
Kalo sy ade situ harus dia pelok sampai taleh nafas kot :P
Notty papa to-be.

And pagi tadi,ringtone "Kaulah segalanye by hasrul nizam" berkumandang buat pertama kalinye sejak Bee naik kapal.
Yeahh yeahh dah ade line maxis means dia dah dekat port.
Bee kate kapal anchor kat KSB sehari ni.
Akhirnya lah kan.
Arini byk kali gilez Bee call,lunch time kol,balek keja call.
Asik call jela senang citer.
Aik concern huney ke baby neh,Bee?
Yela kan since dia tau sy preggy dialah yg risau tahap gaban plus 18 pesanan penaja lah dia bagi.
Ngan cik sahabat2 dia p bagi pesanan penaja soh tgk2 kan wifey & baby nya.
Thanks to Sahabat,dia mmg sgt amik berat,paksa & jaga makan minum sahabat dia ni.

Bee kata dia angau gile since tau dia nak jadi papa neh.
Mcm tak percaya,mcm mimpi.
Atually i feel the same too,tp bile dtg mabok2 tu barulah tau hazabnya preggy kan :P
Bee siap kata dia pon mabok2 time mule2 naik kapal aritu.
Padahal dah 8 thn keja kapal tak penahnye mabok,haihh daddy instinct yea~!
Fair gitu kan,tp jgnla Bee yg mabok2 time kat kapal tu..kecian dia.
Dahla papa sebok cari rezeki utk sy & our little munchkin kan.
Takpela biar sy je yg susah payah mabuk,demi baby..mama rela sayang.

Tak menahan tu 1 kapal dia citer dia nak jadi daddy.
Adoyai.
Dengan kapten, engineer semua tumpang rase eksaited.heee :D
Jgnla eksaited sgt sayang oii,baby kite kecik sgt lagi.
Bukan ape kadang2 sy jadik takot anything can happen.
Cume nasihat org sekeliling,banyak2kan berdoa moga2 pregnancy pertama kalinya ni berjalan lancar,amin.


Papa pon doakan mama & baby oke sayang :)
Mak soh kite amalkan surah Maryam,Surah Yusuf & selalu baca al quran.
Tiap kali pas solat doakan semuanya selamat k.

Pesanan penaja papa to be ,

Huney,jaga qiestina kite leklok yea.
Tamoo buat keja berat2 tau.
Tamoo sedey2,nanti baby pon sedey cam mama dia.
Kalo tak larat p keja takyah keja,amik je MC.
Jgn stress2,Bee jauh ni.
Jaga makan minum tu,minum susu tau.
Rest cukup2 bla..bla..bla..
Papa sayang both of u so much.

Aikkk?? Papa?
Bee pon da tau bahasakan dia as "papa"?
Sah angau :P

Bee asik2 kata jaga baby kesayangan dia baik2.
Asik-asik baby jela kan jadik no 1 dalam kepala Bee now.
Jatuh no 2 dah ranking sy :(
Cehh,tak senonoh betul,ngan baby pon nak jeless :D


Tiap kali sms sy dah ade word papa-mama tu.
Adoyaiii sgt sweet.
Macamni perasaan bahagia jadi ibu & ayah rupenya.
Baru tau mcm mana perasaan mak ayah kite kan?
Insaf.Seriyesly.


Dear Papa Cayang,

Keja leklok yea,take care tau kat sana.
Doakan mama & baby always sihat & kuat tanpa papa dcc.
Mama and baby SANGAT merindui papa,kalo bole nak polok2 papa dikeheningan malam ni.
Seb baik baby tak reti nak kick pewot mama lagi.hihi.

Thank u sayang sbb hadiahkan huney "kawan" sepanjang ketiaadaan Bee ni.
Inilah anugerah terindah dari Allah sbg amanah buat kite.
For the sake of our little prince/princess huney akan teros memujuk hati utk tidak gembeng.
Bagi papa saspek tahap denggi punye kat mama sbb preggy mabok2 alone.hahaha.
Baby kite baik,dia paham mama dia work and papa dia work sgt jauh.
So papa pujuk2 dia takmoo gembeng & mengades2 buat mama mabok2 selalu yea.
[korang sowila yea,sy pon angau juga,hihi]


Oke doke,harus memberhentikan angau di sini.
Incik suami call lagi kali ke 8 malam ni.
Saye mau bergayut ngan Papa-to-be sbb ini malam juge kapal dia mau ke tengah2 laut.
Lost contact lagi tah berapa lama pasni.




Dan ini attend gambo semalam time attend wedding pasangan org kapal,kawan baik Bee kat ALAM,Melaka dulu.
Pailang & Fira kat Dewan tmn ibukota KL.
Mabok2 pon gagahkan diri juge coz Bee soh wakilkan on behalf dia.
Syian Pailang time wedding dia,kwn2 pulak ramai yg onboard.



The Seafarers & partner.
Pailang & Fira Selamat Peranten Baru :)
To Fira,Cepat2la join kelab muntah fenin yea :D
With Mama Aryanna Alyssa,Kak Suzzana.
Kami wakil suami-suami di tgh lautan dalam itu.heee.



Si preggy mama yg pucat amik berkat dukung baby gegirl dolu :P
Somelnye aryanna,like her daddy Incik Dz.



Auntie Eyta yg byk jaga sy time muntah fenin. Tapi malangnye nampak je moke dia sy teros seriyes berlari2 nak muntah. Aik,qiestina pon tau tak soke antie eyta smpi antie Eyta majuk gituu :P

Antie Rini & Antie Eyta yg tulun jaga mama sepanjang ketiadaan papa. Thank u antie2 semua :D Dorg bajet sy mengidam nasik minyak,padahal ngidam papa baby :(


Cam biasa,doakan yg terbaik utk sy,baby am carrying & Papa Ekhram yea :) Gud nitey~!

Friday, January 2, 2009

Miracle 01.01.2009,Thank u Allah :)

Salam,

Actually sy berfikir 88 kali whether to tell or not this happie news to all my fwenz & My Fellow reader.Ntahla kalo tak betau nanti-nanti orang tau juga kan :)
Maklumla ramai paparazzi tahap CNN gitu kan.Cheh gitu.

Lately demam2,fenin2,dan segala ketakselesaan tu upernya sign we gonna have a baby.
I missed my period 5 days,tak sedap badan meloya segala lately.
I thought nak period ke ape,then sajalah beli pregnancy test kit kat Guardian yg paling murah tuu.
Yang rega 8.90 tu jez,saja soka-soka 1st time nak test kan.
Sebelom solat maghrib semalam sy cek,tak sampai seminit dapat result DOUBLE LINE.

DOUBLE LINE???

Ya allah,i'm crying.
Tatau camana nak describe perasaan tu.
Terkejot,happy,blur semualah.


Then after solat maghrib,bergegas g umah Sahabat,Eyta.
Sy tunjuk pregnancy test tu.
Dia pelok sy kuat-kuat smpai berderai2 airmata sy.
Seriyes sgt 1001 perasaan masetu.
Eyta said 'Tahniahhhhh sahabat,akhirnya Qiestina datang juga'
Abg Long dah tau blom?? [ eyta call my hubby as Abg Long]

Abg Long?
Huwaaaa.Camana nak call dia,dia takde line kat tgh2 laut tu.[me said]

Oke takpe,kite g klinik dulu jom,confirmkan nagn Doctor pulak.
Jom cepat siap.[Eyta said]

Both of us teros g klinik kat ground floor blok seblah.
Sambil jalan tu sempat gak call Kak Y,she look so so eksaited.
She's the second person who congratulate me.
Farra nak dapat kazen.
Kak y siap nak ikot temankan sy g klinik tp Farra tido la pulak time tu.


Sampai je klinik,takyah tggu lama sbb klinik tu mmg sy selalu g bile saket demam termasukla kena tumpah minyak panas aritu.
Budak2 jaga kaunter pon dah kenal.hehe.

Then bile masuk bilik Doctor pon Eyta nak join same.
Dia sgt eksaited 1st time meneman org utk cek-up.
Siap amik gegambo sy tgh consult ngan Doc,dia kata soh masuk blog.
Sahabat..sahabat..sgt lucu :)

Then buat urine test semua,the Doctor said 'Yes Positive,Congratulation.
Dia kira2 last period sy semua & found that i am 5 weeks pregnant.
Hah? 5 weeks?
Kuang..kuang..kuang.
Sy siap nanes masetu,gembeng gile kan.
Nanes happy + sayu+ tak percaya plus mcm2 perasaan lagilah.
Teros ingatan melayang pada Bee kat tgh laut dalam tu.
Sangat sedey tak dapat share news yg kami nanti2kan selama ni bersama.
Mujur ade sahabat & Kak Y memujuk.
:)

Doctor kata jgn eksaited sangat sbb in 1st trimester anything can happen.
Yeah,Sume org pon say the same.
Kak y terutamanya penasihat no 1,pastu jap tadi mak call macam2 la pesanan penaja dia.
Padahal tak call pon mak betau news ni, ingat nanti2la nak betau.
harus Kak Y la tu CNN kan 1 donia malam tadi.ahahaha.
Org dah pesan jgn kecoh2.
Adek bongsu sy plg eksaited nak dapat anak buah lagi.
Siap kata baby boy eyh kak,dah ade farra ngan Dylla.
Ape-apejelah dik oii.
Janji ko nak tulun jaga baby pas ko abes Spm tawon ni.ahaha.
Blom ape2 lagi dah verangans kan?


Malam tadi tunggu-tunggu je kot Bee call tapi hampa.
Tak try call dia sbb tau mmg kompem tade line.
Tersedar kul 3 ke 4 pg camtu,rase payah nak tido pastu nak p toilet.
Mmg camtu eyh symptom preggy mama?
kengkawan yg pregnant/penah preggy tulun komen ckit :)

Dear sayang,
Please call huney.
Huney nak betau the most happiest news on new year.
Yeah memorable Jan,as usual Jan bulan bertuah kite kan sayang?
Bulan kite berkenalan,confirm by Doc to have own child.
We expecting have our own baby pink/baby blue on this coming September.
09.09.09 maybe.hihi.ntahla kuasa Allah segalanya.
Insya allah on this ramadan/Eid kite akan ber-3 sayang.


Mama and Baby Mish u so much papa.
Cepatla call,Huney tak sabo nak buat Bee melompat kat sana.
Ops bukan lompat la,SUJUD SYUKUR lah papa.
Alhamdulillah kita nak dapat geget2 kiss our own little munckin nanti.


Camanalah agaknye reaksi Bee bile tau news ni,hemmm.
Melompat?
Sunyum?
Kalolah bole video call satelit phone tu.


Oke baikla,kepala sy sgt weng2 di kala ini.
kalo dapat baring kan besh,tp keja sgtla banyak harus dibereskan hari ni juga.
Dipaksa makan oleh kengkawan sejak tadi,tapi ntahla tak berselera.
Loya yang amat,baru tau camni rupernya susah payah ibu kita.
Insaf :(


Terima kaseh sahabat..
terima kaseh sentiasa menemani & concern dikala sy lone ranger without hubby.

Terima kaseh atas doa-doa semua.
Doakan saye & yatekhram Jr selamat dan sihat hingga akhirnya yea.
Maseh sangat panjang perjalanan ini.
Doakan kami tabah harungi this 1st trimester yg kritikal without Bee/Papa arounds.
Sy harus lebih bertabah kali ini.

Ya allah ya tuhanku..
Permudahkanlah segalanya.
Terima kaseh atas anugerah terindah di tahun baru ini.

Alhamdulillah~



Nota kaki: Sahabat kata kalo sy ngidam nak makan ape cakap jela dorg boleh tulun carikan,tapi kalo mengidam nak jupe Bee tak dapek nak nolong.huwaaa :(





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails