yatekhram jr pwetty pwincess

Wednesday, March 20, 2013

20.03.2013, Thank yu Allah :)






..Saya meminta kekuatan, tetapi Allah memberikan saya kesulitan yang membuatkan saya kuat”

— Salahudin Al-Ayubi.






“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”





Hidup ini sebenarnya sangat indah, namun keindahan itu akan dirasai apabila segala-galanya adalah kerana Allah.

Apabila Allah dijadikan matlamat, sudah pasti setiap perkara yang dilakukan akan menjadi hebat dan tepat.











Hidup itu pahit, hidup itu getir, hidup itu perih mengiris

Namun anda tidak sendiri, anda masih punya Allah yang selalu menemani anda dalam kesendirian anda, dalam perih, getir dan luka.

" Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang orang yang beriman (QS. Ali-Imran : 139)







Kita bangun setiap pagi, dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudia Allah menguji lagi. Kita pun kecewa dan harapan kita seolah-olah sudah hilang.. JANGAN BERSEDIH.. Selagi kita masih bernafas hari itu,selagi itulah masih ada harapan,ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan. Yang penting jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan rahmat Allah.


 Kenapa perlu rasa sedih untuk 1 hal, sedangkan kita ada sejuta sebab untuk tersenyum :)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman



Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Ina said...

Cun nya anak dara ni. Ramai peminat nnt ni. Be a good girl for Mama ok Qies :)

Momma Qiestina said...

mama ina,

hehehe alhamdulillah kurniaan Allah.semoga solehah dan jadi penyejuk hati sampai bebila :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails