yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, July 20, 2013

Aku yang terpilih, bukan yang tersisih.





Assalamualaikum.

Alhamdulillah.


Salam ramadan ke 11 semua.Syukur atas limpah kurnianya Allah panjangkan usia kita semua untuk hirup udara segar pagi ini, dapat bangun sahur, bersujud, baca quran dan melakukan segala kebaikkan.Lebih-lebih lagi di bulan mulia ini, segala amal baik kita berganda-ganda pahalanya.Semoga terus istiqamah melakukan-nya.Insha Allah.

Di usia dah masuk 31 tahun ini, saya akui memang susah nak jadi orang baik, ada je ujian melanda.Kadang kita takde nak kacau pun life orang, apatah lagi berdengki dengki.Kita happy tengok orang lain happy,itu kan rezeki Dia yang Allah dah tetapkan sejak di luh mahfuz.Tapi orang lain selalu je buat kita macam-macam yang tak tercapai dek akal.Kita diam je,tak penah nak balas dengan keburukkan.Kita fikir takpelah.Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.Allah kan ada.Sesaat pun kita semua tak lepas dari perhatian Dia.

Hati yang teruji, ujian yang saya rasa cukup berat, macam tak cukup nafas, sesak dada semua ada.Saya rasa kalau orang lain berada di tempat saya pun akan rasa yang sama.Berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul ni.Kalau hati goyah, rapuh dan iman tak kuat mulalah berpaling dan berputus asa.Mulalah kata Allah tak adil bagai.Astaghfirullahalazim.Ampuni aku, hambamu yang lemah ini..


Saya selalu dengar kuliah kat muqadimah dan tiap hari di tanyalah ustaz tv9, sambil bersiap nak pegi kije tu pasanglah tv,telinga boleh je dengar kan sambil-sambil bersiap tu.Iya kalau kita rasa kita ni kurang arif hal agama, carilah ilmu.Bukan tunggu je hidayah datang.Sebab hidayah tu kena dicari, macam kita nak makan.Takdenya nasi tu masuk dalam mulut, kena suap dulu kan? Sekarang ni senang, bukak je youtube ada banyak kuliah agama dalam tu.Dengar-dengarkanlah, amik iktibar.Perlahan-lahan cube berubah.Kalau dulu nak solat tu sikit punya payah, cuba lawan perasaan malas tu..Buat 1 waktu dulu, then 2 waktuu..then completekan 5 waktu sehari.Dalam keterpaksaan tulah nanti datangnya hidayah untuk kita ikhlas.Tak lama mana pun masa kita berkomunikasi dengan dia.

Sebenarnya kan, bacaan surah al fatihah tu makna nya cukup indah.
Tiap hari 17 kali sehari kita sebut' ihdinas sirotol mustaqim'-Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus.
Kita ulang-ulang banyak kali, minta penuh kusyuk pada Dia,insha Allah lembut hati kita nak buat kebaikkan.


Ok berbalik pada kuliah, Ustaz ustazah cakap orang baik ni ujian-nya lagi besar.Contohnya para nabi dan rasul.Lagi besar keimanan mereka, lagi besar Allah timpakan ujian.Sebab Allah tak sayang ke? Silap tuuu.Orang yang berfikiran sempit je merasakan ujian tu tanda Allah tengah menhukum.Sebenarnya kerana Dia kasihla dia selalu uji orang-orang yang baik sebab Dia nak kita terus kekalkan diri dalam kebaikkan.Kadangkala kita nampak ada orang tu hidupnya tak solat, tak puasa, tak tutup aurat tapi kaya raya, macam best je lengkap serba serbi.Di pandangan mata kita ini nampak indah je kan? Nama pun manusia, pandang yang senang yang indah-indah je.Tapi sebenarnya itulah yang dikatakan istidraj --nikmat yang membinasakan.Allah bila dah benci, dia takkan uji lagi.Ujian kesenangan tu lagi susah.Orang jahat tu kadangkala panjang je umur semua, sebenarnya Allah bagi kesempatan dia untuk bertaubat.ntara dia sedar ke tidak je peluang yang dia dah bagi tu.


Saya suka sangat ikut tulisan ustaz pahrol juoi samaada kat blog dia, kat fb dia atau kat buku-buku dia yang banyak momma qies ni miliki.Sesungguhnya, hati yang sedih boleh jadi gembira, jiwa yang kacau boleh jadi tenang, jiwa yang bahagia boleh jadi semakin bahagia.Antara coretan-nya:


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya

KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!

Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.” Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah kita bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik – Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk manusia. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Dengan hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Nafsu terdesak, tak senang dan ingin lepas daripada ujian – ini membuka pintu rahmat Allah kerana nanfsu sangat mengajak pada kejahatan.

Melemahkan nafsu, hilangkan kekuatan, batalkan sifat-sifatnya. Bila nafsu lemah – manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa, maksiat – mengejar dunia hingga terlepas daripada keredhaan Allah.
Menimbulkan taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. 

Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Benarlah, frman Allah yang bermaksud:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah. Ia berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya dan dia berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Tapi bagi yang negatif, tak dapat lihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja. ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku).

Tiada jalan keluarkan melainkan lakukanlah tiga langkah ini:
- Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi bala dan cubaan. 

Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.

Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”




-------------------------------------------------------------------------------------------------------




All is well.Insha Allah.terus bertabahlah hati-hati yang sedang diuji.
Kita merancang, Allah juga merancang.Tapi perancangan dia yang terbaik.Kalau plan A tak berjaya, masih ada plan B-Z.Allah tu tak kejam, dia cuma mahu memberikan yang terbaik untuk kita semua.Kasih sayang Allah tu mengatasi segala-galanya.Sedar tak sedar dah banyak Dia jawap doa kita kan :)


Samaada kita diuji dengan kesenangan atau kesusahan, kembalilah pada Allah.
Dan salah satu jalan untuk berubah, pilihlah sahabat yang berfikiran positif yang selalu bawa kita ke jalan yang benar, yang banyak bantu kita bangunkan kekuatan setelah terjatuh dan selalu mendoakan yang terbaik untuk kita.Sahabat itu cerminan siapa diri kita.Kalau kita baik, insha Allah sahabat kita pun baik-baik orang-nya.sahabat yang menerima kita tanpa syarat.


*Saya bersyukur banyak memiliki sahabat yang baik, yang betul betul sahabat.*

Syukur alhamdulillah.

benarlah, bila Allah mengambil sesuatu yang kita sayang dan kita redha, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan menggembirakan kita.


Terus senyum ye hati yang diuji.

:)




sahabat setia yang satu ini paling momma sayang, hehe.


8 comments:

Suliana said...

Insylh . Always think positive :-)

Momma Qiestina said...

sue,

ameen insha Allah.thanks yu darl for your endless support.

Siti Asiah said...

bertuah k.yat mjd org yg terpilih....smg terus kuat dlm mjlani hdup yg pnh liku....♡

Momma Qiestina said...

siti,

Alhamdulillah insha Allah :)
Doakan kak yat jangan berhenti ye~

inna said...

Alhamdulillah jiwa yat nmpk sgt tenang..inshAllah yat bole terus kuat..salam ramadhan :)

inna said...

Alhamdulillah jiwa yat nmpk sgt tenang..inshAllah yat bole terus kuat..salam ramadhan :)

inna said...

Alhamdulillah jiwa yat nmpk sgt tenang..inshAllah yat bole terus kuat..salam ramadhan :)

Momma Qiestina said...

Syukur atas semangat & kekuatan dari semua :)

Ina mana ni ek? Ina ssaj adik badik zulfakar ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails