yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, July 13, 2013

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.



Perkongsian yang sangat terkesan dari Ustaz Ebit Lew,







Kepada yang bertanya masalah cinta, jodoh, pasangan hidup.

Sedarilah bahawa luka hatimu itu mengikut sedalam cintamu, dan nilai cintamu seharusnya mengikut nilai siapa yang kau cintai.

Bagaimana kita menyerahkan seindah-indahnya cintamu kepada orang yang tidak jujur dan tidak berkuasa untuk memberi cinta dan bahagia. 

Dan bagaimana mungkin engkau berharap kepada orang yang sampai hati membuatmu bersedih dan menangis? 



Maka alihkanlah arah cintamu dari orang yang tidak baik bagimu itu, kepada ALLAH Tuhan yang esa dan sentiasa menyayangi kita. DIAlah ALLAH yang memberi segalanya. Cinta kepada Rasulullah SAW yang sentiasa berkorban untuk kita semua. Dahulukan ALLAH, hanya untuk dia.

Pasti, ALLAH akan memberi yang terbaik untuk kita. Bila kita dalam keadaan taat perintah ALLAH dan sunnah Rasulullah SAW . Apa sahaja yang datang dalam hidup ini akan menjadi kebahagiaan dan kenikmatan.

Walaupun ianya perit dan sakit di mata orang lain. Tapi ALLAH letakkan bahagia dalam hati kita. Dan ia benar-benar bahagia. Sebenarnya. pasti bahagia. Demi ALLAH itulah kebahagiaan sebenar. ALLAH akan sediakan isteri/suami yang terbaik buat semua. 



Pasti ALLAH tidak akan sia-siakan hambanya yang mendekatinya.

Biarlah seluruh dunia kata apapun. ALLAH buat semua. Terus rasa masalah selesai. ALLAH buat semua.







23 comments:

huda said...

ujian itu ada hikmah.. semua tak terkecuali :)

moga kita semua tabah dan sabar menghadapi dugaan nya.. lagipun allah tak akan turun kan dugaan itu terlalu berat, cukup sekadar yg mampu utk hamba nya :)

jom jenguk blog saya :
http://hudakassim.blogspot.com/

Anonymous said...

sedih betul blog akak skrang.asyik cerita ngan qis je.mana pgnya laki akak?

wan norulkhamisa said...

betul Yat..bersyukurlah kerana kite diuji...

Mawar said...

Lama saya tak komen di blog Yat. Selalu baca, cuma makin lama makin hilang kata-kata. Saya mengandaikan mendung, atau hujan atau mungkin juga ribut sedang menyelubungi hari-hari Yat. Perkongsian Yat kebelakangan ini buat ramai peminat blog ini seakan boleh meneka isi hati Yat.

Cuma, sepanjang mengenali Yat melalui penulisan blog ini, saya kira Yat seorang yang cukup tabah, cukup kuat. Dan saya juga kira cahaya wajah anak kita boleh buat kita mampu jadi jauh lebih kuat dari apa yang kita rasa tentang kemampuan kita.

Menangislah kalau itu dapat membantu..

tapi jangan lupa

Berdoa dan berserahlah kerana itu sangat pasti akan membantu..

Saya tahu perkataan ini cliche, tapi sabarlah kerana sabar punya makna yang besar bila dugaan sedang melanda..

Salam Ramadhan al Mubarak buat Yat, Qies dan keluarga. Semoga berada dalam limpahan rahmat Allah sentiasa.

Anonymous said...

Ni mesti dah bercerai ni.. Tu la.. lain kali jangan terlalu over....

Momma Qiestina said...

Anon..

Siapa ni yeh? Astaghfirullahalazim.Jaga sikit mulut tu, kita semua tengah puasa :)

Momma Qiestina said...

Anon..

Siapa ni yeh? Astaghfirullahalazim.Jaga sikit mulut tu, kita semua tengah puasa :)

Momma Qiestina said...

Mawar,

Tima kasih yang atas kata2 semangat yang cukup mendamaikan hati.

Betul, kita berserah je pada Allah.Dia sebaik-baik perancang & Dia je tahu apa yang berhak kita rasai & miliki :)

Betul, qies yang buat saya sangat bertabah kala ini.Syukur ada dia :)

Kiss utk boifren qies tu eh!

Anonymous said...

Salam Kak yat,

Akak ok?semoga akak bertabah mengharungi apa jua keadaan.
Saya doakan qies menjadi anak soleh & cemerlang dunia akhirat.
Take care kak.

~Feeqa~
(masih ingat saya lagi kan? ;)

Momma Qiestina said...

wsalam fiqa darl :)

How could i forgot yu yayang.Eh nanti keep in touch ek.pm hp no kat emel akak puteri_qiestina@yahoo.com.

Bole ceciter kat whatsaap.

Anonymous said...

tak perlu tanya siapa..
kadang2 kita ni jangan terlalu menunjuk2 kebahagiaan dan kasih sayang antara suami isteri dalam blog.. tuhan x suka.. bukanlah nak mengata.. tapi nak nasihat je.. Allah lebih tahu.. ada SEBAB kita jadi macam tu... renung2kan..

Momma Qiestina said...

Anon,

Terima kasih atas peringatan.Bole nak nasihat tapi biarlah secara berhikmah.Islam itu indah :)

Salam ramadhan.

Anonymous said...

ha.. bagus mcm tu.. bila org bagi nasihat tu terima.. dulu bangga sangat suami tu marine engineer la ape la... ni la akibat terlalu menunjuk2... tuhan tarik nikmat/keseronokan tu sekejap je...

Momma Qiestina said...

“Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat ‘musuh-musuhmu’ bahagia. Wahai diri ingatlah…setiap gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.”

Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata, Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘sebab’, lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau disakiti, Dia sedang mengajarmua erti redha.

Firman Allah yang bermaksud ;

“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara” - Surah Fusiilat : 34.

Anonymous said...

bila dah jadi macam ni baru nak gunakan al-quran sebagai senjata..dulu bila org tegur kemain pula balas..jgn jadi hipokrit..kalau sudah berubah sekalipun simpan saja.tak perlu gunakan ayat al-quran..paling baik diam2 saja.niat baik tapi cara salah.tuelah manusia bila dah berubah mulalah keluarkan berdakwah ke sana sini..jika benar sudah berubah diam2 saja.ni nasihat yang berhemahlah org bagi.mahu cara macamana lagi..dari dulu org dah nasihat jgn tunjuk sangat kebahagian tue..pg kedai makan kat kedai mamak pun nak tunjuk..bila org komen kata dengkilah irihatilah..tolonglah ye.

Momma Qiestina said...

Cik Puan anon

Saya tak tahu sapa awak tapi saya just wonder apa yang awak tak puas hati dengan saya ni?

Kalau pun saya berubah ke arah lebih baik adakah salah? Lebih baik aak bersangka baik, dalam islam sendiri menuntut kita supaya bicara yang bak-baik, cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik sebab itu semuanya Doa.

Pahit atau manis semua saya terima sbb saya tahu ketentuan Allah yang terbaik utk saya.sbg org luar yang tak penah tahu isihati sy awak takde hak utk hukum saya macamni or macamtu.Dun simply judge me because u dont know who i am.Hanya 'sahabat' saya je tahu sapa saya sebebanrnya.

I dun need any negative ppl in my life.Saya terpanggil nak reply komen kali ini sbb byk kali sgt ada makhluk berselindung disebalik anonymous komen mcm ni.Kalau benar awak ikhlas lillahi taala menegur saya, bagitaula identiti sebenar.No harm.

Kita manusia takde yang sempurna.
Di bulan ramadan ni, jangan bazir pahala puasa yang ada.Husnudzon :)

btw, thanks for being my very feminats blog no 1.seme aktiviti sy & family awak ikot kan :P ehehehe.

Anonymous said...

Cik Puan Anon,

Saya tpanggil utk meninggalkan jejak kat sini atas dasar prihatin. Wpun bkn sbg blogger tegar tp rasenye ape yg Yat tulis dan papar dlm blog die itu dh jd hak peripadi die. so xperlulah mane2 org luar yg melihat@membace nye dgn senang hati melabelkan die menunjuk2@bangga diri dll. wpun xmengenali yat secara dkt tp sbg insan yg ada 'kehidupan' sama sprti die..rasanye ckup memahami. justeru bg org2 luar yg tdak suka pd penulisan blognye,senang xperlu bce dan ikuti.

Maria Firdz said...

Allah tahu yg terbaik utk kita...
Salam Ramadhan...

Anonymous said...

Salam Yat,akak pun silent reader blog ni dan rasanya anon tu sebenarnya dengki dan iri hati serta busuk hatinya.Senang sebenarnya,jika tak suka jgn baca.kepada anon BERTAUBATLAH...moga yatt dan qies berbahagia selalu.....

Momma Qiestina said...

maria.

Kan :) Allah knows best.Salam ramadan &salam kenal.

Anonymous said...

“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Mawar said...

Hati saya begitu terpanggil untuk sekali lagi komen di sini melihatkan serangan yang diterima Yat.

Pertama sekali bagi Anon, saya kurang pasti kenapa kemesraan dan kasih sayang keluarga yang Yat paparkan dalam blog ini begitu terkesan pada saudari/a. Jujurnya saya juga terkesan, cuma terkesannya saya apabila melihat kemesraan dan kasih sayang sebegitu buat saya muhasabah tentang kemesraan dan kasih sayang keluarga saya. Sekurang-kurangnya setiap kali membaca tulisan Yat, mengingatkan saya tentang pentingnya berkasih sayang dalam keluarga.

Satu perkara lagi, usah dinilai orang lain yang saudari/a tidak kenal secara peribadi. Beranggap yang baik-baik sahaja pada semua orang. Cuba buat untuk sekali ini dan saudari/a akan rasa jauh lebih tenang dalam hidup berbanding berdengki dan iri hati.

Pada saya, Yat paling untung orangnya kerana semasa diberi limpahan kasih sayang dalam keluarga kecilnya, dia terasa nikmat kebahagiaan itu. Dan semasa diuji keluarga kecilnya, dia terasa nikmat kasih sayang Allah dan keluarga besarnya juga sahabat-sahabatnya..

Saudari/a juga pastinya Allah akan limpahi dengan nikmat kasih sayangNya. Cuma bukalah hati saudari/a ke arah kebaikan..

Untuk Yat,

"When another person makes you suffer, it is because he suffers deeply within himself, and his suffering is spilling over. He does not need punishment, he needs help."

So, abaikan Anon ye. Maybe she/he deeply suffers from something.. ^_^

Take care both of you & Qies..

Anonymous said...

tah2 anon jahat tu ada hati kat laki kak yat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails