yatekhram jr pwetty pwincess

Thursday, March 15, 2012

Putrajaya International Hot Air Balloon bermula!



Seperti tahun-tahun sebelum ini, kat Putrajaya ada Fiesta Belon panas lagi :)
Memang ini acara tahunan.Macam-macam event ada tetiap bulan kat sini, syiok!


Sempena cuti skolah, bolelah parents bawak anak-anak ke sini.Semalam momma tengok banner dah naik kat serata tiang kat Putrajaya, nampak ada macam-macam bentuk belon.Qies suka ya rabbi tengok belon bentuk cake tuu, haha.terus nyanyi happy bufday to yu.




Mulai hari ini sampai Ahad ni, 18 Mac.Start pukul 7 pagi -9 malam.
wee kalau malam siap ada fireworks, qies suka neh!





Location tak lain tak bukan kat tempat biasa, area pasar malam tu la.Dekat monumen alaf baru Precint 2 Putrajaya.Mesti ada macam-macam booth dibuka, bole sesopeng sekali ni.hee
Harapnya cuaca elok tak hujan la, nanti banyak belon panas berterbangan kat area Putrajaya ni.Dari umah qies pun nampak :) Mesti eksaited si kenit ni.

'momma tu elonnn, elonn.Big elon'
hee.




yeay yeay nak pegi tengok belon! hehe.
qies tanak takut belon tauu, maklang kata babap :P
Maklang cepatla sampai dari kluang, nanti kita pegi sesama.buat photoshoot memang cun ni.
Makngah & kakak farra nanti kita pegi terjah eh! Seronok laaa cuti skool ada memacam aktiviti kat sini.


Mommy nawal & Ibuk Rinie jomma jomma!


* Teringat Qies pegi dengan Papa last year, qies kecik lagi siap bawak payung warna warni.This year papa tak sempat nak join, Insya Allah next week baru Papa dapat sign off.Wee can't wait to see u Papa..


Tuesday, March 13, 2012

Episod Cinta Eyta & Azmi | The Solemnisation

Okay okay feminats seme kita sambung part 2 majlis bahagia sahabat kesayangan saya :)
Ramai betul kawan-kawan mintak momma cargas part 2 ni, yang mana tak dapat datang tu..Dari malam tadi fenin nak pilih the best moments nak edit bagai seme.hehe.Camnila agaknye keja OP seme kan.No wonder derang kena bayar mahal untuk mengabadikan saat manis sekali seumur hidup.


Majlis ijabkabul Bonda Eyta & Ayahanda Azmi berlangsung sekitar jam 11.45 pagi di kediaman pengantin perempuan di Felda Kahang Timur Kluang.Agak lambat majlis pernikahan bermula sebab tok kadi kena nikahkan 7 orang pasangan yang sama-sama nikah hari yang same.Phew musim cuti skolah, memang musim mengawan sana sini kan :P

Tak bole blah ayat mengawan tu, dahla musim hujan ni.


Dalam rona peach sedondon , pasangan merpoti sejali ini tampak anggun dan berseri-seri.Debaran kian terasa pabila rombongan si jantung hati tiba di perkarangan kediaman Atok Salleh.( eh pesal ayat momma macam ala-ala ayat magazine ni, hik hiks :P) Tula dulu verangan nak jadi editor majalah tak jagi, ginila jadiknye.kukuikuikui.


Momma yang ada disisi turut sama merasai debaran Bonda.Tetibe terimbas seme momen terindah dengan Papa 4 tahun yang lalu.Ecececeh.Rindunya kat momen bahagia itu, rindunya kat Papa masa tu hanya tuhan yang tahu.Kalaulah Papa ada sekali menyaksikan pernikahan sahabat baik kita ni mesti lagi beerti.( Bonda kata merajuk kuasa 3 ngan Papa sebab tak dapat meraikan hari bahagia dia, hehe).Ape nak buat beginilah kehidupan seorang pelaut, selalu tak kena timing bila ada pape event.haha.terlebih sudah.



Usai lafaz ijab kabul dilafazkan, hanya sekali lafaz 'menghalalkan' mereka sampai akhir hayat.Berderaian airmata bahagia Bonda & seluruh ahli keluarganya.Mase sessii selawat & bersalam-salaman, polok polok tuu sangat menyentuh jiwa.Terutamanya Atok & Nenek angkat qies yang dah lama nak tengok puteri-nya menemui jodoh.Taching sangat masa tu, ngan momma pun tangkap leleh ok, drama sungguh.Kalah vanilla cekelat .ngeee.Hati siapa tak terusik untuk melepaskan anak/sahabat kan, tapi kami gumbira sangat sebab Ayahanda Azmi dah ada untuk menjaga Bonda Eyta selama-lamanya.Part sekali lafaz tu teringat lagi kat Papa time lafazkan akad dulu..hehe.Gud job ayahanda Azmi, memang dengar kata 'sifu' ni :P.Moga sekali lafaz ini untuk selamanya.Ameen.


Sahabat, tak tergambar rasa syukur saya akhirnya awak menemui raja di hati awak. Kita bersama dalam apa jua keadaan, jatuh chenta, putus chenta, bertemu soulmate.Phew.Untuk itu saya hadiahkan semua momen terindah ini untuk tatapan awak dan suami kesayangan awak sampai ke anak cucu cicit, sampai tarikan nafas terakhir.Semoga masjid yang kalian bina disinari dengan kasih sayang, sakinah mawaddah warahmah.


Let's the piccas the tell story,



kek ala-ala pavlova.aduh sedapnyee!




tema oren yang ceria, semoga marriage korang ceria selamanya :)




bunga cinta untuk suami kesayangan*sirih junjung*




time to make over.memang lain sungguh sahabat saya ni bila kena mekap.santek, gorjes & stunning.Seri pengantin katakan :)




Inai yang cantik :)



beberapa minit sebelum sah bergelar isteri kesayangan Ayahanda Azmi.
terpancar nuasa bahagia dalam debar!




majlis menyatukan cinta bermula!




senyuman bakal suami mithali, tenang je :)
Cayalah.




sign jangan tak sign ye bonda, sign sampai akhirat tu :)




wang hantaran & maskahwin tanda cinta suci :)


scene wajib lepas akad nikah! hehe.


for you incik suami tersayang..




masa ni sangat drama, touching.sobs sobss.part dengan mak ayah.



peranten baru dengan hantaran :)


Dan sessi bergambar manja-manja, hehe.Dua-dua masih malu-malu, maklumlah baru je nikah.Mujurlah Bonda & Ayahanda memang very the sporting & fotogenic, momma bagi arahan then terus captured.HAHA,tiba-tiba feeling macam pro.kuikuikui.Abang OP yang Bonda hired tu pun suruh momma yang bagi idea, so why not. Kite orang sama-samelah menembak that day. Best,pengalaman baru ni.Abg OP tu siap blaja dari momma cemana nak adjust nikon sebab dia biasa ngan canon.hehe.Enjoice to the max la that day! :)





happy newly wed :DD




hantaran dari Ayahanda Azmi ke Bonda Eyta in turqoise blue.hehe.macam kita lagi Pa :P
momma suka tengok bakul tuu, menarik.



hantaran dari Bonda buat suami tercinta-nya.harusla ikot tema Oren!




so schweeet polok polok manja peranten baru!



dan mengakhiri photoshoot majlis akad nikah,




hahaha! gila-gila peranten! :DD
+_+


Dan bersambunglah lagi di episode reception selepas ini.Actually moments solemnisation memang sangat banyak, tapi tak teredit dah.Memang tak hengat time menembak tu :P
Seme yang momma tempek ni best pixas je dulu ye.later-later ai upload secara pukal di mukabuku sanun ye :)


Dua tiga hari ni asik feeling romantik okay edit gambar & blogkan pasal wedding sahabat ni, sambil layan Mp3 lagu-lagu sentimental.wah waaaah! Tiba-tiba mode rindu pun datang kat orang jauh tuu.heee.Maklumlah 3 hari lagi anniversary kite pulak kan bee! Sabar-sabar lagi 2 minggu kita jupe (Hope adelah pengganti Papa nak naik kapal).


Hmm nanti sambung lagi.Moga korang tak muntah gambar ye!


** Kalau hasilnya tak berapa santek harap maaf.saya bukan profesional photog, ni seme hobby suka suki je.Saya memang suka captured momentos :)

Monday, March 12, 2012

Sneak preview : Episod Cinta Eyta & Azmi Part 1





Syukur Alhamdulillah, dengan hanya sekali lafaz rasmilah sudah mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah! Happy sangat untuk Bonda & Ayahanda kesayangan qies.Dua hati kini sudah jadi satu.


+_+


Bonda Eyta & Ayahanda Azmi, we are soooo happy for both of u.Semoga jalinan cinta korang kekal sampai ke syurga and kami doakan dikurniakan beautiful babies (saja letak babies, bonda kata nak twins) secepat mungkin yeah!


Semalam, momma menembak ribuan momen terindah mereka berdua, sebagai hadiah perkahwinan untuk sahabat dunia akhirat.Kebetulan pulak OP bole kehabisan bateri, momma jadi bidan terjun la :P takpe memang niat nak menembak pasangan peranten baru ni habis-habisan.hehe.Banyak gile pose manja maut punya.ekekeke.pasrah je peranten kena dera sekali sekala.


Let's the pictures says it all,



momen terindah selamanya :)




She's officially wife to Azmi.be a good wife k bonda :)




terharu gambo momma snap masa E.day bonda buat banner!




ceccecece sempat lagi bersms masa tunggu hubby sampai untuk akad nikah.
Gigil2 jari menaip sms :P




hadiah dari yatekhram sefamily :)
Bonda & ayahanda hope u like it ye!





Dah rasmi jadi kekasih halal, terus kena..





dukung tau, lomentikkkkkkk sangat.semoga sampai syurga ye romantik macam ni!





Finally bole polok polok, yeay yeay :)






ececececece lambaian peranten baruu, muka berseri-seri sangat, nampak bahagia jelas terpancar dari raut wajah derang kan :)



Dan nantikan update seterusnya..



flower gurl masham :P
heheh badmood tak dapat titon.


Stay tuned, bersambung di episod cinta yang ke 2.

Momma tau Papa mesti tak sabar-sabar nak tengok seme momentos hari bahagia sahabat baik kita ni.
Tunggu k.


:))



Saturday, March 10, 2012

Esok lah hari gemilang yang dinanti..

Dah sampai dah masa untuk balek Kluang.
Yippeee *yeay yeay*
Kami akan berangkat pulang tengahari ni, sama-sama wif makngah's family.Esok mau reramai serbu wedding of the year Bonda angkat kesayangan qies ituu.


+_+


Atok Nenek Maklang seme mesti dah tak sabar tunggu budak banyak akal ni sampai kan..?
Yang kaki 'kemas' umah Atok ni, ngeee.




hehhhe muka notty :P



Okay momma nak sambung packing bag.
Hmm both baby D60 & D90 dah check, esok nak menembak habes-habisan kat very special day Bonda Eyta kesayangan qies!
Siaplah Bonda & Ayahanda cinta hatinya kena dera pose maut esok :P
Dah jadi kekasih halal bole posing polok polok..
teheee..


*Nerbes nerbes*

Erk ape kes, padahal orang lain yang nak kawen, kiteorang tumpang happy :)
Wedding BFF paling dinanti, haruslah super happy kan.
hehhee.


Okay kengkawan Bonda Eyta seme, esok jangan lupa datang memeriahkan majlis walimatulurus Eyta & Azmi kat Kluang ye! hope to see all fellow fwens, geng form 6 SSAJ 2000-2001 & BLT'an friends kat sana.


Okbai.


** Tema OREN okay.

Wednesday, March 7, 2012

Sang merah untuk anak kesayangan kita :)




Disclaimer : Ini bukan entry berbaur show off yeh.Ini untuk kenangan terindah anak Papa & Mama :)


Sempena momma dapat rezeki lebih dari Nuffnang hari tu, momma memang niat nak belikan something untuk anak kesayangan momma sorang ni.At least adalah tanda kenang-kenangan hasil cash out advertorial nuffies tu, walau jumlahnya tak banyak mana.Seperti selalu mesti ada bahagian untuk si manja kesayangan Papa Mama ni.


Lumrah seorang ibu, sejak jadi mama ni rasanya asik memikirkan gadjet & stuff untuk qies je.seriyes.Rasanya seme momma pun macam ni kan, kepentingan anak mendahulukan segala-galanya.Nak bagi yang terbaik untuk anak, yang dalam kemampuan.Dah tak kisah baju sendiri berganti ke tak, asal qies ada baju baru, ada books,ada toys.Cukup makan pakai dia.hmm.


Weekend lepas, Momma wif momma angkat kesayangan -- Ummi nawal ( qies panggil 'mimmy awal' ) bawak qies pegi jalan-jalan KLCC, pegi Suria KLCC then ke Aquaria bawak qies tengok fish.waaah, memang dia eksaited sangat tengok ikan-ikan besar! later momma will share bout it.

Teruja sangat! :)


Lepastu, Momma terus terjah ke mothercare yang besar tu. Spacious dan banyak pilihan.Memang geram tengok baju bajan.Memandangkan sekarang sampai 26 march ni Mothercare ada grand prix sales.Momma memang aim nak cari buggy untuk qies, since sang Combi pun dah sempit.Kasi simpan si combi kat store sementara tunggu kelahiran adik dia nanti.hehe.

Adik?
Insya Allah bila sampai rezeki nanti~


Mama belek punya belek finally decide sang merah si maclaren triumph ni, sebabnya ada 20% less, memang jimat banyak dari normal price.Lepastu very light weight & senang je nak bukak & tutup.Macam payung, kecik & save space boot. Memang momma cari buggy yang menyenangkan nak handle sebab selalu mama kuar berdua je ngan qies.Mula tu berpeluh la jugak nak kasi expert cara bukak & tutup, hehe.Gigih blaja manual ngan Ummi Nawal.Lepasni bole ajarkan Papa pulak :)



Occay mesti Papa nak tengok kan new rides anak Papa,


taraaaaahh!



ewaaah santai nampak duduk dalam tu ye yayang :)





heheh seronok jalan-jalan KLCC dengan Ummi nawal :)
Mula tu takde buggy fengsan mengejar dia lari sini sana, seme kedai dia nak singgah.





Biar ummi nawal tolong fasten kan safety belt ye, kalau tak kang qies terjun!




Berbaloi-baloi beli buggy ni, qies suka.terus tido 2 jam dalam tu sepanjang momma & ummi nawal ukur KLCC.gud gal :)





Jalan-jalan temankan makngah repair lappy kat Lowyat pulak.
kalau tak bawak buggy memang mama patah bahu sebab qies ni bila petang memang kaki tido.mesti 1-2 jam nak tido.


*Ramai momma-momma yang tanya arituu, dapatkan kat Mothercare sales ye, banyak pilihan buggy & stroller*




Dan ini, momma dah persiapkan si flower girl & tukang kutip tol depan pelamin Bonda eyta dengan syomel outfitnya :)




hasil tangkapan untuk our lil' flower girl :)
sekali sekala anak dara kita nak melaram kat very special day Bonda angkat kesayangan dia.hehe.





lagi 4 hari Bonda nak kawen, qies yang eksaited niii :)



Sometimes momma wish Papa bole sign off dan kita bertiga bole pegi sesama menyaksikan momen terindah sahabat baik kita.Hmm.Takpelah, kalau ada rezeki adalah.Dah tujuh hari Papa lost contact, harapnya bila dapat phone line terus Papa balek ye.hehe.Momma & Qies dah rindu kat Papa sangat-sangat, amat amat :(



** Tetap bersyukur even momma tak keja macam dulu, tapi rezeki from biznes kecik-kecik & nuffies sentiasa ada untuk Qies.Alhamdulillah..Rezeki datang dari pelbagai cara, asal mahu berusaha.



Sunday, March 4, 2012

Terukir di bintang

Buat dua orang kesayangan momma,


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..




Bintang hatiku dulu kini selamanya.






Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…


p/s : Bulan anniversary, mode jiwang-ness :)

Friday, March 2, 2012

Mac yang dinantikan

Selamat datang mac.
Alahai dah masuk hari ketiga bulan Mac pun tapi baru nak ada entry.Mood ke laut sebab momma sangat rindukan orang laut tu.Serius tak tipu.


Huney mish u so much Bee..
Qies pun mish Papa so bad, dia asik je belek picca Papa kat umah ni, belek gambo wedding Papa Momma.Hmm our 4th wedding anniversary around the corner :)


Come back faster eh! Kasi laju sket kapal tu.heee.
Huney ada plan something special for our very special day.Kalau nak tau ape, kena balek dulu.
+_+

Hmm dah lewat malam ni, momma nak tidokan tuan puteri kesayangan kita dulu.
Free-free nanti momma belogkan lagi aktiviti dan gambar terkini qies yeh.






si anry bird girl kat memana pun bole tido, hee like Papanya kan :)
ni pulak kat tepian tasik, nyaman!






si angry birds tengah 'angry'



Hari ni momma diserang sakit tekak + batuk & sakit telinga.Phew perfect combination.Dengan qies yang asik cranky mintak perhatian, sabar ajelah.Sakit penghapus dosa.erm..


Okbai, nunite semua :)
^_^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails