yatekhram jr pwetty pwincess

Monday, March 25, 2013

Buat baik dibalas baik, janji Allah tu benar belaka.





Dalam hidup ini, bila kita selalu berbuat baik banyak benda baik yang kita boleh dapat.Omputeh kata what u give u get back.Kadang kita rasa simple je sesuatu benda tu, macam semalam momma ada sharekan status ni kat fb.The thing make me smiles the whole day :)

^_^

Dia punya feeling tu macam miracle, angau-angau semacam.Janji Allah tu benar.Kalau hari ini kita lakukan kebaikan tak kira pada sesiapa pun jua, malah pada apa je makhluk Allah e.g kucen pasti Allah balas dengan kebaikkan-nya.Cepat atau lambat je.Kucen yang tengah lapar tu doakan kita bila kita bagi dia makan minum dengan hati yang ikhlas.Betapa gembiranya dia.Kita je yang tak tau.ini bukti kasih sayang dan rahmat tuhan pada kita semua.Sekarang ni Allah bagi pape balasan baik ke buruk cash je.Takde dah nak installment bagai :P


This is sharing kat fb semalam tentang cerita yang sweet :)

*sile enlarge kalau nak baca, hehe.* Tak sangka dekat 100 likes disitu,Means ramai betul my fb friends sukakan kebaikan dan berbuat baik.Alhamdulillah, kawan momma semuanya memang baik-baik belaka.I'm grateful & feel blessed! I loff you guys beri-beri mucho :))



Siapa kata berfesbuk lebih banyak keburukkan? me totally not agreed.Tengokla apa yang kita selalu postkan.Bak kata Prof Muhaya post kita kat fb menggambarkan siapa kita.Kalau asik emo-emo marah-marah maki hamun meroyan dopolohpatjam *opsss* tu tandanya jiwa berkeladak.Mari kita reset minda untuk share benda yang baik dan posotif je,pahala pun dapat :)


Maka mulai hari ini dan seterusnya mari kita tanamkan azam untuk selalu berbuat baik. Tak kira pada bangsa agama apepun.Kitakan 1 Malaysia.Tak rugi sesen pun buat baik kat orang.Like seriyesly.Kadang kita hanya bagi senyuman kat orang, kita sebarkan salam buat sesiapa pun then bila orang sambut salam dan senyuman kita tak pasal-pasal orang tu dah jadik kawan baik kita hari ini.Mudah kan..? Momma rasa pengalaman macam ni, dulu kat sekolah orang ingat momma ni sombong, maklum pengawas laa, student tekun belajar laa.Then bila momma yang approach derang dah tau betapa potpetpet nya momma ni, sekarang BFF dunia akhirat :) hehehe.Kan kan Bonda Eyta? hekheks.


Tak susah mana nak buat kebaikkan berbanding kejahatan..Bila kita buat baik raaaamai orang kenang dan sayang kita.Teringat ceramah Ustaz Kazim elias, dia kata dengan hanya sebarkan salam dia sangat dikenali dimana-mana.Dapat kawan baru.Bila dah ramai kawan tu senang nak deal apa-apa urusan.Pegi hospital ada kawan, pegi kedai ada kawan..kadang sampai tol pun pekerja tol bayarkan.hehehe.Itula untungnya peramah dan berbuat baik.Cube buat muke ketat dan hati busuk penuh hasad dengki? lalat pun tak mau dekat kot :P
Larikkkk...sebab nampak aura negatif even muke cun/encem gile.ekekekeke.


Momma teringat suatu peristiwa masa kerja HR kilang,staff memang semua rapat dan senang berkerjasama dengan momma.(Menurut kata mereka ai ni sempoi dan tak strict macam HR lain.hehe.Ntahla ;P) .

Ok, ada seorang operator ni kesiaaan sangat dia kesempitan duit.taulah gaji keja operator kilang berapa je. Bila dah kesesakan tu nak beli susu anak pun takde.Anaknye pulak sakit.Sebak dengar :( Momma pinjamkan dulu duit even masatu tengah sesak jugak, tetengah bulan.Tapi kita niat ikhlass nak bantu orang. Kita ni momma orang, kita tahu perasaan dia macam mana lagi kalau libatkan anak-anak memang cukup sensitip.2-3 hari lepastu tetibe ada seorang blog reader kata nak advertise iklan kat blog dan dia nak bayar sekian sekian amaun.*banyak juga*.Alhamdulillah, Allah is great! See, bila kita beri pertolongan, Allah gerakkan hati orang lain  beri pertolongan pada kita dengan cara yang cukup sempurna.Ekslusip.Antara kita realise ke tak aje.Bahagia betul hidup dengan memberi ni rupanya :)


Momma rasakan kebenaran janji Allah bila kita berbuat kebaikkan ni.

Ini hanya perkongsian pengalaman, untuk sama-sama kita perbaiki diri, koreksi mana-mana yang patut.Kita ini manusia tiada yang sempurna tapi sentiasa bole memperbaiki kekurangan.Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.Mudah-mudahan Allah sentiasa bagi kita hidayah untuk berbuat kebaikan selalu.Biar orang buat jahat kat kita, kita jangan sekali. In Sha Allah..



Sebarkan aura positif dengan senyuman dan salam :)
Bahagia dan membahagiakan.


Assalamualaikum.
^_^


P/s : am feeling so happy sebab blog readers dah ramaaaai sangat jadik kawan momma qies, share the ups and down.Happy and sad.*u know who u are*.Eeven kenal di alam maya saja tapi ikatan kita lebih dari sahabat yang jupa tiap hari.Thank you guys, saya terhutang budi sangat dengan kalian.U guys make me realise so much good thing in our life compare to bad ones.hehe.


3 comments:

Nissa Azmir said...

lama tak baca kak yat menulis... rindu kak yat... dah tak duduk sini ye?? kalo x leh jumpa nia n qis...

Momma Qiestina said...

momma nia..

Yes sayang kak yat dah tak stay putrajaya.pindah sini dah :)

Nanti inbox di fb kak yat no hp kamu.nak berborak kat whatsaap :)

ashra said...

so sweet.suka cerita fb t
kan.janji allah itu benar :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails