yatekhram jr pwetty pwincess

Sunday, August 17, 2008

Caj PTPTN turun kepada 1%


Just surf kat Malaysiakini tadi..

Gud news to peminjam PTPTN mcm sy =)

Caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
diturunkan kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Keputusan itu diambil jemaah menteri hari ini membabitkan peminjam sedia
ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam, lapor Bernama.

"Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan,
permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan
pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan
menjelang Disember tahun ini," beliau dipetik sebagai berkata.
*
Peminjam yang tidak pernah membayar dikenakan kadar caj lama bersama denda sebanyak satu peratus. *

Bagaimanapun baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru, tambah Mohamed Khaled.PTPTN sebelum ini mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut peringkat siswazah, manakala lima peratus kepada pasca siswazah

Menurut agensi berita itu lagi, menteri itu berkata surat perjanjian baru
akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar
menjelang tahun depan.Peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu danmengembalikannya semula kepada PTPTN.

"Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini
perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian.
"Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.Mohamed Khaled menambah, caj rendah itu diharapkan dapat memudahkan usaha peminjam membuat bayaran balik.

Kira-kira 1.04 juta pelajar siswazah (diploma dan sarjana muda) dan bagi
2,473 orang pula pasca siswazah (sarjana dan doktor falsafah) bergantung
pada PTPTN.


Citer pasal PTPTN nie kalo dorg hapus teros caj 1% tu lagi bagus kan??
1% pon byk gak kan kalo dikira?
Riba' tau..berdosa hukumnye.
yelah imagine la student yg masuk U especially IPTA mustila yg terbaik rite?
Struggle gile2 mase study baru qualified masuk IPTA.
So why not kerajaan consider ckit to us yg sama-sama membangunkan ekonomi negara neh.
Bukan byk sgt pon kena spend utk student,kalo banduan kat dlm jail tu hari-hari bole pulak kerajaan bagi makan free kan!

Plus, bkn senang to us especially yg baru keja neh nak bayo monthly deduction to PTPTN,yela since minyak naik gile gaban neh sume harga brg pon naik jugak.Segala mcm nak kena bayo tiap-tiap bulan,abistu ape yg tggl nak survive?
Lelagi yg dok area Kl nie,mmg sakit kalo income less than 2K.
Kalo bujang ok lagila,kalo dah kawen pastu ada anak,lu pikir la sendirik!

Guys,wat do u tink?

4 comments:

marwan masri said...

syukur sbb jpa scholar holder mcm sy nih x perlu byr ptptn ...
tp mase 1st year dulu terpaksa la jugak ambik ptptn sbb jpa lambat approve scholar.
ade la pinjaman berbaki dalam 6k++
tp x byr lagi ... hehe ...(sy baru je keje)
insya-Allah saya janji sy akan bayar utk kegunaan generasi akan dtg plak.

Yat Ekhram said...

huwaaaaaaaa..untungnya kamu dapat JPA.mase zaman kak yat sume org kena amik PTPTN je,tade pilihan lain.

Pastu caj 4%,pastu 3%..tu pon bile bayo bulan2 mcm serupa tak bayo jek sbb jumlahnye byk gile coz campur ngan interest.

Bgs2..jgn lupe bayo utang tu,kang kat akhirat nanti amalan kite tergantung sbb tak bayo utang.

Kak yat betau hubby..u kalo kaya nanti tlgla byrkan PTPTN i cash! hehhehe..

princess snow said...

Bagus yat!!! cadangan yang baik.. bila nak masuk penamaan calon.. for sure i will pangkah you.. kalo x payah bayor lagi.. besar2 i akan pangkah undi untuk u... hehe

Yat Ekhram said...

ahaks nis,mcm ala-ala DSAI & saiful bukhari la pulak nak bertanding :)

bkn apa niss,yat germa tul kat PTPTipu tu,dahla loan dulu msk lambat,dah nak mati tade duit kat campus br loan masuk.

pastu time kutip utang kemain agi,yat tak grad agi dah smpi surat.pastu neh bayo tiap2 bln cam serupa tak bayo jek sbb interest tu tggi gile.

baru2 neh kan yat dpt surat PTPTN to HR dept,dorg nak trace sume peminjam through my HR dept,lantak p lah.maleh yat nak layan surat tu..berkire bgt ngan student yg membangunkan ekonomi negara nie.

hahaha..
emo terlebih..
* sowi*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails