Saturday, December 31, 2011
2011 : penuh pengalaman & pengajaran terhebat
Owh entry 2011 ternyata berkurangan dari 2010.Mudah-mudahan 2012 momma semakin rajin menulis sepenuh hati di sini..
Hari ini kalendar 2011 bakal melabuhkan tirainya..
+_+
Ayat klise abis, HAHA :P
365 hari berakhir sudah dengan pelbagai lukisan kenangan dan pengalaman terhebat.
Tahun ini juga era 20-an momma berakhir, oh haii 2012, momma suda 3 series =P
Umur hanyalah angka, pengisian di dalam usia itu yang terpenting.Bagaimana kita memanfaatkan usia kehidupan kita untuk sang pencipta, untuk keluarga, untuk agama bangsa & negara kita.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beramal soleh & berpesan-pesan ke arah kebaikan..
Tahun 2011 pelbagai cebisan pengalaman di dalam hidup.Ada pahit dan manis.
Ada pelbagai rasa di dalam hati ini.Ada yang tak bole diceritakan disini kerana terlalu personal, cukuplah ia disimpan dalam hati.
Antara perkara paling payah untuk momma lakukan di tahun ini adalah melepaskan jawatan yang telah dipegang selama 5 tahun di co pertama mama bekerja sejak graduate.Biarpun hanya berpangkat rendah disitu ( tak setaraf dengan kelulusan yang ada) tapi momma happy sebab pelbagai cebisan pengalaman & pengajaran momma dapat disitu.Disitula mama dapat duit dari titik peluh sendiri, dapat membantu family dan juga dapat berkenalan dengan ramai teman-teman yang sehingga kini masih rapat & berhubung baik. Dari gaji disitulah mama sama-sama kumpul duit dengan Papa untuk membina masjid dan membina keluarga kecil kita, sayang.Disitu segalanya bermula..
Momma ingat lagi hari terakhir disitu, mama memang sedih sangat meninggalkan workstation.Saat bersalam-salaman ngan teman sekerja saat paling memilukan sebab mereka semua bagaikan adik beradik momma..tapi momma nekad dengan keputusan yang diambil.
Cukuplah 5 tahun yang teruji disitu dengan segala kerenah orang atasan yang mendatangkan marah.HAHA.Gurau je.Ramai yang baik-baik, ada beberapa ketul je yang poyo.hehe.pengakuan berani mati nie.momma fikir sudah sampai masanya untuk berhijrah seperi sahabat-sahabat rapat momma dan memulakan sesuatu yang baru.Untuk apa bertahan disitu, kalau hati sudah tiada kan :)
Pedih hati dilukai dan bila diri tidak dihargai okeh!
Dan rupanya betul kata pepatah, selepas hujan kita tercari-cari mana matahari, rupanya ALLAH ingin hadiahkan pelangi yang indah untuk kita. Rezeki ada dimana-mana.Alhamdulillah percubaan business online pertama momma menjual baju bajan baby mendapat sambutan.Mungkin ini semuanya rezeki Qies.Momma inspirasikan semua ini dari anak momma.Idea asalnya kerana mama 'gian' membeli baju untuk qies, taula ada anak perempuan.Biar ada sedikit ujian, momma anggap itu asam garam orang berniaga.momma take it as postively.Tak payah dilayan kata-kata nista, nanti buatkan semangat hilang.Anggap ia lalat-lalat yang berterbangan aje.Kalau ikutkan rasa hati yang terluka atas cakap cakap orang yang tak berasas, dilayan lama-lama nanti apa pun tak boleh :P
Untuk 2012, momma berdoa dan berharap rezeki mama di dalam bidang yang mama minati ini terus ada.Mama happy buat keja macam ni sebab selain dapat memberi sepenuh perhatian pada Qies mama dapat juga buat duit poket untuk perbelanjaan kita bersama.Mama berterima kasih sangat kat Papa sebab support & bagi peluang macam ni.Papa the one yang selalu bagi galakkan apa saja bidang yang mama nak ceburi.Thank you my dearest hubster..
Hmm kadangkala bila diingatkan kepayahan mendapatkan segulung ijazah dulu, momma ada juga berfikir untuk kembali ke pejabat,nak reward diri sendiri dan oh nak setelkan loan ptptn sendiri.hee.tapi tengoklah nanti macam mana.Tunggu qies besar sket lagi or depends pada offer yang datang.Kalau bole momma tanak terlalu workaholic macam kat ex co dulu, nak balance family & work.For me segalanya memang perlukan duit, tapi duit bukan segala-galanya.Duit tak bole beli masa terindah bersama insan kesayangan momma.Momma happy dapat lihat sendiri anak momma membesar dan sebagai seorang wife marine engineer mama dapat luangkan lebih banyak masa dengan Papa bila papa bercuti..
Hari tuu, momma ada bersembang dengan wife seorang marine engineer.Dia bekerja dan selalu balek lewat setiap hari.Anak-anak sedang membesar dan bersekolah, saban hari hanya ditemani maid di rumah.Ayah jauh di kapal, ibu bertungkus lumus di pejabat hingga ke malam.Bila results exam keluar dan tak memberangsangkanm si ibu & ayah mulalah termenung.sebab sedey tak dapat meluangkan masa temankan anak belajar, check buku anak-anak.hmm..itu semua buat mama berfikir banyak kali untuk kembali bekerja pejabat.Yela anak-anak bila makin membesar diaorang lagi perlukan perhatian.Kena pulak tinggal di kota metropolitan ni segalanya mencabar..
Hmm ini memang macam hukum ekonomi, bila kita nakkan sesuatu, kena lepaskan sesuatu.Ini dinamakan kos melepas :)
^_^
tahun 2011 juga Papa & mama sudah masuk 3 tahun bersama sebagai suami isteri yang sah.
Bohonglah kalau dikatakan cinta kami tidak teruji, sedangkan lidah lagi tergigit.Kadangkala amarah dan rajuk menguasai diri tapi sebaik mungkin papa mama cuba tangani-nya.Demi rasa cinta dan sayang yang terlalu mendalam.
Sehingga kini Papa & mama masih di dalam fasa memahami diri masing-masing,saling menanam sifat saling percaya apatah lagi kami selalu berjauhan.Sedangkan berjauhan sehari 2 sangat memeritkan inikan kami yang berbulan-bulan tak bersua muka.
Alhamdulillah situasi PJJ ini semakin menguatkan kasih sayang Papa & mama.
Inilah rezeki kita sekeluarga, di lautan biru sana.
Doa mama, semoga familykecil kita bahagia sampai ke syurga nanti..
Ameen!
Papa & mama juga saban hari belajar untuk menjadi papa mama terbaik untuk qies, kalau dulu masa baby qies blum pandai memberontak, sekarang papa mama kena pandai tangani tantrum & segala kerenah qies.Contohnya macam sekarang nie qies tengah tak sihat, cough & flu.oh memang sangat menduga kesabaran, serba cranky.kadang-kadang nak jadik resakse gorgon dek kerenahnya tapi memikirkan dia masih sangat kecil, yg dia tahu hanya bermanja.Papa mama layankan je sebab 20 tahun lagi qies mesti dah jauh ngan papa mama.mesti rindu dia sangat-sangat time tu.Sekarang qies dah mula pandai meniru percakapan orang dewasa jadik papa & mama lah yang kena selalu menjaga tingkahlaku.
Kehadiran qies dalam hidup Papa & mama melengkapan kehidupan kami.
Tak sunyi hari-hari kami dengan adanya kamu..
sememanya, kehadiran anak ni merupakan anugerah terindah!
Betul kata orang, kehidupan seharian yang kita lalui ini adalah pengalaman dan guru terhebat.Kalau kita tidak pernah merasa terjatuh, kita tidak akan tahu sakitnya terjatuh.Tapi mungkin selepas dari terjatuh itu kita lebih berhati-hati untuk berjalan, terus ke hadapan.Tak menoleh ke belakang lagi..Pengalaman lah yang mengajar kita untuk berhati-hati di masa akan datang.Biarlah hari ini kita dihina,dicerca,dibuli dan maruah kita diperkotak katik oleh orang lain (biar kita dipihak yang benar) jangan kita sesekali kita membalas kejahatan pada org org itu kerana nanti samalah tarafnya kita dengan si polan itu.Percayalah, tiap kesabaran Allah pasti beri ganjaran.Tiap kebaikkan pasti akan menang di penghujung cerita.
+_+
Rasanya saban tahun kita azam dan berazam.
Antara tercapai & tidak je azam-azam tu semua.Biasalah kita hanya manusia yang mampu merancang tapi ALLAH swt jua yang menentukan segalanya.Percaya pada-NYA perancang terhebat di dalam kehidupan kita ini.Bila doa kita belum dimakbulkan, itu tandanya Dia maha kita terus berusaha & berdoa..
Sbg manusia biasa kadangkala terselit rasa kecewa di dalam lubuk hati yang paling dalam kerana tak mampu mencapai impian yang diidamkan, tapi percayalah ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.Tiap kali rasa itu datang, cepat-cepat buang jauh-jauh dan terus bersangka baik di atas tiap aturan-nya.
La tahzan..
Untuk tahun baru yang bakal menjelma ini mama berdoa semoga segala impian kita sefamily berjaya direalisasikan antaranya rumah pertama qies, tempat kita sekeluarga berteduh.
Semuanya masih dalam proses, mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan segala urusan..
tak kisahla rumah kita nanti kecil, asalkan kita sefamily sakinah, mawaddah & rahmat di dalamnya..
Insya-Allah.
Semoga kedatangan tahun baru ini menjadikan kita semua hamba ALLAH yang sentiasa mensyukuri tiap nikmat & rahmatnya.Momma mengingatkan diri ini juga yang kadangkala terleka, bahawa dunia ini semata-mata pinjaman dari yang maha Esa.
marilah kita sama-sama berazam menjauhkan kita dari sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, berdengki sesama insan, menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, bertangguh untuk melakukan kebaikan dsb.
yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan.
Sematkan perkara yang positif & bersangka baik setiap hari..
maaf zahir batin atas silap & khilaf saya di 2011.
Salam tahun baru 2012 sayang-sayang semua :)
Friday, December 30, 2011
Rezeki qies di penghujung tahun :)
Subhanallah, Thank You ALLAH dia atas setiap rezeki & nikmatnya..
Rezeki anak mama di hari jumaat ini.
Pagi-pagi tadi mama cek nuffnang, finally dah bole cash out dah 1st advertorial jobs momma tu.
Happy sangat sebab inilah amaun terbanyak momma dapat since bersama nuffies & berblogging.
Terima kasih kat nuffnang & advertiser sebab bagi kepercayaan sebegini kat blog suam-suam kuku ku :)
biar kena memerah otak sket masa nak siapkan assignment yang diberi, kena ikut dateline seme tapi siyes worth it.
hrm, Berapa dapat..?
tak bole nak bgitau exact amaun (p&C)tapi klunya 4 angka :)
takde niat nak show off bagai ye, pliss bear in mind.
Momma just nak share di blog yang banyak mencatatkan momen suka duka, menambah ramai kenalan tak kira dimana saja berada ni.menambah musuh? hehe tidak sama sekali.for me blogging bukan cara nak bergaduh, meluah ke-emoan terhadap seseorang sebab tak elok cakap belakang bai :P hiks.
ahaha jangan marah mak enon :P
http://huneyhubby.blogspot.com/2011/05/tips-nak-buat-nuffnang-masyuk.html
Terima kasih atas support bloggers & non bloggers seme, sebab korang la mama rajin update walaupun lately jarang ada masa nak update.harap sedia maklum ye masa banyak ditumpukan untuk boss besar & boss kecik kesayangan saya ni.hehe.tunggulah Papa qies dah naik kapal nanti ai update entry JJCM secara berjemaah.
^_^
Tak sabar tunggu kedatangan 2 cheque kuuu ituu :D
Ai loff u ketat-ketat lah nuffnang, deswai ai tak penah 'curang' ngan yu.best :)
Lenkali kasilah banyak-banyak advetorial job agi k.ahakss!!
Okay selamat berblogging dengan sihat ye semua :)
pada seme yang nak blaja buat belog tu insya allah ada masa nanti ai sedia mengajarkan.no problemo, ada rezeki kita share bersama.lagipun seronok berblogging ni bukan semata-mata kerana duit, ia antara terapi.tak caya cer blog..cer blog..kepuasan dia lain macam.for me i'm okay kalau takde fb, jangan takde blog.huhu.
+_+
* maklang bibiks vogi da vass, bolelah ahkak velanja u tudung fareeda idaman mu nanti, tunggguuu..
Subhanallah aku mencintai-nya...
hebat betul penangan drama tentang dhia! penuh newsfeed fb malam ni ngan review citer ni.
momma memang ikut seme siri slot akasia, lagi since dah CEO at home ni kan, tv tak dapat dipisahkan.momma ada buar review tentang dhia since awal episode kat sini.
Dan hari ni berakhirlah kisah cinta mati Dhia & zikir yang sangat menyayat hati.
Sehidup semati akhirnya.sobss sobss.
Seb baik ada hubby bole polok-polok :P
siyes touching sangat last episod.momma bergenang airmata okay, sedey sangat scene hari ni.
Papa pun layan jugak, tapi dia kaverline laa bab leleh tu, ehehe.punyalah pecut Papa bawak keta tadi semata-mata tanak miss last episode, kami dari KL p bawak lappy masuk ward.tepat kul 7.10 malam sampai umah mini ni.seb baik selamat.hehe.
Citer ni banyak watak tapi watak mummy zikir plg dibenci.
Ohooo, Bab mummy zikir mak mentua syaitanerojem tu ramai gile emo, tak caya tengok ni,
tu dia dekat 80 likes, emo emo ngan mummy zikir.cayalah liza abdullah,mmg real lakunan jahat nak mam*** dia.hehe.
Ai likes citer ni sangat, dari dialog skrip dia memang terbaik.pelakun pun best-best macam ady & nora tuu.seme hidup je watak, part nanes tuu mmg buat org nanes sekali.
ayat-ayat tersusun kemas & touching.memang terkesan kat hati betul.kalau orang hati kering je tak terkesan.lagi bab mesej islamic & kasih sayang dia.best bangat.oh yeah lagu-lagu background OST pun tangkap leleh.especially lagu-lagu indon laa kan.lirik puitis tak hengat, like this song buatkuuu jatuh chenta sangat.
Diatas satu cinta by indah dewi pertiwi.layan weh!
Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
selamat layan lagu best ni eh u all, tadi ramai tanyaa lagu apa yang best ni kan :)
Okbai.malam jemahat ni, nak masuk beradu dolu =P
** Pada seme yang nak repeat tengok citer ni dari episode 1-30 bole tengok kat blog rasmi kat sini.layansss!
Wednesday, December 28, 2011
JJCM bersama sahabat, bachelor party lah sangat!
macam ni lah bila ada husbter disisi, penuh agenda tak kira di rumah or ber JJCM :)
macam YB melawat kawasan, ada je tempat nak pegi.hehhe.
seronok, fenat, tapi puas!
Masa berlalu pantas, dah sebulan lebih Papa ada dengan kita.
tiap hari kena hargainya bersama sebab dah tak banyak masa untuk bersama..
Hari sabtu yang lepas, seperti yang dirancang kami buat gathering geng-geng momma's angkat qies sempena Bonda Eyta dah nak mengakhiri zaman bujang this march. Saja buat awal sbb nak Papa ada sekali.Ala-ala bachelor party la kunun, padahal yang join ni dah tak bujang, dah papa mama pun.eheks :P
yela lepas ni for sure Bonda tak bole nak kuar outing camni lagi, kalau ada pun mesti kena bawak hubby jugak.Hari tuu mommy emmy & ibuk rinie join us sekali menghavockan suasana.ye kami bertiga memang BFF, antara sahabat yang banyak share up & down.Dari momma bujang sampailah qies dah pandai mintak adik neh.kuikuikui.mommy ori tak available pulak aritu, kalau tak memang berlima lebih baik.
mesti lagi happening, ahah!
Dan hari tuu kami plan nak ke IKEA (tauuu tak ni 1st time mama pegi dengan Papa kesitu, hehe) momma penah pegi zaman study kat U dulu ngan kawan-kawan.untuk qies pun haruslah pestime.hmm, takpe kita explore tempat baru.mommy emmi saja nak ajak mamam meatbals & makan-makan, karok seme kat The curve tuu.kira one stop centre seme ada, convinience place.cumanya tak berapa best sebab parking limited, berebut rebut kena pulak cuti public holiday.masa kat IKEA sempatla Papa riki deko-deko for our future home nanti.dah ada yg berkenan ye bee :P mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan kita,Insya Allah.
Eh citer pasal uma pulak :P
Hmm hari sabtu yang sesak tuu, public holiday kan, sampai jugak bonda eyta dari JB.lama tunggu dia sampai, kami pick up kat hentian serdang.berjam-jam panas vontots dalam bus sbb jammed teruk sangat.
+_+
Papa tolak la stroller anakanda ye, mama nak bercamwhore.hehe.
aih nanti kita JJCM mamam kat bubba gump yeh! aritu adam buat bufday party kat BG qies tak dapat pegi.
mana taknya dulu qies dalam womb mama, bonda hari2 belikan tembikai susu utk mama, sbb mama mengidam suka sgt buah nie :P
rindu pulak momen tuu :)
+_+
yelaa manja lah ngan papa pepuas ek!
Kiteorang pun zass ke sana.
Kami order kerapu sweet sour, tomyam ( sangat marveles, teringat-ingat kesedepan-nya).
siyes rasa nak pegi lagi makan tomyam kat situu!
kita makan nasi minyak je lah pasni ok yayang..
eee cant wait, qies nak jadik plower gal..
ingat syomel sangat la tu..
lepas dinner tu, dah tgh malam sempat agi we all meronda damansara uptown.pun dah lama tak buat keja gile camni, pukul 3 pagi baru sampai umah.qies pasrah je titon dalam stroller.seronok dia dapat angry bird thing's like patung bantal & selimut.
hmm, mmg syiok betul bersama orang tersayang & sahabat :)
mereka sangat beerti dalam hidup kita, memeriahkan hari-hari kita dan sentiasa disamping kita biar apapun keadaan-nya.
^_^
Insya Allah ada rezeki nanti kita kuar JJCM sesama agi k!
Ai loff u all beary mucho...
Friday, December 23, 2011
Biar mimpi sampai ke bintang
sanggup tak ikot Papa qies g ngeteh sebab nak layan citer ni, HAHA.
pergh memang terbaik -- gandingan pelakon muda berbakat indon & mesia.memang lama ku nanti-nantikan cerita nii.heee.sebab mmg minat si randy ni since sinetron cinta melody yang hot dolu.bukan setakat ganteng tapi berbakat besar! eh lakunan si elfira pun best, bolelah jadi pelapis pelakon mesia yang lain pasni :)
+_+
Newsfeed fesbuk malam ni seme angau-angau citer ni jez. Yang tua, yang muda remaja,yang perasan remaja yang mak-mak seme layan.mmg syiok sebab genre komedi romantik.part lawak-lawak dalam citer ni lakunan didie alias memang terbaek, aduyaaai nak putus urat kentut gelak.siyes kelakar gile!
Opsss kantoiii :DD
Qies sampai takut tgk momma gelak tak hengat, dah memang lawakkk gile.lagi part BFF alia si Kina sengal tuu.kalau papa ada tadi sure berjemaah gelak sesama.
Kan intan mama khalish jazly & mama isya..?
Eh Papa isya pun ada buat review citer best ni kat sini :D
ahaksss :p
Best sangat, memang rugi sapa tak tengokk tadi.hehe.overall ai kasi 5 bintang okay, kalah ombak rinduu hari tu bole? heheh.bilalah asteruk nak repeat tayang semula agaknyee.tak puas gelak ketawa & feeling lovey dovey tadi.
tengok sedutan citer ni,
best kan :)
Seme pelakon sangat bersahaja membawakan watak-watak yang diberi.
Santaaai & selamba gile.
hmm cerita camnilah orang suka.hiburan untuk release tensi, nak kata jiwang-jiwang sangat tu tak la tapi best sebab olahan jalan cerita dia.Cinta remaja anak orang kaya vs anak susah.
sweet!
Kena pulak lagu2 OST very the terbaek macam lagu 'jangan menyerah by d masiv (teringat ni OST cerita amanah dalam cinta), lagu tema wedding ai dolu ( kaulah segalanya -hasrul nizam) & sangat best lagu untuk mencintaimu by seventeen.
terus donlod & layan sepuasnya sampai bermimpi ni kang.kukuikui.
apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu
apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukk
karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu
ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku
hanya untukmu
seumur hidupku, setulus hatiku
ooohhhh
sangat schweeet macam gola-gola kapel dalam citer nii :)
Aku sayang kauuu bongokkk!!
hehe.
last sekali punye scene yang lomentikkk andy-alia tak bole blah.Haha janganlah pasni panggil pakwe/husband korang bongok sudah laaa yek :P
ada yang kena sekeh kangg!
Okaylah nak bermimpi sampai ke bintang with my both my darlings.hihi sebaikkk darling aii ada bersama malam-malam jemahat ni.kuikuikuikui.loff u bee & my baby..
Wednesday, December 21, 2011
Without failed make us smiles :)
Yayang, thanks for everything..
yang buat Papa mama angau tak hengat!
without failed..
We are so proud of u yayang, loff u so mucho.
Hanya ALLAH s.w.t yang tahu betapa Papa & Mama sayang Qies macam mana.
tanak notty-notty taw! kalau notty nanti mama papa tanak kawan :P
Sekian, catatan ringkas hari ini.Nanti Mama sharekan lagi kisah kita sefamily.
kebizian melanda kat PD ni.Sabar ye darling readers seme +_+
tata!
Sunday, December 18, 2011
JJCM series No 2 : Tutti Frutti Putrajaya
Sebab ape..? Sedap laah kan..
Momma pun :D
Orang yang hantu makan buah ni ofkos suka, Qies lagilah suka sebab ada yogurt, dia kata akimm (aiskrim).heheh.
Kat Putrajaya nie ada Tutti Frutti baru bukak, kat Precint Diplomatik tuu je, dekat ngan precint 14 menghala ke gate 1 ke Bangi tu.Lokasi dekat ngan Mydin tu..
Bila Papa bercuti ni, terus kami terjah bawak qies makan aiskrim..
memang qies suka sangatlah!
+__+
yelah time papa ada ni lah nak bermanja kan syg!
Bila masuk je outlet Tutti Putti ni ada 3 cup yang berbeza saiz.Kalau rasa tak bole abis, amik cup yang small je okes.macam qies memang tak habis, dia makan berkecah je lebey, tapi suka topping m&m seme tu.Harga depends on berat berapa banyak kita amik so that beringatlah time cedok mencedok tu ye! kang tergezut tgk price time nak bayo.heee
she lurve it to max!
:D
+_+
love u more..
Dia ingat cantik deco je cake.hehe.
cosy & very relax untuk bersantai-santai sefamily.best :)
yummylicious!!
Tutti Frutti Putrajaya
Ahaks dah macam iklan tutti Puti pulak-nya.
Eh no, ini bukan iklan berbayar ye.Saja suka suki nak share port yang best nak bawak anak-anak ber JJCM.For sure they will love it! taulah budak-budak mesti suka 'akim'.Sesekali spend utk anak-anak ape salahnye kan :D
Hmm verangan kalau pasni Tutti Putti bukak branch kat Kluang kan best! :)
+__+
Friday, December 16, 2011
Dimulakan dengan bismillah..
Syukur hari ini kita semua masih diberi peluang untuk menghirup udara :)
Kita masih bernafas di bumi ALLAH s.w.t ini.
Syukur ALLAH masih memberi peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik sebagai bekalan untuk kite menemui-nya nanti.
Alhamdulillah.
.
.
^_^
Salam hari jumaat penuh keberkatan semua.
Semoga Hari ini lebih baik dari semalam.Seterusnya menjadikan kita semua hamba ALLAH yang sentiasa bersykur di atas segala nikmat & rahmat-nya.
Mari niatkan dalam hati, untuk lebih positif dan ceria mengharungi kehidupan.
Sentiasa bersangka baik dan sama-sama bermuhasabah diri.
Mudah-mudahan niat baik kita diperkenankan oleh yang maha Esa.
Akhir kalam, Salam hari jumaat.
Sampai jumpa lagi :)
Wednesday, December 14, 2011
Si tecik pembawa rezeki Papa & Mama :)
namo bermuka ketat, segala anasir jahat kita kasi nyah nyahh yee! huhu.
.
.
.
heheh.suka hati papa awak, sbb awak appreciate hadiah dari papa.
tima kasih ya ALLAH, anugerah ini sememangnya terindah.
oh sangat manis, nanti mesti qies rindu bila papa naik kije.
^_^
oh btw, baju GAP pj's macam qies pakai ni still available kat blogshop momma ye, kalau berminat sila terjah sopeng di sini.
memang sangat syomel momel :)
siyes tak tifuuu.cer try dolu :P
okay till then, ada customer momma datang nak ber COD ni.busy sket.Alhamdulillah pagi-pagi ada rezeki qies dah masuk.nanti momma hapdets lagi entry menarek tertarik memang da bomb kay!
loff yaa!!
+_+
p/s : rezeki segalanya datang dari ALLAH, yang penting doa & usaha seiring.hati mau baik, jauhkan dengki dengkos.piss piss kacang piss!
Tuesday, December 13, 2011
sape rindu kami angkat tangan?
momma qiestina kan, ahakss!
haaa bonda dadif ai know u miss me.hiks.tu nampak angkat tgn tuuu..
takpun dadif anak bujang u yg windu anak dara ai khen?
wuhhuuu 5 days belog terabai. abislah cemana ni nuffnang majuk kang.ahaks.hihi takpe kite berbelog bukan sebab nuffnang semata, sebab inilah antara diary kehidupan yang mungkin bole qies dan adik-adiknya baca bila dah besar nanti :)
Phew, memang sangat busy bertiga sefamily.
memacam aktiviti bersama.macam biasalah kan sekarang ni masa menopup ksh syg orang kata, bukan menopous haaa, hahah!
eh lebey plak *lol*
Ya ALLAH kekalkan lah kasih sayang kami sefamily hingga akhir hayat.Ameen.
Okay dokay nak layan my faveret sinetron 'Putri yang ditukar' kat tv3 ni dolu then nanti kalau ada free-free time ai update lagiks memacam aktiviti kami sefamily yeh..memang banyak sangat ukur jalan bile Papa alik ni, biasalah tu.bila lagi kan..?
Ai knoww ramai amat yang tanya mana peek JJCM, nak tengok aksi qies dengan Papa seme.Keletah menggade-gade dak kenit nie.
okay okay later tauu.
+_+
Stay tuned, will updates if time permits.
Till then, taking care ya all :)
p/s : life is short, make it sweet.