yatekhram jr pwetty pwincess

Tuesday, January 22, 2013

Anak itu saham ke syurga.





Momma dengar kat Halaqah tadi, Ustaz pesan kat Ibu Ayah semua untuk selalu menitikberatkan pendidikan akhirat.Memanglah kita semua nak anak yang cemerlang, bijak serba serbi. nak anak jadik dokter engineer pilot bagai.Cita-cita tinggi utk anak kita. Tu memang tak salah.Tapi dari segi agama kalau kurang or fail memang failed lah seluruhnya.kena letakkan agama tu di NO 1 barulah selamat dunia akhirat.


^_^

ustaz kata biasakan kalau jumpa anak tu, selalu-selalulah tanya 'Dah solat naakk..?'
Bukan asik tanya dah makan nakkk..? Asik-asik makan :P
memanglah makan tu penting, tapi hubungan dengan tukang pemberi makan & rezeki tu kena jaga.
Dari derang kecik lagi biasakan nilai-nilai kerohanian.
Yang penting Ayah ibu jadik role model dulu sbb anak-anak memang akan tiru apa yang parents dia buat.
Itu ustaz yang kata ok.Ustaz kata ikut apa yang ALLAH perintahkan.Dah beribu tahun dulu tertulis dalam al-quran.Prof Muhaya pun selalu pesan kat ceramah dia which momma selalu ikot kat FB dia.Audit solat tiap hari sebab inilah perkara pertama akan disoal bila kat akhirat nanti.Solat tu berat bagi yang amik ringan, tapi ringan bagi yang ambil berat :)

Semoga kita sama-sama istiqamah tak tinggal 5 kali dating dengan ALLAH.
Memangla tak dinafikan kadang-kadang rasa keikhlasan dan kusyuk tu susah nak dicapai, tapi perlahan-lahan nanti lama-lama Ikhlas.Kadang bila busy kije eh tak sedar masa berlalu dah pukul 3 belum solat zuhur lagi.Haish itu yang kita kena tengok & perbetulkan.No istilah ZOSAR = zohor asar sekali combine ye :P

Nikmat Allah bagi kat kita banyak sangat.Tak terhitung kot.Lantas nikmat yang mana kita nak dustakan?
Hmmm pesanan buat diri sendiri jugak yang masih belajar.Umur dah nak masuk 31 tahun tapi masih banyak yang kurang.Huhu.

Untuk harta dunia akhirat momma, di usia 3 tahun lebih ini, Momma memang dah latih si syomel bersolat.Biarlah dia cuma tahu tiru pergerakkan solat momma je, tau baca Allahu akbar, bismillah..Its ok for the beginning.Mudah-mudahan by the age of 7 nanti dah fasih seme bacaan dalam solat dan bole jadik makmum momma ye sayang :)


Tima kasih makngah bagi telekung pink syomel bangat itu.
Merangsang kerajinan nina nak ikot momma sholat.Dia selalu kata tak sholat nanti dosyer, mashuk neraka ada ular itaaaam.hehe.clever sangat :)

Dan oh yea Ustaz azhar Idrus ada pesan dakwah tu bukan hakmilik ustaz/ustazah je tapi sesiapa pun boleh dakwahkan perkara baik kepada orang lain.Sampaikan walau satu ayat :)

Semoga bermanfaat perkongsian ilmu tak seberapa ini. In Sha Allah.

6 comments:

Suliana said...

betul2.. dulu aqil selalu ikut aku/ayah dia solat. skrg lebih kepada nk tgk oggy je.. nak suh ngaji pun kena bertempik. huhu..

Mamaleesya said...

betul3x...moga2 bila kita dah takde nnt pun orang baca dakwah kita dalam belog akan dapat ilmu bermanfaat

-Sara- said...

alah shomelnyaa :)

NURUL JAMIAN said...

comel telekung qies

Fazillah Abdul Ghani said...

ameen..moga qies jd anak yg solehah..

http://vitaminandadankeluarga.blogspot.com/

Nurul 'Ain Mohd Amin said...

btul tu! My Qis pun semangat bile dapat telekung..n yes at this age sgt cepat diorang pick up things..so memang kene selalu tell n show them good things!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails