yatekhram jr pwetty pwincess

Tuesday, January 29, 2013

Doa untuk anakanda.




Entry kopipes dari FB, semoga memberi manfaat buat kita semenya khas buat untuk ibu dan ayah :)



Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.
3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.



Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -
“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI” dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Dan ada juga Doa Nabi Muhammad s.a.w pada Ibn Abbas
supaya anak seperti Ibu Abbas pandai dan cerdik dalam mendalami ilmu al-quran
ALLAHUM 'ALLIMHU ALHIKMAH, dan ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WA'ALLIMHU AL TA'WIL tiup pada umbun-umbun anak penuh kasih dan sayang dan niat dalam hati .. insyaallah dengan izin allah s.w.t anak akan menjadi khalifah allah yang sempurna. aminnnn.




momma sayang bangat khalifah kecil momma :)
Doa momma selalu mengiringimu sayang!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails