yatekhram jr pwetty pwincess

Tuesday, January 1, 2013

Assalamualaikum 2013 :)






Entri pertama di tahun 2013.Oh pantasnya masa, 2012 sudah meninggalkan kita semua.Di tahun 2012 momma agak kurang berblogging, hanya ada 101 entry suam-suam kuku.Banyak cerita nak kongsi, tapi bak kata teguran cik/puan/encik Anon menulis biarlah berpada-pada.Jangan share semua nanti lebih banyak keburukkan.Terima kasih pada yang mengingatkan, kerana sebagai manusia saya akui kealpaan itu ada.Sesungguhnya saya tak berkecil hati kalau ditegur secara berhikmah ;)

Kita manusia biasa, tak ada dan tak mungkin ada yang sempurna.
Kalau tidak melakukan khilaf itu memang bukan manusia biasa!

Recap 2012, banyak perkara berlaku.
Semuanya bagaikan pelajaran kehidupan yang amat beerti.Kalau tak melalui pengalaman itu sendiri, kita takkan mengerti.Semuanya datang penuh hikmah.

Goodbye bitter sweet sour sweet sour memory..
Nama pun kehidupan, bagaikan roda. Kalau takde ujian itu bukanlah hidup.Ada hari kita gembira, ada hari sedih, ada hari ketawa, ada hari berduka.Semuanya bagaikan warna-warni kehidupan.Seringkali kita tengok apa yang kita tak ada, padahal apa yang kita ada lebih dari cukup untuk disyukuri.Pagi tadi momma dengar Halaqah, Ustaz syed norhisyam kata seringkali 10% saja kekurangan kita, ada 90% kelebihan kita.Tapi manusia biasa sering kali bersedih kerana kekurangan yang hanya sedikit itu.Pujuklah hati, rawatlah emosi.Allah memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Maka tetap tersenyumlah hati!
:))

DIA merancang kehidupan kita dengan teliti, takde cacat cela.Dia dah susun kemas segala jalan cerita hidup kita sejak di luh mahfuz.Tugas kita hanya jalani dengan rasa penuh bersyukur sebab takdir dari-nya memang terbaik.Kita doakan yang terbaik, biar Allah lakukan kerja Dia.Jangan asik sebut 'kalau-kalau' sebab nanti itu tandanya kita tak redha dan komplen kerja Allah.Hakikatnya kita ini hamba!


Harapan dan azam untuk tahun baru 2013 ini, Semoga momma terus positif melalui hari-hari mendatang.Apapun bakal berlaku terus melangkah dan hadapi dengan senyuman :)

Semoga terus murah rezeki untuk qies , semoga diberikan kesihatan yang baik, melalui hari dengan tenang dan bahagia dengan jalan-nya.Dan semestinya menjadi  hamba Allah yang sentiasa istiqamah melakukan kebaikkan.Momma dah masuk 31 tahun, ya Rabbi dah semakin tua.

Ya ALLAH bantulah kami, bimbinglah kami,..
Sesungguhnya tanpa bantuan mu kami tak berdaya.


All is well, Allah ada.sentiasa bersama kita.
La Tahzan.

Sejuk hati baca entry ustaz idola momma, Ustaz Pahrol Juoi..
Kata-kata semangat  yang amat terkesan yang seringkali menguatkan hati ini :)
+_+




Salam tahun baru sayang-sayang semua, raikan penuh rasa kesyukuran dan niat untuk bahagia membahagiakan!

Buang yang keruh ambil yang jernih, semoga  hari ini, esok dan selamanya terus indah.

5 comments:

Ezan said...

Yat, selamat tahun baru 2013.

Syukur kite masih berkesempatan utk meraikan kedatangan tahun baru ini :)
Semoga Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan, membimbing kita ke jalan yang diredhaiNYA..

Perancangan Allah itu sangat details. DIA maha mengetahui untuk segalanya. Kita sebagai hamba harus redha kan..tugas kita, everything kita lakukan hanya kerana DIA kan :)

salam polok2 cium utk Qiestina and mama die skali k

Suliana said...

Slmt tahun baru yat!! comelnya qies. bila nak sekolah ni qies.. hehehe

ashra said...

happy 2013.mudahan apa yg dirancang dmudahkan allah.ami

eh.samalah kita.31 taun ni.hehe.

Momma Qiestina said...

ashra,

hehhee tq dear :) Tula kijap je dah nak masuk 31 kan.semoga Allah panjangkan usia dlm iman & redha atas segala yg kita lakukan.Ameen.

sihatbyMAMAELLY said...

yat..selamat tahun baru.aku balik kampung ritu nak sangat jumpa ko.tp paham2 aje la kalau dah balik kampung.nan ado dok rumah je..merayap je koje..

sedih aku baca entry ni..

aku harap 2013 ni membawa lebih seribu erti pada ko n qiestina..aku doakan ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails