yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, January 18, 2013

Dokter Ustazah Eryssa Qiestina



Assalamualaikum!

Salam Jumaat penuh keberkatan :)


Hari ini gula-gula hati kesayangan Momma sorang ni berbaju kurung ke sekolah.Siap bertudung ayu lagi.Hari Jumaat kan.Dari sekarang kita trained dia bergaya muslimah, nanti bila dah akil baligh hope yayang momma dah pandai menutup aurat dengan sendirinya ye yayang.

-__-

Momma pun masih mencuba untuk menutup aurat dengan sempurna, yelah bertudung dah elok.Tapi kadang tu still dengan baju T yang agak tight, Hmm.Mudah-mudahan di usia momma yang dah 30-an ni Allah istiqamahkan untuk lebih berubah ke arah kebaikkan.Ameen.

Momma ada dengar ceramah ustaz fav momma, UIA la sape lagi.Ustaz Azhar Idris kemah keming :P
Dia kata satu kewajipan tu kadang-kadang kita terpaksa melakukan-nya tapi perlahan-lahan nanti kita akan menemukan hikmah dan terus ikhlas melakukan-nya.In Sha Allah.Slow-slow jangan drastik.
Yang penting kena ada niat untuk berubah.

Sementara nak pegi skool tadi, sempat momma rakamkan keletah bakal dokter ustazah kesayangan momma sorang ni :D

Kan dah kata photoshoot tu sebahagian dari terapi kehidupan momma ni :P
Seronok dia lain macam, lagi ada model syomel yang selalu mempasrahkan diri untuk dipotraitkan, hehe.






Assalamualaikum, Peace ya all :)
Hari Jumaat yang indah.



look alike momma kan :)
hehe.



pagi-pagi tengok burung berterbangan riang, berpagi-pagi lah mencari rezeki :)


moke cheeky tu tak lain kena sakat ngan maklang dia :D


Moke seriyes pulak ala-ala mak nenek :D


Aktiviti Qies sebelum ke sekolah biasanya..

.




.




.


Eh dah lama pulak tak buat entry titik-titik :P Ekekeke.






Menggomol si Rossi yang syomel! kucen kesayangan family ni.



Dan mengayuh basikal turun  temurun :P
Oloh sheksi laa pulak kain tu yayang.
In Sha Allah nanti momma ada rezeki, momma belikan basikal baru ye!


Dan melangkah lah si syomel ke sekolah dengan Momma.Sampai je skool teacher & assistant dah geram dah dengan qies, dia kata olooooo oloooh syomelnya pakai tudung :) Haha.kita tengokla berapa lama tudung tu bertahan.kuikuikui.Si Caca memang tamau pakai.macam-macam ragam.

Hehe.Semoga kat skool tu anak momma blaja rerajin yeh.
Dengar apa yang teacher ajar dan seterusnya doa momma semoga qies jadi anak yang solehah,saham akhirat .yang bukan takat tau ilmu dunia, tapi cemerlang solat, cemerlang akhlak cemerlang serba serbi :)

Walau ape pun yang qies minat momma akan support, tapi momma berharap Qies dapat merealisasikan impian momma untuk jadik dokter ustazah.Ameen.

*Doa seorang ibu yang paling makbul kan, mari kita cakap yang baik-baik dan sangka baik pada kemampuan anak-anak, bak kata Prof Muhaya*



Last but not at least momma sayaaaaaaaaaang qies more and more..bukan chipsmore ;P


4 comments:

ayeesha anna said...

wah wah bole buat bakal menantu ni hehehe

Momma Qiestina said...

hehehehe bole bole saja mama alica..nak book utk sapa? haha

Aishah Usof said...

comeilah dia..

effa said...

hi..lama xvisit your blog..da besar anak dara..just like my first daughter.;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails