yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, December 31, 2011

2011 : penuh pengalaman & pengajaran terhebat

Entri terperam dalam draft, maklum sambil melayan anak kesayangan demam gigih lagi nak mencoret sesuatu dihari terakhir 2011 :D
Owh entry 2011 ternyata berkurangan dari 2010.Mudah-mudahan 2012 momma semakin rajin menulis sepenuh hati di sini..


Hari ini kalendar 2011 bakal melabuhkan tirainya..
+_+
Ayat klise abis, HAHA :P


365 hari berakhir sudah dengan pelbagai lukisan kenangan dan pengalaman terhebat.
Tahun ini juga era 20-an momma berakhir, oh haii 2012, momma suda 3 series =P
Umur hanyalah angka, pengisian di dalam usia itu yang terpenting.Bagaimana kita memanfaatkan usia kehidupan kita untuk sang pencipta, untuk keluarga, untuk agama bangsa & negara kita.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beramal soleh & berpesan-pesan ke arah kebaikan..



Tahun 2011 pelbagai cebisan pengalaman di dalam hidup.Ada pahit dan manis.
Ada pelbagai rasa di dalam hati ini.Ada yang tak bole diceritakan disini kerana terlalu personal, cukuplah ia disimpan dalam hati.


Antara perkara paling payah untuk momma lakukan di tahun ini adalah melepaskan jawatan yang telah dipegang selama 5 tahun di co pertama mama bekerja sejak graduate.Biarpun hanya berpangkat rendah disitu ( tak setaraf dengan kelulusan yang ada) tapi momma happy sebab pelbagai cebisan pengalaman & pengajaran momma dapat disitu.Disitula mama dapat duit dari titik peluh sendiri, dapat membantu family dan juga dapat berkenalan dengan ramai teman-teman yang sehingga kini masih rapat & berhubung baik. Dari gaji disitulah mama sama-sama kumpul duit dengan Papa untuk membina masjid dan membina keluarga kecil kita, sayang.Disitu segalanya bermula..

Momma ingat lagi hari terakhir disitu, mama memang sedih sangat meninggalkan workstation.Saat bersalam-salaman ngan teman sekerja saat paling memilukan sebab mereka semua bagaikan adik beradik momma..tapi momma nekad dengan keputusan yang diambil.
Cukuplah 5 tahun yang teruji disitu dengan segala kerenah orang atasan yang mendatangkan marah.HAHA.Gurau je.Ramai yang baik-baik, ada beberapa ketul je yang poyo.hehe.pengakuan berani mati nie.momma fikir sudah sampai masanya untuk berhijrah seperi sahabat-sahabat rapat momma dan memulakan sesuatu yang baru.Untuk apa bertahan disitu, kalau hati sudah tiada kan :)

Pedih hati dilukai dan bila diri tidak dihargai okeh!

Dan rupanya betul kata pepatah, selepas hujan kita tercari-cari mana matahari, rupanya ALLAH ingin hadiahkan pelangi yang indah untuk kita. Rezeki ada dimana-mana.Alhamdulillah percubaan business online pertama momma menjual baju bajan baby mendapat sambutan.Mungkin ini semuanya rezeki Qies.Momma inspirasikan semua ini dari anak momma.Idea asalnya kerana mama 'gian' membeli baju untuk qies, taula ada anak perempuan.Biar ada sedikit ujian, momma anggap itu asam garam orang berniaga.momma take it as postively.Tak payah dilayan kata-kata nista, nanti buatkan semangat hilang.Anggap ia lalat-lalat yang berterbangan aje.Kalau ikutkan rasa hati yang terluka atas cakap cakap orang yang tak berasas, dilayan lama-lama nanti apa pun tak boleh :P


Untuk 2012, momma berdoa dan berharap rezeki mama di dalam bidang yang mama minati ini terus ada.Mama happy buat keja macam ni sebab selain dapat memberi sepenuh perhatian pada Qies mama dapat juga buat duit poket untuk perbelanjaan kita bersama.Mama berterima kasih sangat kat Papa sebab support & bagi peluang macam ni.Papa the one yang selalu bagi galakkan apa saja bidang yang mama nak ceburi.Thank you my dearest hubster..

Hmm kadangkala bila diingatkan kepayahan mendapatkan segulung ijazah dulu, momma ada juga berfikir untuk kembali ke pejabat,nak reward diri sendiri dan oh nak setelkan loan ptptn sendiri.hee.tapi tengoklah nanti macam mana.Tunggu qies besar sket lagi or depends pada offer yang datang.Kalau bole momma tanak terlalu workaholic macam kat ex co dulu, nak balance family & work.For me segalanya memang perlukan duit, tapi duit bukan segala-galanya.Duit tak bole beli masa terindah bersama insan kesayangan momma.Momma happy dapat lihat sendiri anak momma membesar dan sebagai seorang wife marine engineer mama dapat luangkan lebih banyak masa dengan Papa bila papa bercuti..


Hari tuu, momma ada bersembang dengan wife seorang marine engineer.Dia bekerja dan selalu balek lewat setiap hari.Anak-anak sedang membesar dan bersekolah, saban hari hanya ditemani maid di rumah.Ayah jauh di kapal, ibu bertungkus lumus di pejabat hingga ke malam.Bila results exam keluar dan tak memberangsangkanm si ibu & ayah mulalah termenung.sebab sedey tak dapat meluangkan masa temankan anak belajar, check buku anak-anak.hmm..itu semua buat mama berfikir banyak kali untuk kembali bekerja pejabat.Yela anak-anak bila makin membesar diaorang lagi perlukan perhatian.Kena pulak tinggal di kota metropolitan ni segalanya mencabar..


Hmm ini memang macam hukum ekonomi, bila kita nakkan sesuatu, kena lepaskan sesuatu.Ini dinamakan kos melepas :)

^_^


tahun 2011 juga Papa & mama sudah masuk 3 tahun bersama sebagai suami isteri yang sah.
Bohonglah kalau dikatakan cinta kami tidak teruji, sedangkan lidah lagi tergigit.Kadangkala amarah dan rajuk menguasai diri tapi sebaik mungkin papa mama cuba tangani-nya.Demi rasa cinta dan sayang yang terlalu mendalam.
Sehingga kini Papa & mama masih di dalam fasa memahami diri masing-masing,saling menanam sifat saling percaya apatah lagi kami selalu berjauhan.Sedangkan berjauhan sehari 2 sangat memeritkan inikan kami yang berbulan-bulan tak bersua muka.


Alhamdulillah situasi PJJ ini semakin menguatkan kasih sayang Papa & mama.
Inilah rezeki kita sekeluarga, di lautan biru sana.
Doa mama, semoga familykecil kita bahagia sampai ke syurga nanti..
Ameen!


Papa & mama juga saban hari belajar untuk menjadi papa mama terbaik untuk qies, kalau dulu masa baby qies blum pandai memberontak, sekarang papa mama kena pandai tangani tantrum & segala kerenah qies.Contohnya macam sekarang nie qies tengah tak sihat, cough & flu.oh memang sangat menduga kesabaran, serba cranky.kadang-kadang nak jadik resakse gorgon dek kerenahnya tapi memikirkan dia masih sangat kecil, yg dia tahu hanya bermanja.Papa mama layankan je sebab 20 tahun lagi qies mesti dah jauh ngan papa mama.mesti rindu dia sangat-sangat time tu.Sekarang qies dah mula pandai meniru percakapan orang dewasa jadik papa & mama lah yang kena selalu menjaga tingkahlaku.


Kehadiran qies dalam hidup Papa & mama melengkapan kehidupan kami.
Tak sunyi hari-hari kami dengan adanya kamu..
sememanya, kehadiran anak ni merupakan anugerah terindah!






Betul kata orang, kehidupan seharian yang kita lalui ini adalah pengalaman dan guru terhebat.Kalau kita tidak pernah merasa terjatuh, kita tidak akan tahu sakitnya terjatuh.Tapi mungkin selepas dari terjatuh itu kita lebih berhati-hati untuk berjalan, terus ke hadapan.Tak menoleh ke belakang lagi..Pengalaman lah yang mengajar kita untuk berhati-hati di masa akan datang.Biarlah hari ini kita dihina,dicerca,dibuli dan maruah kita diperkotak katik oleh orang lain (biar kita dipihak yang benar) jangan kita sesekali kita membalas kejahatan pada org org itu kerana nanti samalah tarafnya kita dengan si polan itu.Percayalah, tiap kesabaran Allah pasti beri ganjaran.Tiap kebaikkan pasti akan menang di penghujung cerita.

+_+


Rasanya saban tahun kita azam dan berazam.
Antara tercapai & tidak je azam-azam tu semua.Biasalah kita hanya manusia yang mampu merancang tapi ALLAH swt jua yang menentukan segalanya.Percaya pada-NYA perancang terhebat di dalam kehidupan kita ini.Bila doa kita belum dimakbulkan, itu tandanya Dia maha kita terus berusaha & berdoa..


Sbg manusia biasa kadangkala terselit rasa kecewa di dalam lubuk hati yang paling dalam kerana tak mampu mencapai impian yang diidamkan, tapi percayalah ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.Tiap kali rasa itu datang, cepat-cepat buang jauh-jauh dan terus bersangka baik di atas tiap aturan-nya.


La tahzan..



Untuk tahun baru yang bakal menjelma ini mama berdoa semoga segala impian kita sefamily berjaya direalisasikan antaranya rumah pertama qies, tempat kita sekeluarga berteduh.
Semuanya masih dalam proses, mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan segala urusan..
tak kisahla rumah kita nanti kecil, asalkan kita sefamily sakinah, mawaddah & rahmat di dalamnya..

Insya-Allah.


Semoga kedatangan tahun baru ini menjadikan kita semua hamba ALLAH yang sentiasa mensyukuri tiap nikmat & rahmatnya.Momma mengingatkan diri ini juga yang kadangkala terleka, bahawa dunia ini semata-mata pinjaman dari yang maha Esa.

marilah kita sama-sama berazam menjauhkan kita dari sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, berdengki sesama insan, menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri, bertangguh untuk melakukan kebaikan dsb.







yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan.
Sematkan perkara yang positif & bersangka baik setiap hari..

maaf zahir batin atas silap & khilaf saya di 2011.

Salam tahun baru 2012 sayang-sayang semua :)

5 comments:

ummi nia said...

hope tercapai semua azam akak utk thn dpn..ameeennn

ummi nia said...

hope tercapai semua azam akak utk thn dpn..ameeennn

ayeesha anna said...

Entri penutup yg sgt mendalam kesannya di hati bila dibaca

~mY LiFe~ said...

wwaahhh tharunya... btul kate akak ble parents always bz anak2 t'abai... smoga sgala azam akak tcapai :)

iduraz said...

sangat tersentuh baca entry ini..membuat saya lebih menghargai apa yang ada..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails