Jalan-jalan blogwalking ke website antara artis yang menjadi idola momma, Wardina.
Hati ini tertarik dengan penulisan blognya bertajuk Apabila ingin mengata.
Terkesan betul isi entri ini, untuk sama-sama bermuhasabah diri..
Mari renungkan ayat ini sebelum kita mengata orang lain,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"
Ayat 12 : Surah Hujrat
Dan mari renungkan ayat ini,
Sabda Rasullullah S.A.W:
'Sesungguhnya tali silaturrahim membuahkan kasih sayang dalam keluarga, melimpahkan harta dan memanjangkan usia'
(riwayat ahmad dan tarmizi)
Akhir kalam, marilah kita saling bersilaturrahim..
Niatkan dalam hati kita bersahabat kerana ALLAH, jauhi sifathasad dengki sesama kita demi mencari redha Ilahi..berlapang dada dan bersangka baik.
^_^
Pesanan khidmat masyarakat dari,
:))
p/s : memaafkan itu sukar tetapi membuatkan hati kita tenang apabila melakukanya :)
4 comments:
marilah kita saling mengeratkan tali silaturrahim sesama kita kak... =)
btol btol btol
metoi...memaafkan itu sukar tapi bila dah buat hati lapang....semoga ukhuwah fillah berpanjangan..
amin...tak mo lah buruk sangka nanti jadi gaduh..benda kecik jadi besar.
Post a Comment