yatekhram jr pwetty pwincess

Wednesday, February 29, 2012

29 February 2012, anak solehah kita seorang

Bismillahirahmanirrahim..
Tarikh yang unik hari ini.Empat tahun sekali.


Banyak nak share dengan Papa, keletah anak Papa yang makin bijak ini..
Dah mula pandai mengaji, setiap hari mama ajarkan dia Alif Ba Ta, Iqra dan doa-doa yang simple.Nampaknya dia terang hati dan nak mengikut, Alhamdulillah.




Seronok dia bila time mengaji, elok je nak bertudung.



Momma belikan Iqra, Muqaddam dengan rehal sekali.



Rajin-rajin mengaji ye Sayang, Nanti Allah sayang.



Papa Momma akan pastikan qies dapat pendidikan dunia akhirat dan jadik anak yang solehah. Yang bakal mendoakan Papa & Mama setiap masa nanti. Ameen.


Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan terindah ini.Papa Mama bersyukur sangat Allah kurniakan seorang puteri yang selalu buat hari-hari ini indah dan terisi :))
+_+



** Mode sayu tengok qies dah tertido sebelah momma, takde geng borak.kepenatan sangat dah tido pun dia.


Tuesday, February 28, 2012

Eksaited semacam dapat call dari Papa!





Yeay finally after 17 days lost contact dengan Papa di lautan dalam, ringtones 'sesuatu yang berbeza' berdering dengan gembira semalam.*yeay yeay lompat bintang*


Sesi panas telinga laah apalagi :D





dia suka sangat thomas sekarang ni, sebaek blogshop momma ada jual ni :P
(sempat promote, hehe)




Aksi-aksi anak kesayangan Papa yang happy bangat bila Papa call..
ai know u mish her like crazee.Mulut dah kepoci, asik rebut hp dari momma je.Dia je nak berborak ngan Papa :P


Memang tamau diam ini budak, pukul 12 malam masih membuntang mata!
Maen car lah, layan cartun dia, haihs.Sebaek momma awak ni tak kije, layankan je nak tido pukul berapa pun.Kalau tak mesti sangap kat opis, hehe.



feminats car no 1 macam Papa.nanti belikan qies car control agi ye Papa..yang ni rosak dah dikerjakan dia :P






Thank yu so much Papa sebab dah topap kasih sayang untuk qies dengan momma, lama tuuu kita lost contact.hee.Hope lepasni Papa terus sign off je, qies tak sabar nak p coti-coti ngan Papa lagi!



* yeay febuary nak berakhir, dah nak masuk March.suka suka :)

Sunday, February 26, 2012

Hujung minggu yang sangat best ;))




Yeay my baby toshiba is back.Baru ada mood berbelog guna lappy kesayangan, dah 4 tahun guna memang banyak jasa.
*charger makcu tolong bawakkan dari kluang tadi, ma cih makcu)


Dua hari ini momma dengan qies memang tak melekat kat umah.Semalam pegi Hari kantin skola Kakak Farra, Karnival WOW & hari ni pegi PD hantar lappy makcu sambil amik angin pantai.Qies dah pegi dah Mcdonald tepian pantai tu Papa! hee.Papa sign off nanti memang tu jadik tempat lepak kita bertiga la kang.

Phew weken ni hectic habis.takpe yang penting qies happy sebab dia dapat jenjalan & ramai orang suka layankan dia :)

Cam biasalah bila qies dah balek Putrajaya, asik kena kidnaped ngan makngah dan jugak geng momma-momma angkat kesayangan qies! Ini pun feminats qies kat Kluang sanun dah tanya bile qies nak balek kluang lagi? Alahai baru seminggu qies balek sini, orang di kg dah windu nak main ngan qies, borak ngan dia yang petah bercakap ni :D


we loff u beary strong, family & friends yang selalu disisi.Peneman dikala Papa jauh dimata.
+_+


yea sabar ye Atok nenek, maklang, paklang to be, Uncle Haizul & geng-geng feminats kipas susa mati,kipas BBQ tu.HAHA.statement tak bole blah,kang ada sekejapan lagi mak enon membara mendrop komen hangit kan :P kehkehkeh.Qies akan balek lagi awal bulan 3 ni sebab nak jadik flower girl big day Bonda kesayangan dia, Bonda Eyta! wee can't wait nak tunggu 11 March.Momma plak nerbes lebih ni Bonda nak kawen,heheh.yelah this 16 mac jugak PapaMomma punya wedding anibersary ke 4 (4 tawon laah!) dan lepastu Papa homecoming.Double yeay! :)

# Berdoa jugak ni kot-kot Papa dapat sign off awal bole pegi wedding our BFF tu sesame.


Untuk pengobat rindu, nah layanlah aksi-aksi dak kenit ini, (mata momma kelat bantal & selimut dah memanggil-manggil utk polok-polok ngan qies yang dah lena since pukul soploh tadi) mana taknyee asik berjalan je, recharging time lah kan.





qies & vitagen mmg tak bole dipisahkan dulu kini selamanya :P



seronokkk join hari kantin skool kakak farra.amboi baru 2.5 year dah masuk skola!
qies beli kupon 20 hengget habis beli jajan :P


gelak kemain makngah tengok Upin Ipin berjoget, qies pulak takot takot je tengok maskot!





suka sangat :)






with family makngah, lepak lepak Putrajaya lake cruise.Papa jangan jeles qies naik cruise!





photoshoot by the lake.memang suka sangat dapat belon minnie tuu!



malam semalam Ibuk Rinie & Ummi Nawal dia ajak jenjalan Karnival WOW lagi,


wahh wahh suka nampak poster upin ipin tapi takot dengan maskot!






amboi santainya dengan momma angkat layan konsert! best2 artis yang dtg.memang happening Putrajaya sbb ramai datang nak tengok live concert FOC Ella, Mnasir, Ramli sarip Black, Stacy, Hattan, Hazama seme mantap betul betul suara.Kalau Papa ada mesti suka bole nyanyi sesame,heheh!

terapi sekali sekala kan..






qies tengah berjoget tengok stacy menari.amboi amboi anak Papa.malam tadi goodgirl je dia, tak takut pulak dengar music kuat tu.heee.



fenats tapi qies sangat happy dapat outing sini sana :)



Okbai.nanti momma sambung tempek agi gambar dan ceritera bergambar di lain episode.
Selamat malam sayang :)



** Rindu Papa sangat, amat-amat.Dah masuk 16 hari lost contact.Terus bertabah ye hati.


Saturday, February 25, 2012

Karnival WOW Putrajaya




Qies dengan momma and family makngah baru je balek meronda-ronda Karnival WOW Putrajaya, macam-macam ade! hehhe.


Minggu ni Putrajaya banyak betul aktiviti, Le tour de langkawi, Pesta Buku Islam, Expo Rumah, Expo Mari masuk U & pelbagai lagi.Patutlah ramai betul orang kat sana sini.(Gaya cakap macam spokeperson Putrajaya je :P)


That's why Papa & Mama decide beli rumah kat sini untuk bermastautin.kehkehkeh.






Dah pay day kan?
Marilah bawak family bersantai-santai, memacam aktiviti ade! Upin Ipin & boiboi pun ade.


Oh yea tadi qies nak cruise tauuu, dah 6 tahun momma duduk Putrajaya ni baru nak merasa naik Daun Cruise tu dengan qies.Ada diskaun 50% sempena Karnival WOW ni.Suke kemain qies dapat naek bot.Teramat banyak gambo menarek momma captured.later okay peeps!


Dah kefenatan sangat nie, nak off to lalaland ngan Qies.Malam ni kalau takde aral nak bawak qies tengok fireworks pulaknya :)




ini budak tecik memang kaki jalan macam PapaMomma dia ;p



p/s : Kalau Papa ada mesti lagi syiok sebab ada banyak car autoshow, car control seme.


Thursday, February 23, 2012

Qiestina dan stoberi coklat

Papa yang dirindui selalu, tengoklah aksi puteri kesayangan jantung hati kita ni bila dapat stoberi.Selama nie kan kalau tengok kat book tu bising je mulut dia sebut 'bery bery'

Hehe.

Papa taula kan, anak Papa tu hantu buah.Macam momma :P
Memang tak penah putus stok buah kat fridge sebab dia kan suka bukak tutup cari stok nak mengunyah.kuikuikui.So better momma galakkan dia makan healthy food instead of jajan kan.


No jajan no jajan!
(Tapi bukan senang nak larang dia, aduyai)
Kalau ikut momma pegi kedai habis dia punggah seme,grr.


Sempat lensa momma merakam aksi macam-macam dia!


hye Papa, nak stoberi..?
nak anggur?




beria-ria masuk mulut!



Makanlah buah untuk kesihatan.cewah!



Cicah stoberi & anggur ngan coklat sedappp!
^_^







HAHA






Urmmm, sedapnyeeeee..
(qies dah pandai cakap camni)




muke tak bole blah! haha.
tau mashammmm :P



heheh happy sangat dgn gaya duduk syomel je
:D :D



Mata Qies nampak berair tu sebab panas dalam, sian dia asik bertaik mata je.
Semalam momma dah bawak dia pegi jupe dokter kat Annur dah, dapat manyak obat.


Oh yea anak papa sekarang goodgirl, elok je nak makan ubat.hehe.
Dia kata 'gola gola'
kehkehkeh.


Psst, Nanti Papa balek kita bawak Qies pegi petik stoberi kat Cameron yeh! Mesti Qies suka sangat.


Tuesday, February 21, 2012

21022012, sedang apa dan dimana?

Rindunya kat kekasih hati dunia akhirat momma, dah sebelas hari takde kabar berita.
memanglah ada si syomel anak dara kita yang semakin petah bercakap ni menemani hari-hari momma disini, tapi takkan sama dengan belahan jiwa momma seorang.


Mama windu sangat nak gussip-gussip ngan Papa.Nak pinjam bahu Papa :(


Bila qies dah off to lalaland ni lagilah terasa.Kena pulak kat Putrajaya nie just the two of us.
hmm tak sempat update kat Papa pun yang momma dah balek umah mini kita, Papa out of coverage...Sehari dua ni mood nak berblogging pun ke laut sebab charger lappy momma tertinggal kat kluang. dah tak bole on lappy kesayangan Momma tu :(


Haih macam mak nenek betul pelupa.Mujurlah ada lappy adik, momma rasmikan dulu lappy baru pemberian Pak uteh qies.Cumenya tak syiokkk sebab seme gambo syomel qies ada save kat lappy momma!


Hmm nothing much to update, sedang apa dan dimana Papa..?
we really mish u so bad.
As usual, take care yeh.Ingat kami dalam doa Papa.Icha si manja Papa sorang tu asikla menyebut nama Papa 2-3 hari ni.Pandai bila mama tanya Papa sape nama?


"Ekam" -- HAHA.bolelah tu,dedekat dah ngan Ekhram :P

She kinda miss yu.Lagilah bila kat umah Putrajaya ni semenya mengingatkan dia pada Papa.Banyak memori terindah.


Till we meet again Sayang..
*Hugs ketat-ketat*


Friday, February 17, 2012

Keletah Cica & Caca yang bikin grrrr




Sepanjang Qies duduk umah Atok Kluang, budak kenit dua orang ni memang macam belangkas.Maklumlah sepupu sebaya, gegal pulak tu.Atok gelarkan derang Cica & Caca.

heheh syomel kan :P
Nama macam lebih kurang aje.

Dimana ada Cica disitu ada Caca.Si Cica kemain agi naik notty kalau ada geng,tadi baru je atok dia dia jadik resakse gorgon sebab pandai-pandai tuang ribena sendiri dalam botol, sudahnye tumpah semua! Ayah Si caca nak anta caca ke babysitter tapi mengamuk-ngamuk caca tanak sebab seronok nak main ngan Cica kat umah Atok.Sudahnye pasrah jugak bila Paklong dukung bawak naik motor hantar jugak ke umah bbysitter dia.

Aiyaaa.
Siyes nak fengsan jaga budak 2 orang ni, akal sangat banyak.
Tadi mama masak kat dapo, budak dua ni tau-tau dah bukak pintu, main kat jalanan.Ya Allah berderau darah momma, dahla banyak keta lalu lalang. Kat jalan kampung pun memasing pecut keta macam ape.Kalaulaaah..

Nauzubillahimin zalik.Peliharalah anakku dari sebarang kemudaratan Ya Allah..


Seriyes momma kagum dekat momma yang ada anak rapat-rapat macam ni.Tak terhandle okay.Memang tak bole buat keja sebab kena monitor je apa derang buat.Sesaat ditinggalkan ade je projek yang bikin mendatangkan kemarahan.huhu.Qies kalau takde geng, dia okay je tanak main kat luar ke ape, bila ada geng tu yg berani kemain dia main kat luar.grr.


Sekali momma tunjuk babap, terus pasrah 2-2 macam ni,





haa tau pun babam num ribena elok2 dalam bilik.



hmm kembar oh kembar tak seiras!




momma say no no no main kat luar..Atok kata ada monyet nanti geget :P




Dah cepat tido sekarang!!
( sora resakse gorgon momma)

hehehe.macam mak tiri kata maklang :P



Yea tak dinafikan mendidik anak-anak sekarang memang mencabar jiwa raga.dengan kenakalan & kebijakkan luar biasa derang.Sayang memang sayang, tapi kena bertempat.Kena bertegas jugak especially bab keselamatan.No krompromi ye sayang-sayangku..nanti kalau dah terjadi perkara yang tak diingini menyesal tak sudah.Pernah terjadi mase momma jaga qies warded dulu, ada budak kecil sebaya Cica & Caca kena langgar keta sebab main terpa kat jalanan.Ya Allah kesiann betul budak tu patah sini sana.2 Bulan dah dia kena warded, siang malam meraung kesakitan.Nak salahkan sape?


Biar anak-anak kena kurung kat dalam umah, asal derang selamat.

Sekian pesanan penaja :P

Thursday, February 16, 2012

Bila kerinduan bertandang...

Sekarang ni, Qies pantang dengar bunyik henpon momma, mesti terus dia eksaited nak jawap!
Terus bising mulut dia, pegi kat mama cakap 'enpon enpon'
Sejak duduk umah Atok Kluang ni ramai suke melayan, mulut semakin petah.


Qies pandai dah eksaited jawap call --Lagi bila Papa yang call & buat videl call nampak muka Papa yang encem tu ( semestinya paling encem dihati Qies dengan momma lah)
eceh pandai Qies buat muka malu-malu kucen :P
menggade-gade taw.


Papa taula muka malu-malu dia cemana kan, heee.
Rasa nak kunyah-kunyah je, cheeky sangat.




Momma, Papa call..

Yeay!!


eksaited, bukan senang Papa dapat call bila kat tengah laut dalam tuu :)
Kadang seminggu, kadang 2 minggu sekali baru dapat phone line.




Ello Papa, Papa watpe tuuu?
Icha miss Poppa..
Papa work rajin-rajin yeh, nanti cari wit nak beli syusu, pampes, toys Icha..

(Papa panggil qies Icha, manje sket :P)

Banyak betul nickname cik Eryssa Qiestina momma Papa ni : Qies, Icha, Cica, Ninina
hee.nama panjang katakan.




Oloh henpon nokia momma tu dah jadik toys Qies dah skrg,kena hempas pun tak pape. panjang nyawa tuu dah 2 tahun lebih pakai.hehe.




Papa cepat balek yeh! Qies miss nak alan-alan naik car ngan Papa..
JJCM sini sana ngan Papa..Momma dah verangan dah nak g vacation ngan Papa tuu :P


Dah sebulan marine engineer kesayangan Qies bertugas kat tengah laut dalam.
Ala pejam celik pejam celik je dah sebulan.

hmm.Qies lately asik angau je sebut Papa, nampak pelakun kat tv bole dia jerit kata tu Papa.HAHA.Aiyoo memang kronik rindu dia kat Papa ni.Patutlah lately bila nampak lelaki macam Uncle Firdaus buah hati kesayangan maklang sakinah yang ini memang dia manja semacam.Mintak dukung, mintak jalan-jalan.Paklang to be dia pulak suka melayan bawak jalan-jalan sini sana, seronok lah budak kenit tuu.


She kinda miss yu la Pa..maklum dah big girl kan.
Pandai dah mencarik & bertanya..


Takpe, sket lagi bole jupa Papa..this time Papa sailing for +- 2 months je okay Yayang..
Kalau ada pengganti, ujung bulan depan kita polok-polok lah Papa..


Momma pun miss Papa! Definitely miss yu darling.
Cepatlah sampai hari itu.hee.



Wednesday, February 15, 2012

Wordless wednesday : Little Amoi













HAHA, geli hati momma tengok aksi qies pakai ceongsam macam ni :P
Makngah kata macam amoi bukit, kehkehkeh.


Tima kasih kat maklang yang hadiahkan baju syomel ni kat qies, nampak peyot pun nampak laah.hehhe.Sepanjang duduk umah Atok Kluang memang dia jadi bahan model maklang laah.


Hmm, gula-gula hati ramai katakan :)

Tuesday, February 14, 2012

Percayalah rezeki datang dari pelbagai cara






Pagi-pagi buka peti emel, hati ini tersenyum.
Alhamdulillah, ada lagi rezeki anak kesayangan momma hari ini, datangnya dari Nuffnang lagi.
2 keping cheque beramaun sekian sekian dah on the way, akhirnya.
Mama teruja kali ini sebab pertama kali dapat cheque untuk advertorial job.


:)


Benarlah kata orang, rezeki itu datangnya dari pelbagai cara.Bila satu pintu tertutup, ada banyak lagi pintu yang sentiasa terbuka.Asalkan kita mahu saja berusaha, pasti ALLAH sentiasa mendengar doa hamba-nya.
Tak kira dari makan gaji atau bekerja sendiri, rezeki yang halal harus dicari.Biar tak banyak mana, at least it something :)


+_+





tangan cenonet sedang mengaminkan doa :)
Semoga rezeki Qies terus murah, Insha-Allah.




Terima Kasih semua yang setia membaca belog picisan Eryssa Qiestina :D
feminat no 1 haruslah Papa.

Qies loff u all so mucho taw :)



Berbelog kalau kena dengan caranya memang bole mendatangkan income sampingan.Tak caya tengok belog otai-otai kita tuu.
Yang penting kena rajin berusaha dan berdoa, niatkan dalam hati berbelog untuk mengeratkan ukhwah, hati kena bersih, hilangkan perasaan PHD sesama kita dan sentiasa berlapang dada, Insya Allah pasti rezeki akan datang.


Eh momma dah macam ustazah pulak, yelah baru dengar tanyalah ustaz tadi, hehe.


Terima kasih ALLAH, syukur alhamdulillah.



Monday, February 13, 2012

Qiestina's hijabi






Ahahha tajuk tak bole blah :P
+_+



Eih mana tau one day qies ada jenama tudung sendiri, kita verangan lah dolu.

Semalam qies ikot momma pegi majlis sambutan maulidul rasul kat surau,makanya momma 'paksa' qies pakai tudung.HAHA.kejam gila statement.katanya melentur buluh biar dari rebung kan.


Pujuk punya pujuk, si anak solehah kita sorang ni pasrah je tak cabot pun tudung dia sepanjang 2 jam majlis berlangsung tuu. Padahal Cuaca punyelah panas tak hengat..Good girl.Nenek kata qies paham pegi majlis ilmu, tak meragam langsung.Baik je dia duduk dengar ceramah sekali, lepastuu nampak ramai geng sebaya barulah main sini sana ukur surau.Bagus ni, lainkali mama bole ajak lagi.




Tengok tu gaya qies berhijab!






Oloh cik ninah rambut terkuar-kuar sudah :P




Syomel tak? syomel tak?

Hehhe.haruslah.(sape lagi nak puji kalau bukan momma dia)






like momma like doter :P
( semalam ramai kata qies dah moke cam mama, Papa silalah jeles)



Okay dokay, more peektures qies pegi majlis maulidul rasul kat next entry lah yeh.
Tengah hari, masa untuk mengasapkan dapo!

Till then, Happy Monday :)
Assalamualaikum.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails