Sejak dari semalam momma nak buat entry birthday bash party qies yang berlangsung dengan jayanya hari sabtu lepas di rumah atok & nenek kluang.tapi kesihatan si syomel kesayangan momma tak mengizinkan mama mengadap lappy.qies demam batuk selsema sejak semalam.semalam demamnya mencecah 38 darjah, tapi momma dah bawak ke klinik tawakal.nasib baik klinik dah bukak selepas raya ini.makanya bila qies demam mama pun jadik zombie lah as usual.inilah pengorbanan seorang mama.hmm.
qies demam nak bertukar tahun agaknya.last year masa birthday party pun qies demam.demam nak bertambah akal.
atau demam rindukan papanya barangkali.hmm.
* yang ni momma tak bole dapatkan obat, sobss*
Alhamdulillah, hari ini anak yang momma kandung & lahirkan dengan seribu kepayahan akhirnya membesar dengan sihat, bijak & sempurna..anak momma sudah berusia 2 tahun hari ini! 2 tahun yang terindah ini juga mengukir banyak momen suka duka sepanjang bergelar mama.kehadiran kamu, eryssa qiestina binti mohd ekhram sharif juga merubah status papa & mama selamanya.di bahu papa & mama tergalas tanggungjawap untuk membesar dan mendidik amanah dari Allah ini dengan sebaik mungkin.
ketahuilah sayang, di setiap langkah perjalanan-mu, ada doa papa & mama mengiringi.
Semoga menjadi khalifah Allah yang beriman, solehah & berguna kepada bangsa agama & negara.
mungkin harapan & kata-kata momma ini agak klise, tapi momma sangat sayangkan qies tauu..!
sesungguhnya tak bermakna hidup ini tanpa melihat qies membesar di depan mata mama, tak melihat senyum pertama qies selepas bangun dari tido, tak mendengar tangisan qies yang mahukan itu ini.sekarang qies mula pandai bercakap itu ini, buatkan hari-hari momma terisi indah melayan keletah kamu..
terima kasih yayang mama & papa sebab buatkan hidup kami indah dan bermakna dengan kehadiran kamu sebagai lambang cinta kami :)
dan ini untuk tatapan papa yang tersayang, yang jauh dimata dekat di hati.
mama buat special birthday bash anakanda kesayangan kita sempena usianya 2 tahun. sempena hari raya momma buat ala-ala open house.kali ini birthday party qies tanpa kehadiran papa, tapi alhamdulillah dengan pertolongan family kluang semenya berjalan dengan lancar.teramatlah ramai * almost 150 orang* memenuhi segenap kediaman atok & nenek kluang ini pada hari kejadian.hehhe.
just a sneak preview peektures..
sangat happy dapat cake barbie from momma :)
papa taulaa kan anak papa suke tengok cake, siap nyanyi appy birthday yu yu yuuu..hehhe.
barbie cake yang cantikkk & sangat yummy!
sayang nak potong sebab cantikk sangat..tempah kat kedai cake Emas je, yang penting halal & cun.nak tempah kat blogshop raaaamai tak buat cake time raya nie.
blue & pink theme for 2nd bufday bash.kaler pink tak bole lari dengan gegal :P
deco-deco ni momma buat sendiri wif help from maklang & makcu *tukang gantung*
*kalau sesape nak amik idea, silalaah berbuat demikian* hehhe.
besh sangat celebrate kali ini sebab ramai kazen & friends datang :)
ada kak farra, ada kak qistina, kak dylla, kak caca seme.ayiel & balkis je blum sampai time ni.
eksaited!
scooter pink karer! hehehe.so syomel siap ada musik nyanyi-nyanyi.qies sangat suka okay pa..
demam-demam pun gigih nak bawak scoot kesana sini..memang worth it momma belikan toys ni..she really love it.
hadiah dari papa ape pulaaak eh yayang?
hadiah kasih sayang :)
demam-demam pun gigih nak bawak scoot kesana sini..memang worth it momma belikan toys ni..she really love it.
hadiah dari papa ape pulaaak eh yayang?
hadiah kasih sayang :)
okay si birthday gal dah mula cranky demam.
taulaa bila badan tengah tak sihat tuu, ape pun tak bolee! asik cranky memerap ngan momma je.ni pon taip sambil meriba dia.anak manja seorang katakan..
kalau manja camni, camana nak kasi adikkk ni yayang? lol.
selamat hari lahir ke dua buat si gula-gula hati, puteri kesayangan kami..
kamu laah harta termewah yang kami miliki.
we love u every part of seconds.
** hope papa call qies today nak wish happy birthday qies.we miss u damn much sayang.
taulaa bila badan tengah tak sihat tuu, ape pun tak bolee! asik cranky memerap ngan momma je.ni pon taip sambil meriba dia.anak manja seorang katakan..
kalau manja camni, camana nak kasi adikkk ni yayang? lol.
selamat hari lahir ke dua buat si gula-gula hati, puteri kesayangan kami..
kamu laah harta termewah yang kami miliki.
we love u every part of seconds.
** hope papa call qies today nak wish happy birthday qies.we miss u damn much sayang.
12 comments:
hepy besday qies syg..hope cepat baik demam yer..antie doakan qies jd anak yg solehah & berguna utk papa & mama yer..adiah nnti antie postkn yer..
Eppy besday sayang...
Selamat Hari Raya
Jom masuk blog kita http://batulesung.blogspot.com
saya sebagai mama sangat teraru membaca entrie ini :)
happy birthday qies sayang!!
semoga qies membesar dengan bijak & solehah yer cyg.
btw,shomelnyaaa cake princess qies!!kaler pink+blue tuh mmg peveret anti tuh.kiss sket utk qies!,muahs :)
happy birthday sayang...untie diha doakan qies cepat sihat ye...nak beralih bulan ni..
WAH.. RUGI TOL AUNTY TAK DAPAT DTG...HEPI BESDAY QIES..
slamat hari lahir qies..comel betul kek die..moga cepat2 sembuh :)
dah besar dah qis..
happy birthday, sayang.. ;)
hepi besday ninina.....
muge jadi anak yg solehah...
=)
Happy Birthday Qies sayang. Semoga cepat sembuh dan semoga harapan mama & papa Qies berjaya Qies tunaikan satu hari nanti ye.
p/s: Pagi tadi otw gi keje terus teringat yang hari ni besday anak kak yat...hehehe~
happy birthday qies si syomel K-pop.
semoga jadi anak yg baik & solehah ye..
syg qiess..
happy birthday qies...makin syomell la dia...sgt sweet kek itew...biasalah kan kak yat budak nak tambah akal demam memanjang..semoga cepat sihat qies..boleh rempit soooter fink tu..
Happy birthday qies shomel ..smoga cpt baik.
Post a Comment