yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, September 19, 2008

Al Fatihah..Takziah buat Abg Emi & Family

Semalam jantung sy seakan terhenti bile
dapat call from my sista,Kak Y.



I'm so deeply sad to hear that news,mule2 terfikir mak abah or adik beradik kat kg.
Sebab kak y kata,ko jgn terkejot k ape akak nak betau nie.
Dup dap dup berdebar gile dada ni.
Rase cam nak pecah.
Then she told me adik abg Emi [her hasben] telah dijemput ALLAH.
Her adik ipar ( Abg Hisyam) yg PTD keja kat libya tu meninggal dunia eksiden semalam.
kemalangan keta dan menghembuskan nafas terakhir kat tmpt kejadian.
Pergi takkan kembali lagi :( :(

Innalillah hi waina lillah hirajiun..
Dari Allah kita datang dari Allah jua kite kembali.
Dlm usia 30 tahun dia dijemput Allah.
Allah lebih menyayanginya.


* Emo mode*
Sob..sob..sob..

Seriyes sebak gile,mata berkaca-kaca kat opis.
Serta merta teringat kat wifey Arwah Abg Hisham yg selama ini ber pJJ ngan hasben dia.
Dia kat Mesia,hubby kat libya as PTD.
Setahun jupe beberapa kali jek,last jupe 2 bulan lps kot, mase anak kedua dorg lahir.
Hati sy sgt tersentuh bile teringat anak-anak dia yg maseh sgt kecil,masih tak mengerti apa-apa.
Muzaffar bru setahun lebih,Muazzam baru je 2 bulan.
Ya allah beratnya dugaan buat Kak Izad.
I can feel what she feel rite now.
Kehilangan suami tersayang buat selamanya.
Ingin rasenya memeluk dia saat ini,mendoakan semoga dia tabah hadapi ujian Allah dikala syawal kian menjelma ni.
Owh kalo sy kat tmpt dia macamana..
dahla sekian lama merindu suami..pulangnya sebagai sekujur jasad yg tak bernyawa.
:( :(
Dengan anak-anak kecil yg memerlukan kasih syg ayah.
Kehilangan ayah tersyg dikala usia masih sgt kecil.
Mesti dorg kan selalu tye. mama,mana papa??
Sedehhhhhhnya :( :(
Huh berair mata ni bile taip entry kali ni.

Mase balek dr opis serta merta betau hubby this sadly news.
Me hold him so tight..so so tight.
hubby pon cam pelik mase tu,even mmg hari-hari kena pelok.
Macam rase tanak lepaskan hubby mase tu.
Terbawak-bawak perasaan,terkenang kalo sy berada kat tmpt Kak Izad.
kehilangan insan yg amat dicintai.
Nauzubillah min zalik.
Sy selalu doakan suami & insan2 yg sy kasihi dilindungi Allah.

Situasi ini juge buat sy terfikir utk selalu menghargai org-org yg kita sayangi.
Tak kira suami,keluarga,kawan-kawan.
Hargaila sementara mereka masih ada.
Hidup ini terlalu singkat kan utk kita,esok lusa tak tau ape kan terjadi.
Hidup yg terindah sekali cume.
Nanti dorg dah tade nanges airmata darah pon dah tak guna kan.


Call mak sy betau new sedih nie tadi,as usual mak yg ratu air mata tu menanges dgr berita ni.
Maybe mak & abah sy turun putrajaya arini utk melawat besan dorg tu.
Sy & hubby pon tak g melawat lagi sbb jenazah tak smpi lagi dari Libya.
Insya allah kami akan pergi melawat juge.
Jenazah akan dikebumikan kat Putrajaya maybe mlm ni atau esok.

Abg Emi,Ayah,Ibu,Eza & Abg husni dah sy anggap mcm family sndri.
so close sbb mmg duduk dekat2 sini & selalu berfamily gathering.
Sepanjang mengenali arwah abg Hisyam dia mmg warak orgnya & sgt loving hasben.
Selalu tgk dia romantik pegang tgn his wifey kat umah.so sweet.
Mmg suami & ayah yg baik.
Kebaikanya akan dikenang smpi bile-bile.

Buat Abg Emi & Family..
Takziah dari kami sekeluarga.
Semoga tabah hadapi ujian Allah ini.
Redha dengan takdir yg ditentukan Ilahi.
Perginya dlm ramadhan yg mulia,moga Rohnya ditempatkan dikalangan org-org yg beriman.

Al fatihah...

Updated: Petikan Berita Harian 23 September 2008 ( Selasa)


PUTRAJAYA: Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Libya, Khairil Hisham Ahmad, terbunuh dalam kemalangan jalan raya berdekatan Lapangan Terbang Tripoli, Khamis lalu.

Kemalangan itu berlaku selepas waktu sahur dan sehari sebelum Allahyarham menyambut ulang tahunnya yang ke-31.
Lebih menyayat hati, Allahyarham yang juga Ketua Canseri hanya sempat menatap wajah bayi keduanya, Ahmad Muzaffar, berusia dua setengah bulan, selama 11 hari ketika pulang bercuti ke Malaysia 3 Julai lalu.


Isterinya, Shahrizad Mohd Sharifuddin, 30, yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menerima berita sedih itu ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama bayinya serta anak sulung mereka, Ahmad Muazam, berusia satu setengah tahun di rumah ibunya di Bangi, dekat sini.

SHAHRIZAD memangku anaknya, Ahmad Muzaffar di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya, semalam.( salah tu sebenarnya baby ni namanya Ahmad Muazzam)

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid KLIA sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Presint 20 dan selamat dikebumikan jam 4.45 petang.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan termasuk dengan kehadiran kedua-dua anak pasangan itu. Turut berada di tanah perkuburan itu ialah bapa Allahyarham, Ahmad Kassim, 57 dan ibunya, Asiah M Salleh , 55, keluarga terdekat serta pegawai Kementerian Luar.

Difahamkan, ketika kemalangan jam 6.10 pagi (12.10 tengah hari waktu Malaysia), Khairil Hisham yang mula bertugas di kedutaan itu pada 25 Mac 2007, maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu kakitangan kedutaan warga Ghana menuju ke lapangan terbang untuk menjemput seorang tetamu dari Malaysia, merempuh bulatan.

Rempuhan menyebabkan tayar kenderaan itu meletup lalu terbabas sejauh 10 meter sebelum merempuh sebatang pokok.

Setiausaha Ketiga kedutaan itu, Mohamad Afif Abdullah, yang mengiringi jenazah Allahyarham berkata, Khairil Hisham yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan dalaman, termasuk kebanyakan tulang rusuknya patah dan tengkorak retak.

"Sebenarnya Allahyarham sudah membuat persiapan meraikan ulang tahunnya dengan membeli juadah untuk menjemput rakan berbuka puasa di rumahnya," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu, semalam.

Jenazah Khairil Hisham yang diterbangkan dari Libya menggunakan pesawat Emirates EK346, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2.15 petang semalam.

Mohamad Afif berkata, isteri Khairil Hisham sebelum ini tinggal bersama suaminya di Tripoli, tetapi pulang beberapa bulan lalu untuk bersalin.

Shahrizad yang ditemui hanya sekadar berkata: "Allahyarham pernah berpesan supaya saya menjaga diri dan anak-anak."



13 comments:

MamaIcha said...

yat, salam takziah dari saya & hubby...Al Fatihah

Momma Qiestina said...

terima kaseh busyung syg..
insya allah akan sy sampaikan pd family.

the whole family tgh berduka tu,nak raya kehilangan insan tersyg.Allah lbh syg dia kan.

Moga rohnya dicucuri rahmat.

hotcocoa said...

yang, takziah ye

alfatihah..

Momma Qiestina said...

tq fida laling..

sama2 kita doakan rohnya ditempatkan dikalangan kekasih allah.

amin.

mamaelly said...

Al-Fatihah ye Yat..

salam takziah wat ko n family.bersabar la....Tuhan lebih sayangkan arwah..

ziela said...

Takziah buat family abg hisham(sama nama dgn suami kak ziela).Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.Sama2 kita doakan roh arwah diberi rahmat oleh Allah taala.Akak pun rasa sedih sgt,tiba2 termenung sekejap terkenang kat husband yg jauh.Apapun kita semua milik Allah,xsemua org blh tabah dan sbr mhadapi dugaan spt ini.Cuma panjatkn doa smuga Allah beri kekuatan dan diharap org sekeliling wife arwah dpt mberi semangat yg xberbelah bagi kpdnya.Al-fatihah.

Momma Qiestina said...

za,
tq..yups tuhan lebih sygkan arwah..

kak ziela,
betul tu berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan? yat terbayang anak2 kecil yg maseh tak mengerti apa2 dah kehilangan ayah.
pastu teringat his wifey yg baru 28 dah jadi balu.Ya allah sememangnya apa yg kita ada sume pinjaman semata-mata kan kak!
Allah bole tarik balek nikmat bahagia sekelip mata aje.

Yat pon mase news tu tu teros tingat hubby,balek umah je teros pelok dia kuat2,terase cam tanak kehilangan dia smpi bile-bile.
Tapi kuasa allah kan,siapala kita nak menidakkan ke esa an Allah.

Jenazah tak smpi lagi dari Libya.
Dia diplomat kak.The whole family maseh berkabung..pengsan2 la mak ayah dia,terkejot kan.

semoga allah cucuri rahmat..amin..

Sue said...

salam yat. semalam da baca entry ni tp taktau nak komen ape.. hiba rasanya. Tadi lps mtg belek2 newspaper kejap. Rasa hiba dan kesiannn sgt kat wife arwah yg tgh dokong baby dia kat dlm gmbr dlm paper tu. Sebak dan mengalir air mata ni.. anak2 kecik lagi.. kalau sue kat tempat dia, taktau la nk buat apa. mmg sedihhh sgt2. Apa pun takziah utk yat n family.

Momma Qiestina said...

salam kak sue..

owh kak sue baca kat paper mana eyh berita ni?? paper arini ke kak??
yat tak g pengebumian arwah semalam,keja.Tp kakak yat update la ngan yat,dia kata mmg sgt deeply sad & taching kak once jenazah smpi kat klia tu.sume family & kengkawan dah tggu.imagine la kak 5 hari dah meninggal br smpi msia.sapa tak sedey!Gile lembap kerajaan Libya buat keja.cian jenazah tu..

pastu wife arwah abg hisyam smpi kena papah2 kesedihan mase kiss kali terakhir tu...wifey kan.kalo yat harusla pengsan2 gak kak.Ayah dia yg plg sedey,memang mase yat dtg melawat ngan hubby ari ahad tu tak berenti dia menanges.

u know wat,dia meninggal betul2 mase sehari seblom besday dia ke 30.betul kan janji allah kita akan mati dekat2 je besday kita.Dah byk tanda dia nak pergi,tp we all ni mmg tak perasan lgsg.

Skrg nie mase beri semangat kat kak izad tu,dia kena tabah & cekal besarkan Muzzaffar & Muazam sendirian.Yat doakan moga satu hari nanti moga dia kan temui pengganti suami yg baik mcm arwah abg hisyam.Biarpon xkan same,tp demi anak2 hidop harus diteruskan.

*sob*sob*
Emo bile teringat Kak izad & anak2.

Anonymous said...

salam takziah buat arwah, pernah kenal arwah masa keje kat wisma putra. he's so humble ptd ... al-fatihah.

Momma Qiestina said...

anynomous,

terima kaseh atas ingatan.
semalm paper metro,NST,Berita harian sume ade cite arwah nie.
semalam juge ada tahlil buat aruah.

Oh u pon keja kat wisma putra ye?
siapa ye?

Anonymous said...

hi, new to the site, thanks.

Anonymous said...

shes my lecturer..madam, semoga tabah menghadapi ujian allah..al-fatihah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails