bukan malam jumaat aje yang indah.tiap hari tiap malam pon indah :P
bila bersama yang tersayang segalanya indah bukan?
biar kadangkala ada masanya terkehel, tak sependapat bertikam lidah.inilah lumrah hidup berumahtangga. sedangkan lidah lagi tergeget.kalau sentiasa indah, orang kata tak thrilled.tipula kalau kata tak penah bermasam muke..tapi sekejapan aje, lepas tu kembali polok-polok *darah muda katakan*.hmm, rugi masa bermanja hanya sebulan dua.nanti dah naik kapal berbulan-bulan menyesal tak bermanja tahap maksima bersama.ehhee.
maaf tiada entri di hari kamis.dah sedaya upaya cari ruang utk menulis sesuatu disini, tapi masa terlalu mencemburui.kesibukkan menjadi mama, wifey & CEO di qies syomelicious membataskan utk berceloteh disini.iya 3 perkara ini priority seorang yang bernama yat sekarang ini.terasa sejak berhenti keja di *** semakin padat jadual hidup ini.rutin hidup berubah 360 darjah.sapa bilang duduk umah takde keja? rasanya 24 jam seakan tidak cukup utk mengurus itu dan ini.sambil memasak di dapur qies dah menjerit mahu dilayan. sekejap mama kasi vitagen, tak sampai seminit dia dah tumpahkan ke lantai.mama kena mop.aduh! memang never ending job..
baru anak SEORANG.
menguruskan rumah sekangkang kera pon heboh kata penat?
nanti kalau dah ade semi D tatau macam mana nak kemas :P haha.
eh jangan cakap banyak, cube kau duduk umah dulu baru tau.kalau tak merasa mana nak tau!
dulu ai 5 tahun keja opis, tau pegi keja kul 8pg balik kul 6ptg.memang sama sekali lain ngan life sekarang ini.totally changed omputeh kata.dulu kat tempat keja stress, balek umah tgk keja umah banyak nak kena buat bertambah stress.dengan kerenah qies yang mengada-ngada mintak manja, maklum 9 jam mama tinggalkan dia.
apapun, dalam banyak banyak perkara atas keputusan nekad mama..
mama happy.
sebab now if penat-penat pon berbaloi-berbaloi sebab buah hati pengarang jantung yang mama sayangi ini terjaga baik dgn tgn mama sendiri.bukanlah kata dgn pengasuh tak bagus,dulu ibu jaga memang tip top, bertuah sapa dapat pengasuh mcm ibu.tapi bak kata makngah qies, air tgn ibu yang melahirkan ni ada magik.
memang betul.
mama akui, sejak sebulan lebih qies mama jaga sepenuh masa qies tak penah lagi demam ke tak sihat.alhamdulillah.selera makan pon bertambah-tambah.alhamdulillah.memang inilah doa mama tiap masa, nak tengok anak mama yg syomel nie happy, sihat,ceria & cerdik.
dan semakin bertambah-tambah akalnya.ade je keletah dia yang adorable.yang nakal, yang lucu, yang menggeramkan.pendek kata dialah penyeri hidup ini.kalau dia takde rasa kosong je umah tak dgr dia menyanyi, tak nampak dia memunggah segala barang, aksi memanjat meja makan demi nak dapat makanan apa dia nak, bising hidupkan enjin keta dia dan bermacam lagilah.
dan paling buat hati ini tersentuh bila dia bangun pagi je, first words dia mesti:
'MOMMA'.
eh jatuh cinta teros cair.serius tak tipu.
weh orang panggil ai yang nakal-bigo-gile-gile ini mama.rasa macam baru umo 18 * perasan*.
bahagia teramat rasanya.tak percaya cubela jadik mama :)
gelaran yang termahal terhebat di dunia.even kau CEO syarikat gergasi pon takkan rasa sebahagia perasaan ini.betul..
terus rasa gatal nak buat adik utk qies malam ini jugak.wakakaka :P
eh puan yat, dah lupe ke hazab mabok mengandong? heheh.
pandai suapkan mama makan.
haih hati sapa tak cair macam nie?
^_^
kalah lomentik papa qies.
haih hati sapa tak cair macam nie?
^_^
kalah lomentik papa qies.
orang ketiga dalam hubungan kami.
dia selalu bikin onar tapi dia jugak gula-gula hati kami.
dia selalu bikin onar tapi dia jugak gula-gula hati kami.
aiyaaak..sayang tu bukan papa tau :P
ngan mr mekdonald pon kena buli.tak ke notty?
dan jugak dialah yang buat mama & papa makan tak kenyang, tido tak lena, madi tak basah.
dah kalau makan sambil mengejar dia yang tatau diam camana :P
tido for sure lah dah masuk 2 tahun terganggu sbb qies bgn nak susu.mandi? hehe.
wah wah dah dapat kegemaranya yang satu, takkan lepas.
eh jangan tanya adakah seme baju kami sedondon? jawapan YA.entah dah terbiasa sejak zaman bercinta macam nie, mesti sehati sejiwa,kadang tak janji pon nak pakai baju sama, tapi kalau dah berjodoh tu kan, tersama.heheh.now dah kawen duduk serumah harusla puan CEO tokey baju lah sangat ini yang uruskan baju bajan budak bertuah kesayangan saya itu.
dan cabaran jugak utk orang berbisnes baju bajan ini.sebab semua baju adalah sgt syomel.rasa semua nak kasi kat qies.kihkikihkih.tapi nggak bole dong.bisnes is bisnes..
dan di minggu payday ini, alhamdulillah jualan baju bajan laris sekali.tak cukup tangan melayan customer, dengan online, dengan yang customer datang umah COD terus.
syukurlah, semuanya ini rejeki eryssa qiestina.
kebanyakkan yang menyopeng adalah kalian, feminat no 1 buah hati saya itu,siap bagi duit raya in advance yee,terima kasih antie-antie semua.
qies really appreciate it "_"
melihat wajah insan-insan kesayangan lena diulit mimpi, buat hati ini merasakan..
am feel so blessed..
hidup ini biar tak mewah mana, tapi sempurna cukup serba serbi.disayangi dan menyayangi.rezeki tak penah putus buat kami sefamily.
ALHAMDULILLAH
syukur pada ALLAH atas segala nikmat-nya.