yatekhram jr pwetty pwincess

Sunday, July 31, 2011

sambut ramadan di kluang :)

salam semua :)


kami bersiaran dari kampung halaman atok & nenek qies di kluang :)
insya allah qies akan berada kat sini sampai hari selasa, lepastu busy dah papa nak naik kapal..

hmm definitely sorga berada di sini, kena pulak tengah musim buah-buahan..
keja we all kat sini asiklaa mamam, semalam ada kenduri nasi ambeng.phew sorga.dah lama tak dapat makan nasi ni..

bukan selalu pun dapat balek..
bila dapat alik, pulun laaa kan!


bila kat umah atok ni, qies laa yang paling happy sebab dapat lari-lari ukur halaman umah atok,explore sini sana then berkejar-kejaran ngan kazen-kazen dia semua..
kebetulan makngah qies balek sekali, so meriah.

memang riuh gila umah atok, macam tongkang pecah.tapi ini seme laah yang menghappeningkan suasana.sunyum je atok & nenek tengok gelagat cucu-cucu sorga :)




eh yayang mama main ape tuuu?
saja mengasah bakat menembak lagi tadi, captured pokok bunga kesayangan nenek qies :)




subhanallah!



sekarang ni tgh musim buah,


langsat, tapi belum masak lagi.maybe raya agaknya..




rambutan gula madu yang sedaaap! qies suke sangat ni..




waaau wee durian tembaga tuu, isi oren! tapi yang nie beli, murah je okay.
makan sampai puas..





si budak happy selalu :)
sowi saya cekcis sket sebab cuaca panas betul lately ni. hehe



di kesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan andainya sepanjang saya mengenali kalian/ berblogging ada yang tersentap di mana-mana.sesungguhnya yang baik segalanya datang dari ALLAH dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.


selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan marilah kita memanfaatkan bulan keberkatan ini.semoga ianya lebih baik dari ramadan yang terdahulu..


selamat berpuasa kalian :)


* syioknya malam nie nak g terawih kat surau ngan nenek qies, hope qies behaved tau syg.

Friday, July 29, 2011

kek lapis sarawak airis, sedap tak hengat!





*sticky mode, scroll down for latest entry*


eh korang seme mesti dah start wat persiapan raya kan..
dah busy gaban beli baju raya, dah start try test kuih raya kat sampel yang melambak-lambak tu *tingat time keja opis dulu* hehe.


korang nak try test rasa kek lapis sarawak airis taak?
memang sedap lagi dijamin terbaik.rasa sekali kompem nak lagi..siyes tak tipu.
qies punyalah suke, rasa sekali nak lagi okay..






haa cube korang tengok gambar kat bawah ni, haa awas yang tengah puasa tuuu!
takut kurus pahala posa tu nanti, ehehehe.




tempting kan?
kek lapis oreo pon ada okay!




fuiyooooo! memang meleleh air liur lah!

dan ada banyaaaaaaaak lagi jenis kek lapis yang setaap semenya..korang tengok kat blog/fesbuk rasmi derang ye.


so sempena promosi pembukaan rasmi bisnes kek lapis sarawak airis, ini ada promotion yang very special, korang mesti grab!



sangat berbaloi dengan kesedapan berkekalan tuu!
mana nak cari kek lapis sedap & murah camni???



kalau rasa nak try test merasai kesedapan berkekalan kek lapis sarawak airis ni korang bole terjah belog rasmi derang di :

http://keklapissarawakairis.blogspot.com/

dan marilah like beramai-ramai fanpage fesbuk derang kat sini.


dan lagi..kalau korang berminat nak menambah pendapatan, bolelah jadik ejen kek lapis sarawak ni..dedekat raya ni mesti banyak permintaan nak kek lapis ni tau.bisnes jual kuih la antara yang terlaku bila nak raya kan :)
jangan malu segan, 9/10 punca pendapatan datang dari berniaga, syiok berbisnes nie..
apa susah, dari blog & fb pon bole jual, no worries.

kalau korang ada pape pertanyaan bolelah terjah fanpage fb tu ek!


okay daaa, rasa nak bersantap kek lapiss pulak!
yummehh..

nak keeee? cepat order..
beli sekali kompem nak lagi.


gula-gula hatiku dunia akhirat.




bila pangun pagi, kebiaasaanya qies bersemangat dan ceria.

terus cari mama dan kasi senyuman manja yang manis tu.terus first word 'momma'.kadang-kadang 'mommy' hehe.bila pulak mama ajar cakap mommy tah, pengaruh baby tv kot =P

mama rasa bersemangat nak mulakan hari baru after tengok anak mama sihat, ceria & cergas.
virus-virus jahat jangan datang lagi occay, qies nak main, nak skool, nak explore banyak benda baru.

Alhamdulillah syukur puteri kesayangan mama dah sihat dah!

semalam qies duduk ngan papa masa mama bukak booth.qies behaved je.
good girl.tak jadik nak anta kat ibu nanti risau menjangkitkan selsema batuk yg masih ada sket2 tu kat kawan lain.





ele sunyum simpul anak dara mama ni..




happy sangat tengok baby tv...celik mata je baby tv,hehehe.




geget doraemon, ah si bam bam tu la mangsa gomolan & gegetan qies.kadang2 qies geget mama, adoiii!



how time flies, dah end of july dah.nak masuk bulan ramadan then raya.

bila masuk ramadan teringat je momen mama sarat pregnantkan qies dan melahirkan qies dikala orang lain sibuk bersahur in year 2009.qies kan baby ramadan al mubarak :)
semoga berkat bulan keberkatan itu menjadikan anak mama seorang khalifah yang mulia, yang baik akhlaknya, sempurna serba serbi.Insya-Allah.

semoga anak mama terus jadik anak yang solehah dan terus buat hari-hari mama indah ye sayang!


maklang, hari nie qies balek umah atok kluang.kak farra & paem pun balek jugak coz kami balek berjemaah.wee syioknya nak sambut awal ramadan kat umah atok nenek.


esok kami nak kenduri nasi ambeng, ah setapnyaa!



Tuesday, July 26, 2011

anak beranak not feeling well.

cik qiestina pujaan hati papa & mama tak berapa sihat.
dia kena selsema & batuk.hurm sah menjangkit dari mama..sian my yayang :(

ini qies baru tido lepas asik cranky.biasalah tak sihat memang dia macam koala bear la dengan momma dia nie.siapa lagi nak layankan dia.untunglah mak kamu keja from home, kalau tak harus momma EL ni.hmm.

malam tadi tido dia tak lena sebab asik batuk.
mama tutup kipas, sapu vicks baru bole tido.
then mama dah bawak g klinik dan jugak bersilatlah macam biasa nak kasi qies makan obat.
tapi mama paksa jugak, kalau tak nanti alamatnya tak sembuh.
hmm ni pestime qies tak sihat since dah 4 bulan mama fulltime jaga qies.

jaga sehabis baik macam mana pun, kalau nak kena, kena jugak.biasalah tu.








kalaulah qies senang mamam obat macam makan lolipop kan senang!





qies kena sihat tau sayang..
mama tak kisah qies hyper aktif macam ni asal qies sihat!


hari kamis ni qies kena g skool ngan isya, mama bukak booth lagi.kali nie qies syomelicious berada di wisma sumber asli putrajaya pulak.jualan sempena gaji, nak raya.nanti momma-momma seme mailah datang sopeng eh! banyak sangat koleksi baju bajan yang syomel.
*iklan pulak, ngee*


okay, qies dah mula terbatuk-batuk tu.nak tengok kan dia.then nak cargas solat asar lalu memasak juadah menu berbuka posa.*yea mama mengganti posa lagi, tinggal sehari lagi*
apa nak buat, mama nak habiskan puasa ganti weken aritu tapi mama selsema & batuk.so taleh skip kena makan obat.ini pun batuk-batuk still ada.


dari sekarang praktis puasa, bulan depan dah bulan puasa.

Sunday, July 24, 2011

weekend with sahabat & supermomma




2-3 hari ai tak hapdate belog ada yang rinduu tak?
uhuks :P

hujung minggu kali ini memang busy tahap gaban betul.
gaban pun tak busy macam ni.lepastu tak berapa sihat pulak lagi malas nak membelog.

hari jumaat malam sabtu kami menerima kunjungan istimewa momma angkat kesayangan qies, bonda eyta dia dari JB..
lamaa dah qies tak jupe ex hosemate kami tu, bonda eyta dah rinduu..

rindukan qies si budak buah tembikai susu.
*gelaran buat qies, sbb time mama preggy dulu hari-hari nak makan tembikai susu, nak yang bonda pilihkan saja*

kan bonda yang tlg jaga qies since dalam womb mama.



si lasak asik membuli bonda aje kejanya :P
sorry laa bonda, qies kan dah big gal, tu macam-macam akal.tapi sora manja qies buat bonda cair kan? hehehe.

bonda cepatlaa kawen, qies dah tak sabar nak jadik flower girl ni tau :)
*sambil tadah tangan aminkan*




bff forever.
abaikan hidungku yang merah menyala itu sbb tengah selsema tahap kronik.sian sahabat, bila dia datang ai pulak tak berapa sihat.so mood agak weng-weng sket :(



dan petang tadi, perjumpaan ad hoc dengan geng-geng supermomma kat megakidz midvalley.
walau diri tak berapa sihat menggagahkan diri juga sbb teringin nak meet up geng-geng senasib yang dah lama tak jupe.kebetulan ada nak pass order baju syomel from kak ena, so cantiklaa!

midvalley tadi sangat full house, cari parking pun dekat sejam lamanya.
pergh.
tapi sangat berbaloi bila dah jupe the supermomma & kids.syiok!





meet them!

siti mummy fayyadh baru pestime jupe, yang lain dah penah meet before this.seme ngan anak yang syomel, tetiba teringat dulu2 gath bujang.how time flies!

yang dtg from left kak ena + dina+ mas+ siti + nurul

ain mama yara tak dapat dtg last minit sbb bby yara meragam..alahai.
maybe next time okay.





aaaaah baru ada muke ai enterprame :P
bukan senang nak amik gambar, qies tamau diam sungguh!





si budak lasak yang teramat laaaah aktif & eksaited bila nampak playground.
adooooooiyai anak sapelaa ni..?


just a sneak preview, later ai sambung lagik ceritera pertemuan dengan bonda & supermomma yeh! nak makan obat then titon dulu.*sambil lap ingus* :P

sebab momma selsema tak dapat nak kiss seme budak syomel ni tadi, sobss.


Friday, July 22, 2011

Berikan perlindungan terbaik untuk si manja




Tiap ibu semestinya nak beri yang terbaik untuk anak-anaknya..termasuklah memastikan anak sentiasa sihat dan cergas.Sekarang ni musim sakit anak-anak tak kira masa.Saya teringat masa qies duduk dengan pengasuh dulu, penyakit berjangkit lagila mudah tersebar.Bila ada je sorang kawan dia demam ke batuk selsema, mesti lepastu qies kena jugak.


As a mama, mestilaa saya risau..saya tak tenang nak pegi opis seme terkenangkan anak tak sihat.Dengan tak semena-mena saya stress sebab mana nak fikir antara anak sakit dan terpaksa nak amik EL sebab kena jaga anak sakit.Dahla keja memang selalu melambak-lambak, even dapat boss yang paham saya ada anak kecil, tapi tetap rasa macam bersalah tiap kali kena amik EL.tapi itulaa anak tetap no 1 dalam hidup seorang mama!


then saya buat sket research.ala thru internet je.sekarang nie ibu-ibu adalah sangat bertuah sebab ada internet seme utk refer itu ini.saya mendapat tahu macam mana nak beri perlindungan maksima kepada anak saya especially melalui pemilihan susu.Bole dikatakan setiap anak anak tak bole berlekang dengan susu, mesti nak minum susu.Qies sendiri dalam sehari almost 10 kali mintak susu!


Saya cari dalam internet dan lepastu search info kat http://dumex.com.my


Korang penah tak dengar apa itu IMMUNOFORCE?

Hehe,okay kalau tak penah dengar lemme share with all of you. IMMUNOFORCE tu adalah satu bahan di dalam susu yang fungsi utamanya untuk menyokong system imun anak kita.Apa yang buat anak kita selalu sakit? Tentulaa sebab system imun lemah!

Dalam pemilihan susu, banyak factor yang perku diambil kira seperti kandungan DHA yang bertujuan untuk membina otak yang cergas & pintar si manja kita.Kajian dah membuktikan, anak yang mendapat DHA yang secukupnya lebih pintar dari segi IQ..bukankan ini yang tiap mama mahukan? Kalau bole nak anak pandai membaca di usia seawal 3 tahun.hehe.


Baru-baru ini saya ada tengok kat bulletin utama TV3, Dumex telah melancarkan susu Mamil Gold terbaru yang mengandungi lebih 5 kali DHA dan jugak ‘immunoforce’ yang berfungsi untuk menyokong system imun anak kita..wah!


Rangkaian susu mamil GOLD terbaru yang terbukti secara saintifik akan kebaikan isi kandunganya.




nak maklumat lebih lanjut tentang produk ni dan nak dapat free sampel susu mamil gold korang bole surf di http://dumex.com.my or bole like Mamil GOLD facebook fanpage disini


hmm sapa lagi nak beri perlindungan yang terbaik kalau bukan kita sebagai mama kan?


Thursday, July 21, 2011

kita lihat siapa yang kena..*jeng jeng jeng*




yeay finally visitors ke 333, 333 sudah ditemui..!

^_^


cepat betul dah sampai ke angka keramat tu..
rasanya dalam masa sejam dua jam je dah reach number tu.dasat ar korang, bebetul gigih taw. i liokee!
*bajet ramai feminat la tu, haaaak tuiy*


=P

ni sayang korang lebey nie taw..
papepun tengkiu so much u all seme yang menjayakan contest suka suki by qies syomelicious ni.
kepada yang tak berjaya lagi, jangan give-up, ada laaagi contest lagi pasni :)


just wait & see eh!




dan pemenang bertuah itu tak lain tak bukan goes tooo...

*drum roll plisss*





.





.
.








.





.



my silent reader..



.





.







ana mummy dani

siap ada entry dia dapat captured no bertuah tu di entry ini.cayaaalah! syabas bete..
salam perkenalan dari kami sefamily ye!



clap clap clapp!


dani, nantikan adiah baju syomel dari butik maya qies tau! :)
momma tengah pilih baju syomel nak kasi kat dani ni.
hope dani like it eh!



okay jupe lagi next entry, mama nak temankan papa tengok bola chelsea lawan mesia ni..!
woottt woot!!
*tengok depan LCD tv je, takdenya g stadium*




be my 333,333 visitor!





yihaaa~!


tadi ai tengok kat sidebar kanan ni, dah nak dekat no cantik 333333.
so ni momma qiestina nak kasi mystery gift from qies-syomelicious boutique.


sapa dapat captured no 333333 & printscreen sekali *bukti* bolelah emel the details to me:
puteri_qiestina@yahoo.com






bukti camni tau :)



jom kita tengok sapa yang kenaaaa..!
+_+


thank u so much to all my fellow readers, pada seme followers yang tak jemu jemu baca kisah tak sempurna kami nie..


*lap airmata terharu*


followers belog picisan ini pun dah no cantikk 633 orang.
tanpa korang for sure momma tak serajin ini nak mengupdate selalu..
siyes..!






i lebiu beri-beri strong :)

Tuesday, July 19, 2011

sesuatu untuk dikongsi.

dari pagi try nak update something kat umah kedua kesayangangku selalu ini tapi masa tak mengizinkan.a bit busy update sales baju bajan syomel for raya.yeaahaa qies syomelicious buat sales lagi, silalalah terjah & grab momma seme.


belum gaji?


takpe, saya sangat memahami itu.momma seme bole book dulu..yang penting baju somel idaman qalbu korang dah book dulu.kang payday hujung bulan ni korang bank in laah ye :)
ai trust korang seme, dun wori.
semenya syomel syomel rasa nak kunyah-kunyah.kalau anak u all pakai hari raya nanti pergh memang style abes bak kata maklang qies.


hehhee.


sebut pasal raya, baru je opis papa qies call tadi.panggilan ke laut lah apalagi.
hmm nak kata sedih ke tak? tataulaah.tapi ada rasa happy jugak sebab papa qies kata seminggu after puasa ni baru dia sign on.okaylaah tu, merasa dapat puasa ngan papa even seminggu..

tak dapat beraya sama, puasa sesama pun jadikla!
dapat seminggu bersahur, berbuka, berbuka sesama.
:)


life as wifey orang kapal macam ni lah, banyak pengorbanan harus dilakukan.
jiwa raga kena kental hadapi segala kemungkinan.
tapi takpe sebab mama tau papa keja keras untuk masa depan kita sefamily.


mama harap qies faham ye sayang..?
maybe next year papa dapat beraya sama dengan kita, Insha-Allah.




si budak baik :)
*sold out dah baju ni, laris dipasaran*




muaaaaaah untuk seme! :)



okay got to go.
mama nak turun ke kedai nak cari lauk untuk berbuka puasa..
dah masuk hari ke tiga mengganti, cargas mengganti straight minggu ni.hehe.
seksa mengganti puasa kat umah ni sebab banyak dugaanya, lebih lagi kena masak untuk qies dengan papa.tapi wajib kuatkan iman!


till then peeps :)




Monday, July 18, 2011

sumber inspirasiku yang paling comel

ahem, tersedak mak enon baca title entry :P

weh bertenang, sapa lagi nak puji anak sekali sekala kalau bukan momma kesayangan dia?
kuikuikui.


hehe, lil korean gal kesayangan ramai buat apa tuu?
*korean laah sangat, mix jawa + nogori laah*




shelamat pagi shemuaaaa..
:)

mulakan hari dengan cenyuman tau, namo bermoke ketat di hari isnin.
momma kata tak syiok la monday blues!
keja rerajin tau anty anty seme..
momma pun bz layan customer baju bajan ni, almaklum laah nak dekat raya..terhangat di pasaran lah..




kalau stress mamam laah chipsmore, kejap ada kejap takde!
^_^




dan kalau rase nak sopeng baju love love & baju syomel macam shaye pakai mama kata klik je sini.hehe.
*qies kan spokeperson a.k.a PA momma*

style abes taak??




say cheesee!!!

relaxlaah jangan tensi tensi, tengok muka shaye mesti ilang tensi, hehe.

dah pegi sambung keja memasing, take 5 je taw.
jangan curik tulang time keja tak baik :P


pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh penaja utama baju syomel qies,
http://qies-syomelicious.blogspot.com



:)






Sunday, July 17, 2011

Gorgeous Event Floria Putrajaya




sememangnya indah bagaikan taman syurga..!
dengan bungaan yang cantik, wangi mengharum..memang terbaiklaah.

syabas to PPJ sebab every year buat floria putrajaya.
kami selaku warga putrajaya memang suke sangat. hehe.
semestinya suka cuci mata dan melihat keindahan alam..rasa stress free gitu.

mama dah pegi 2 kali pun still rasa tak puas..
kat taman luar cantik, kat floral pavilion yang ada akon laaaaaagi cantik.
ada 300 jenis roses dari seluruh dunia di pamerkan.


*speechless..*


let the picture tell the story..



roses are forever..








indah bagaikan di alam syurga..
bukti keagungan yang maha ESA.




stoberi pun ada!










keindahan taman luar floria, memang jadik kegilaan pecinta alam dan jugak photographer!
sini sana mengusung DSLR demi nak shoot yg terbaik..



momen di floral pavilion, this year tema roses are forever.so seme deco berunsurkan rose yang sangatlah gorjes..jatuh cinta!




subhanallah!



ada pelaminan nan indah yang berkonsep roses.pergh ni memang sedap betul mata memandang..maklang & makcu bole amik idea utk wedding korang nanti ;p




so nice pelamin!
seme roses yang segar, wangi & exclusive.




simple but nice!




:)




pon cantikk..mau se-ladang bunga habis ni ;P




roses digubah, pergh terbaik!


bila malam, aktiviti lagi happening sebab ada bot berhias setiap negeri & fireworks..




boat johor! yihaaa long live johorian..siap background musik kompang lagiii..


dan mengakhiri floria setiap malam mesti ada..


fireworks yang indah!



dan qies siap belikan momma ini,



.




.



.






roses for you momma..
:)

qies suke sangat bunga, macam nora elena pulak :DD
kehulur kehilir dia bawak roses tuu..siap kiss kiss, hehe.








roses memang bunga paling cun kan?

+_+


sapa yang still tak dapat pegi lagi, silaaah pegi bawak family ke sini.siyes besh!
event ni sampai malam ni je, dah last after 9 hari berlangsung..

kat floria ni budak budak mesti suka sbb ada banyak playground bole main-main, ada banyak jual toys jugak.momma & papa pulak bole happy happy amik gambar yang cantik, bole sopeng bunga-bungaan, pasu ke nak tanam kat umah ke seme ada..

kawasan floria memang besar!
kalau bawak bby pastikan bawak stroller sebab tempatnya luas..memang tak larat nak dukung.
kalau nak solat ke toilet takde prob, banyak tempat.nak solat kat masjid besi pon bole, sebelah aje tapak event.


okay more floria peektures after this..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails