Haluuuu haluuu semua :)
Mase utk bergolek2 sambil layan Spa-Q dan mengonlinekan diri.
Arini balek sharp,tadela sharp sgt around kul 6 camtu sbb sgt fenin.
Ntahla hari ni cam rase badan panas2 suam pastu weng2 je kepala.
[sabat pon rase suhu dahi sy,dia kata panas la mama qiestina!!]
Qiestina?? ahaha.
Takkan demam rindu kot?
Emm ntahla,banyak sgt fikir kot.
Keja,Bee,family,kwn2 semuanyalah.
Semuanya berserabut dikepala.
Lagi beberapa jam je kan 2008 melabuhkan tirainya.
2008,366 hari yg penuh soka doka pahit manis buat sy.
Macam-macam ado pada usia 26 thn sy bernafas di muka bumi Allah ini.
Btw,2008 merupakan tahun dimana byk merubah sy.
Bukanla merubah secara total,but a bit changes la.
2008..
Transisi dari zaman kegemilangan bachelorette to married life.
Tahun dimana impian merealisasikan cinta terindah termakbul.
Sy bergelar isteri kepada the man of my life yg sy kagumi,hormati kasihi & sayangi.
16 March menjadi tarikh keramat sy diijabkabulkan dengan sekali lafaz with Bee.
Sometimes mcm tak percaya status yg sy sandang ini.
Berat tanggungjawap yang harus kami laksanakan bersama.
But yeahh,it's exciting moments to be a wife.
Macam2 pengalaman,learn a lots dan maseh sedang ingin bercinta.
Btw,we're so happy with this bond,ikatan suci yg menyatukan kami.
Semoga sampai bile2 masjid yang dibina atas nama cinta tenang mawaddah rahmah.
Semoga ikatan ini melengkapkan sebahagian dari ad-din.
Dan nanti-nanti dikurniakan anugerah terindah Ekhram Junior :)
Talk about Married life..
Banyak kenangan terindah tercipta buat kali pertamanya bersama insan bernama suami.
Berpuasa kali pertama,beraya aidilfitri bersama,beraya aji bersama
[alhamdulilah,Bee cuti panjang utk celebrate kesemua yg tersebut with me,sgtla bersyukur]
Hanimun,jalan sana sini & spending most precious time with him.
Semuanya yang pertama kali & moga ini buat selama-lamanya.
Blaja mengenal hati budi,serumah dan we share everything.
Kami kan sentiase mencuba utk jadik yg terbaik.
Saling melengkapi.
Sweet momentos 2008 yat & ekhram:
16 March 2008,hari untuk menyatukan chenta terindah,bermulanya fasa hidup bersama.
All wedding pixas kredit to Abg Rahmat for very great,marbles & superb work capturing moments on our very2 special day :)
Tak jemu-jemu layan wedding pix sendiri.hihi.
Melangkah ke fasa baru dlm hidup,bye-bye alam solo ku~!
Sekali lafaz,sahla sy menjadi milik Mohd Ekhram Sharif yg terchenta.
Sekali lafaz,sahla sy menjadi milik Mohd Ekhram Sharif yg terchenta.
Career Life...
Tahun kerjaya kian berkembang.
Alhamdulilah,got promotion berkat komitmen tak berbelah bagi pd bidang yg sy minati ini.
Rezeki after kawen agaknya.
Near 3 years being employee to this GLC co,so many experience sy gain.
Joined this company since fresh grad from the oven.
Dari zero sampailah dah byk tau smpi skrg.
[Thanks to my colluages for their help,sgt berterima kaseh :)]
Tadela master,still learn sbb proses pembelajaran smpi mati takkan berakhir.
But yes,eventho fenin juga jadik part of HR team ni [mana2 co pon HR la dept org tak soka]
But happie juge sbb bidang ni byk peluang utk bantu org lain.
Bantu org yg job hunt,bantu existing staff dan rase happy sbb bile kite baik ngan org,org tu balas dengan kebaikan juga.
Betullah,wat u give u get back~!
Apepun sy still kena perbaiki my career performance from time to time.
Never satisfied sbb baru 3 thn je di alam kerjaya.
Beside earn own money,dapat juge kumpul kawan2 kat opis ni.
Dan tak rugi rasenya utk sy blaja HR field coz if one day sy quit n bukak bisnes sndri ke nanti,sy dah tau nak jaga compensation & benefits for my staff and taula hal2 management.
:)
Ape-apa jua keja yg kita lakukan niatkan ia sbg satu ibadah.
Insya allah mendapat kap-ba-ro-kap-alip- ta-nun [keberkatan].
Refleksi 2008 yg penoh warna warni..
Tahun yg banyak mengajar sy erti pengorbanan,kecekalan & ketabahan.
Pertama kali berjauhan ngan Bee selepas bergelar isteri ,dilanda beberapa masalah yg p&C utk direvealkan dan mcm2 dugaan lagilah.
Alhamdulillah,sy diberi kekuatan olehnya utk teros bertabah.
Biar ntah berapa baldi airmata dek masalah yg melanda,tp semuanya mengajar sy erti hidup.
Mengenal sapa kawan & sape lawan.
Mengenal mana kaca & permata.
Dan kerana berkat doa semua saye maseh di sini :)
Warna warni 2008,kian hampir kite tinggalkan.
Tapi kenangan terindah takkan luput dari ingatan.
Semoga apa pun yg kite tempuhi ia kan mematangkan kita.
Membuat kite sedar hidup ini bagaikan roda,tak selamanya di atas,tak selamanya di bawah.
Renungkan dengan iman,fikirkan dengan akal yg dianugerahkan.
Oke baikla,Mase utk saye sujud ke hadrat ilahi.
dah masuk waktu maghrib yg syahdu.
Sekian,selamat tahun baru 2009 semuanya.
Happy-happy sambut tahun baru,jangan lupa pada-Nya :)