yatekhram jr pwetty pwincess

Saturday, August 6, 2011

Doa melembutkan hati yang tersayang



Kali ini mama ingin berkongsi petua dari nenek qies , cara mendidik hati anak-anak & suami agar lembut seterusnya mudah menerima nasihat & hidayah.

Zikir Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya.


Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. *Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak*

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"



Melembutkan hati anak

1) baca Ya-Lathiff sebanyak 7 kali sebelum anak tidur atau sedang menidurkanya.kemudian hembus di ubun-ubunya, mukanya dan dadanya.


2) baca "Allahu Lathiffu Bi'ibadihi Yarzuqu Mai Yasyaa' Wa Huwal Qowiyyul A'ziz" sebanyak 7 kali. Lepas tu hembuskan pada anak/suami/isteri atau ketika memasak hembuskanlah ke makanan..

Semoga hati kita lembut untuk melestarikan impian membina keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.



sayang kamu berdua hingga akhir waktu...

semoga kita kekal bersama hingga ke syurga.Ameen ya rabbal Alameen.



p/s : Doa senjata mukmin.renungkan dan selamat beramal :)



10 comments:

MisS NaSiHa said...

doa itu snjata org mukmin...
jom singgah tmpt sy ..
http://itqannajah.blogspot.com/2011/08/22-dah.html

Momma Qiestina said...

nasiha,

hanya pada ALLAH tempat mengadu, mudah-mudahan dipermudahkan semenya.

okay dear nanti ai terjah!

Mama Rizqullah said...

Yat,

Doa tu pun tukang urut saya ajar...eheheh..dia kata elok tuk lembutkan hati suami dan hidup bahagia...tapi kalau suami ok,x yah ler buat dia kata...

Tapi elok buat kat anak2,biar besar jadi anak yang soleh..

dieha said...

thanks yat for sharing..moga sentiasa berganda pahala yg Allah berikan..amin..

Momma Qiestina said...

mas,

haaah eloklaa diamalkan utk bina keluarga yg sakinah :)

especially anak2 tgh membesar nie..

Momma Qiestina said...

dieha,

inilaaa petua mak saya nak lembutkan hati anak2, dengar kata..utk suami pon bole..

sharing is caring :)

fqa said...

tq kak yatsaring this zikir..
penah gak dgr ader sorang ustaz bgtau dlm tv tp terlupa nk write down..insyaallah nak cuba

Aisy Nasiha said...

thanks 4 sharing....sy pun tercari2 jg ape2 doa utk ank lelaki yg 16bln...aktif orgnya, tkut jd nakal kalau xpandai kwal, maklum lah ank sulung baru..arap2 dgn doa2 ni dpt la dia jd anak yg soleh...

Momma Qiestina said...

feeqa,

sharing is caring,mari kita sama-sama mengamalkanya :)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

besh info kak yat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails