yatekhram jr pwetty pwincess

Friday, December 31, 2010

. it's sweet and sour 2010.





erk.
dah macam tajuk belog ai :P
ini entry penutup 2010 & entry ke 300 this year.whoaaa 65 hari je tak babbling :P


tinggal lebih kurang 5 jam je lagi tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya.
how time flies, oh terasa sangat fast & furious kan?

bermacam kenangan terindah terindah & tak berapa indah di tahun ini, segalanya telah mama catatkan dalam diary digital ini. lotsa experience..hmm maybe 60% dah tertulis di sini tapi yang lain biarlah disimpan dalam hati.ada benda yang kite perlu privatekan utk diri sendiri juga kan..

antara rentetan kronologi 2010,

january & feb - qies baru berumor 4-5 months old.mase ni jugak papa dah mule naik kapal dan tinggalah mama & qies buat pertama kalinya sejak jadik mama.oh bermacam momen, suka duka, kalut panik seme dirasai.3 bulan jadik papa & mama buat qies..hanya berdua saja tanpa bantuan sesiapa kat rumah.alhamdulillah tuhan sentiasa permudahkan segalanya.

time nila reporter from BH (siti) approach me kat belog, dia nak interview and photoshoot seme berkaitan life cinta org kapal.hihihi.


hai siti! lamanyaaa tak dengar kabar berita, kalau baca entry nie pliss hai yat eh :)


march : haha inila kenangan terindah yang tak bole lupa, mama & qiestina featured kat paper berita harian.jadik cover page lagi..for column ratu.qies baik je sepanjang photoshoot tu, siap bagi aksi syomel senyum senyum sampai akak & abg photograper geraaam tgk dia.hihihi. hasilnya paper tu atok dah framekan kat umah kluang.wah, tak menahan :P

refer this entri here.

oh yea, ngam ngam artikel mama & qies kuar paper, papa homecoming!
so double happiness for us :)

then, ade lagi yang besh, my ntah-hapa-hapa-ntah belog listed as 50 belog terbaek belog malaysia kategori cahaya mata pilihan majalah intrend. terkejut badak ah time tu..maklumlaa ade lapan ribu ratus belog besh kat luar sana.

refer this entry.

btw, semenya rezeki qies.tak pepasal qies terpemes amos gara-gara intrend & berita harian.tapi semenya bukan mama qiestina yang suki suki cari publisiti yeh, plisss dun get me wrong.orang yang carik kami, so rezeki jgn ditolak :)


march jugak, our 2nd wedding anniversary! alhamdulillah tahun nie hadiah annv kami sungguh beerti iaitu si syomel kami :) syukur syukur padamu ya tuhan atas anugerah terbaek ini.

april : tahun ke tiga dapat celebrate bufday papa qiestina bersama.oh bulan nie jugak sgt syedih kerana kami kehilangan baby faris aiman anak makngah & pakngah..semoga aiman bahagia di syurga..

may : tahun ke tiga jugak dapat celebrate bufday mama bersama papa dan kali ini super duper besh sbb dah ade qiestina.

june : papa dah mule naik kapal, so mama & qies kembali berjuang berdua..so far semenya okay cume ada sekali tu qies demam terok.tengah malam berkejar bawak qies g hospital dgn bantuan mama lina & papa shah.thank you so much guys!

aug : our first ramadan without papa around..tapi alhamdulillah semenya okay.qies anak yang baek, senang je mama puasa even sengsorang jaga dia..teros jadik anak yang memudahkan mama ye sayang !

sept : happy birthday qiestina sayang! qies dah masuk 1 year old..sekejap aje dah big gal..on that day papa balek buat kejutan dari kemaman tapi qies dah 'terkejutkan' papa.qies mase tu dah kena pos alik kluang sbb nak sambut raya.hihihi.tapi hari yg sama qies kasi papa mama spend time berbuka puasa & sopeng kuih raya :)

sept jugakk, our first hari raya tanpa papa.perasaan? ofkos sayu, tapi ape bole buat kan..papa g work utk family.btw, mama happy sebab ada ninina raya kali ini, qies pon dah mula berjalan & kutip duhet raya.paling besh sbb dapat raya kat kluang tanpa perlu cabot undi.hahaha..

okt : yeahaaa papa homecoming.merata dah berjalan bertiga..sonok bila papa ade disisi..

nov : still bertiga-tigaan sefamily :)

dec : qies dah masuk 15 bulan! dah bijak dan sangat cerdik.dan dah dapat 'adik instant' pon si faheem qayyum.hahaha.adik sendiri? tungggggggggu..


oh dah habes tahun ini..






hmm nak abes dah 2010 mama..qies dah big gal kan mama?



yes bai-bai 2010..



welcome fabulous 2011 :)

mari mulakan hari baru!




semoga ALLAH terus panjangkan usia kita dalam iman dan semoga tahun baru yang akan menjelma menjanjikan kerahmatan, kebahagiaan & ketenangan buat semua.
dan salam ukhwah buat semua pembaca setia belog apelah-sangat-ini..


Jumpe lagi di 2011 kalian :)
Insha-Allah.

^____^



Thursday, December 30, 2010

kerana bola esok cuti umum semalaya!





salam selamat pagi dahlinks semua :)


after solat subuh teros bukak lappy.cik ninina masih sleeping beauty lagi.bangun mintak susu pukul 5 tadi teros babam balek.penat tengok bola laah tu kot.haha.

mama tak bole nak babam balek sebab batuk batuk makin kronik lah pulak.semalaman asik uhuk uhuk.sejuk lah kot.dengan selsemanya, asik terbersin bersin.kompem menjangkit dari ninina.
kejap kejap lagi after breakfast musti makan obat nie.

malam tadi, we all sefamily layan bola together tau.kunun nak g tgk skrin besar kat perbadanan putrajaya sekali ujan la pulak.then tengok kat teja precint 9 je sambil dinner.ade skrin besar jugak..siap ade press lagi..yang kelako tu press zoom in camera gabak dia kat ninina.haih kang tgkla kot moke ninina masuk paper lagi :P ke masuk tv tataulah..

qies kan tgh eksaited dah dapat kaki.mana dia tau statik kat babychair dia.kejap kejap nak turun and ukur foodcourt.nak tgk air terjun buatan laa, nak tgk lampu2 laah..sampai ke kedai mamak double triible dia ukur.tapi seriyes sgttttttlah happening suasana tgk bola ramai-ramai kat luar.siap ade yang berjersi malaysia bagai.pastu sorakkan kuat gile macam nak pecah gegendang tinge ai tau :P


pastu dah masuk kul 9, qies dah mula cranky nak titon.we all pon zass balek umah, seb baek drive 2 minit je dari teja.haha.sambunglaaah tgk kat tv becau umah pulak.lagi syiok bole golek golek atas tilam :)
lagi riuh sebab jiran budak budak bujang kiri kanan bersorak macam apee.hehehe.meriah!


tup tup, alhamdulillah malaysia menang Piala suzuki AFF 2010!!!
:DD
cayalah, congrats to all players for their hardwork.derang memang deserve menang kan..
^_^


dan pagi ini bukak utusan online ade very very gud news:

Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


source : Utusan Malaysia Online


*yeay yeay lompat lompat*



yeay yeay esok momma cutiiiiiiiiii!

eleeeeeeee sukenya daddy girl tuuu...



yeaaaaay bola finish!! hihihi pandai qies tiru aksi papa dia...


*today papa qies jadik mr mama*

gudluck poppa!


sure seme orang happy kan dapat cuti? kenalah hari sabtu new year :)

so selamat bercuti semua, manfaatkan cuti kalian bersama yang tersayang eh!


** terjupe belog awek keeper malaysia, khairul fahmi yang rupa macam korean looks tu.how schweet love story derang.likey lapanribu kali :)

Wednesday, December 29, 2010

ku berjanji kerana cinta

Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
'Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:
Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu...menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain






senyuman tawanya yang selalu buat hari-hari mama beerti :)






dan kalian berdua antara yang terindah dalam hidup ini...
penguat semangat no 1!

dikala jatuh, kalian buat mama bangkit..
dikala kesedihan, kalian mengubat lara hati ini..


mama promise will always love both of you for the rest of our life..



hmm.. masa bertiga semakin suntuk.
next week papa maybe dah nak naik kapal semula :(

*sigh*

tapi kami happy sbb kali ini papa cuti lama, dekat 3 months.
semuanya kerana eryssa qiestina. papa rasa berat hati nak pisah ngan si tecik yang makin bijak pandai tuu..yang dah pandai nanes bile papa kuar tak bawak diye..
esok & jumaat qies takyah g skool. qies dok ngan papa tau :)



dan semoga semua urusan kita sefamili sentiasa dipermudahkan, Insya-ALLAH.
^_____^


~yat.ekhram.qiestina forever~

Tuesday, December 28, 2010

Alhamdulillah qies dah dapat adik :)






*woot woot*

beberapa hari tak membelog, tajuk bikin gempak jeee kan :P
err berabok ke?

hmm, kesihatan qies dengan mama tak berapa okay plus kebusian maha teramat menyambut adik baru qiestina membataskan nak mengadap lappy segala.
^______^


waaaah qies dah dapat adik instant tauu..
sepasang lagi tauu kali ini..hehehe.
tak perlu mama kena mabok mabok tak hengat + kena belah pewot :P

syukur alhamdulillah..

lahirla suda seorg baby boi yang syomel berlesung pipit dua belah macam mama ninina *tetibe* sebenarnya macam papa dia.dilahirkan pada 24 december 2010 via normal delivery seberat 3.7 kg! whoaaaaaaa debot kan! respek betullah ibu dia bole teran sebesar tuu..bam bam macam baby sebulan tau.very the gewamm.teros rase nak beranak lagi :P

baby comel & sihat, berkat push push ibu dia yang bertarung nyawa almost 24 jam tu.
syukur alhamdulillah :)

dan akhirnya nama yang indah dipilih oleh ibu & papanya,


FAHEEM QAYYUM



semalam after 4 days kat spital [faheem kena masuk NICU dulu] teros discaj & lepaking our mini home. ai & mak ngah ninina tlg take carekan si ibu pantang + baby.masakkan lauk pantang seme..
tapi pepagi nie three of them dah zass berpantang balik kluang..
harus antie aily dah tak sabar nak gomol baby kan!



sebelum faheem balek tadi, siaplaaaaaah mama yat photoshootkan dia, maklumlaa faheem kan
anak ai jugeeek :P tu buat gaya cam anak sendiri.lol

hohoho bukan senang ye nak amik gambo baby, tak bole guna flash, kang terperanjat.seb baek dah biasa amik peek ninina so bolelah shoot moment terbaek for faheem..harus ibu dia teruja nak tenok niee..


ini pun gambo tak berapa sharp.ni guna manual mode baru okay ckit.



hye semua, call me faheem qayyum.
terbuntang mata, bile senyum sgt comel lesung pipit 2 belah..


lepasni siaaaaaplah ibu & papa bersilat faheem.tapi faheem budak baik..malam tadi takde pon berjaga malam, nanes cume nak nenen jeek.






ibu & papa faheem kat spital ampang.time nie seme org taleh tgk faheem sbb kat NICU.frust tak pat gomol dia time tuu.tapi dah terbalas dendam bile faheem stay with us semalam.


see, happy bangat ibu faheem after lahirkan faheem..sungguh bahagia menjadi ibu kan :)
selamat berpantang & welkam to mamahood life..



malam semalam kan, once kami tau baby faheem nak stay semalam ngan kami, teros kemas-kemas bilik utk faheem.tau tak si ninina kepochi tu pasan mama kemas katil utk dia.teros dia yang babam dulu.mementang sarung bantal fink.hahaha.

gaya jeles jeee tu bile mama pegang adik faheem.siap buat macam-macam nak attention dari mama dia.geget wipe tissue lah, guling2 kat lantai laaah.
dah macam mana ni mama nak kasi adik 'real'?





see, qies very notty picit pipi adik faheem.

haip! haip!



pagi ini baru nak berkawan ngan faheem, elok je baring sebelah faheem tau.hihihi.



siaplaah pasni EQ + FQ bergusti sakan :P






si kaki cenonet tapi panjang macam ibu dia :)
rase macam nak kunyah kunyah jeee..




ergh.
okaylaaah.nanti free-free ai tempek agi gambar baby baru ai yeeee..
sangat very very the banyaaak :)
harus ibu + papa dia buat wallpaper + screensaver kat opis nanti tuu.kan kan?

hope baby faheem jadik anak yang soleh and dear mama lina + papa shah selamat menjadi ibu bapa terbaekk..


nanti dah habes pantang cepat balek KL tau, nak gegomol faheem debot!


p/s : tengah cuti pantang tu, if free sila update belog yang sangat berabokk..



Sunday, December 26, 2010

kami bertiga di seremban.






salam semua :)

selamat hari ahad.
whoa for sure seme tengah golek golek di hujung minggu nie kan?


kami bertiga ada kat seremban ni, umah our bff mami ena & daddy ayau.
since semalam kami dah berkampung kat sini sebab papa kena jadik org kuat wedding adik daddy ayau.ajk rewang katakan :P
hari nie papa kena jadik photograper laaa pulak.






si manje mami ena & dady ayo :)


qies baru je terlelap ni, so mama curik mase cket nak ngomel kat umah ke-2 nie.
haih ini budak kenit the whole nite cranky & menangis tanpa sebab.risau betul mama malam tadi.start pukul 1 pagi qies menanes tanpa henti,dia macam takot.then siap panjat sofa tunjuk something.mama dah berderau darah + meremang bulu roma time tu.kebetulan geng-geng rewang baru je alik kul 1 pagi tu dari umah peranten.takot ade benda 'asing' mengikut.

wallahuaklam.

then mama baca-bacakan ayat kursi ,ayat 3 kul, al fatihah hembuskan kat qies.barulaa senyap.
pagi ni, kawan papa qies kata kata memang kat sini 'keras' ckit.sebab yelaah kawasan kampung ade macam-macam.qies pulak tgh tak berapa sihat mmg kena kacaulaah.budak-budak kan nampak benda alam ghaib ni.haih menakotkan jee..

mujurlah tak lama qies nanes, kalo tak panik jugak we all.sebab nak kata sakit perot ke apa puas dah lumur minyak yuyi.siap tukakan baju & pampes seme kot dia tak selesa.

pagi nie badan qies cam panas ckit, demam lah pulak.mama dah lap ngan kain basah tadi and kasi makan obat nampak oklaah.tu nampak dia lena tdo niee.
syukurlah.hope takde pape :)



qies happy weekend kali ini papa still ada disisi :)



okay mama nak take nap kejap laah.letih bangat just tdo ayam je malam tadi.
pukul 1 kang dah nak g umah peranten laah pulak.
hope cik qies behaved coz dah cukup titon..
qies sefamily pakai karer ungu sama tema ngan peranten tau :D


tata & have a nice day!



Friday, December 24, 2010

kaki-kakiku lenguh semua *tskk tskk*







Since bangun tido nak solat subuh tadi, kaki mama tetibe lenguh gilee.
ade macam cramp ckit :(
tapi kaki kanan jeee.haih kenapa apakah?


makcik cleaner yang baek hati kat opis ni advise soh beli minyak panas & urut kaki.
dah sapu minyak & urut ckit cam okay,tapi temporary je laaah.
dia kata biasalah org pompuan kalo dah beranak sure ade problem berkaitan kaki ni.
lenguh sini sana..
apatah lagi time sesejuk gini, patotnya tido kena pakai stoking.
erkk apekah?


*padan muke mama ngelat je nak pakai stokin time dalam pantang,kuang kuang kuang*


tskk.

nak g berurut kat sini pon tatau mana tukang urut yg best.
baru je balek kluang last week.
kalo tau dah pegi berurut ngan peberet tukang urut mak wok or wak yah tuu.haih..
aritu time bersalin derang urut mmg syiok gileee..
time terkehel lutut aritu pon okay terus lutut ai * dengan izin ALLAH*.


tapi dalam lenguh-lenguh kaki pon, gagah jugak nak ikot kengkawan opis lunch kat mons rod bangi sambil menyopeng tudung kat zahra butik tadi.huwawawaa.maklumlaa pay day kan..
kalo tak lenguh harus dah sampai KLCC kot :P
huk huk.



mama notice mula sakit-sakit kaki since after beranakkan si ninina..
dulu mase belom preggy tade pon sakit-sakit gini.adusss..
apekah kerana kurang kalsium?


okay mommies seme, penah alami tak sakit lenguh kaki after bersalin ni?
any tips or medication?
tadi ade my kolig kata penah kena gak, just pegi berurut & refleksologi je katanya.

hmm, papepun hope cepatlaaah okay kaki kanan ni.
esok banyaaaak sangat agenda kena attend, wedding sana sini & bufday party aqieff anak geng kapal, kak shima.oh ye ada akikah mia anak antie mas.banyaaaaaaaaaknye aktiviti weekend ni..


insya allah kalau mama qiestina sihat, sampailaaah kami ke sana :)
^_____^



till then, selamat berweekend & merry crismas!
syiok esok bole melunjur golek golek...




qies impress tengok deco krismas kat jusco seremban :)






ngeeee :P
qies yayang pliss jangan notty asek nak momma dukung je okay.qies dah big gurl tauu..




Thursday, December 23, 2010

selain cerita qiestina, cerita apa?

Entah ape sal tah mood ke laut pulak nak membelog pulak neh :P
tadi dah draft panjang berjela pastu save je kat draft.
citer pasal cik qiestina laa palagi kan :)
nak citer macam-macam pasal progress dia, tapi tetibe err blank.HAHA.
soklaaa ye mama publish citer tuu..
^____^


tapi memang ia, mama dia addict citer pasal si buah hati sorang ni jee..
entry 2010 beratus-ratus bercerita pasal dia.
penangan anak memang ini macam kot kan mommies?


bukan niat untuk membangga atau yg sewaktu denganya. terpulang pada u all nak judge.
maybe ade yang kata : ek ele balek balek citer qies, poyo laaa.macam dia sorg ade anak'


tu contohlaa.
bukan mak enon yang kata.jangan tersentap pulak.

cerita pasal qies ni just nak buat future reference.nanti bile qies dah besar bole soh dia baca.hihihi.dan jugak buat bekap in case hardisk rosak ke hilang, dah sesiap bekap gambo dalam ini belog.

setiap hari nak amik gambar dia, pakai kamera henpon cap ayam pon jadik :D
sebab tgk telatah dia, gelagat dia yang macam-macam tu buat mama tersenyum bila stress melanda kat opis.magika!
dan bila rase give up datang melanda sebab masalah keja or rase-nak-lempang-orang tu hilang serta merta bila tingatkan qies.
:)



camana mama dia nie tak cair, tengok dia makan pon rase alahaaaai...



rase nak mintak ckit kopok tu! :P
nak kunyah kunyah budak tu sekali.hahaha





dan nak geget peha drumstick mekdonald dia bile pakai rompers cenggini :P



opss tergeram kat anak sendiri pulakk.


btw qies tengah tak berapa sihat sekarang ni, tu yang makin teringat kat dia.
since malam tadi dok merengek batuk batuk berkahak.pastu hidung tersumbat.
tgh musim kot skrg, budak budak ramai yang demam.
seb baek ade mr mama bole take care kan qies skrg nie, tapi ibu dia kat skool pon okay.
alhamdulillah dapat pengasuh yang baik macam ibu dia :)



eh rase nak citer pasal pengasuh laaa pulak.
hari tu mendengar keluhan ibu tentang perangai mak budak-budak yg dia jaga.
macam-macam hal..
sian ibu..haih..



citer tu next entry laaah ek?

:)








Wednesday, December 22, 2010

my bestfriend wedding | Epol & Ain






Syukur alhamdulillah, selamat sudah sahabatku menjadi suami orang :)
big congratulation to my friend epol & ain..
^_____^



rase macam semalam je kita naik bus sekolah sesama kan epol?
time lower & upper 6 aritu..pastu ko futher stadi kat UUM & aku kat UPM.
sorang utara sorang kat tengah.
kenal since kita jadik dak sekolah, memasing tak kenal lagi hubby/wife.hehe.

tapi ikatan kekamcengan kita tetap utuh till now :)
now epol dah jadik cekgu epol & mine dah jadi puan yat @ mama qiestina pun.
hihi how time flies..

sempena hari besar sahabat baek, kami sefamily balek kluang meraikan cinta epol & ain.
mana bole tak datang wedding day kawan baekk kan. ke utara selatan timur barat kan ku redahi. inikan pulak felda kahang timur kluang..
kami sefamily with atok nenek qies g sekali big day ankel epol..



hurm, rerupenya epol takde hired memana official photog for the day, so mama qiestina unofficially jadi photog of the day.HAHA.
ala bidan terjun jee.so nan ado je hasilnye :P

kebetulan kami sefamily dah datang awal and sementara tggu peranten tak sampai-sampai so bolelah snap a few moments :)

nie reception belah lelaki so simple takde pelamin seme.tapi high table dia cantikk!



so let's the peektures tell the story!




hijau yang damai :)

i liokee the decoration..





special pulut kuning, unik kan :)






si kepochi mama yang sedikit moody coz baru bgn titon.

baju syomel pressie from antie shakila teammate HR :)




meet my skool friend ina..
weeeeeeeee syiok habes coz lama tak jupeee..

pasni turn antie ina pulak yeeh..?





qies manje ngan antie ina pulakk :)
antie ina tlg jagakan qies time mama makan.

antie ina kata qies gud gal, senang dijaga..hihihihi.

pastu papa & mama pon mamam ngan aman kat luar.hiks.






special pressie for ankel epol :)






eeeeeeee yayang mama buat aksi menari kat red carpet keee tu? hahaa




yeah peranten dah sampaii....



how schweeeeeet pink karer! :)

oh inilaaah wifey ankel epol yeee, pandai sorok kisah cintaa ye korang!
alhamdulillah dah jadik hubby & wifey pon...



mama, peranten dah shampaaaaaaaaaaaai!

haha molot ninina tak bole blah :P





tahniah both of u! :)
welkam to married club..


sesi bergambau gedix wajib sebelom beredar...




us at high tableee :)



yihaaaa form 6 ssaj gathering.
inila teman seperjuangan memerah otak time nak amik peksa STPM dolu..

ina & adila with us :)






jalan-jalan qies terjupe atok salleh ayahanda bonda eyta..
hihi dah kantoi antie eyta nak kawen bilaa :P


hahaha..





with my mom & mak epol :)









qies with nenek & momma :)



and ofkos with her...




darling poppa! :)

manjeeeeeeeeee gile ngan papa diye tau sekarang..
maklumlaaa gofren papa :P



dear epol & ain,

selamat membina baiti jainati mawadah warahmah kalian..
terus berkasih sayang hingga ke jannah yeee..
hope both of u seia sekata sehati sejiwa for the rest of life..


dan cepaaaaaaaaatlah kasi qies kawan! :)
* nie paling penting*


Ameen :DD


Tuesday, December 21, 2010

ghau ghau bau apple!

Sekarang nie kan tengah Y.E.S :)
ape ke benda YES tu? kaum femfuan musti taaaau kan..
year end sale laaah.

^____^



mama teringat dulu time nak kawen ngan papa, time mcm nielaa sakan bersopeng buat preparation.sbb banyak diskaun.tengah nak krismas macam nie kaunter mekap + perfume buat promo baek punyee.
paling sukeee g kat SOGO KL memang sorgaaa..
since ade qies tak penah jejak dah SOGO, haih.sebab tempat tu macam payah nak bawak baby, sesak sangat.


antie sue musti selalu g kan?


so YES kali ini mama tak lepaskan peluang nak carik perfume.
kebetulan g jusco melaka yang besar tuuu last 3 weeks, so amik kesempatan sopeng perfume.
kali ini saja mama nak tuka bau pulak.

my peberet clinique happy since zaman uni dolu.tapi kali nie papa qies pilihkan bau apple from DKNY pulak :)
dah hubby pilihkan & bayokan, rembat je jgn banyak songeh laaa..


tapi siyes worth it, bau dia sgt besh & fresh.
bau buah yang lembut.

ghau ghau baaaaaaaau dia tau.hiks..




weeeeee bole buat teropong la bekas perfume momma :)




thank you papa yayang for the treats :)

sangat besh bau dia, mama sukeee :DD
and sangat syomel bekas perfume tu, bolaat macam qies :P





qies suke buat main tong ni, dia ingat toys agaknyaaa.hahaa.

pasni bole simpan wit syiling kaaan :)






yea inilah rasia kesyomelan shaye :P

kuikuikui.tetibe jeee cik ninina enterprameee.


ade anak femfuan ni kan, bile mama mekap ngan dia dia sekali nak mekap kan :)
pagi tadi main blusher mama sampai merah merah pipi diaaa.
haih laaaaaa...kelakar gileee.


tapi sebab mama tgh bz bersiap nak g keja, mama tak dan nak snap the moments.
lenkali arr kite tgk aksi ninina & mekap mama :P

+________+





Monday, December 20, 2010

balek kluang memang tersangat sorga tau :D





Assalamualaikum semuaaa :)

qies bersiaran live dari kluang johor ni taau.
ramai ke windukan qies tuu?

2 hari tak berupdate, sowilaaa mama shaye busy sangat kat umah atok nenek ni. qies busy layan kazen yang nak main sama.kuikuikui.maklumlaaa qies kan gula gula hati kecayangan, haruslaa jadik centre of attention.

oh mama lina, kak farah suke main ngan qies :DD

qies pulak lasak sesangat, kejanya asek trn naik tangga umah atok, mama yang seram tgk aksi qies.pastu kan umah atok ade banyak ciken tau, qies suke kejar ciken kat laman umah atok.hahah.yelaaa mana nak jupe ciken kalo tak kat kg..

dek kerana kelasakan si qies, hari sabtu time baru sampai tu luka jari dia sebab terpecahkan gelas nenek.aduhai mase tu berenti kejap jantung papa & mama..sbb panik tgk darah banyak sangat, teros cecepat bawak g klinik.seb baek tak pape.time tu tak perasan sbb kami baru sampai, haruslaa borak sakan ngan atok nenek.qies pulak masuk bilik amik cawan kaca.dia pecahkan, berderai kaca.mujurlaaah badan dia tak kena kaca-kaca tu.

syukur syukur syukur.

moral of the story : si budak lasak ni kena 1001% monitor.tu yang mama dia lgsg takde mase nak tgk belog.harap maklum :)






hai semuaaaa, saye ade kawan baru si bear demoks :P
nie seme harta pusaka mak lang laaaah ni.




qies busy ni ajar kak chaca fesbuk ngan belogging :P
habes ranap lappy mama dikerjakan.grrr




weee ramainyeeeeee suke main ngan qies..sukelaa qies..
kak farra, kak farah & kak chaca dia seme asek asek ninina ninina ninina!

qies dah pandai berkawan-kawan tau :DD






nie pulak aktiviti malam semalam, papa ajak qies ukur kluang mall.
qies mamam kfc pastu semalam pulak papa ajak mamam roti bakar kat kluang station!


yumeeehhhh!
qies mamam 1 ban tu abes tauu.syedap sangat..

dear antie sabar, mama dah belikan kopi kluangyang diidamkan tuu, nanti bole collect kat putrajaya eh antie :)




nie aktiviti semalam pulak, qies ikot mama g wedding bestpren mama time form 6 dolu, ankel epol kat felda kahang timur.ala dedekat umah bonda eyta maya tuu..




ninina with atok salleh :)

bonda eyta tak pat datang, tapi ayah dia jee dia datang.



dan qies is super happy sbb kat kluang ni dia ade kazen sebaya bole main larik-larik kat laman umah atok..

semalam mama belikan baju qies ngan kak chaca dia baju sama.pastu teros pakaikan and photoshoot laaah.




qies (15 mths old) + kak chacha ( 20 mths)

tapi lebey kurang je kan saiz dak 2 orang ni.hihihi.
ade cam twin taaak? maklumlaaah kazen..


semalam kalau ade ayiel si hero satu-satunya harus agi gamat photoshoot tau.dahla budak 2 org ni pon payahnye lah nak dok diam.





holding hand together :)
hihihi sweet kan aksi dua org dak tecik ni..


okie dokie.seme gambau nie sneak preview aktiviti qies kat kampung jeee.banyaaaak gile lagi gambau.nanti eh mama tempek, especially wedding reception epol & photoshoot si syomel 2009 tu.

well, sekarang kat kluang tengah musim hujan, so syedap gegolek tau.pekena goreng pisang ngan kopi o.perggh sorgaa i tell u..haha statement tak abes-abes nak bikin jeles kat mama lina ibu sarat mengandong tu :P

orait..nak masak-masak, packing bag semula.haih dah nak alik putrajaya dah :(
rase tak puas je cuti kat kampung.boley?

kenapa saya suka kampung saya?
sebab dia beshhhhhhhhhhhhhhhhh.[haha macam gaya iklan ape tah dulu].


tata & selamat bekerja u all.
jangan tensi-tensi kat opis haaaa.

Friday, December 17, 2010

Insya Allah, esok qies nak alik kluang :)

Salam hari jumaat semua :)

sekejap je dah friday semula.haih pasan tak skrg nie mase berlalu so so fast.
tawon 2011 pon dah nak menjelma..



btw, mari kita mulakan hari baru dengan senyuman
^_______^







senyum laaaaaah dari hati macam shaye :))



wat for aktiviti this weken?
selagi papa ade ni, we all sefamily masih bole berjimba-jimbaan.






kita ke mana weken ni mama?



insha ALLAH esok pagi we all nak alik kluang kampung mama ninina :D
dah 2 bulan tak alik kluang..
yeay yeay.

* mama lina sila jeless* HAHA.


selain nak lepas rindu kat kg halaman, mama nak pegi wedding BFF mama time form 6 dolu, ankel epol kat felda kahang timur ari ahad nie.

bonda hanita maya pegiiiiiiiii tak?
kawan-kawan mama mase form 6 dulu pegi taaaaaak?

jupe ninina kat sana ehhh!
bole buat small gathering, eeeee besh seme dah ade baby syomel :)





makcu jom nakkkkk itot balek kluang taaaaaak?
nanti poppa momma amik kat poli..mau dak?



hope semuanya jadi as planned laah.
hihihi cant wait nak jupe atok nenek qies.tak sabar nak mamam ketam masak lemak cilipadi atok masak + nak pekena roti bakar kluang station..


u all pulak kemana weken ni? sure banyak g kenduri tawen kannnnnnn?

mama ninina pon banyak gile dapat invitation ni, opismate mama hajar pon nikah esok + geng cinta kapal, linda & shidi pon nikah esok.so sowi dahlink seme coz kami tak dapat nak attend.

tenkiu so much for invitation..
tahniah semua, welkam to da club!
kami doakan semoga bahagia till jannah and cepatlaaaaaaaaah kasi qies kawan :)
* nanti pressie later eh*


have a nice weekend ya all :))





Thursday, December 16, 2010

eh, dah pukul dua pagi ke?




wuwuwuuu.


mode : sesangat tired! tapi tak bole nak sleep.maybe sbb dah tersasar waktu tdo.

am just back from office.memang gile all out arini, pukul 1.23 pagi baru clock out from opis.
hmm we need to setel very so called prebet & konfidensel thing, sesangat urgent.
makanya the whole team berkampung siapkan keja.

at first rase stress jugak sbb terfikir siankan qies yang harus carik momma bila nak titon. then pasrah je laah sbb tugas.luckily her papa jadik penyelamat.seb baek ade mr mama :)
sampai je umah tadi, both my sayang & yayang tgh syiok diulit mimpi.tapi mama kasi gak kiss gudnite.haih rase nak gomol je ninina.windu shangat berbelas jam tak jupe diye!


macam nila career momma kan.
sekali sekala kena stay back.tapi nie pon dah lama gileee tak kena.dulu bujang time dah selalu all out.bile lahir je qies sharp 545 zass alik! mana bole berlama-laaamaan tinggalkan si tecik tu kan.
tak sampai hati..lagi bile papa qies sailing takde sape nak amik qies kat skool.so mama wajib balek sharp on time tetiap hari.

today takpelah, sbb khidmat sgt diperlukan. mama keja pon utk qies.


mama promise..
weken ni kita spend time sefamily agi eh :)
kalo jadik nak balek kluang, attend wedding mama's BFF, ankel epol.*yeay yeay*.




nanti mama banje cendol sodap kat uniten tuu :DD






qies sukee shangat mamam cendol or laici kang skrg ni tauu.anak mama katakan :P





ehehee syomel kan gaya qies geget straw tu? rase nak kunyah jeee! alahaii..


btw thanks to papa sayang sbb tlg taking care our darling qiestina sepanjang mama kena stayback tadi :)
siap tlg masakan utk qies mamam.pandaii pon papa.haha.
mama lebiu beri-beri strong.
barulaa kena ngan tema wonderpet, ape yg penting kerjasama :DD


papa kata qies baek je ngan papa, tak cranky pon.yeah baru betul anak mama.haha.
nanti mama upah basken roben agi eyh yayang!


okie dokie,nak titon laaah.sok nak keroje lagi.
ade meeting penting.* huwaa jgnlaaa terlajak tido*

tata!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails